Tuesday, July 31, 2012

I ♥ shopping

Suka tak shopping? Tipulah kalau ada yang kata tak suka shopping.Aku suka tengok barang-barang yang cantik, tapi mujurlah aku takde pokok duit belakang rumah.Aku pun bukan jenis asyik beli kasut or baju, mungkin sebab kerja di Perodua ni pakai uniform, jadi memang pakai baju dan seluar yang sama= tak perlu melaram ke office= Save budget.
Dulu masa bujang-bujang, jalan TAR tu sanggup di redahi time bulan puasa semata-mata misi pencarian baju raya.Dah jalan sampai belakang lepas tu rasa takde baju yang berkenan, sanggup patah balik kedai yang mula-mula tengok tu.Struggle. Sekarang, nak menapak jauh sikit pun dah rasa lemau dan malas. Mulalah takde mood nak beli apa-apa sebab melayankan berat badan + anak yang asyik nak berlarian berkejaran.Tu yang buatkan diri jadi malas nak bershopping.


Tapi sekali-sekala kenalah jugak mewarnai wardrobe kita dengan baju baru kan? (Typical alasan). Alhamdulillah juga sekarang banyak pulak kewujudan butik-butik online yang memenuhi selera aku yang malas nak berjalan banyak-banyak ni. Nah hambik kau, google je lah apa-apapun, macam-macam ada.

Yang seronoknya online shopping ini ialah, kita tak nampak pengaliran wang tu keluar .Click click je.Lepas tu punggung pun static saja dekat kerusi.Purgh terbaek...Tapi kalau pergi shopping complex, masa nak kuarkan RM dari purse mulalah rasa menggeletar tangan (ya ke). Dahlah tangan menggeletar kaki pulak penat berjalan sana-sini.Kan?

Setakat ni dah pernah online shopping tudung, dress, dan tak lupa juga barang baby dan Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi tertipu. Punyalah pemalas. Apapun, kena sentiasa mengawal tangan,mata supaya jangan selalu sangat google online butik ni.Silap-silap belum sampai hujung bulan dah kering.Apapun:


 

No comments: