Monday, July 02, 2012

Persediaan baby - Part 1

Entry sekarang banyak menuju ke arah confinement and pantang.Mau taknya, beberapa minggu lagi je. Honestly banyak benda tak setel, melainkan beli sikit-sikit baju baby.Memang tak beli banyak sebab baby cepat membesar, rugi pulak if beli newborn clothes dengan banyak.
Memandangkan dah nak masuk bulan Ramadhan, rasanya macam nak mintak daddy prepare awal, walaupun original plan by 34 week baru nak selongkar stor godek-godek barang lama.Tapi since bulan puasa kan, kalau letih-letih nanti macam manalah gamaknya.Kang jadik alasan nak berbuka pulak.Wink!

Ok apa yang tak setel?

1. Istana hinggap ketika berpantang
Hum bilik bawah terpaksa di jadikan istana hinggap untuk landing semasa berpantang.Takkan nak naik turun tangga-mau bentan acik nanti.Bilik bawah sekarang ialah bilik solat aka bilik iron baju aka bilik gantung baju dan kain yang belum berlipat aka work station mummy as well as study room zafran.Ops tak lupa bilik simpan toys juga.
Now kene re-layout untuk masukkan katil, dan juga almari baby dan baby cot.Tengah fikir should we buy new set of furniture atau bawak turun je katil guest room dekat atas tu. If nak jimat $$$$ baik turun bawah je katil guest tu.Banyak-banyak katil dekat rumah ni pun nak buat apa pulak kan. Tapi if ada fulus lebih, why not? Aku pun sure pening macam mana nak re-layout bilik ni.Grgrgr
Target to do: Before puasa :)

2. Selongkar stor
Kenapa kena selongkar stor? Sebab banyak barang-barang Zafran yang lama dalam stor tue.
1. Baby cot
2. Baby bath tub
3. Stock barut and bedung Zafran dalam box-mesti kena check condition if can recycle or
    not.
4. Baju lama mitten and booties pun ada dalam kotak-kena check condition

If boleh settlekan awal sebelum puasa, bolehlah mummy tolong daddy sikit-sikit, and dia pun tak delah keletihan if buat semua ni masa bulan puasa.
Target to do: Before puasa ;)

3. Kids Closet
Bercadang untuk cari almari kecil atau chest drawer untuk simpan baju-baju baby.Memang setakat ini, tak cukup wardrobe . Yang canteks-canteks memang banyak, tapi harganya pun banyak jugak.
Yang ni simple but nice but sure mahal


If nak murah, kena carik di Ikea.Budget below RM 200.00.
Target nak beli: Boleh tak before puasa jugak?


4. Persediaan untuk Ibu eh aku lah itu
Memang banyak sebenarnya, benda-benda yang kecil dan nampak remeh
1. Nursing Bra,wahsable breast padlah - bilalah nak g beli ni
2. Postanal set  - pun baru google jer, fulus belum ada sih
3. Set minyak ka pati haruan ka tunggu bersalin nanti lah advance sangat 
Eh macam banyak tapi blur sekejap.Grgrgrgr..nanti lah sambung balik.Entry lainlah pulak, banyak bebenor kot.
Tapi yang top 2 list dekat atas tu kena di laksanakan juga sebelum bulan Ramadhan.Cian daddy nanti.Sweet tak? sweet tak? 

2 comments:

aku.mamalia.wanita said...

rajin hupdate blog kak..?

sheequeenzz said...

Ngeh ngeh..entah mcm mana it dept kt p2 blh release plak view blogspot ni time opis hour..so aku lenjan jelah...time tgh free aku tulis bnyk2 pastu schedulekan jerk...huhu
Buhsan nk keje dah sih.....