Showing posts with label Free Topics. Show all posts
Showing posts with label Free Topics. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

Kegilaan bersama Ultraman di Astro Ceria

Ok well, Zafran memang jenis yang suka layan Ultraman masa kecik-kecik dulu..dah besar ni kuranglah sikit kan…dan nampaknya entah macam mana si Adrian pun terjebak sama..mungkin sebab mainan abangnya banyak so dia pun terpengaruh sama. Yang untungnya tak payah nak bazirkan duit beli new toys, you can just use the previous one kan.
I think lately ni ada banyak event organizer yang organize event yang menampilkan Ultraman as a main attraction for the crowd…yang mana Berjaya di selamatkan memanglah aku selamatkan, meaning aku akan rahsiakan dari bebudak ni..tapi baru-baru ni Astro Ceria adalah buat event dekat Plaza Alam Sentral and nampak gayanya dia dah tau lah pulak…ngeh ngeh ngeh….
So terpaksalah heret jugak bawak budak berdua ni dekat sana. Actually dah agak dah memang akan lambat punyalah start benda-benda tu, tapi memandangkan fikirkan nanti payah nak parking kereta, maka gagah jugak datang awal.

Tak puas hati #1
Jadualnya dari pukul 11-3 petang, tapi by the time pukul 11 tu apa pun takde lagi, kecuali kaunter pendaftaran untuk peserta pakaian beragam je…lagu Ultraman pun takde, pengacara pun takde Nampak batang hidung..tapi anak-anak kecil peminat tegar ultraman dah bersusun dah depan pentas yang sangat-sangat kecil.
Di hadapan pentas tu boleh pulak ada peniaga-peniaga tudung dan baju-baju yang menyebabkan kawasan tu jadi bertambah sempit. Sepatutnya pihak pengurusan kena kosongkan kawasan tu biarlah lapang, so bolehlah fully occupied untuk orang-orang yang datang.Tak payah letak kerusi, duduk kat lantai pun aku rasa derang ni sanggup je.
Bila kawasan sempit maka visitor yang datang mula menyusunkan diri dekat tepi-tepi palang di setiap level and boleh aku katakan sangat bahaya….kalau ada budak yang over excited duduk tepi-tepi palang tu kalau jatuh dari tingkat atas macam mana? Kenapalah Astro ceria boleh pilih tempat macam tu? Lack of safety, sempit, tak praktikal langsung untuk anak-anak kecil?


Pentas kecik, space limited.Ini gambar dari tingkat tas...Bahaya weh


Tak puas hati #2
Dah dekat pukul 12 barulah acara mula dan memang sangat boring, eh orang datang nak tengok ultraman, bukan nak dengar pengacara membebel-bebel…dahlah membebel entah apa-apa..cubalah tepati waktu. Yang datang ni budak-budak..macam-macam ragam..ada yang dah menangis rimas kot duduk bersesak dekat kawasan macam tu…and seperti yang di jangka ultraman yang dua ekor tu datang by around 2 pm macam tu!!! Berdiri kat pentas kot lah nak buat action fire mengfire ke,…takde langsung hokay..haram berdiri je sebelah budak-budak yang menang apa entah…di sebabkan kawasan tu sempit maka yang duduk depan stage tu siap panjat kerusi nak tengok Ultraman.tak lama pun atas stage tu pastu dia pun blah….ish ish bebudak lama tunggu ko buat macam tu je? Kureng asam betul…

Tak puas hati #3
Pastu kitaoorg di maklumkan nanti ada photoshoot dekat level 4..pergilah naik atas intai-intai kot-kotlah ada Ultramannya…ops lupa nak bagitau, kononnya photoshoot pukul 3 ya…pastu bila naik atas, Astro crew tu membebel bagitau kena kosongkan kawasan tu sebab masa photoshoot tu tak boleh bising and dia pun halaulah bebudak yang tunggu dekat area tu.Eh eh come on lah beb..kalau ko nak buat sessi photography yang senyap sunyi takde gangguan sila lah tempah studio ya..Plaza Alam Sentral tu tempat public hokay…Grrr…
Maka, bermulalah penantian kami dekat Level 4 tu, rupanya Ultraman muncul balik dekat stage untuk short session bersama pemenang…dapatlah kami anak beranak tengok dari celah-celah palang besi tu…ish memang cuak gila kotlah palang tu jatuh ke…hadoyai..Astro ni dah terlebih bijak kot pilih tempat macam ni…tunggu lagi entah berapa jam…astro crew tu bagitau dalam pukul 4 ultaman datang untuk photoshoot..memang tak Nampak batang hidung pun…aku dah cakap dekat zafran, ok the limit is until 5.30 kalau takde kita balik…nasib baik dalam pukul 5.15 tu ultraman Zero tu pun datanglah terkedek-kedek…dapatlah snap sekeping…lepas tu derang pun buatlah photoshoot kat tempat yang di tutup dengan bunting siap sound lagi bila bebudak ni bising..erk…siryes memang lenguh kaki seharian dekat Plaza Alam Sentral…anak punya pasal..huhuhu..Gilo ko dari pagi sampai ke petang…mujur kuat semangat..kalau tak memang dah ambik MC Monday tu tau..
Ni je Ultraman close-up..tunggu punyalah lama

In overall I’m not satisfied with the arrangement by the crew especially in term of location dan pengurusan masa…memang tak memenuhi customer service langsung..hadoyai….please lah in the future cuba pakai akal sikit bila buat event ya.Thanks.

Zafran and 'Ultraman'

Wednesday, September 26, 2012

What to say about DDMC?

Memilih hospital sebelum bersalin juga merupakan sesuatu yang perlu di pertimbangkan oleh ibu-bapa. Kena fikirkan jarak, kos, services, doktornya handsome atau tidak..Apakah?Hihi
Macam kami, untuk anak yang pertama kami memilih untuk bersalin di Damansara Damai Medical Centre.Antara faktor utama kami memilih DDMC ialah sebab lokasinya yang terletak dekat dengan rumah lama kami di Bandar Sri Damansara.Lebih kurang 5 to 10 minutes. Masa jumpa dengan Doc Pakar dekat situ iaitu Dr. Kamal Bahrin pun we feel comfortable sebab Doc Kamal ni rajin menjawab pertanyaan kami.Kadar bayarannya pun at that time is within our budget.Ish itu penting tu, almaklumlah company cover sikit jer.

Untuk anak yang kedua ni pun kami akhirnya memilih untuk bersalin juga di DDMC walaupun kami dah pindah nun jauh di Shah Alam. Awalnya berbelah bahagi juga sama ada nak pergi DDMC or DEMC.Last-last kami pilih DDMC.What to say about DDMC?

Dekat DDMC ada 3 single room dengan yang paling mahal sekali ialah Superior,Deluxe dan paling murah sekali ialah Jupiter.Since aku operate dan bakal menikmati 'percutian' 4D3N, we decided to stay dekat bilik Jupiter tu walaupun bilik tu agak kecil.Ada jugak bilik Jasmine yang boleh menempatkan 5 patient, tapi jika anda pilih bilik ni, suami or family tak di benarkan menemani/bermalam bersama dengan anda.

Dekat sini, selepas ibu melahirkan anak, bayi anda akan di letakkan di dalam nursery dan berada di bawah jagaan nurse.Meaning, anak anda tidak akan berada di sisi anda dan anda bolehlah berehat selepas penat bertarung nyawa dekat OT.Jika anda menyusukan anak anda, anda boleh pergi ke nursery untuk susukan baby anda.

Pagi-pagi around 8.00 macam tu, akan di pasang bacaan ayat suci Al-Quran, memang tenang je rasanya.Nurse-nurse yang ada pun friendly, so memang membantu. Doc yang ada memang aku rasa kebanyakan pun tahu Doktor Kamal Bahrin, Pakar O&G.Doktor Kamal ni memang cool orangnya, so kita eh aku rasa macam comfortable dan rasa senang je nak communicate dengan dia. Yalah kalau doc tu cool kita pun akan cool jugak, if dia gelabah makanya kita pun akan gelabah jugak. Biasanya end of the session dia akan tanya "Ada soalan lagi?" cheh nampak sangat kami ni banyak tanya. Tapi tak salahkan tanya dari buat assumption sendiri.
Tapi bukan Doc Kamal sorang je doktor dekat sini, ada sorang lagi doc iaitu Doc Dayang yang akan assist bila Doc Kamal not in duty.
Sebelum ibu dan baby di benarkan pulang, nurse akan berikan satu envelope yang berisi borang untuk register nama baby dekat Jabatan Pendaftaran Negara.Dah siap isi, cuma kita letak nama anak or maybe our address jelah.
Tak lupa juga macam-macam goodies daripada penaja-penaja budiman.Benda free adalah sangat best:)
Patient yang datang dekat DDMC ni bukan kawasan sekitar tu jer, termasuk jugak dari Shah Alam, ada member aku dari Kelana Jaya pun datang ke sini. Mouth to mouth orang bercerita about the services and the doctor, so dari jauh pun sanggup jer derang datang.
Kalau orang confident dan rasa suka dengan services yang di tawarkan, sure orang akan datang.InsyaAllah.

This is base from my experienced selepas bersalin dua orang anak dekat sini, so far Alhamdulillah, takdelah pulak bad experience.Tak taulah pulak orang lain.

Thank you for reading ^-^

Wednesday, August 29, 2012

I am VIP

Okey, ini parking special yang di terima sekiranya anda mengandung, For pregnant woman only ya. Sticker dan reserved parking ini sangat membantu ibu-ibu sebab parking di P2 ini jenis double park.So just imagine kalau kereta kita di block dan dalam keadaan membuyong kita kena tolak kereta yang block kereta kita.. Kalau setakat Kancil gagah lagi kot.Buatnya kereta jenis Sedan ka, MPV ka, mau terberanak dekat situ. Alhamdulillah baru implement tahun ni, dan aku enjoy dapat parking ni, sebab bolehlah keluar rumah lambat sikit.Parking VIP lah katakan.Sepatutnya parking ni hanya apabila ibu-ibu mengandung dah mencecah 6 bulan sahaja, tapi Alhmdulillah masa isi borang, terus je security guard bagi je reserve parking tu.Alhamdulillah.
Normally kalau parking yang dekat dengan building ni dah penuh, siapa yang lambat kena parking dekat padang, jauh sikitlah kena catwalk kan?
Apapun, thank P2 for providing the reserved parking for pregnant woman.I'll miss it selepas deliver nanti. Dan aku mengharapkan agar company-company lain turut menghargai wanita mengandung dengan menyediakan kemudahan khusus untuk mereka.
Ni pulak reserve parking untuk orang kurang upaya.Parking ni sebenarnya untuk sorang kakak ni yang kena osteoporosis.

Thursday, July 19, 2012

Government: Please rebranding your clinic # 1

Tak pernah ke mana-mana klinik kerajaan dan tak pernah masuk hospital kerajaan selama ni.Sebab company tanggung kos perubatan walaupun tak banyak mana, tapi cukuplah bila time-time emergency.Lately ni agak rajin berkunjung ke Klinik kesihatan (semenjak aku gatal tangan sangat buat Buku Merah). Jadi bertukar-tukar dari Klinik Kesihatan Shah Alam ke Klinik Kesihatan Serendah.Bertukar sekejap ke Serendah sebab dekat dengan office dan aku nak save kan cuti aku.If I go to Sek 7 punya clinic confirm kena ambil Annual Leave. Not so much different between the clinic.I'll tell later experience di Serendah pulak.

But now I'm going to tell that please la goverment.Please rebranding the image of government clinic/hospital. I'm not talking about both clinic ini sahaja.Mana-mana klinik kesihatan yang lain pun sama sahaja ya.
First of all the toilet.Purgh jangan cerita.The toilet yang tak function dengan sempurna which is tak boleh nak flush, even toilet bowl also don't have alas dia!!Adoi yai macam mana nak duduk? Serius geli geleman everytime nak masuk toilet dia untuk ambil urin test. Please lah, tolong repair the toilet bowl, make sure boleh flush dan comfortable to seat.Please also provide with tissue paper as well as liquid cleanser.Lepas keluar dari toilet cuci tangan pakai air jer, mana sabun? So bakteria-bakteria melekatlah dekat tangan kan?
Nama pun Klinik Kesihatan tapi condition toilet tak menepati terma-terma gaya hidup yang sihat pun?
Sepatutnya tandaslah yang WAJIB di berikan keutamaan dalam penjagaan kesihatan.Berkongsi tandas dengan macam-macam umat boleh juga contribute kepada jangkitan kuman dan sebagainya.Macam ini ke pendekatan pihak yang berkuatkuasa ke atas isu ini?
Cuba pihak atasan turun padang tengok condition sebenar, janganlah duduk-duduk dekat office je.Have a look and propose to change. Kalau tak ada idea how to change dapatkan khidmat consultant ke (ni yang rasa nak buat busines consultation ni) ataupun benchmark negara-negara lain yang sangat mantop kebersihan tandas mereka.
Teringat masa pergi Jepun hari tu, di sediakan satu liner yang boleh flush to cover the toilet bowl. Maksudnya bila kita nak duduk dekat toilet tu, kita akan alaskan satu paper ni dan boleh melepaskan hajat secara selesa tanpa rasa geli geleman. Then, paper tu kita boleh buang or even flush tau.
And one more untuk public toilet ni, kenalah guna toilet yang ada bidet tu, tak payah pakai getah2 paip ni, sebab air akan melimpah ruah dekat lantai toilet.Hadoi, benda kecik macam ni pun tak boleh fikir ke?
How am I going to evoke this issues to the top management? Patutkah aku menulis dekat dada-dada akhbar? Adakah mereka akan ambil tindakan?

p/s: Tak pasal-pasal buat entry toilet pulak..Grgrgr

Thursday, June 21, 2012

Pengalaman di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak


Kisah ini berlaku semalam.Buat pertama kali dalam hidup nak buat check up ibu mengandung dekat klinik kerajaan.Masa pregnant Zafran dan jugak masa ambil imunisasi untuk Zafran pun memang aku tak ke klinik kerajaan ni. Tapi kali ni entah kenapa, tergerak pulak hati nak buat check up dekat sini.Saja nak carik pasal kot.
Dulu pernah datang dengan hubby and Zafran, lepas tu nurse dekat kaunter tu cakap, tak payah buat sebab zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Zaman dulu memang kene buat buku merah tue, tapi zaman sekarang ni dah takde masalah nak check up dekat mana-mana asalkan ibu buat check up.Hum susah nak percaya jugakkan? katakanlah if anything happen, boleh gunapakai ke ayat nurse ni.Entahlah.So atas nasihat kawan, katanya bukaklah buku jugak, mana tau apa-apa, so aku gagahkan diri jugak.
Aku ambil cuti sehari sebab nak tengok 'tact time'/cycle time (wah ayat orang production)  jika aku buat check up dekat goc clinic nie.Bila dah cuti, nawaitu nak bangun awal dan pergi klinik awal pada mulanya memang akan terbantut.Justeru itu, pukul 8.00 baru terpisat-pisat bangun dari tilam dan terus meluru ke bilik air sebab tau macam dah lambat. Alamklumlah, klinik kesihatan ni di buka untuk pendaftaran 7.30pg-10.30 (ni info yang aku dapat masa buat call ke klinik kesihatan dululah).
Rushing-rushing drive akhirnya tiba di perkarangan Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam jam 9.35pagi. Terus pergi kaunter pendaftaran dan bagitau 1st time nak buka buku. Nurse dekat kaunter tanya confirm mengandung ke? Aku jawab dah 28weeks, dia pun jeling perut aku. So isikan alamat dan no telefon dan bagi IC pada dia.Ambil nombor time ni dah pukul 9.45pagi. Tunggu sekejap dalam pukul 10 lebih nombor dipanggil ke kaunter 25-dekat sini ambil berat dan tinggi. Kemudian duduk lagi, tak lama lepas tu nombor naik lagi kali ini ke kaunter 26 pulak, dekat sini jumpa satu nurse untuk ambil blood pressure.Nurse ni sungguh mesra, dia explain katanya lepas ni satu nurse akan responsible to that patient mengikut area.So memandangkan aku duduk area Section U10 jadi adalah nurse yang responsible dekat area tu. Aku angguk saja.
Lepas ambil BP, duduk lagi tunggu nurse yang bakal 'monitor' aku tu panggil.So lepas nombor naik terus pergi ke bilik dia. Bila tengok aku dah 28 weeks baru nak buat check up dia tanya,
N: selama ni check up dekat mana.?
A: Check clinic biasa je.
N: Habis tu kenapa nak check up dekat sini pulak?
A: Saya dengar, if tak pernah ada record or history dekat gov clinic, katakanlah anything happen time deliver or to the baby, goverment hospital tak mau responsible.
N: Siapa cakap macam tue?
A: It happen to my friend, banyak dah kes-kes yang hospital kerajaan tak nak ambik patient yang tak buat pemeriksaan awal dekat klinik gov (ni aku dengar cakap orang jer; tapi saja aku nak tekankan sebab selalu sangat dengar patient kene 'sekolah' dengan nurse-nurse nie)
N: Kalau nak check up dekat sini kene make sure ikut schedule yang kita tetapkan.Tak nak nanti buat buku je buat cukup syarat lepas tu malas nak ikut schedule yang kita tetapkan. Banyak dah orang buat macam nie.Sayang nanti membazir buku merah ni (sambil tangan tunjuk buku rekod merah tu), orang yang datang bulan lepas semua dapat yang photostat jer). lagipun nanti if tak datang, kita kene follow up buat lawatan ke rumah.Ada yang janji ada kat rumah, bila kita datang dia takde pulak.Kita pun weekend kadang-kadang ada kerja lain  or event lain yang kene buat..
A: Dalam hati (Malas nak layan, so angguk jelah)
N: oklah (tetiba dapat phone call, so dia layan call dulu, sambil aku tulis info dekat front page buku merah)
N: Ok saya nak check perut and breast dulu.Baring kejap ya.
So dia pun checklah breast dan bunyi degupan jantung baby.
N: Kulit tebal ni, bunyi degup jantung anak bagus, cuma sayup-sayup je.
A: Angguk je dalam hati (memang gebu mak ni nyah, kulit perut tebal dengan lemak-lemak)
N:Ok, sebab awak ni berat berlebihan jadi banyak test nak kene buat.Sebab blood grouping semua dah buat (sebab dah buat kat DDMC), sekejap lagi pergi bilik hujung untuk ambil HIV test dan pergi makmal untuk urin test.
So, aku keluar dari bilik dia, masukkan buku dalam bakul dekat luar bilik tempat ambil darah tu, tunggu lagi sampai nama di panggil (rasa mcm ambil cikgu panggil plak dalam bilik darjah..hahaha)
Sekali lagi, kegebuanku ini menyebabkan nurse tu susah nak ambil darah, so sudahnya ambil dekat belakang tapak tangan.Kat situ kurang gebu so nurse senang nampak urat. Sambil ambik darah dia sembang, duduk dekat U10 dekat tak dengan Kampung Melayu Subang? Aku cakap dalam 15minit jer, kenapa tak pergi dekat Klinik Kesihatan dekat sana? Aku cakap tak tau.Yalah manalah aku tau kan? Tanya plak lagi kerja dekat mana? Aku cakap kerja dekat Rawang.Nurse tu cakap, ish jauh tu. Kalau setakat check up sikit-sikit boleh je buat dekat klinik yang dekat dengan office. (Dalam hati, macam faham-faham yang aku ni malas nak ambil cuti).Aku angguk dan cakap, nanti saya try tanya dulu kak.
Lepas dah ambil darah pergi pulak dekat makmal, letak buku tunggu nama di panggil untuk urin test plak.Sebelum tu dia ambik darah dekat hujung jari (tak tau untuk apa, tapi agaknya untuk check kencing manis kot). Pergi toilet and letak urin dekat kaunter. Dah selesai, bagi balik buku dekat nurse 'penjaga' aku tadi.Dia kata nanti dia panggil.
Selepas seketika Nurse tadi panggil balik,so far takde masalah cuma urin tue ada $#@ entah apa dia sebut. Actually bukan masalah sangat, tapi sebab awak ni overweight jadi kita khuatir ada kencing manis. Aku dalam hati, kalau dah sah-sah blood test kata takde kencing manis,so kira takdelah kan.Tapi ah lantak jelah.Doctor kata nak jumpa sekejap, tunggu dekat luar kejap ya.So, aku tunggu lagi dekat luar lepas tu masuk bilik doktor. Hum beza sungguh dengan bilik Doktor Kamal dekat DDMC.Satu bilik share dua doctor rupanya. Okey aku layankan jer apa yang doctor explain. Angguk-angguk faham dan dia scan pulak tengok baby.So far baby ok uri pun pada kedudukan yang ok.So kira oklah.Dalam banyak-banyak nurse aku jumpa hari tu, nurse yang bagi injection ni agak kurang mesra alam sikit.Takde mood kot.Lantaklahkan..
Nanti kita jumpa lagi date sekian-sekian.Aku angguk dan keluar dari bilik dia terus ke kaunter ke satu lagi bilik untuk ambik suntikan kancing gigi.
Selepas selesai cucuk kat lengan kiri, terus ke kaunter Farmasi.Kat sini tempat untuk aku ambil ubat, yang aku sure aku tak makan punya sebab ubat dah berlambak-lambak dekat rumah.Aku ni susah nak makan ubat-ubatan ni, tapi kalau ubat kurus mungkin semangat sikit kot:) Hahahaha
Itulah pengalaman separuh hari dekat sana, segala urusan selesai dalam pukul 12.15 tengahari.
Beberapa kesimpulan boleh dibuat (ini opinion sendiri, takde kene mengena dengan mana-mana individu lain)
1. Jangan bawak anak or en suami yang tidak begitu boleh bersabar kerana terpaksa menunggu.
2. Bawak tab/iphone/ipad atau gajet untuk menghiburkan hati di kala menunggu. Sempat godek-godek website radiusite dan keterujaan tengok tudung cantik; mengisi masa menunggu aku di situ.
3. Kalau sekiranya benar-benar hospital kerajaan akan tetap menerima mana-mana patient baik yang mendapat pemeriksaan awal di klinik kerajaan atau swasta atau dalam erti kata lain tak pilih bulu, dan sekiranya anda tidak kisah membayar untuk sesuatu yang di namakan 'comfort', makanya baiklah anda ke klinik/hospital swasta sahaja.Jimat masa dan tenaga.
4. Ini mungkin first and last aku check up dekat gomen, haha.So far nurse-nursenya okey, takdelah segarang nurse-nurse zaman dolu-dolu, tapi rasanya lebih baiklah aku just check up dekat private yang sangat cepat prosesnya dan aku boleh check up lepas balik dari office jer.

Lepas selesai aku melangkahkan kaki,(ya ke? Bukan aku bawak kereta ke?) ambik lunch dekat Subway sambil meneruskan edisi 'mengintai dari tirai kamar' dekat Jakel.Hahaha.Itu namanya misi survey 'Home Deco Project' di Jakel.