Bulan Ramadhan kali ni mencabar dari kebiasaan sebab kali ni preggy.Mula-mula khuatir jugak takut tak boleh bertahan, tapi Alhamdulillah setakat ni masih bertahan, cuma kena bersahur (selama ni shequeen ngan roy memang malas bersahur). Itupun ada jugak 2 hari daripada 6 hari ni kami terbabas dan tak bersahur, pun masih boleh bertahan.Cuma kepala pening-pening lalat sikitlah kan.
Petang balik dari P2 pukul 5.30 dan dengan gunakan LATAR dan Guthrie dapat sampai rumah around 6.45 macam tu.Sempat jugak sengseng lengan baju memasak sikit-sikit since rasanya masakan kat Pasar Ramadhan a.k.a param idoklah sedap mana.
Bila dah memasak, badan pun sakit-sakitlah kan.Itupun nasib baik daddy tolong.Kalau tau mau kejung urat sebab sekarang tak boleh berdiri lama-lama.
Sangat suka kalau dapat sediakan juadah Iftar especially dessert (owh my peberet). Antara dessert yang tak pernah buat dan teringin nak buat and teringin nak makan especially before berpantang ni ialah:
1. Lapis Cheezy
Selalu sangat selongkar blog masakan membuatkan ku terliur dengan dessert ni. Tak pernah buat, tapi tengok dalam kelasa-kelas masakan pun ada gak course ni tau. Tapi sebab sendiri makan, so try and error jelah kan.Bila nak buat ni? Nyum nyum
Tempek gambar dari blog Masam Manis. Terujanya nak buat
2. Puteri Mandi
Mandi manda bersama tuan puteri.Kuih ni sebenarnya sangat senang nak di buat.Sebab gentel je adunan tepung pulut tue. Tapi nak membuatnyalah kan. Lepas tu kalau nak sedap kena tambah dengan kelapa muda yang di parut.Tapi pada pendapat aku tak payah letak pun takpe.Tetap sedap di tokak den.
Ni pun dari blog Masam Manis jugak.Terer ar akak ni membuatkan mulutku terasa-rasa nak makan.
3. Manggo Panna Cotta
Taklah berapa teringin sangat, tapi since pernah order Gelatin halal hari tu dan tak berpakai lagi, so rasanya nak mencuba juga buat.So far tak pernah buat pun.Cuma jamu mata jer dekat blog or buku resepi.
4. Badak Berendam
Hum aku pun boleh jadik badak berendam sebab saiz sama kot.Muahahaha.Gelak besar-besar. Yang ni memang tak terniat nak buat, terniat nak beli jer, so daddy please find this kuih for me. It's difficult to find melainkan waktu bulan puasa je,
Ni gambor tempek dari pakcik Google.
Sedapnyalah kan, masa bulan puasa ni makan yang manis-manis dan sejuk.Nyum nyum.Hopefully boleh meet target nak makan / buat dessert-dessert ni kan.(^_^)
3 comments:
maaf komen kt cni :)
sy ade bace komen kt blog sy sal servis kemaskini blog n header.
akak boleh bace kt sini
http://maisarahmyblog.blogspot.com/p/editdesigncustomize-blog.html
klu ade pape ni emal sy
hafiy_humaira@rocketmail.com
ini mesti kes kencing manis nih..wakaka....ala...belasah jer....nnt baby ngences!!!!
Aku takde kencing manis beb...nasib baik gak ar.tu yg rajin mkn manis untuk jadi semanis-manis manusia....suweet
Post a Comment