Wokeh, baru je selesai ambil ujian air gula.Kena ambil gula sebab BMI.Biasalah melantak tak hengat, tapi rasanya memang kalau Klinik Kerajaan ni akan suruh ambil gula juga walapun yang pegnen tu aku tengok comel-comel je orangnya.
Malam sebelumnya kena puasa,so by pukul 8.00 datang dan ambik darah dekat Klinik Kesihatan.Kali ni menumpang kasih dekat Klinik Kesihatan Serendah sebab dekat dengan office. Malas nak ambik cuti dah pun.So mula-mula ambik darah lepas tu nurse suruh minum satu gelas air gula..Purgh pening-pening lalat sekejap.Maklumlah perut kosong tetiba suruh minum air gula hokeh.So selepas 2 jam datang semula untuk ambik darah lagi.Dalam masa 2 jam ni still tak boleh makan lagi.Apa kena berlapar sampai pukul 10.00? Hum lapornya....Cakap pasal lapor, macam mana nak bertahan bulan puasa ni? HUhu
No comments:
Post a Comment