Saturday, July 14, 2012

Melangsuir # 1

Project Home Deco ni masih belum berakhir. Pencarian dining table baru (bercita-cita nak beli yang 8 kerusi, konon macam kami anak beranak ramai) terpaksa di hentikan dulu, bagi memberi laluan kepada 'orang baru' yang bakal menjelma selepas raya ni.Cuma project langsir sahaja yang nampaknya 'hampir' boleh di laksanakan.Chewah.Just imagine kami dah duduk rumah ni sekian lama, masih berlangsir lama aka kalau bilik belakang tu memang 'togel' jer.Tahap siryes dah ni.kan kan? Bukan apa, bilik tu memang tak berpenghuni pun, tapi bila sesekali guest datang especially parents in law datang,rasa kesian pun ada.Sure susah nak tukar baju or nak golek-golek dalam bilik.Nanti dia cakap menantu dia ni tak prihatin pulak.Tak dapatlah acik award menantu terbaik taw.
So, apa lagi, bila duit saving dah cukup terus je aku jalankan project melangsuir ni dulu.

So langkah pertama ialah kene ambil measurement dulu. So daddy sebagai graduan Engineering memang head of measurementlah.(Eh, ada kene mengena ka?). Mummy plak sebagai graduan mgmnt science kene bertindak fikirkan pattern apa yang nak buat dan warna apa. Diri sendiri pulak bukan jenis minah bunga,so langsir umah den ni memang simple dan not playing so much with flower deco.
I really love this kind of pattern.Simple jerk.
Next step:
1- usya di Jakel Section 7, Shah Alam

Gambar ehsan Pokcik Google
Purgh memang harganya bingit bangat..eh eh ayat apa tu? Harga memang mahal tak hengat. Tapi service dari promoternya memang best, terasa di belai-belai gitew. Cantik-cantik juga tapi dalam fikiran, kalau setakat langsir bilik jer, takkanlah aku nak beli yang semeter RM50.Baru night curtain, langsir sheer lagi, pun lebih kurang sama harga dengan langsir day curtain.Hum...Takper pusing lagi...

2- Usya di Nagoya Textile, Rawang
Gambar ehsan Pokcik Google

Pernah sekali usya dekat sini, dengan officemate.Rasanya harga not badlah kan.Setakat nak letak dekat bilik je, tak perlulah kain mahal-mahal sangat rasanya. So far, boleh di katakan harganya boleh tahan.Quality pun sedang-sedang aja. Layanan takdelah first class macam dekat Jakel tau.Tapi berdasarkan hemat aku, designnya as per expected.Maksud aku entahlah, macam so standard.Yalah tapi padanlah kan dengan harganya.Lebih kurang semeter RM 16 pun dah nampak cantik. Tapi biasalah, I really can't make decision, terus blur terpaku dan terkesima bila banyak sangat kain di longgokkan depan mata.Grgrgrgr..
                               
Jamu mata
Rasanya cukup cukup sudahlah merayau.Dalam keadaan membuyung ni, nak bawak badan pun tak larat.Inikan pulak nak merayap jauh-jauh carik langsir.Cukuplah dua check point.
Tapi tak jugak, sekali ada flyers termasuk dekat dalam post box rumah. Ada satu kedai baru bukak dekat AB- Farah Decoration.Ingat nak tempah jahit kat situ, tapi faham-faham jelahkan, selalunya kedai macam ni nak kita pakai kain dia. Tapi aku cakap ngan tokeynya yang aku dah ada satu kain belang-belang yang aku dah beli masa kat umah BSD dulu, tak berjahit-jahit lagi.Cukuplah untuk satu bilik je sebenarnya.Dia kata OK.Tapi aku ambik jugak kain dari dia untuk bilik Master Bedroom dan kids bedroom.
Farah ni cakap dia akan install sekali rod (daddy suka sebab dia tak payah menghabiskan peluh untuk drill and pasang rod langsir).Eh ingat pasang free ke? Masuk dalam quotation beb.Yang bagusnya bila ada yang jenis datang rumah ni ialah ukuran mereka agak tepat, sebab derang ukur sendiri.Kalau kita ukur macam-macam lah jadinya kan.

Farah datang ukur dan bagi quotation, aku pilih kain (jenis selak-selak katalog tu).Bayangkan limited design macam tu pun aku boleh pening inikan pulak nak survey berpuluh-puluh kedai? Terus ting tong.

So after calculate2 dan measure, dia pun bagi quotation.Hum nak tersedak jugak tengok sebab harganya agak mahal untuk orang yang sengkek macam aku ni. Actually yang mahalnya ialah harga kain tu, sebab kain-kain yang dia quote around RM 38/meter.So, imagine jelah kan. Total sebuah rumah dekat RM3,629.25 tu. Uhuks. So macam mana? Haruskah acik cancelkan project melangsuir ku itu.Huhuhu...

No comments: