Friday, November 23, 2012

Adrian two month (^-^) and sending him to nursery..

Adrian dah 2 bulan  (6th Nov 2012), tak sempat nak update entri hari tu sebab kami bergegas balik ke kampung. Tok Papa masuk hospital sebab demam berpanjangan dan tak lalu makan.Jadi kami baliklah ke kampung sekejap. So far Adrian dah dua bulan ni, perkembangannya ialah sebagaimana yang semua orang pun tau, baby 0-2 months ni dah pandai tersenyum. Adrian pun suka bersembang, kuat pulak suaranya tu.Peramah kot anak teruna ni.

Berat masa 44 hari tu 4.95kg, wah cepat je besar, and then bila dah 2 month ni berat Adrian sekarang 5.78kg.Sikit lagi je nak 6kg. Muka pun dah membolat maybe penangan susu cap gantung kot.Alhamdulillah. Setakat ni mummy follow schedule untuk imunisasi dan Adrian pun dah ambil 1st dose Rotavirus. Maybe next month plan nak ambil Pneumococcal injection pulak.

Mummy dah terpaksa hantar Adrian ke taska last Tuesday 20th Nov,huhuhu...so far taska ni Mummy and Daddy puas hati sebab ownernya nampak seorang yang hygienic orangnya.
Kalau anak minum 6 bottle /day parent kena provide 6 bottle tu..huhu..dia kata nanti takut cikgu tak sempat nak sterilize kan bottles tu.
Yuran pulak RM 350 and OT is about RM5/hour. Sedih betul pulak bila fikirkan nak kena hantar Adrian pergi taska and let outside people to take care of him.Tapi dah lumrah eik, kena bekerja jugak sebab ibu-ibu zaman sekarang ni kan superwoman, kena bekerja sebab pendapatan sebelah pihak je tak mencukupi untuk satu family. Apapun, Mummy doakan semoga Adrian sentiasa selamat walau di mana berada.:)

Sunday, November 11, 2012

Majlis Ikhtifal Zafran

Semalam 101112 (eh cantiknya tarikh? Sure ramai yang kahwin hari ni) ialah hari ikhtifal aka graduation day untuk tadika Zafran.Since dia baru 5 tahun, dia datang hanya untuk memeriahkan majlis jelah. Sebab Tadika ni berlandaskan Islamic, maka takdelah konsert-konsert yang nak kena pakai baju costume ka apa.Zafran pun masuk nasyid je.
Sempat jugak Mummy and Daddy tengok progress chart Zafran.Kaedah membaca dari segi Bahasa, menggunakan Bacalah Anakku, rasanya memang berkesan sebab by 5 years old Zafran dah boleh membaca.Kadang-kadang salah jugak, tapi at leastlah kan.Kira oklah sebab Mummy dulu Tabika Kemas je, tapi 6th years dah boleh membaca.Ni kalau dah bayar mahal-mahal, kalau tak pandai jugak, memang sajalah kan?
Anak teruna sorang ni kalau nak suruh ambik gambo sekarang memang cukup payah..Grgrgrg

1st journey and 1st hair cut for Adrian

It’S always first for everything. Sambutan hari Raya Aidiladha baru-baru ni merupakan yang pertama sekali di sambut oleh Adrian. Kami balik kampong Mummy di Gemencheh,Negeri Sembilan. Ini adalah perjalanan pertama yang agak panjang untuk Adrian, walaupun actually it just take around 2h 30 min je nak sampai ke kampung. Adrian boleh jugak landing dalam car seat, Cuma yang parahnya bila kena stop dekat traffic light tu, mulalah dia marah.Amboi. Lepas tu dia bukan jenis yang boleh lena sepanjang jalan macam Abang Zafran dulu. Tido sekejap dah bangun pulak.
Pada mulanya risau jugak Adrian tak boleh tido dekat kampung, tapi Alhamdulillah maybe sebab dia kepenatan, makanya dia tido nyenyak je.Purgh lega..Bunyi mesin rumput, blender or mesin kukur kelapa pun dia buat derk je.Cuba kalau dekat rumah, Abang zafran terbersin pun dia dah terjaga.Haru!!!


On Sunday, kami dapat call bagitau nenek saudara daddy meninggal, jadi kami decide untuk balik terus ke Sik Kedah.Imagine jelah dari Negeri Sembilan terus ke Kedah. Balik singgah rumah untuk mandi dan solat dan sambung terus.Purgh penat giler weh. Memang terus perjalanan yang sangat panjang.


Dekat kampung kami ambik kesempatan untuk buat 1st hair cut pada Adrian. Sayang betul nak potong rambutnya yang terpacak dan halus tu, tapi sebab kepalanya dah mula ada kerak kepala, jadi kami decide untuk cukur supaya senang nak buang kerak rambut tu. Tapi daddy pun tak mau cukur licin,so still ada lagik rambut-rambut halus tu:)


Before.Huhu sedeynya mummy masa nak bawak g kedai gunting rambut
Potongan pertama

Tak menangis pun.Cayalah
Finally..Almost finish


Friday, November 02, 2012

Penutup Pantang

Wah, lama sungguh tak berceloteh dalam blog ni.Sibuk yang teramat sangat masa dalam pantang hari tu. Betullah kata kawan ku si Ummi tu, kalau mandi dapat bersyampu pun dah cukup baik.Ya memang betul. Sangat letih menguruskan diri sendiri, Zafran yang tak nak pergi sekolah full day (cikgu hantar balik ke rumah by 12pm) dan Adrian yang asyik nak mengopek aka bergayut jer. Jadual pam susu entah ke mana, konon nak berparam entah ke mana. Untunglah sebab sempat berbengkung dan sekali sekala berpilis.Makan kalau orang kata nasi kene tanak nasi baru je, aku belasah je apa yang ada.Kalau kata kena minum air suam je, aku belasah je plain water biasa, dah itu je yang ada. Allah je yang tahu segalanya nasib baik tak jadi apa-apa.Memang stress time pantang hari tu dengan beberapa perkara lain, tapi atas sebab-sebab tertentu tak dapatlah di nyatakan di sini.Biarlah simpan dalam hati jer.
By the way genap hari 44 hari tu pergi check up Doc Kamal, check luka operate dan jugak bagi Rotavirus dekat Adrian.Mahal jugak kos Rotavirus ni, apesal kerajaan Malaysia tak bagi free je.Hihi.Masa timbang Adrian dah almost 4.95kg which is almost 5 kg.Tu dalam pantang tu.Mana taknya asyik bergayut je.Terus tembun.

Apapun nak share pasal rawatan penutup pantang.Buat pada hari yang ke 44 jugak lepas balik dari DDMC.Masa Zafran dulu aku xde buat pun penutup penutup ni, cumanya lepas habis pantang aku pergi Spa untuk buang segala karat-karat dekat badan. Tapi since kali ni Makcik Ros dah ngurut awal hari tu dan dia pun ada service penutup pantang ni, makanya aku pun mintak khidmat dia sekali lagi.

1. Berurut
Kalau urut awal pantang tu mandi dulu baru urut kan, tapi kali ni urut dulu, so dia urut untuk sengkak rahim kasi naik pada position dia.Since aku operate so dia naikkan ikut kaedah lain dan tak sentuh langsung kawasan operate tu.

2. Scrub badan
Lepas urut, makcik Ros sental satu badan, bukan main lama lagik dia menyental daki daki kat badan ni.

3. Bertangas
Masa urut pantang hari tu, dia bertangas cara moden dengan guna machine infrared tu, tapi kali ni dia guna traditional style. Kawasan V tu tala dekat bekas berbara yang dah di masukkan sikit ubat yang dia kata import dari Indonesia. Berkhasiat untuk naikkan aura katanya.Purgh part ni yang aku tak tahan,rasa panas je punggung.Huhu

4. Mandi Limau dan Mandi Bunga
Lepas bertangas tu aku mandi dulu, buangkan segala kesan kesan scrub tu.Mandi dengan sabun susu beras yang makcik Ros bagi pada aku terus.Sedap baunya. Lepas dah mandi biasa tu, dia pun mandikan dengan air limau. Masa mandi limau kene berdoa mohon kepada allah agar di keluarkan segala kekotoran dari badan. Lepas tu di teruskan dengan mandi bunga pulak.Ish kenapalah aku takde bath tub, sure seronok berendam dengan kelopak kelopak bunga. Haha.. Masa mandi bunga, kena berdoa mohon kepada Allah agar di naikkan seri muka bak bulan purnama. Chewah.Aku ikut jelah kan....

Dan selesailah sudah, aku berpantang 44 hari dan jugak rawatan penutup pantang tu memang mengujakan.So tak payahlah aku ke spa sebab dah siap buat dengan makcik Ros.
Kalau ada sesiapa yang lain kali berminat dengan services Makcik Ros ni bolehlah contact dia 012- 243 7054
  

Sunday, October 14, 2012

Laman Grill Steak & Bar-B-Que akhirnya...

Waduh memang menjadi-jadi.Orang kata kalau masa pregnant teringin nak makan itu ini orang panggil mengidam, tapi kalau time pantang teringin itu ini orang panggil mengado.Kuwang2.Aku memang pulun sakan every week keluar makan walaupun dalam pantang, tapi choice of food very limitedlah.Makan Ikan or daging jelah.Minggu lepas makan dekat Mr Steak House dekat Laman Seri,Sect 13, Shah Alam, alahai masakannya memang fail.Mula-mula ingatkan ni kedai Chef Zubir juri masterchef tue.Sekali sikap da..So, malaslah nak story kan..
Tak puas hati punya pasal, google dan carik restoran Chef Zubir yang juri Masterchef tu, rupa-rupanya kedainya tersorok dekat belakang.At the first place mintak Mr. Roy nak makan dekat situ masa birthday I nanti, tapi sebab dia pun dah tak tahan and mengidam sangat nak makan dekat situ, so layankan jer.
Jumpa dah kedainya, memang cantik cuma kecil jer.Kalau ramai sure nampak crowded je, tapi sebab kami makan lunch yang dah nak ke petang dah, so memang tak ramai orang.Dekat menu book tu 1st page dah terpampang muka Chef Zubir tue.Confirm tak salah kedai dah.Tengok menunya, memang jenis yang kena ngan selero kami yang suka western food ni (eh bukan semua makanan kita bedal ke?) Purgh tak hingat,Harga pun not bad sebenarnya.
Jamu mata sikit apa yang kami pilih
Pilihan Mr roy macam biasa lambshank.Harganya pun berpatutan around RM 36++.Pilihan air Lime juice kononnya boleh potong lemak
Pilihan Mrs Shequeen ialah beef steak.Two type yang mana 1 slice di grill dan serve with black pepper sauce dan 2 slice lagi di salut dengan serbuk roti berherba.Satu kelainan sebab tak pernah lagi makan beef salut dengan serbuk roti.memang sedap when it comes together dengan ketang lenyek dan tartar sauce.Harganya dalam RM 38++. Pilihan air fresh orange without ice sebab den tengah pantang.grr...segelas dalam RM 9,50

Pilihan adik Ipar Miss Hanim ialah Chicken marble, yang mana ada 2 jenis masakan, satu di salut dengan cornflakes dan satu lagi macam di rebus and serve dengan kuah yang walaweh memang sedap.Ops ada jugak seketul tart penyeri hidangan.Harganya around 28++.Dia ambik Strawberry Milk Shake and if tak silap harganya around RM 7.50.Gambar dekat bawah ni NG sedikit, maklumlah amatur

Pilihan anak bujang kami Zafran, macam biasa Spagheti Bolognaise jelah as usual.Harganya around RM 20++. Standard air dia ialah Ice Lemon Tea.
Baby Adrian lena dalam stroller dan membiarkan kami ejoy the food. Sebenarnya segan nak snap picture makanannya tau, nanti orang ingat apa pulak.So curi-curi snap pakai phone Mr Roy je.
Ada two menu dia yang we are going to try jenis combo platter.Seafood dan satu lagik combo platter mix grill around RM 65 untuk satu hidangan.Wajib di cuba akan datang tapi mungkin kena share.
This restaurant is really recommended because
Price:////
Ambience:////
Food:////

Lagi satu ownernya ialah Juri Masterchef tu, masa nilah korang pun boleh jadi juri jugak,Ahaks
We will come again:)


Thursday, September 27, 2012

Newborn Portraiture with Tales To Tell Photography

Minggu ni Adrian dah 3 minggu, eh cepatnya. Last week Saturday, mummy and daddy dah bawak Adrian pergi Jusco One Utama sebab Abang Zafran dah tak sabar sangat nak beli Ultraman.Lagipun Sabtu lepas jugak sekali lagi pergi DDMC untuk ambil darah nak confirmkan Adrian still kuning or not.Alhamdulillah Ok.
By the way, I'm not going to say about jaundice dear. Nak story tentang NewBorn Portraiture. Mummy sejak best friend dengan Pakcik Google ni sibuk blogwalking sana sini.Entah macam mana tetibe interested pulak nak ambil gambar newborn ni. So pencarian pertama bermula dengan satu website ni Azmir Khalid . Memang sangat canteks gambar yang di ambil.Check check profilenya sekali ternampak gambar Bella anak angkasawan negara tu, alamak dah boleh imagine harganya,Tapi takper, mana tau actually tak mahal, so dah tanya price, mummy KIV dulu.
Carik lagi dan akhirnya jumpa pulak satu lagi blog Lensa Mama ni. Price not bad, boleh tahan tapi mummy still KIV lagik.
And than it come masa raya hari tu ada lah flyers dekat postbox ni. Ada promotion RM 150.Wah terus bling bling biji mata, terus call and confirm.Suka :) Lagipun rupanya ownernya jiran satu lorong jer.Hum lagi senang.Tambah pulak bila mummy c-zer and over the budget so kira just nicelah.Haha.
So mummy and daddy agree nak ambil gambar Adrian with Tales To Tell dengan ownernya yang mummy panggil Sari.We discuss how it would be and our future intention nak buat album.Tapi kita ambil gambar newborn dulu.Sari kata the best if kita dapat capture gambar baby tu  less than 10 days sebab baby still tak banyak gerak. Tapi gambar Adrian hanya dapat di ambil masa dia 14 days sebab masa date yang di janjikan Adrian kena masuk ward semula sebab jaundice.
Sampai masa yang di janjikan, Alhamdulillah Adrian tak banyak ragam.
Here are some of the pictures yang raw aka segar dari ladang.Belum lagi mengalami proses editing.Tapi sebab anak mummy ni dah cukup handsome so kira cantekslah tu.

Ops tak boleh letak lebih-lebih, nanti ada plak yang call nak booking buat menantu.(Pengsan).
Sari tanya is there any sentimental value items yang mummy nak capture together with Adrian.Hum, mummy memang takdelah barang-barang sentimental ni.Cuma mummy memang teringin nak ambil gambar Adrian dekat almari, but since dia pun dah banyak gerak, ada jugak yang tergolek dari almari mummy nanti.
Nak ambil gambar Adrian dalam bakul yang macam orang selalu buat tu pun tak dapat jugak, sebab mummy pun takde bakul yang sesuai and fit with Adrian.Sari pun belum banyak collection lagi untuk newborn props ni.
By the way, gambar ni adalah gambar raw, masih belum edit, mummy pun pening nak pilih yang mana satu,banyak sangat weh.

Untuk yang berminat nak dapatkan services from Tales To Tell boleh contact Sari through FB Tales To Tell or hp:012-6036 330.

Confinement Lady

Wokeh, walaupun anda bersalin secara belah aka czer anda tidak semestinya melupakan sessi urut mengurut dan beberapa lagi petua traditional tau. Untuk yang bersalin secara czer, lainlah cara urutannya.Macam aku mengurut selepas doctor benarkan mandi.Uhuks dekat 10 hari jugak tu.Maknanya hari ke-11 baru start mengurut.Ada jugak yang start awal, tapi aku ni ikut sket cakap doc.Ambil satu package dari seorang tukang urut bersalin yang aku panggil Cik Ros.Apa services yang provided by Cik Ros?

1.Scrub ataupun lulur.
Hari pertama, dia datang dia akan scrub satu badan (purgh tertanggal daki 10 hari weh). Lepas scrub akan mandi air herba penuh dengan daun-daun yang di rebus.Wah segarnya badan.
2. Bertangas
Lepas mandi herba, Cik Ros akan buat bertangas tapi modern style tau.Maknanya don't expect ada sauna-sauna style.Dia guna infrared ok.Talakan lampu infrared tu ke bahagian Miss V untuk merangsang keluar darah nifas dan melancarkan perjalanan darah (eh ye ke fakta ku ini?).Rasa hangat dari sinaran lampu infrared tu okeh.

3. Bertungku
Sambil lampu sinaran infrared tu di halakan pada kita, Cik Ros akan tuamkan badan atau bertungku dengan batu sungai. Sedapkan tuam badan.Hangat je rasa.

4. Berurut
Ini acara wajibkan, berurut.Kalau bersalin c-zer Cik Ros tak usik langsung bahagian jahit tu. Dia akan urut bahagian badan yang lain. Aku tak pasti sebab c-zer atau dia memang urut macam tu, maksud aku dia urut takdelah meninggalkan kesan sakit pada badan-badan kita. Ada sesetengah tu, mengurut sampai sakit-sakit badan.Tapi Cik Ros ni urut takdelah aku rasa sakit badan.

5. Param, pilis, tapel, bengkung
lepas urut dia akan sapukan param pada badan, letak tapel dekat perut dan pakaikan bengkung. Dalam services Cik Ros ni, dia memang akan provide sekali bengkung untuk customer dia. Tak payahlah susah-susah nak carik bengkung pulak kan? Dia dah siap bawak.Senang.

Cik Ros juga akan mandikan bayi, tapi since MIL ada dekat rumah, dia dah siapkan mandi baby.So Cik Ros tak buat.

6.Penyediaan Makanan
Selepas siap ibu dan anak, Cik Ros akan prepare makanan untuk ibu.Tuan rumah siapkan je apa makanan yang anda nak Cik Ros masak. Cik Ros masak memang sedap, tapi yang paling aku suka sekali ialah Daging Masak Hitam. Masa dia datang takde daging dekat rumah, aku kirim mintak dia tolong belikan.Cik Ros pun tolong jugak belikan ikan haruan masa second day dia datang rumah.Siryes dia tak berkira.A week after mengurut pun aku order jugak Daging Masak Hitam dia.Purgh memang sedap,sehingga tak terasa dalam pantang.

Berapa harga atau bayaran yang di tetapkan?
Untuk 3 days: RM 500
         7 days: RM 1150
        14 days: RM 2300

Aku ambik 3 days je, maklumlah dah pokai bayar bil hospital.For me ok jugak rate tu sebab include sekali dengan transportation dia kan.
Cik Ros ni merupakan ex-nurse dekat Hospital Pantai, so sambil-sambil dia mengurut dia bukan setakat bercerita dari segi ilmu perbidanan jer, tapi jugak sharing a good information especially pengetahuan dia masa dia jadi nurse dulu. Untuk pengetahuan you all, dia bersalin kelima-lima anaknya secara c-zer okey.Memang gagah.Gulp!!!

Untuk yang teringin nak dapatkan khidmat daripada Makcik Ros boleh contact dia
Tel: 012-243 7054 ataupun dari FB ros.confinement@gmail.com
Eh aku tak dapat apa-apa komisyen pun tau.Sharing is caring.

Wednesday, September 26, 2012

What to say about DDMC?

Memilih hospital sebelum bersalin juga merupakan sesuatu yang perlu di pertimbangkan oleh ibu-bapa. Kena fikirkan jarak, kos, services, doktornya handsome atau tidak..Apakah?Hihi
Macam kami, untuk anak yang pertama kami memilih untuk bersalin di Damansara Damai Medical Centre.Antara faktor utama kami memilih DDMC ialah sebab lokasinya yang terletak dekat dengan rumah lama kami di Bandar Sri Damansara.Lebih kurang 5 to 10 minutes. Masa jumpa dengan Doc Pakar dekat situ iaitu Dr. Kamal Bahrin pun we feel comfortable sebab Doc Kamal ni rajin menjawab pertanyaan kami.Kadar bayarannya pun at that time is within our budget.Ish itu penting tu, almaklumlah company cover sikit jer.

Untuk anak yang kedua ni pun kami akhirnya memilih untuk bersalin juga di DDMC walaupun kami dah pindah nun jauh di Shah Alam. Awalnya berbelah bahagi juga sama ada nak pergi DDMC or DEMC.Last-last kami pilih DDMC.What to say about DDMC?

Dekat DDMC ada 3 single room dengan yang paling mahal sekali ialah Superior,Deluxe dan paling murah sekali ialah Jupiter.Since aku operate dan bakal menikmati 'percutian' 4D3N, we decided to stay dekat bilik Jupiter tu walaupun bilik tu agak kecil.Ada jugak bilik Jasmine yang boleh menempatkan 5 patient, tapi jika anda pilih bilik ni, suami or family tak di benarkan menemani/bermalam bersama dengan anda.

Dekat sini, selepas ibu melahirkan anak, bayi anda akan di letakkan di dalam nursery dan berada di bawah jagaan nurse.Meaning, anak anda tidak akan berada di sisi anda dan anda bolehlah berehat selepas penat bertarung nyawa dekat OT.Jika anda menyusukan anak anda, anda boleh pergi ke nursery untuk susukan baby anda.

Pagi-pagi around 8.00 macam tu, akan di pasang bacaan ayat suci Al-Quran, memang tenang je rasanya.Nurse-nurse yang ada pun friendly, so memang membantu. Doc yang ada memang aku rasa kebanyakan pun tahu Doktor Kamal Bahrin, Pakar O&G.Doktor Kamal ni memang cool orangnya, so kita eh aku rasa macam comfortable dan rasa senang je nak communicate dengan dia. Yalah kalau doc tu cool kita pun akan cool jugak, if dia gelabah makanya kita pun akan gelabah jugak. Biasanya end of the session dia akan tanya "Ada soalan lagi?" cheh nampak sangat kami ni banyak tanya. Tapi tak salahkan tanya dari buat assumption sendiri.
Tapi bukan Doc Kamal sorang je doktor dekat sini, ada sorang lagi doc iaitu Doc Dayang yang akan assist bila Doc Kamal not in duty.
Sebelum ibu dan baby di benarkan pulang, nurse akan berikan satu envelope yang berisi borang untuk register nama baby dekat Jabatan Pendaftaran Negara.Dah siap isi, cuma kita letak nama anak or maybe our address jelah.
Tak lupa juga macam-macam goodies daripada penaja-penaja budiman.Benda free adalah sangat best:)
Patient yang datang dekat DDMC ni bukan kawasan sekitar tu jer, termasuk jugak dari Shah Alam, ada member aku dari Kelana Jaya pun datang ke sini. Mouth to mouth orang bercerita about the services and the doctor, so dari jauh pun sanggup jer derang datang.
Kalau orang confident dan rasa suka dengan services yang di tawarkan, sure orang akan datang.InsyaAllah.

This is base from my experienced selepas bersalin dua orang anak dekat sini, so far Alhamdulillah, takdelah pulak bad experience.Tak taulah pulak orang lain.

Thank you for reading ^-^

Monday, September 24, 2012

Bersalin secara normal atau pembedahan?

Aku antara insan yang terpilih untuk merasai sendiri pengalaman bersalin secara normal dan jugak bersalin c-zer. ada sesetengah yang prefer bersalin normal sebab itu ini..ada juga yang prefer bersalin c-zer sebab itu ini...sebenarnya ada pros and cons untuk kedua-dua condition di atas pada pendapat akulah.

Bersalin normal waktu anak yang sulong,merasai sendiri pengalaman susahnya dan sakitnya sebelum dan ketika nak melahirkan. Tapi bila anak dah keluar dari perut semua perasaan sakit tu hilang.Penjagaan ketika berpantang pulak, tak begitu susah sebab jahitan episiotomi (eh betul ke eja ni) senang cerita, jahitan dekat bawah tu sikit jer, jadik tak begitu renyah.Cuma yang jadik masalahnya ialah bahagian bawah tu nak kene protection yang lebih sebab bercampur dengan darah nifas.Satu lagi yang jadik masalah ialah kena jalan slow and kemut-kemut macam dalam cerita Oshin tue.

Kali ni merasa pula bersalin secara c-zer.Masa bersalin tak rasa apa pun,yalah dah bius kan,tapi bila saat ubat bius mula nyah dari badan prang kata mula rasa sedikit sakitnya.Tapi secara jujurnya aku tak rasa sangat coz doc bagi ubat tahan sakit. Yang sakitnya ialah bila tiub air kencing dah di tanggalkan dan kita di wajibkan berjalan. Kena berjalan sebab untuk elakkan darah beku.Saat kaki memijak lantai, purgh....bisanya..nak gerak kaki pun rasa tak terdaya, dapat seret jerk.
Sampai ke tandas nurse suruh buang air kecil,masa ni cakap dengan en suami "lepas ni tak mau dah bersalin lagi, cukuplah ni last"..huhu
Siryes itulah saat paling susah sekali.Dekat hospital selama 4 hari 3 malam, membantu pulihkan sedikit badan sebab baby nurse yang jaga.Dapatlah rileks lebih sikit kalau tidak sure kalut dengan diri sendiri, dengan baby lagik.Uhuks. Lebih kurang seminggu juga terpaksa bergantung pada bantuan orang untuk bangun ke tandas, untuk baring dan sebagainya. Nak tuka p*d pun hubby kena buatkan.Uhuks.Thank you so much to hubby yang memang cekal menjaga especially masa awal-awal operate.
Balik ke rumah, dalam dua minggu lepas operate dah agak sihat sedikit, meaning tak perlulah bergantung harap sangat pada orang untuk turun or bangun dari katil.Alhamdulillah.Sebab operate dekat 10 hari jugak tak mandi,cuma lap-lap badan.
Ada jugak yang suruh mandi dan tutup tempat luka dengan plastik, tapi aku tak berani nak ingkar.Mana tau tetiba sebab aku mandi jer ada plak jangkitan ka kuman ka dekat tempat jahitan tu.Aku jugak yang susah nanti.

Honestly mana-mana pun sakit.Secara normal pun sakit , operate pun sakit. Cuma sakitnya ialah sebelum-semasa-atau selepas. Bukan mudah untuk melahirkan seorang anak rupanya:) Tapi kesakitan itu memang hilang bila tengok muka baby yang sejuk mata memandang.

Thursday, September 20, 2012

Welcome to the world my dear

Perjalanan kelahiran anak ke dua memang agak mendebarkan. Bukan setakat masa nak bersalin, masa mengandung pun sama.Awal-awal pregnant pun dah suspend. Mummy terkena food poisoning ketika outstation di Sabah.Now kisah kelahiran baby yang kedua ni pun trigger by food poisoning.

Kisah Food Poisoning
Hari Sabtu 1 hb malam tu mummy dah start cirit birit, continue sampai hari Ahad. Cirit birit dan sakit kepala, sampai tak boleh nak bangun. Klimaksnya mummy muntah-muntah dan terus straight to clinic.Mummy bagitau doctor untuk check baby condition sebab rasa macam baby kurang gerak.Or sebenarnya mummy yang tak larat nak count masa tu. Doc terus buat CTG, degupan jantung baby laju sebab mummy dehydrated.Terus makan ubat tahan muntah, ambik air garam 2 cawan and doc suruh refer to hospital sebab takutkan condition baby.
Malam tu kami ke DEMC, tapi doc kat sana kata because condition mummy dah 39 weeks, kalau warded dekat DEMC, besar kemungkinan mummy akan bersalin dekat DEMC sedangkan mummy tak pernah check up dekat sana. So we turn back  to DDMC (Damansara Damai Medical Centre).Dekat sana doc takde, tapi monitor by nurse yang ada. Yang surprisenya ialah nurse nampak ada tanda contraction waktu buat CTG tu.Aik, mummy tak rasa apa-apa pun.So sebab baby dah ok, kami balik semula ke rumah.

Monday 3rd Sept 2012
We come back to DDMC untuk check up with Doc Kamal as per schedule.Doc kata baby condition so far ok,walaupun mummy kena food poisoning the day before. Tapi bila check CTG sekali lagi doctor dah nampak contraction every 10 minutes yang mummy tak rasa apa pun!! Doc Kamal seluk bahagian bawah untuk tengok bukaan, dah buka 2 cm.Tapi kami boleh balik sebab baru buka 2cm.

Tuesday 4th Sept 2012
Mummy dapat MC seminggu dari Doc Kamal.Bestnya duduk rumah tapi yang tak bestnya tak terdaya nak buat apa-apa.Sedang duduk-duduk tengok tv, terperasan kain batik yang di pakai macam basah.Eh air ketuban ke? Dok sms semua kawan-kawan tanya macam mana insiden if air ketuban pecah sendiri. So, ada kawan yang pernah experience air ketuban yang pecah sendiri bagitau, ia akan mengalir macam kita buang air kecil, tapi tak boleh nak di tahan-tahan.Malam tu, kebetulan Zafran pulak se;sema batuk so time ambil ubat tu mummy tanya dengan doctor.
Doc pun scan tengok content air ketuban.Still ok katanya.So what ever happened to me just now is not a sign.OK, dah puas hati dengan doc explanation, kami balik ke rumah.

Wednesday 5th Sept 2012
MC lagi, jadi berehat-rehat di rumah.Suddenly perasan ada macam lendir yang jernih bercampur dengan colour macam coklat-coklat sikit. Daddy terus cakap we need to refer to the doc.Kami pun siap-siap pack pakaian (just imagine baru nak siap bag? Mujurlah barang mummy and baby dah siap). Siap bawak toto sebab we have feeling macam kena admit je ni. So datang DDMC tapi sebab shift Doc kamal dah habis kami jumpa Doc Dayang.Doc cakap itu maknanya show or tanda.So dia seluk lagik, baru 2 cm.Contraction pun ada, tapi mummy honestly tak rasa apa-apa pun.Doc advice to stay one night dulu tengok macam mana.Almaklumlah ini anak kedua, so di khuatiri tercepat pulak keluar, dahlah jauh Shah Alam tu kan.So kami admit 3 beranak dekat situ.

Thursday 6th Sept 2012
The whole night kami stay dekat hospital, nothing happened. Tapi bila buat CTG, memang contractionnya kerap, sekali lagi Doc Kamal check memang bukaan masih 2cm dan kepala baby masih jauh dari laluannya, tapi contractionnya kerap sangat. Doc tanya our opinion macam mana. Nak tunggu or nak usaha induce ke? Sebab we don't know what happen inside.Scan cuma boleh tunjukkan yang kepala baby macam mendongak,that's why dia tak masuk laluan.
Mummy dah penat sebenarnya, to wait until due 10hb tu masih jauh, dan takut to take  a risk nak tunggu sebab contractionnya dah kerap. So we decided to induce untuk cepatkan bukaan.
1.50 petang doc masukkan ubat induce,so mummy dah start terbaring je atas katil. Time ni dah start call atuk dan nenek bagitau dah masuk ward.Berserah aje nie.Tuhan je yang tau macam mana perasaannya.Mummy memang nangislah sebab rasa macam susah je perjalanan kali ni, walhal mummy dah ikhtiar macam-macam.Uhuks.
By 6pm, nurse datang dan buat CTG sekali lagik, memang kekerapan tu dah tinggi and actually kalau ikutkan memang dah boleh keluar dah baby ni. Bila time dah dekat Maghrib, Doc Kamal datang check balik, and seluk lagi.Kali ni memang seluk dalam-dalam.Purgh sakit giler. Doc cakap kepala budak masih jauh, bukaan pun baru 2-3cm jer, tapi mummy cakap dengan doc, mummy dah sakit giler.
Doc Kamal tanya macam mana? Mummy  terus nangis and tanya dengan daddy.What to do? Sebab dah sakit sangat and there is no other way, akhirnya mummy pasrah dengan last option that we have, untuk c-zer.
Mummy cakap dengan doc boleh cucuk tak ubat tahan sakit sementara nak tunggu doc pakar bius yang dalam perjalanan.So doc bagi sikit injection.
Mummy memang nangis sebab takut nak kena belah and sebab kesakitan yang amat sangat.
Seumur hidup,Alhamdulillah tak pernah masuk hospital apatah lagi berjahit sana sini.Jadi ini adalah 1st time mummy masuk hospital untuk operate hidup-hidup (macamlah tak bius).

Pengalaman Operate
Masuk dalam Operation Theathre (OT) mummy di pakaikan tutup kepala tu (yang selalu tengok dalam drama tue). Doc bius dah sampai waktu mummy masuk OT dalam pukul 8.30 tu. Belum start apa-apa lagi,cuma doc and nurse sibuk prepare sana sini.Tak berani nak tengok sekeliling sebab psiko.Uhuks.
Doc bius suruh duduk sebab nak inject dekat tulang belakang.And bila dah baring dia suruh gerak kaki, siryes tak rasa apa pun.Maksudnya ubat tu dah startlah masuk dalam badan.Bius ni separuh sahaja, maksudnya kita akan still sedar.Tapi sebab tadi sementara tunggu doc bius datang, mummy dah ambik injection tahan sakit, jadi mummy sedikit lalok (Alhamdulillah). Terlelap sebenarnya sepanjang operation dan I'm avoiding myself to open my eyes sebab takut nampak itu ini. Walaupun covered, but actually kita boleh nampak dari pantulan dekat lampu besar tue.

Bila baby dah keluar, cuma dengar suara, doctor kejutkan untuk suruh tengok baby, jantinanya.Mummy angguk, masa tu sebab dah terjaga jadi mata dah melilau dan terus ternampak bukaan perut dekat pantulan lampu tu.Auw ngeri.Apesal lah boleh ternampak pulak nie, terus tutup mata balik. Bila dah selesai, nurse kejutkan bagitau dah siap, tapi hairan coz tangan still shacking.Rupanya itu kesan ubat bius tadi.Itu yang dok menggigil jer.

Keluar dari OT memang rasa tak bermaya sungguh.Tak sempat tengok baby sebab baby di asingkan dekat bilik lain.Daddy snap gambar dan tunjuk pada mummy.Hum copy and paste muka abang Zafran cuma warna rambut je lain, sebab Abang Zafran rambutnya perang tapi yang ni hitam pekat. Macam anak cina, anak jepun pun ada jugak mummy tengok.

Masa ni tak sakit lagi sebab ubat bius ada lagi, tapi bila ubat biusnya dah hilang, dah start rasa sakit, nurse bagi injection lagi untuk reduce the pain. Masa tu lebih kurang pukul 3.30 pagi nurse datang inject.Pagi tu nurse datang lapkan badan dan tukarkan pad, nurse buat semua sebab masih lagik di pasang bag untuk air kencing tu.Dengan tangan ada drip dan bag kencing, Zafran pun macam memahami and simpati.Siap usap-usap kepala mummy lagi.
He now big enough to understand, nasib baiklah dia boleh faham.
Experience bersalin secara c-zer ni belum berakhir lagi.Kena buat post lain pulak sebab panjang sangat ceritanya:)
Apapun, kesusahan dan kesakitan yang di alami oleh mana-mana ibu di seluruh dunia adalah satu pengalaman yang tak boleh lupa.Tapi sakit tu hilang bila tengok wajah anak yang chomey itu. Welcome to the world my dear:)

Saturday, September 15, 2012

Buah Hati Baru

Assalamualaikum..
Saya adalah insan kecil yang baru menjengah dunia ini dan merupakan buah hati baru mummy, daddy dan abang Zafran.Saya dilahirkan oleh ibu saya di Damansara Damai Medical Centre pada 06 September 2012 tepat jam 9.24 malam. Saya di lahirkan secara emergency operation dan di sambut oleh Dr. Kamal Bahrin.
Kenapa saya di lahirkan secara emergency operation? Nanti mummy saya ceritakan.
Lahir dengan seberat 3.3 kg dan panjang 55cm, saya agak berat sekilo dari abang saya:).
Semalam mummy and daddy dah register nama saya di Pejabat Pendaftaran Negara Kota Damansara.
I'm offcially Zarith Zafriel Adrian Bin Mohd Hazrul Zarizi.
Semoga saya akan menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti dan beramal soleh dunia dan akhirat.
Amin.

Friday, August 31, 2012

Masanya hampir tiba - Petua mudahkan bersalin?

Sorry sebab entry lately ni tak habis-habis cerita baby-pantang-bersalin..bla bla bla..Rilekslah kan. Now dah 38 weeks.Countdown. Ngeri Cuak semua ada.
Macam-macam petua yang di beri oleh sumber-sumber untuk mudahkan bersalin. Ada few inisiatif-inisiatif yang aku akan cuba.Selebihnya tawakal pada Allah, semoga di permudahkan.
1. Minum air selusuh.

Air selusuh or minyak selusuh memang ada pakai masa nak bersalin Zafran dulu. MIL yang bawakkan.Sapu pada perut dan minum time dah nak dekat rasa sakit. Kali ni aku beli dari kelompok Tanamera Postnatal Set, apply dekat bahagian bawah dan nanti minum masa dah dekat bersalin.beli dari kawan ku Ummi Khalsum yang tak guna minyak ni sebab dia c-zer.Mula-mula ingatkan botolnya kecik je, jadi masa husband Ummang hantar ku hulurkan RM 35, purgh sekali besar pulak, tak padan plak dengan duit yang ku bagi.Jadi gantinya dengan buah tangan ya, mang.Mintak halal terlebih terkurang.

2. Minum air Bunga Fatimah
Sama juga khasiatnya, rendam bunga ni dan minum bila dah nak sakit.Wah banyaknya nak kena minum.Takper, janji usaha.Bunga ni tak mudah nak dapat,aku pesan pada kawan yang maknya pergi menunaikan umrah baru-baru ni.

3. Amalkan baca Surah Maryam

Yang ni kebanyakkan orang pun tahu kan? Start saja masuk minggu ke-30, aku dah mula amalkan surah ini.Moga-moga di permudahkan.

4. Amalan doa-doa mustajab
Aku siap beli buku ni.Kecil dan mudah di bawa dalam beg bila nak ke hospital nanti. Sambil-sambil tahan sakit bolehlah baca-baca sikit.

5. Makan sayur bendi

Ini petua orang zaman dulu-dulu.Tak tau apa kaitannya dengan kelahiran.Mungkin banyak lendir-lendir kot.Tapi aku memang suka sayur ni,so aku memang aktif membedal sayur ni especially bila dah dekat-dekat ni.

Banyak lagi sebenarnya petua-petua, tapi yang kat atas ni antara yang di amalkan untuk memudahkan kelahiran.Doa-doa semuanya berjalan lancar.Really hope dapat bersalin secara normal.InsyaAllah.


Thursday, August 30, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Salam raya semua.Bersiaran semula selepas bercuti panjang sempena Hari Raya. Raya yang paling kritikal for both of us (Zafran terkecuali sebab dia belum faham apa-apa). Mummy and daddy beraya di KL je tahun nie. Hari-hari terakhir puasa, saat semua orang berkejaran pulang ke kampung halaman kami berbuka di Serphino Pizza, Subang Jaya.Punca kami ke sana sebab carik sofa cleaner dekat MIVA, Subang.Sebelum tu, mummy and daddy ke Pantai Dalam cari kedai yang boleh potong kaki seluar jeans Zafran.Semua ni kerja-kerja last minute.
Lepas berbuka kami balik, dan bertungkus lumus pulak siapkan Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah.Nasib baik rendang dah siap-siap ambil dari umah nenek.Jadinya kami tidur agak lewat malam tu, esoknya masing-masing terlajak bangun.
Day 1
Bangun bersiap dan daddy menuju ke Masjid di Kampung Budiman, tapi terlewat rupanya.Hum..Kami pekena dulu Nasi Tomato dan rendang sebab dah kelaparan.
Lepas tu tunggu Zafran bangun, punyalah lambat nak bersiap lagi, dah dekat tengahari baru ke rumah atuk dan nenek dekat Batu Caves.Jadi beraya di sana sampai petang pastu pergi rumah member dekat Greenwood. Pastu terus balik AB semula.Sambung lagi tengok TV.Huhu
Day 2
Hari kedua plan nak ke rumah member di TTDI, sekali wife dia bersalin plak malam raya tu.Plan nak melawat dekat PPUM,dia pulak dah discharge dari hospital, plus badan mummy pun macam tak berapa nak 'tough', tapi dah petang dah ok sikit. Gagahkan diri kami merayap dekat Mid Valley pulak. Zafran beli Ultraman Max, dengan hasil duit raya dia.Saat orang lain makan rendang, kuah kacang bagai, kami pulak western style di Chillis.Terbaek...

Day 3
Kami lepak di rumah saja, sebab mak saudara yang duduk dekat Klang tu nak datang dan nak masak lauk Ayam Masak Maman, satu kemestian dan kewajipan bagi orang-orang Gemencheh.Aiseh, sebab dah kebulur sangat lupa plak mummy nak snap gambar macam mana rupanya Rondang Maman tue.
Day 4
Plan asalnya nak jalan-jalan sekitar KLCC, mummy plan nak bawak Zafran pergi Aquaria.Tapi bila tengok kaki bengkak, terus cancel.(mummy lupalah kita buat apa masa ni)

Day 5
Mummy and daddy plan, memang hari Khamis ni kami nak buat upacara menyiapkan Istana Hinggap aka bilik berpantang dekat bawah tue. Jadi daddy pun dengan gagah perkasanya korek store selongkar baby cot, car seat,bawak turun katil dari guest room atas turun bawah.Siap cuci car seat dan jemur tilam bagai.memang satu hari buat 5s. Dah petang sikit kami usya kedai perabot untuk carik tilam (nak bagi tebal sikit untuk "queen" nak beradu masa pantang) dan jugak almari baby. Cadangan beli chest drawer di tolak.Hum.
Khamis malam sepatutnya ada appoinment dengan Doc Kamal. Tapi before that, singgah dulu The Curve, makan dekat Marche.Daddy dah sebut makan Marche.Wink.Dah lama kot tak singgah makan dekat situ.If I'm not mistaken last kami makan dekat situ ialah before Zafran lahir.Wah lama tue. Bukan apa, actually makanannya tidaklah sedap gila-gila.Cuma suasana jer macam seronok nak lepak-lepak dalam tue. Macam biasa, standard 3 orang makan pun dah almost RM100++.

Day 6
Hari Jumaat, hari berehat-rehat. Pergi melawat kawan daddy yang baru dapat baby.Merayap ke Tesco pun Chicken Rice Shop dah takde dah set nasi ayamnya.Layan perut dekat Kopitiam jer

Day 7
Hari Sabtu which is dah 7 Syawal, kami mulakan hari dengan pergi ke DDMC jumpa Doc Kamal.Puncanya sebab Khamis lepas makan dekat The Curve, Zafran ajak pusing-pusing dan jalan sekitar situ.So postpone jumpa doc kamal.Masa check up, so far Doc Kamal kata baby OK.Alhamdulillah.
Lepas tu kembali semula ke The Curve, kali ini singgah makan dekat The Apartment pulak.Asal-asalnya mummy nak  try Red Velvetnya yang di khabarkan sangat sedap.Tapi sebab dah lapar dan tak lunch lagi, mummy order Baked Fish.Berdasarkan pengamatan mummy, serupa macam dekat Secret Recipe je.Hum.
Daddy pulak order ayam yang di serve dengan gravy yang sungguh nyummy. Zafran macam biasa Spagethi ar, kids menu.Tapi tak cukup satu.Kena order dua.
Sepinggan kecil spagethi dengan harga RM 11.90, memanglah sangat tidak berbaloi.Sekali hadap untuk 3 pax, dekat The Apartment tu around RM 120++.Pusing-pusing lagi dekat The Curve, than kami balik sebab kaki dah lenguh da.

Day 8
Hari Ahad, hari memang untuk golek-golek di rumah, sebab Monday dah nak start kerja.Huhu.

Actually mummy dah start cuti on Friday, so kira total cuti around 10 days jugak tu.Ambil kesempatan berehat-rehat. Otak memang dah malas nak pikior pasal kerja.Asyik pikir nak cuti je.Uhuks.
Memang sadis sebenarnya perasaan beraya dekat KL ni, masa 1st day and 2nd day raya especially, perasaan kami macam nak jer shoot balik kampung.Tapi kampung yang terdekat pun Negeri Sembilanlah kan.Jadilah kan, dari tak balik langsung.Tapi memikirkan tak berani nak ambil risiko, maka simpan jelah.Lagipun it's not the end of the world pun, if beraya dekat KL.
Apapun, insyaAllah jika di takdirkan Tuhan kita berkesempatan bertemu Ramadhan dan Syawal pada tahun depan, kita celebrate a bit extra ya. Shopping habis from head to toe.
Mata bersinar-sinar:)

Wednesday, August 29, 2012

I am VIP

Okey, ini parking special yang di terima sekiranya anda mengandung, For pregnant woman only ya. Sticker dan reserved parking ini sangat membantu ibu-ibu sebab parking di P2 ini jenis double park.So just imagine kalau kereta kita di block dan dalam keadaan membuyong kita kena tolak kereta yang block kereta kita.. Kalau setakat Kancil gagah lagi kot.Buatnya kereta jenis Sedan ka, MPV ka, mau terberanak dekat situ. Alhamdulillah baru implement tahun ni, dan aku enjoy dapat parking ni, sebab bolehlah keluar rumah lambat sikit.Parking VIP lah katakan.Sepatutnya parking ni hanya apabila ibu-ibu mengandung dah mencecah 6 bulan sahaja, tapi Alhmdulillah masa isi borang, terus je security guard bagi je reserve parking tu.Alhamdulillah.
Normally kalau parking yang dekat dengan building ni dah penuh, siapa yang lambat kena parking dekat padang, jauh sikitlah kena catwalk kan?
Apapun, thank P2 for providing the reserved parking for pregnant woman.I'll miss it selepas deliver nanti. Dan aku mengharapkan agar company-company lain turut menghargai wanita mengandung dengan menyediakan kemudahan khusus untuk mereka.
Ni pulak reserve parking untuk orang kurang upaya.Parking ni sebenarnya untuk sorang kakak ni yang kena osteoporosis.

Monday, August 27, 2012

Review of Komura Japanese Buffet at Corus Hotel

Our 6th anniversary untuk tahun ni di sambut serba sederhana jer. Mummy and daddy tak bertukar-tukar hadiah pun. Masing-masing faham commitment kewangan sementara nak tunggu 2nd baby ni:)
Tapi kami celebrate dengan makan-makan dekat one of Japanese restaurant - Komura Japanese Buffet at Corus Hotel. Dengan tema Eat all you can-orderlah banyak mana nak makan.
Original plan nak ambil tatami room tapi sebab kami berdua je makan, and Zafran tak makan (mahal woo budak punya price-banyak manalah sangat dia makan kan), jadi kami dapat duduk dalam bilik. Zafran cakap, mummy kita masuk penjara.Just imagine budak sekecil tu imagine the room like prison?
Konsep makan dekat Komura ni ialah kita akan di beri satu kertas, dan orderlah apa yang anda nak makan.Tick dan tick dan tick ikut selera, dan tukang masak akan sediakan mengikut apa yang kita order. 
Jadi kami pun orderlah itu dan ini. Sebab di bulan Ramadhan, so they also serve with Bandung Cincau.Rasanya if pergi di lain musim, air memang tak provide dalam buffet,meaning air kena order lain.Tak syoklah macam tu, patutnya air/juice should be includedlah kan.Nama pun buffet.
Dari segi makanan bolehlah. Antara our selection during that day:
Cold Soba, I repeated this twice!!Actually rasanya biasa jer macam makan dekat tempat lain..Tapi sebab boleh order banyak kali, jadi sedap jer.
Mix Tempura dan Ebi Tempura pun sedap.Cicah dengan sosnya:) 


Kappa Maki untuk Zafran, yang lain-lain tu untuk perut Mummy and Daddy.:)
Chawan Mushi untuk daddy
Unagi Kabayaki ni one time order only ya
Overall we can say that the food is nice (untuk tekak kamilah kan), cuma yang tak bestnya ialah services yang sangat lambat. Untuk second round order dari pukul 8.00pm sampai pukul 8.30pm barulah waitressnya datang dan ambil pesanan kami.Downtime 1/2jam dekat situ.Mereka maklumkan sebab masa tu weekend so ramai customer, but that's not our problem kan? Dah tau memang buat promotion and Ramadhan month, they should prepare earlier kan?
Tapi Alhamdulilah our 2nd round order sampai jugak akhirnya, tapi feeling dah kureng sebab menunggu lama.
Harga untuk buffet ni RM 69++ atau dalam erti kata lain almost RM 80/person.
Nak datang lagi? Hum, rasanya mungkin tidak.Sebab cukuplah dah pernah makan dekat sini tambah pulak servicenya lambat.We are going to explore some other places pulak.
Overall rating (full mark is 5)
Service://
Food    :///
Ambience: ///
Will we revisit: Maybe no
Cheh budget aku ni macam food traveller plaks.Uhuks

Tuesday, August 14, 2012

At 36 weeks

Minggu ni dah masuk 36 weeks, sekejap jer rasanya.Ngeri bila fikirkan dah nak dekat due..Huhu.Masa anak yang sulong memang tak tau apa-apa, ni bila dah tau ni mulalah ngeri semacam je kan?
Condition diri sendiri- jalan memang dah makin slow, baby makin berat, last week timbang dah 2.8kg, doctor estimate another 2 weeks maybe 3.2 kg.Huhu.
Kalau ikutkan dah kena sediakan barang-barang dalam bag untuk terus angkut ke hospital bila masanya dah tiba, tapi kami rilex lagi dengan baju-baju baby masih dalam kotak.Cayalah.
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, baju baby dah basuh minggu lepas selepas kena paksa daddy membasuhnya dengan kasih sayang.
Check semula check list items, almost complete:)
So far setakat ini, persiapan baby ala kadar sahaja, kami mula membeli belah masa Baby expo di PWTC hari tue.Stroller, breast pump dan barang sikit-sikit pun dah cecah 1K+ (belum ambik stroller cap Mc Laren ke hapa ke kan? Beli memang untuk keperluan sahaja, mana-mana yang belum cukup sahaja,siryes tak ikut nafsu serakah pun tau.
Stroller baru baby,warna pilihan Abang Zafran.Kami pilih yang macam kembang payung punya stail,sedikit nipis kena beli alas stroller untuk baby comfort.



Baju pulak memang sikit jer beli, yang ni romper Carter beli di PWTC.Masa beli konpius gurgul or boboy tapi nekad je ambik yang boboy..sekali betul da...Senang pakai romper coz nak tukar pampers nanti senang.Selak-selak jer.
Yang kaler putih-putih tu semuanya jenis yang baju berlengan pakai masa dekat hospital nanti.
Barut semuanya pakai Abang Zafran punya.Sebabnya masih tersimpan rapi dan eloks lagik.Lagipun nak pakai pun sekejap jer.

Dalam wish list hari tue ada plan nak beli Bedding set.Alhamdulillah dah beli jugak.Beli baru set ni sebab Zafran punya pun dah lama.Kira ni tambahan jelah.Baby cot dah ada so modal tak perlu keluar banyak sangat kali ni.Cuma gantikan tilam kepada yang baru sebab takut tilam lama ada pepijat ka apa ka.Almaklumlah, dah lama dah kot tak guna.Semua  sumbat dalam kotak dan akhirnya Sabtu lepas dah longgokkan dan mintak daddy basuh.
Tak lupa juga blanket yang sangat comel dekat LittleWhiz. Bila aku buat comparison, harga untuk set blanket nie 3 helai adalah 39.90 ketika offer, maknanya sehelai jatuh harganya RM13.30, di bandingkan dengan blanket brand Anakku or Pureen yang sehelai dalam RM 20++, hum memang aku rasa worth it lagi blanket Bumble bee ni.Boleh buat bedung sekali.


Dalam masa yang sama, sekarang tengah nak mencuba pakaikan baby CD.Bermula dari kisah bertanya pada kawan lama masa kat UM si Fifi yang pakaikan anaknya Cloth Diaper. Gila gagah minah nie sambil bekerja, sambung belajar lagi,siap fully breastfeed dan pakaikan anaknya CD.Salute beb.So tanya dia ngan dia brand apa yang ok sebab tengok dekat Lunatots tu macam agak mahal jugaklah kan.Dia pun suh aku usya website itu website ini, dan akhirnya aku telah tersambuk kegilaan menggoogle barang baby through online.Selain dari jual CD, macam-macam ada. Comel-comel sih! Lepas tu harganya boleh di katakan agak murah jugaklah kan.Nasib baiklah yang dalam perut ni boy, kalau gugurl mau rasanya tiap-tiap hari posmen datang nak hantar parcel ke rumah kan kan.Almaklumlah yang gugurl ni siap ada headbandlah and busha yang tomei tomei gitew.
Jadi aku sudah mula membeli CD yang di beli secara online dekat Smiley Bear,
mula-mula nak ambil set ni Green Army Bubbles,chomey plak kaler hijau nie.Tapi sebab lambat bayar deposit ia terlepas ke tangan orang lain. Tapi sempat bodek Kak Hanis ownernya untuk dapatkan yang Retro (bulat-bulat gitew). Yes akhirnya berjaya. Jadi tak dapat yang semua hijau sebab owner buat mix color, dapatlah biru dan hijau.Buat permulaan ambil dulu CD ni sebab dia tengah offer,mix brand kata tokeynya. Set akan datang mungkin akan ambil brand lain macam Bamboolite or Lunatots ka.
Ini collection yang pertama.Dapat gaji nanti aku tambah lagi.Sebab aku bukan nak pakaikan baby CD masa pantang pun.Slow-slowlah kan.Dan koleksi CD ni sekarang masih dalam kotak lagi, sebab masa pantang aku takdelah masa nak dok membelek baby dengan CD.
Barang-barang dalam checklist tue, cuma barang mandian jer tak beli lagi.Itu semuanya tunggu nak dekat-dekat (eh bukan dah dekat ke?) nanti baru belilah.Tak lupa masih setia dengan minyak telon Amway, aku order online dekat Kak Engku.Antara banyak-banyak Minyak Telon, yang inilah yang paling mahal rupanya,tapi sebab suka baunya, aku beli jugak.
  Ha, ini jer barang yang aku beli untuk si baby ni.Takdelah meriah dengan baju itu dan ini.Kali ini kata daddy, kita banyak berhabis untuk gadget macam breastpumplah,bottle and food warmerlah and etc.Sedikit untung sebab boboy jugak, jadik turunkan baju Zafran jer.Save!!