Tuesday, July 31, 2012

I ♥ shopping

Suka tak shopping? Tipulah kalau ada yang kata tak suka shopping.Aku suka tengok barang-barang yang cantik, tapi mujurlah aku takde pokok duit belakang rumah.Aku pun bukan jenis asyik beli kasut or baju, mungkin sebab kerja di Perodua ni pakai uniform, jadi memang pakai baju dan seluar yang sama= tak perlu melaram ke office= Save budget.
Dulu masa bujang-bujang, jalan TAR tu sanggup di redahi time bulan puasa semata-mata misi pencarian baju raya.Dah jalan sampai belakang lepas tu rasa takde baju yang berkenan, sanggup patah balik kedai yang mula-mula tengok tu.Struggle. Sekarang, nak menapak jauh sikit pun dah rasa lemau dan malas. Mulalah takde mood nak beli apa-apa sebab melayankan berat badan + anak yang asyik nak berlarian berkejaran.Tu yang buatkan diri jadi malas nak bershopping.


Tapi sekali-sekala kenalah jugak mewarnai wardrobe kita dengan baju baru kan? (Typical alasan). Alhamdulillah juga sekarang banyak pulak kewujudan butik-butik online yang memenuhi selera aku yang malas nak berjalan banyak-banyak ni. Nah hambik kau, google je lah apa-apapun, macam-macam ada.

Yang seronoknya online shopping ini ialah, kita tak nampak pengaliran wang tu keluar .Click click je.Lepas tu punggung pun static saja dekat kerusi.Purgh terbaek...Tapi kalau pergi shopping complex, masa nak kuarkan RM dari purse mulalah rasa menggeletar tangan (ya ke). Dahlah tangan menggeletar kaki pulak penat berjalan sana-sini.Kan?

Setakat ni dah pernah online shopping tudung, dress, dan tak lupa juga barang baby dan Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi tertipu. Punyalah pemalas. Apapun, kena sentiasa mengawal tangan,mata supaya jangan selalu sangat google online butik ni.Silap-silap belum sampai hujung bulan dah kering.Apapun:


 

Monday, July 30, 2012

Lapis Cheezy Dessert Berbuka.Nyum nyum



Yeay Alhamdulillah, akhirnya menjadi jugak projek Chef At Home semalam.Chef lah sangat sebab buat dessert je pun.Apakan daya kaki tak berapa nak larat kan? Sebelum tu memang ada terpikir-pikir nak rasa Lapis Cheezy, so nekadkan hati lepas dapat gaji beli cream cheese and whipping cream.Akhirnya, tada..tak buat dalam bekas canteks sebab takde bekas yang canteks pun, just bubuh dalam cup, dapat juga balas juadah iftar yang jiran bagi.
Sebenarnya dessert ni sangat mudah disediakan, Meh nak share resepinya yang di ambil dari Blog Masam Manis.

Bahan A



2 bungkus biskut marie perisa coklat (beli sebungkus je pun)
500 ml susu segar,dipanaskan (aku guna sedikit je pun~ around 200ml, sebab susu ni untuk celup biskut Marie jer)





Bahan B


500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)

1/2 cawan gula halus

Bahan C


100 gm Non Dairy Whipping Cream (belasah guna je Dairy Whipping Cream and tambah sikit gula)

Filling- semalam letak buah kiwi dan juga satu version lagi letak blueberry filling
* untuk filing ikut citarasa masing-masing


CARA-CARA:
1.Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream
2.Pukul Non Dairy Whipping hingga kental

3.Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata

4.Masukkan adunan dalam piping bag untuk memudahkan kita melapis
5.Panaskan susu segar, padamkan api.
6.Dalam bekas kaca, letakkan satu lapisan cream cheese

7.Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( 1 saat sahaja ) dan susun dalam bekas lapiskan semula dengan cream cheese

8.Letakkan filing yang disukai dan teruskan melapis berselang seli hingga habis

9.Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras

10.Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati


memang sedap sebab terasa cheesenya..hum sesuai untuk tambahkan berat badan :)

Friday, July 27, 2012

Yang ku mahu

Bulan Ramadhan kali ni mencabar dari kebiasaan sebab kali ni preggy.Mula-mula khuatir jugak takut tak boleh bertahan, tapi Alhamdulillah setakat ni masih bertahan, cuma kena bersahur (selama ni shequeen ngan roy memang malas bersahur). Itupun ada jugak 2 hari daripada 6 hari ni kami terbabas dan tak bersahur, pun masih boleh bertahan.Cuma kepala pening-pening lalat sikitlah kan.
Petang balik dari P2 pukul 5.30 dan dengan gunakan LATAR dan Guthrie dapat sampai rumah around 6.45 macam tu.Sempat jugak sengseng lengan baju memasak sikit-sikit since rasanya masakan kat Pasar Ramadhan a.k.a param idoklah sedap mana.
Bila dah memasak, badan pun sakit-sakitlah kan.Itupun nasib baik daddy tolong.Kalau tau mau kejung urat sebab sekarang tak boleh berdiri lama-lama.
Sangat suka kalau dapat sediakan juadah Iftar especially dessert (owh my peberet). Antara dessert yang tak pernah buat dan teringin nak buat and teringin nak makan especially before berpantang ni ialah:

1. Lapis Cheezy
Selalu sangat selongkar blog masakan membuatkan ku terliur dengan dessert ni. Tak pernah buat, tapi tengok dalam kelasa-kelas masakan pun ada gak course ni tau. Tapi sebab sendiri makan, so try and error jelah kan.Bila nak buat ni? Nyum nyum

Tempek gambar dari blog Masam Manis. Terujanya nak buat

2. Puteri Mandi
Mandi manda bersama tuan puteri.Kuih ni sebenarnya sangat senang nak di buat.Sebab gentel  je adunan tepung pulut tue. Tapi nak membuatnyalah kan. Lepas tu kalau nak sedap kena tambah dengan kelapa muda yang di parut.Tapi pada pendapat aku tak payah letak pun takpe.Tetap sedap di tokak den.
Ni pun dari blog Masam Manis jugak.Terer ar akak ni membuatkan mulutku terasa-rasa nak makan.

3. Manggo Panna Cotta
Taklah berapa teringin sangat, tapi since pernah order Gelatin halal hari tu dan tak berpakai lagi, so rasanya nak mencuba juga buat.So far tak pernah buat pun.Cuma jamu mata jer dekat blog or buku resepi.


4. Badak Berendam
Hum aku pun boleh jadik badak berendam sebab saiz sama kot.Muahahaha.Gelak besar-besar. Yang ni memang tak terniat nak buat, terniat nak beli jer, so daddy please find this kuih for me. It's difficult to find melainkan waktu bulan puasa je,

Ni gambor tempek dari pakcik Google.

Sedapnyalah kan, masa bulan puasa ni makan yang manis-manis dan sejuk.Nyum nyum.Hopefully boleh meet target nak makan / buat dessert-dessert ni kan.(^_^)

Raya 2012 bagaimana?

Penting tak sebuah perancangan? If you ask me, i will say yesz. I  am 'developing' myself and go deeper in planning sejak masuk Dept Production Planning..Apa kena mengena? Saja nak bagi sedap cerita.
Memang selalu note down things to do lah, kekadang siap dengan action plan lah, dan yang sewaktu dengannya.Planning untuk baby termasuk dalam ke'planning'an aku ni.Aku selalu plan tak mau pregnant time bulan puasa and raya.Juga tak mau bersalin dan pantang dalam kedua-dua bulan tu. Salah satu sebab yang entah apa-apa ialah tak mau nampak tak cantik dalam gambar raya.Haha.Cantik ke selama ni? Ting tong.

Tak nak juga bersalin or pantang masa bulan pose and raya sebab nanti kene ganti puasa yang banyak (sungguh mencabar ya bila nak ganti puasa ni) dan juga tak boleh nak melantak juadah raya yang berlemak lagi berminyak.Oh no...
Tapi kita manusia hanya mampu merancang,Allah juga yang menentukan. Walaupun dah berusaha untuk sekurang-kurang nak deliver awal tahun tapi ter delay juga. Dan yang paling ngerinya delaynya sungguh kritikal. Kalau ikut due date 40weeks ialah dalam minggu ketiga Syawal, tapi macam biasa start 36 weeks haruslah always get ready kan, and the worst part is 36 week tu lebih kurang minggu raya tu.Anggaran kasarlah.Oh No..
Macam mana nak balik kampung beraya ni? Tahun ni turn balik ke Kedah.Purgh kalau kedah tu dekat takper, dah memang sedia maklum jauh apatah lagi dengan traffic jam nanti.Kalau masa tersekat dalam jem tue sakit macam mana? Oh ngeri.Tapi kesian pulak daddy kena sacrifice turn raya tahun ni.Hum.Jadi bagaimana?

And also tahun ni tiada preparation untuk raya, no  shopping for Baju Raya except for Zafran (itupun Zafran tanya: Nak beli baju raya untuk apa?), no kuih raya ordering (eh ye ka?) dan segalanya macam dah tertutuplah. Tahun ini buat pertama kalinya kami tidak bertema warna baju Raya dan recycle baju last year jer.Mana-mana kawan yang beraya kat KL ni bukak-bukalah pintu ya.Den nak datang berayo...

Wednesday, July 25, 2012

Persediaan Baby - Breastfeeding

Memilih sedikit kesusahan daripada senang. Ya dalam percaturan untuk memilih sedikit ke'susahan' dalam hidup. Banyak perkara, tapi hari ni nak berkongsi satu perkara iaitu Breastfeeding atau BF.
Ada orang cakap susah BF ni. Sebab:
1. Nak kena perah simpan dalam tempat sejuk-nak guna kena cairkan dulu pastu masuk pulak dalam warmer.Banyak step.Kalau susu formula terus je bancuh dan sumbat ke mulut baby.
2. Nak beli equipment or gadget macam breastpump dan segala accessori sampingan memerlukan kos yang sangat tinggi.
3. Malu nak BF di tempat yang terbuka.
4. Leceh dan malas.

Banyaknya alasan kan?
Sedangkan semua pun sedia maklum bahawa susu ibu tu yang terbaik if nak compare dengan formula milk.No need to explain further since most of us know the benefits of BF.
Waktu Zafran dulu memang nak sangat BF and feel how to BF, tapi tak berjaya.Just imagine that untuk dapatkan 3 oz tu kena mengepam selama 1 jam!! Terus frust kononnya.Kenapa ia terjadi? Sebab tak cukup knowledge, tak cukup sokongan dan dorongan dari insan-insan terdekat dan juga tak cukup material. Wah macam analysis 4M- Man, Machine, Material, Method. Kuwang kuwang.Jadi kali ini berdasarkan past experience kita kena buat some countermeasure or action plan.Wah keluar dah bahasa manufacturing.Ahaks.

Point No 1- Methode
Bukan senang aje ke? Memang betul, hala je B dekat baby tapi ia menuntut sesuatu yang bukan sedikit. Kena betul-betul sabar.Dulu Zafran bila di hala jer since N pulak pendek so dia macam tak puas, pulak tu lambat je keluar air susu..Melalak-lalak.Bila dah cemas dan panik terus sumbat botol susu. Ni rupa-rupanya salah dari segi Methode. Kita kena paksa dia supaya menerima keadaan tu.Biarkan dia melalak so nanti dia akan faham.Lambat laun dia akan boleh terima. Purgh ini macam menguji mental je ni. Sure nanti grandma or grandpa akan push jugak untuk bagi susu formula.So dekat sinilah ketahanan mental sang ibu akan teruji.
Kena pastikan orang-orang tua kita faham, si kecik ni baru nak sesuaikan diri.Aku harap aku boleh bertahan.

Point ke 2 yang perlu di atasi ialah- Man
Ada kaitan dengan methode jugak.Macam yang di nyatakan dekat atas tadi.BF memerlukan sokongan orang di sekeliling kita.Berdasarkan pembacaan aku yang dapat aku tersimpulkan ialah baby ni masih baru keluar dari perut , dia pun perlu time untuk pandai.Yalah kan takkan kuar perut terus boleh baca buku plak kan.So ambik masa. Jadi orang di sekeliling jangan push dengan paksa baby minum susu botoi.

Point ke 3 yang perlu di atasi ialah- Machine and Material
Bab ni boleh di katakan BF memerlukan kos yang tinggi juga.Tapi pada pendapat aku ia mungkin tinggi bagi kos permulaan.Ala-ala pelaburan.Memang sakit nak prepare equipment awal-awal tapi ia umpama pelaburan jangka panjang.
Perkara yang penting antaranya ialah a good breastpump.
Wah takkan nak pakai machine perah tebu kot kan? Masa zafran dulu hanya ada Manual Pump saja, sebab masa tu takut nak spend banyak-banyak. Tapi manual beb, larat ke nak tekan banyak-banyak? lenguh tangan.Tapi sekarang takut jugak, tapi ada keyakinan. Thank you daddy sebab belikan set breastpump Spectra Dew siap dengan bag sekali.Senang nak usung ke sana sini. Also included with cooler bag dan juga ice pack,storage bottle untuk menjamin kesegaran nya since dekat office ni takde peti ais ka freezer ka untuk menumpang kasih.












Gambar google je.-DONE

Bila dah pump sure nak kena ada storagenya kan? Jadi di sebabkan peti ais yang kecil kena pakai storage yang macam ini. Banyak brand, tapi pilih Autumnz sebab kelihatan lebih tebal and lebih kukuh.1 kotak cuma ada 25pcs.Jadi kenalah beli berkotak-kotak.Sebab Storage Milk Bag ini lepas pakai kena buang.Masa nak beli dekat Little Whiz, daddy cakap eh tak payahlah.Orang lelaki biasalah kan, tak salahkan dia jugak.Aku cuma harap dapat jimatkan space dalam freezer tu yang tak seberapa luasnya. Kalau pakai botol banyak-banyak memang jawabnya tak muat nanti kot.Beli satu kotak dulu, nanti if tak cukup storage memang terpaksa en darling pergi carik dekat kedai.Wink:
Juga gambo ihsan Google.Autumz Storage Milk Bag

Untuk di hantar ke nursery juga ibu kena siap-siap cairkan EBM dan masukkan dalam storage bottle kan.Jadi untuk pastikan susu bertahan lama kenalah masukkan dalam Cooler Bag.Dan dalam Cooler Bag tu kenalah masukkan Ice Pack. (If boleh masuk dalam peti ais dekat nursery lagi baguslah kan tak yah include this cost)
Gambar ihsan Google. Cooler Bag dan Ice pack- NOT YET
Estimated cost maybe around RM 50 kot, if pandai google carik harga yang murah. Ini nanti lepas pantang barulah boleh beli.Lambat lagi kot kan.Aku pun tengah dok google macam mana cara ibu-ibu lain hantar stock EBM derang dekat taska.Macam-macam petua ada.Naik pening membaca.Takpelah nanti pandai-pandailah acik uruskan.Ahaks.

Bercerita soal mencairkan EBM ni, masa aku blogwalking mencari info ada jugak satu minah ni bagitau if ada warmer it will be quite helpful.So aku google pulak brand yang ada kat amrket dan within the budget.Jumpa and aku suka.Jumpa satu brand ni Snow Bear Car and Home Baby Bottle and Food Warmer. Tapi masa bershopping di Little Whiz dekat Setia Alam tu aku rembat brand Autumnz sebabnya sama harga offer jadi RM 79.90 dan ia nya juga kecil dan mudah di bawa .-DONE
Juga sebab dulu ada masalah ngan Miss N, maka aku beli juga Brand Medela ni.Mula di pakai bila dah masuk 30 weeks of pregnancy.

Gambar ihsan Gogle.Lupa nak snap gambo hari tew

Order online. Harga satu set RM 69.90 beli dari Moms Little One.-DONE


Juga untuk penyusuan yang selesa dan si ibu tak sakit pinggang or bahu, support dengan nursing pillow.Mula-mula ingat nak beli tapi rasanya maybe tak penting lagi untuk aku.Nanti dah menderita nanti baru aku carik.Takut nanti beli tapi tak pakai, sudahnya jadi bantal peluk.nGeh-ngeh- HOLD PURCHASE INTENTION.TAKKAN BELI KOT.AHAKS

Selain itu, mestilah nursing bra kan.Senang dan memudahkan ibu-ibu.Malu ar tempek gambarnya.Ahaks.Tapi mahal gila kot nursing bra ni rupanya.Senak perut if nak rembat sekaligus..-DONE

Maybe you will need Nursing Poncho aka Cover if you wish to BF the baby in public area.Tak mahal rasanya around RM 50 below.Aku tak beli pun.Tengoklah nanti macam mana.
Belum lagi segala breastmilkbooster untuk pastikan pengeluaran boleh memenuhi permintaan.-NOT YET

Dalam banyak-banyak keperluan breastfeeding yang di beli dekat Little Whiz hari tu , daddy lebih teruja baby cube-tempat untuk simpan stock makanan baby dalam bentuk cube tu.Nampak chomey katanya.Lambat lagi daddy si baby nak makan:).Nanti kita beli ya.


Nampakkan ia memang memerlukan kos permulaan yang banyak, but I hope that langkah kecil yang ku ambil ini will bring good benefits.InsyaAllah.So far boleh di katakan semua barang dah ada.Yang mana small-small item itu boleh beli kemudian untuk top up.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Ya Allah semoga aku dapat menyusukan baby ni dengan jayanya.InsyaAllah
Adios.



Note:  The list Ialah sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Thursday, July 19, 2012

Government: Please rebranding your clinic # 1

Tak pernah ke mana-mana klinik kerajaan dan tak pernah masuk hospital kerajaan selama ni.Sebab company tanggung kos perubatan walaupun tak banyak mana, tapi cukuplah bila time-time emergency.Lately ni agak rajin berkunjung ke Klinik kesihatan (semenjak aku gatal tangan sangat buat Buku Merah). Jadi bertukar-tukar dari Klinik Kesihatan Shah Alam ke Klinik Kesihatan Serendah.Bertukar sekejap ke Serendah sebab dekat dengan office dan aku nak save kan cuti aku.If I go to Sek 7 punya clinic confirm kena ambil Annual Leave. Not so much different between the clinic.I'll tell later experience di Serendah pulak.

But now I'm going to tell that please la goverment.Please rebranding the image of government clinic/hospital. I'm not talking about both clinic ini sahaja.Mana-mana klinik kesihatan yang lain pun sama sahaja ya.
First of all the toilet.Purgh jangan cerita.The toilet yang tak function dengan sempurna which is tak boleh nak flush, even toilet bowl also don't have alas dia!!Adoi yai macam mana nak duduk? Serius geli geleman everytime nak masuk toilet dia untuk ambil urin test. Please lah, tolong repair the toilet bowl, make sure boleh flush dan comfortable to seat.Please also provide with tissue paper as well as liquid cleanser.Lepas keluar dari toilet cuci tangan pakai air jer, mana sabun? So bakteria-bakteria melekatlah dekat tangan kan?
Nama pun Klinik Kesihatan tapi condition toilet tak menepati terma-terma gaya hidup yang sihat pun?
Sepatutnya tandaslah yang WAJIB di berikan keutamaan dalam penjagaan kesihatan.Berkongsi tandas dengan macam-macam umat boleh juga contribute kepada jangkitan kuman dan sebagainya.Macam ini ke pendekatan pihak yang berkuatkuasa ke atas isu ini?
Cuba pihak atasan turun padang tengok condition sebenar, janganlah duduk-duduk dekat office je.Have a look and propose to change. Kalau tak ada idea how to change dapatkan khidmat consultant ke (ni yang rasa nak buat busines consultation ni) ataupun benchmark negara-negara lain yang sangat mantop kebersihan tandas mereka.
Teringat masa pergi Jepun hari tu, di sediakan satu liner yang boleh flush to cover the toilet bowl. Maksudnya bila kita nak duduk dekat toilet tu, kita akan alaskan satu paper ni dan boleh melepaskan hajat secara selesa tanpa rasa geli geleman. Then, paper tu kita boleh buang or even flush tau.
And one more untuk public toilet ni, kenalah guna toilet yang ada bidet tu, tak payah pakai getah2 paip ni, sebab air akan melimpah ruah dekat lantai toilet.Hadoi, benda kecik macam ni pun tak boleh fikir ke?
How am I going to evoke this issues to the top management? Patutkah aku menulis dekat dada-dada akhbar? Adakah mereka akan ambil tindakan?

p/s: Tak pasal-pasal buat entry toilet pulak..Grgrgr

Tuesday, July 17, 2012

✿ At 32 weeks ✿

At 32 weeks.Mode ketika ini:
✿ Badan rasa letih, kaki dah mula membengkak menanggung keobesitian itu
✿ Takde mood nak pergi kerja mahupun bershopping (melainkan shopping di hujung jari jemari)
✿ Asyik mengantuk.Rasa nak tidur dan baring-baring aje.

Simptom-simptom di atas tak pernah di alami masa preggy 1st baby (that time I'm still young ok)

There's a lot of differences masa preggy 1st baby which I'm more energetic and lasak.Masih boleh ke hulu kehilir meeting dalam Production Plant yang besar tu. Selera dan nafsu nafsi makan pun besar.Muahaha.Juga masa 1st baby aku suka nak melawa dan melaram.Blusher tak tinggal walaupun tau dalam Production Plant sure meleleh-leleh make up aku.

2nd baby ni lebih malas (eh bukan malas tapi memang tak larat sungguh). Even nak suruh pergi meeting yang boleh turun naik lif pun aku malas.Selera makan pulak cuma selera besar masa awal-awal pregnant.Lepas tu selera terus back to normal. Dan pregnant kali ni aku sangat gemoks-comots-kira aku dah berbedak pun dah cukup baik.

Wowo.It's totally different man. Sabar-sabar as another few more weeks to go jer lagi.

Monday, July 16, 2012

Briyani Tandoori at Kapitan Penang

Hum..Maaf sebab ini entry lama terperap dalam draft.Tapi nak keluarkan jugak.hihi.Penangan Nasi Briyani Kapitan di Penang memang semacam.Mula mengenali kedai ini ketika outstation di Penang dulu. Sedap briyani nya kata orang dekat sini.Purgh memang sedap, tapi tak dapat di tafsirkan dengan kata-kata (sebab tak reti nak describe). Bila daddy ke Penang pun dia cuba juga and sedap katanya. Baru-baru ni ada makan dekat Kapitan ni masa tu daddy ada gathering dengan housemate lama. Tapi entah kenapa makan rasa tak puas maybe sebab ramai-ramai kot. Jadi kali ni, since nak paling kampung daddy di Kedah, kami lajak dulu ke Penang pekena ini Briyani Tandori.Macam biasa kedai mamak kan semua ada kambing, ayam and etc tinggal mak ayah je takde dekat sini.


Mummy and daddy suka Briyani Tandoori so dia serve dalam bekas macam ni. Tapi if order macam Briyani Udang kan selalunya serve dalam bekas besi yang bulat. Cukuplah flavournya serba serbi. Nafsu mengandung membuak-buak, mummy add dengan Cheese Naan (teruja tengok member makan hari tu).Hum..sedapnya lembut.


Gambar dah ambil tapi nak transfer dari Tab ni amatlah leceh.maka jamu mata gambar tempek ihsan Pokcik Google.
Cheese Nan ni harganya RM 10.00


Zafran yang makan sehingga menjilat jari.Licin habis.

So, apa lagi kalau singgah ke Penang selain pekena Nasi Kandar boleh juga ubah selera dengan Nasi Briyani di Kapitan.

Saturday, July 14, 2012

Melangsuir # 1

Project Home Deco ni masih belum berakhir. Pencarian dining table baru (bercita-cita nak beli yang 8 kerusi, konon macam kami anak beranak ramai) terpaksa di hentikan dulu, bagi memberi laluan kepada 'orang baru' yang bakal menjelma selepas raya ni.Cuma project langsir sahaja yang nampaknya 'hampir' boleh di laksanakan.Chewah.Just imagine kami dah duduk rumah ni sekian lama, masih berlangsir lama aka kalau bilik belakang tu memang 'togel' jer.Tahap siryes dah ni.kan kan? Bukan apa, bilik tu memang tak berpenghuni pun, tapi bila sesekali guest datang especially parents in law datang,rasa kesian pun ada.Sure susah nak tukar baju or nak golek-golek dalam bilik.Nanti dia cakap menantu dia ni tak prihatin pulak.Tak dapatlah acik award menantu terbaik taw.
So, apa lagi, bila duit saving dah cukup terus je aku jalankan project melangsuir ni dulu.

So langkah pertama ialah kene ambil measurement dulu. So daddy sebagai graduan Engineering memang head of measurementlah.(Eh, ada kene mengena ka?). Mummy plak sebagai graduan mgmnt science kene bertindak fikirkan pattern apa yang nak buat dan warna apa. Diri sendiri pulak bukan jenis minah bunga,so langsir umah den ni memang simple dan not playing so much with flower deco.
I really love this kind of pattern.Simple jerk.
Next step:
1- usya di Jakel Section 7, Shah Alam

Gambar ehsan Pokcik Google
Purgh memang harganya bingit bangat..eh eh ayat apa tu? Harga memang mahal tak hengat. Tapi service dari promoternya memang best, terasa di belai-belai gitew. Cantik-cantik juga tapi dalam fikiran, kalau setakat langsir bilik jer, takkanlah aku nak beli yang semeter RM50.Baru night curtain, langsir sheer lagi, pun lebih kurang sama harga dengan langsir day curtain.Hum...Takper pusing lagi...

2- Usya di Nagoya Textile, Rawang
Gambar ehsan Pokcik Google

Pernah sekali usya dekat sini, dengan officemate.Rasanya harga not badlah kan.Setakat nak letak dekat bilik je, tak perlulah kain mahal-mahal sangat rasanya. So far, boleh di katakan harganya boleh tahan.Quality pun sedang-sedang aja. Layanan takdelah first class macam dekat Jakel tau.Tapi berdasarkan hemat aku, designnya as per expected.Maksud aku entahlah, macam so standard.Yalah tapi padanlah kan dengan harganya.Lebih kurang semeter RM 16 pun dah nampak cantik. Tapi biasalah, I really can't make decision, terus blur terpaku dan terkesima bila banyak sangat kain di longgokkan depan mata.Grgrgrgr..
                               
Jamu mata
Rasanya cukup cukup sudahlah merayau.Dalam keadaan membuyung ni, nak bawak badan pun tak larat.Inikan pulak nak merayap jauh-jauh carik langsir.Cukuplah dua check point.
Tapi tak jugak, sekali ada flyers termasuk dekat dalam post box rumah. Ada satu kedai baru bukak dekat AB- Farah Decoration.Ingat nak tempah jahit kat situ, tapi faham-faham jelahkan, selalunya kedai macam ni nak kita pakai kain dia. Tapi aku cakap ngan tokeynya yang aku dah ada satu kain belang-belang yang aku dah beli masa kat umah BSD dulu, tak berjahit-jahit lagi.Cukuplah untuk satu bilik je sebenarnya.Dia kata OK.Tapi aku ambik jugak kain dari dia untuk bilik Master Bedroom dan kids bedroom.
Farah ni cakap dia akan install sekali rod (daddy suka sebab dia tak payah menghabiskan peluh untuk drill and pasang rod langsir).Eh ingat pasang free ke? Masuk dalam quotation beb.Yang bagusnya bila ada yang jenis datang rumah ni ialah ukuran mereka agak tepat, sebab derang ukur sendiri.Kalau kita ukur macam-macam lah jadinya kan.

Farah datang ukur dan bagi quotation, aku pilih kain (jenis selak-selak katalog tu).Bayangkan limited design macam tu pun aku boleh pening inikan pulak nak survey berpuluh-puluh kedai? Terus ting tong.

So after calculate2 dan measure, dia pun bagi quotation.Hum nak tersedak jugak tengok sebab harganya agak mahal untuk orang yang sengkek macam aku ni. Actually yang mahalnya ialah harga kain tu, sebab kain-kain yang dia quote around RM 38/meter.So, imagine jelah kan. Total sebuah rumah dekat RM3,629.25 tu. Uhuks. So macam mana? Haruskah acik cancelkan project melangsuir ku itu.Huhuhu...

Friday, July 13, 2012

Persediaan ke arah penggunaan CD

Entah kenapa pregnant kali ni aku suka memilih jalan yang susah dari jalan yang mudah-mudah.Adakah sebab aku dah buhsan dengan kehidupan ke? Ke aku mahukan extra cabaran sebab hidup sekarang belum mencabar? Aku pun tak tahu, dan aku ikut saja rentak sekarang.
Ya kali ni, telah memilih langkah yang susah dengan impian nak pakaikan anak CD.Ini one of my Wish List sempena beranak dua ni.

Tengok, kan aku dah cakap susah jugak sebenarnya nak start ber'CD ni tau.
1. Kos permulaan yang agak tinggi
2. Nak kene basuh sendiri dan setiap CD memerlukan penjagaan yang terperinci.Bukan boleh main aci redah je.Ada teknik, ada jenis-jenis sabun pulak
3. Larat ke kau nak basuh CD? Kain lap dapur pun perap seminggu.Isk isk.
 Entahlah.........

 Pertama sekali ialah kenapa aku nak ber 'CD?
Jawapannya mudah-aku nak mencuba dulu.Banyak info yang aku dengar CD ni boleh mejimatkan wang dan menjaga alam sekitar.Purgh tetiba rasa macam ekstrimis alam sekitar pulak.

Close up on Permasalahan 1- Kos permulaan yang tinggi.
Kos permulaannya memang banyak. Untuk satu baby perlu sekurang-kurangnya dalam 20CD untuk make sure by day 3 tu dah boleh buat cucian.Setakat entry ni di tulis, aku baru ada beberapa helai CD yang beli secara online dekat SmileyBear.Mix brand.
Slow -slow masa pantang nanti baru nak tambah.Sebab tak bercadang nak pakai baby CD waktu pantang.Time pantang aku tak nak bekerja keras sangat.Wink.
Anggaran kos, katakanlah beli CD brand yang biasa around RM 30/CD x 20 helai= RM 600. Di katakan boleh pakai sehingga baby lebih kurang 2-3 tahun. Wah memang banyak boleh jimat tu. :)

Masa Zafran pakai pampers dulu anggaran dalam RM 40/bag and satu bulan dalam 3 or 4 bag.Katakanlah 3 bag x RM 40= RM 120 sebulan.If setahun =RM 120x 12 bulan=RM 1440.
Purgh bezakan pula RM 1440-RM600= boleh save banyak ni.Bolehlah mummy saving shopping ka.

Untuk ber CD juga memerlukan bahan pencuci yang sesuai untuk CD tu. Melalui google di perhatikan harganya around RM 20 and below.Ikutlah nak brand apa pun kan.Macam-macam brand ada.Ikut poketlah nak beli yang macam mana.


Lepas tu perlukan juga wetbag, untuk di bawa ke nursery.Plan nak beli 2 wetbag, satu untuk poo and pee.Lagipun harga untuk wetbag pun tak berapa mahal.If pandai cari below RM 10 pun boleh jumpa.tapi kalau nak yang besar mahal sket kot.Anggaran below RM 15 untuk satu wetbag.

Gambo ehsan Google.Sebab aku tak beli lagi.

Juga bila nak nasuh CD kena pakai Laundry Bag untuk prevent dia dari rosak dan bolah guna tahan lebih lama.Google tengok tak mahal mana Laundry Bag ni.Boleh dapat below RM 10. Belilah dua, sebagai spare mana tau tetiba yang satu tu pulak rosak.

Gambo jugak ihsan Google sebab aku tak beli lagi.Plan beli masa cuti pantang nanti.


Ya, seterusnya ber CD juga memerlukan Nappy Liner.Sebab dia boleh cover CD dari stain akibat poo .So takdelah teruk sangat nak menyental CD pants tu. Harga yang ku lihat lebih kurang RM 30 and below untuk 100pcd.Not bad.
Juga gambar cilok dari Pokcik Google.Sebab den belum beli lagi.Tapi bakal beli.

Close up untuk permasalahan no -2: Kena extra penjagaan untuk CD
Yang ni memang kena ada kesungguhan dan pengetahuan.Maka aku pun kerjanya menggoogle belajar dari blog-blog yang berkaitan.Ambik yang mudah dulu, tak mau terlampau extreme sangat.jadi CD yang aku nak pilih pun yang biasa-biasa aja.Tiada yang luar biasa pun.

Close up permasalahan 3- Malas.
Wah kalau Mr M ni dah keluar, apa pun tak jadi.Kuwang-kuwang.Kena plan awal-awal, malam before hantar anak pergi nursery dah siap-siapkan masukkan CD dan baju dalam bag.So pagi takdelah kalut sangat. Displin diri amatlah penting yang kawan-kawan:)
So ni kira entry permulaan; nanti lepas dah guna nanti baru boleh review.

pesanan untuk en daddy: Please support me;)

Thursday, July 12, 2012

1st time minum air 'gula' wo

Wokeh, baru je selesai ambil ujian air gula.Kena ambil gula sebab BMI.Biasalah melantak tak hengat, tapi rasanya memang kalau Klinik Kerajaan ni akan suruh ambil gula juga walapun yang pegnen tu aku tengok comel-comel je orangnya.
Malam sebelumnya kena puasa,so by pukul 8.00 datang dan ambik darah dekat Klinik Kesihatan.Kali ni menumpang kasih dekat Klinik Kesihatan Serendah sebab dekat dengan office. Malas nak ambik cuti dah pun.So mula-mula ambik darah lepas tu nurse suruh minum satu gelas air gula..Purgh pening-pening lalat sekejap.Maklumlah perut kosong tetiba suruh minum air gula hokeh.So selepas 2 jam datang semula untuk ambik darah lagi.Dalam masa 2 jam ni still tak boleh makan lagi.Apa kena berlapar sampai pukul 10.00? Hum lapornya....Cakap pasal lapor, macam mana nak bertahan bulan puasa ni? HUhu

Wednesday, July 11, 2012

Surah Bacaan ketika Mengandung

Sebagai seorang ibu dan juga bapa, selain persedian itu dan ini, baju bajan untuk baby yang bakal lahir, turut di galakkan juga untuk membaca surah-surah yang baik di amalkan ketika mengandung (sebelum kelahiran).Biasanya orang akan cakap itu tanggungjawab ibu yang mengandung.Tapi rasanya bapa, papa, ayah,daddy,abi pun sepatutnya memberikan sokongan padu kepada sang ibu dengan sama-sama mengaji dan mendoakan keselamatan ibu dan bayi.Tolong jangan cakap ini ibu je yang kena amalkan sebab ibu yang tengah bawak baby ya...Support each other okey:)
Antara surah-surah yang di galakkan di baca ketika mengandung ialah:
1. Surah al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan
2. Surah Maryam: untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
3. Surah Luqman :untuk memperoleh anak cerdik akal dan jiwa
4. Surah Yusuf: memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak
5.Surah al-Hujurat: untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
6. Surah Yassin: ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
7. Surah al-Tawbah: membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
8. Surah al-Nahl : melahirkan anak yang berdisplin

Marilah kita sama-sama amalkan (^-^)

Monday, July 02, 2012

Persediaan baby - Part 1

Entry sekarang banyak menuju ke arah confinement and pantang.Mau taknya, beberapa minggu lagi je. Honestly banyak benda tak setel, melainkan beli sikit-sikit baju baby.Memang tak beli banyak sebab baby cepat membesar, rugi pulak if beli newborn clothes dengan banyak.
Memandangkan dah nak masuk bulan Ramadhan, rasanya macam nak mintak daddy prepare awal, walaupun original plan by 34 week baru nak selongkar stor godek-godek barang lama.Tapi since bulan puasa kan, kalau letih-letih nanti macam manalah gamaknya.Kang jadik alasan nak berbuka pulak.Wink!

Ok apa yang tak setel?

1. Istana hinggap ketika berpantang
Hum bilik bawah terpaksa di jadikan istana hinggap untuk landing semasa berpantang.Takkan nak naik turun tangga-mau bentan acik nanti.Bilik bawah sekarang ialah bilik solat aka bilik iron baju aka bilik gantung baju dan kain yang belum berlipat aka work station mummy as well as study room zafran.Ops tak lupa bilik simpan toys juga.
Now kene re-layout untuk masukkan katil, dan juga almari baby dan baby cot.Tengah fikir should we buy new set of furniture atau bawak turun je katil guest room dekat atas tu. If nak jimat $$$$ baik turun bawah je katil guest tu.Banyak-banyak katil dekat rumah ni pun nak buat apa pulak kan. Tapi if ada fulus lebih, why not? Aku pun sure pening macam mana nak re-layout bilik ni.Grgrgr
Target to do: Before puasa :)

2. Selongkar stor
Kenapa kena selongkar stor? Sebab banyak barang-barang Zafran yang lama dalam stor tue.
1. Baby cot
2. Baby bath tub
3. Stock barut and bedung Zafran dalam box-mesti kena check condition if can recycle or
    not.
4. Baju lama mitten and booties pun ada dalam kotak-kena check condition

If boleh settlekan awal sebelum puasa, bolehlah mummy tolong daddy sikit-sikit, and dia pun tak delah keletihan if buat semua ni masa bulan puasa.
Target to do: Before puasa ;)

3. Kids Closet
Bercadang untuk cari almari kecil atau chest drawer untuk simpan baju-baju baby.Memang setakat ini, tak cukup wardrobe . Yang canteks-canteks memang banyak, tapi harganya pun banyak jugak.
Yang ni simple but nice but sure mahal


If nak murah, kena carik di Ikea.Budget below RM 200.00.
Target nak beli: Boleh tak before puasa jugak?


4. Persediaan untuk Ibu eh aku lah itu
Memang banyak sebenarnya, benda-benda yang kecil dan nampak remeh
1. Nursing Bra,wahsable breast padlah - bilalah nak g beli ni
2. Postanal set  - pun baru google jer, fulus belum ada sih
3. Set minyak ka pati haruan ka tunggu bersalin nanti lah advance sangat 
Eh macam banyak tapi blur sekejap.Grgrgrgr..nanti lah sambung balik.Entry lainlah pulak, banyak bebenor kot.
Tapi yang top 2 list dekat atas tu kena di laksanakan juga sebelum bulan Ramadhan.Cian daddy nanti.Sweet tak? sweet tak?