Friday, July 13, 2012

Persediaan ke arah penggunaan CD

Entah kenapa pregnant kali ni aku suka memilih jalan yang susah dari jalan yang mudah-mudah.Adakah sebab aku dah buhsan dengan kehidupan ke? Ke aku mahukan extra cabaran sebab hidup sekarang belum mencabar? Aku pun tak tahu, dan aku ikut saja rentak sekarang.
Ya kali ni, telah memilih langkah yang susah dengan impian nak pakaikan anak CD.Ini one of my Wish List sempena beranak dua ni.

Tengok, kan aku dah cakap susah jugak sebenarnya nak start ber'CD ni tau.
1. Kos permulaan yang agak tinggi
2. Nak kene basuh sendiri dan setiap CD memerlukan penjagaan yang terperinci.Bukan boleh main aci redah je.Ada teknik, ada jenis-jenis sabun pulak
3. Larat ke kau nak basuh CD? Kain lap dapur pun perap seminggu.Isk isk.
 Entahlah.........

 Pertama sekali ialah kenapa aku nak ber 'CD?
Jawapannya mudah-aku nak mencuba dulu.Banyak info yang aku dengar CD ni boleh mejimatkan wang dan menjaga alam sekitar.Purgh tetiba rasa macam ekstrimis alam sekitar pulak.

Close up on Permasalahan 1- Kos permulaan yang tinggi.
Kos permulaannya memang banyak. Untuk satu baby perlu sekurang-kurangnya dalam 20CD untuk make sure by day 3 tu dah boleh buat cucian.Setakat entry ni di tulis, aku baru ada beberapa helai CD yang beli secara online dekat SmileyBear.Mix brand.
Slow -slow masa pantang nanti baru nak tambah.Sebab tak bercadang nak pakai baby CD waktu pantang.Time pantang aku tak nak bekerja keras sangat.Wink.
Anggaran kos, katakanlah beli CD brand yang biasa around RM 30/CD x 20 helai= RM 600. Di katakan boleh pakai sehingga baby lebih kurang 2-3 tahun. Wah memang banyak boleh jimat tu. :)

Masa Zafran pakai pampers dulu anggaran dalam RM 40/bag and satu bulan dalam 3 or 4 bag.Katakanlah 3 bag x RM 40= RM 120 sebulan.If setahun =RM 120x 12 bulan=RM 1440.
Purgh bezakan pula RM 1440-RM600= boleh save banyak ni.Bolehlah mummy saving shopping ka.

Untuk ber CD juga memerlukan bahan pencuci yang sesuai untuk CD tu. Melalui google di perhatikan harganya around RM 20 and below.Ikutlah nak brand apa pun kan.Macam-macam brand ada.Ikut poketlah nak beli yang macam mana.


Lepas tu perlukan juga wetbag, untuk di bawa ke nursery.Plan nak beli 2 wetbag, satu untuk poo and pee.Lagipun harga untuk wetbag pun tak berapa mahal.If pandai cari below RM 10 pun boleh jumpa.tapi kalau nak yang besar mahal sket kot.Anggaran below RM 15 untuk satu wetbag.

Gambo ehsan Google.Sebab aku tak beli lagi.

Juga bila nak nasuh CD kena pakai Laundry Bag untuk prevent dia dari rosak dan bolah guna tahan lebih lama.Google tengok tak mahal mana Laundry Bag ni.Boleh dapat below RM 10. Belilah dua, sebagai spare mana tau tetiba yang satu tu pulak rosak.

Gambo jugak ihsan Google sebab aku tak beli lagi.Plan beli masa cuti pantang nanti.


Ya, seterusnya ber CD juga memerlukan Nappy Liner.Sebab dia boleh cover CD dari stain akibat poo .So takdelah teruk sangat nak menyental CD pants tu. Harga yang ku lihat lebih kurang RM 30 and below untuk 100pcd.Not bad.
Juga gambar cilok dari Pokcik Google.Sebab den belum beli lagi.Tapi bakal beli.

Close up untuk permasalahan no -2: Kena extra penjagaan untuk CD
Yang ni memang kena ada kesungguhan dan pengetahuan.Maka aku pun kerjanya menggoogle belajar dari blog-blog yang berkaitan.Ambik yang mudah dulu, tak mau terlampau extreme sangat.jadi CD yang aku nak pilih pun yang biasa-biasa aja.Tiada yang luar biasa pun.

Close up permasalahan 3- Malas.
Wah kalau Mr M ni dah keluar, apa pun tak jadi.Kuwang-kuwang.Kena plan awal-awal, malam before hantar anak pergi nursery dah siap-siapkan masukkan CD dan baju dalam bag.So pagi takdelah kalut sangat. Displin diri amatlah penting yang kawan-kawan:)
So ni kira entry permulaan; nanti lepas dah guna nanti baru boleh review.

pesanan untuk en daddy: Please support me;)

No comments: