Wednesday, July 25, 2012

Persediaan Baby - Breastfeeding

Memilih sedikit kesusahan daripada senang. Ya dalam percaturan untuk memilih sedikit ke'susahan' dalam hidup. Banyak perkara, tapi hari ni nak berkongsi satu perkara iaitu Breastfeeding atau BF.
Ada orang cakap susah BF ni. Sebab:
1. Nak kena perah simpan dalam tempat sejuk-nak guna kena cairkan dulu pastu masuk pulak dalam warmer.Banyak step.Kalau susu formula terus je bancuh dan sumbat ke mulut baby.
2. Nak beli equipment or gadget macam breastpump dan segala accessori sampingan memerlukan kos yang sangat tinggi.
3. Malu nak BF di tempat yang terbuka.
4. Leceh dan malas.

Banyaknya alasan kan?
Sedangkan semua pun sedia maklum bahawa susu ibu tu yang terbaik if nak compare dengan formula milk.No need to explain further since most of us know the benefits of BF.
Waktu Zafran dulu memang nak sangat BF and feel how to BF, tapi tak berjaya.Just imagine that untuk dapatkan 3 oz tu kena mengepam selama 1 jam!! Terus frust kononnya.Kenapa ia terjadi? Sebab tak cukup knowledge, tak cukup sokongan dan dorongan dari insan-insan terdekat dan juga tak cukup material. Wah macam analysis 4M- Man, Machine, Material, Method. Kuwang kuwang.Jadi kali ini berdasarkan past experience kita kena buat some countermeasure or action plan.Wah keluar dah bahasa manufacturing.Ahaks.

Point No 1- Methode
Bukan senang aje ke? Memang betul, hala je B dekat baby tapi ia menuntut sesuatu yang bukan sedikit. Kena betul-betul sabar.Dulu Zafran bila di hala jer since N pulak pendek so dia macam tak puas, pulak tu lambat je keluar air susu..Melalak-lalak.Bila dah cemas dan panik terus sumbat botol susu. Ni rupa-rupanya salah dari segi Methode. Kita kena paksa dia supaya menerima keadaan tu.Biarkan dia melalak so nanti dia akan faham.Lambat laun dia akan boleh terima. Purgh ini macam menguji mental je ni. Sure nanti grandma or grandpa akan push jugak untuk bagi susu formula.So dekat sinilah ketahanan mental sang ibu akan teruji.
Kena pastikan orang-orang tua kita faham, si kecik ni baru nak sesuaikan diri.Aku harap aku boleh bertahan.

Point ke 2 yang perlu di atasi ialah- Man
Ada kaitan dengan methode jugak.Macam yang di nyatakan dekat atas tadi.BF memerlukan sokongan orang di sekeliling kita.Berdasarkan pembacaan aku yang dapat aku tersimpulkan ialah baby ni masih baru keluar dari perut , dia pun perlu time untuk pandai.Yalah kan takkan kuar perut terus boleh baca buku plak kan.So ambik masa. Jadi orang di sekeliling jangan push dengan paksa baby minum susu botoi.

Point ke 3 yang perlu di atasi ialah- Machine and Material
Bab ni boleh di katakan BF memerlukan kos yang tinggi juga.Tapi pada pendapat aku ia mungkin tinggi bagi kos permulaan.Ala-ala pelaburan.Memang sakit nak prepare equipment awal-awal tapi ia umpama pelaburan jangka panjang.
Perkara yang penting antaranya ialah a good breastpump.
Wah takkan nak pakai machine perah tebu kot kan? Masa zafran dulu hanya ada Manual Pump saja, sebab masa tu takut nak spend banyak-banyak. Tapi manual beb, larat ke nak tekan banyak-banyak? lenguh tangan.Tapi sekarang takut jugak, tapi ada keyakinan. Thank you daddy sebab belikan set breastpump Spectra Dew siap dengan bag sekali.Senang nak usung ke sana sini. Also included with cooler bag dan juga ice pack,storage bottle untuk menjamin kesegaran nya since dekat office ni takde peti ais ka freezer ka untuk menumpang kasih.












Gambar google je.-DONE

Bila dah pump sure nak kena ada storagenya kan? Jadi di sebabkan peti ais yang kecil kena pakai storage yang macam ini. Banyak brand, tapi pilih Autumnz sebab kelihatan lebih tebal and lebih kukuh.1 kotak cuma ada 25pcs.Jadi kenalah beli berkotak-kotak.Sebab Storage Milk Bag ini lepas pakai kena buang.Masa nak beli dekat Little Whiz, daddy cakap eh tak payahlah.Orang lelaki biasalah kan, tak salahkan dia jugak.Aku cuma harap dapat jimatkan space dalam freezer tu yang tak seberapa luasnya. Kalau pakai botol banyak-banyak memang jawabnya tak muat nanti kot.Beli satu kotak dulu, nanti if tak cukup storage memang terpaksa en darling pergi carik dekat kedai.Wink:
Juga gambo ihsan Google.Autumz Storage Milk Bag

Untuk di hantar ke nursery juga ibu kena siap-siap cairkan EBM dan masukkan dalam storage bottle kan.Jadi untuk pastikan susu bertahan lama kenalah masukkan dalam Cooler Bag.Dan dalam Cooler Bag tu kenalah masukkan Ice Pack. (If boleh masuk dalam peti ais dekat nursery lagi baguslah kan tak yah include this cost)
Gambar ihsan Google. Cooler Bag dan Ice pack- NOT YET
Estimated cost maybe around RM 50 kot, if pandai google carik harga yang murah. Ini nanti lepas pantang barulah boleh beli.Lambat lagi kot kan.Aku pun tengah dok google macam mana cara ibu-ibu lain hantar stock EBM derang dekat taska.Macam-macam petua ada.Naik pening membaca.Takpelah nanti pandai-pandailah acik uruskan.Ahaks.

Bercerita soal mencairkan EBM ni, masa aku blogwalking mencari info ada jugak satu minah ni bagitau if ada warmer it will be quite helpful.So aku google pulak brand yang ada kat amrket dan within the budget.Jumpa and aku suka.Jumpa satu brand ni Snow Bear Car and Home Baby Bottle and Food Warmer. Tapi masa bershopping di Little Whiz dekat Setia Alam tu aku rembat brand Autumnz sebabnya sama harga offer jadi RM 79.90 dan ia nya juga kecil dan mudah di bawa .-DONE
Juga sebab dulu ada masalah ngan Miss N, maka aku beli juga Brand Medela ni.Mula di pakai bila dah masuk 30 weeks of pregnancy.

Gambar ihsan Gogle.Lupa nak snap gambo hari tew

Order online. Harga satu set RM 69.90 beli dari Moms Little One.-DONE


Juga untuk penyusuan yang selesa dan si ibu tak sakit pinggang or bahu, support dengan nursing pillow.Mula-mula ingat nak beli tapi rasanya maybe tak penting lagi untuk aku.Nanti dah menderita nanti baru aku carik.Takut nanti beli tapi tak pakai, sudahnya jadi bantal peluk.nGeh-ngeh- HOLD PURCHASE INTENTION.TAKKAN BELI KOT.AHAKS

Selain itu, mestilah nursing bra kan.Senang dan memudahkan ibu-ibu.Malu ar tempek gambarnya.Ahaks.Tapi mahal gila kot nursing bra ni rupanya.Senak perut if nak rembat sekaligus..-DONE

Maybe you will need Nursing Poncho aka Cover if you wish to BF the baby in public area.Tak mahal rasanya around RM 50 below.Aku tak beli pun.Tengoklah nanti macam mana.
Belum lagi segala breastmilkbooster untuk pastikan pengeluaran boleh memenuhi permintaan.-NOT YET

Dalam banyak-banyak keperluan breastfeeding yang di beli dekat Little Whiz hari tu , daddy lebih teruja baby cube-tempat untuk simpan stock makanan baby dalam bentuk cube tu.Nampak chomey katanya.Lambat lagi daddy si baby nak makan:).Nanti kita beli ya.


Nampakkan ia memang memerlukan kos permulaan yang banyak, but I hope that langkah kecil yang ku ambil ini will bring good benefits.InsyaAllah.So far boleh di katakan semua barang dah ada.Yang mana small-small item itu boleh beli kemudian untuk top up.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Ya Allah semoga aku dapat menyusukan baby ni dengan jayanya.InsyaAllah
Adios.



Note:  The list Ialah sekadar peringatan untuk diri sendiri.

4 comments:

Anonymous said...

Ayu: syikin aku sokong ko bf.. mmg permulaan mcm2 kena consider but once you enter the phase its fun n cukup best. alhamdulillah, dua2 anak aku dpt exclusive bf...

@tune® said...

enjoy okey bf nih..preparation die mmg best...kalau ade set lengkap...cooler bag yg cute² tu RM20 je....

sheequeenzz said...

tu ar korang..frust betul masa zafran tu aku xde plak refer to sesiapa bila aku x blh bf.dpt perah2 sikit2 pun dah rs happy giler..so kali ni mmg aku prepare betul2, x mo banana fruits 2 time..huhu

Cik Puan Syeeda said...

Ohhh cmtu ye. Bru fhm! Thanks for sharing!