Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Suka telan-telan

Adrian dah 9 bulan, masih belum tumbuh gigi lagi tapi sifat memasukkan benda dalam mulutnya memang menjadi-jadi.Suka gigit kertas, plastic, handphone, remote TV.
Mengikut apa yang aku baca memang at this stage budak-budak memang suka masukkan benda dalam mulut.

Bayi anda sedang mengikut naluri semulajadi beliau untuk meneroka, dan ini bermakna menggunakan mulut serta matanya, telinga dan tangan. Penerokaan mulut adalah peringkat utama pembangunan. Bayi ingin tahu tentang rasa dan tekstur objek yang berbeza. “Mouthing bermula sebaik sahaja bayi mendapat beberapa kawalan tangan dan merupakan sebahagian daripada perkembangan normal:, kata seorang pakar kanak-kanak di Columbus Ohio. “Malah, sebelum mereka mendapatkan gigi, bayi berasa puas dengan menghisap, dan meneroka dunia dengan mulut mereka membantu mereka mengalami persekitaran mereka.

Keinginan untuk meletakkan benda-benda dalam mulut bayi boleh menjadi tanda bahawa bayi akan tumbuh gigi. Secara umum kebanykan bayi mendapatkan gigi pertama mereka kadang-kadang sekitar 7 bulan. Bagi sesetengah, ia berlaku lebih awal dan ada juga yang tidak tumbuh gigi walaupun hamper mencecah umur 1 tahun.

Jadi mungkin disebabkan itu Adrian suka masukkan barang dalam mulut.Walaupun dah beli teether, tapi tak di layannya.Remote TV jugak yang menarik hati.Hum

Friday, June 07, 2013

Adrian and Eczema Part 2

Sebenarnya penat nak cerita pasal eczema ni...sebab Adrian ni putih gebus so memang nampak sangat kalau ada tompok-tompok kat muka gitew.
Pastu lagi sakit hati bila orang dok cakap 'bilalah nak baik ni'...
Erk hello...aku manalah tau bila nak baik.Itu semua kuasa Allah. Kalau nak bagi baik cepat, maka cepatlah ia.Kalau lambat baiknya maka lambatlah ia...
Sebenarnya dulu memang teruk eczema dia, sampai kan masa tidur aku kena bedung dia ngan kain dua lapis supaya tak terbukak kain bedung and taklah dia kuar tangan menggaru-garu.
After few month battling with eczema hari tu at last Alhamdulillah dah almost baik.
Kami jumpa Paed Dermatology Specialist dekat KPJ Damansara, Doc Marziah.Mula-mula dia bagi ubat yang agak 'mild' tapi tak jalan...waduh kena steroid kuat lagi ke ni? Hummmm...masa tu fikir nak bagi dia baik je pun...so pasrah.
Lepas Doc Marziah tukar ubat yang agak kuat sikit so far dah nampak perubahannya. Ubat yang kami ambil kali ni
1.Physiogel Cleanser and Moisturizer: untuk mandian dan pelembap.Yang mana eczema ni tak boleh kulit kering sangat kan, so Doc bagi moisturizer yang takde pewangi-pewangi sangat.

2. Eumovate: krim ni ada steroid sikit.Actually tak berapa bagus sangat ada steroid ni. Tapi pakai masa tengah kuat tu, lepas tu bila dah tak sakit lagi stop..Kalau naik balik eczemanya pakai balik.
3.Elomet : untuk pakai dekat kepala je.Satu hari sekali je pakai..Tapi bila tengok kepalanya dah ok kami tak pakaikan dah.
So far dah baik.Alhamdulillah.Owh result allergic test dah dapat.
Buat melalui blood test untuk tahu mana-man sumber yang perlu di elakkan.
Food that should be avoid ialah susu lembu dan telur.Nasib baik tak kena pantang seafood taw....



Tapi secara jujurnya eczema nya masih agak slow nak baik, we have tried Gamat Healin.Makin bertambah keluar eczemanya.Mungkin cara treatmentnya ialah keluarkan semua penyakit yang ada than baru sembuh.Tapi sangat kasihan tengok dia dan tak larat jugak bila orang asyik bertanya sebab apa...and so on so on...
Suddenly makcik bagitau ada one klinik quite famous jugak bila bab-bab sakit kulit ni.And try search Klinik Kulit Mohd Noh dalam google dapat address and contact number.Kalau nak booking kena ambik no ikut giliran.Tak boleh nak set appointment awal.
Jadi kami gerak awal pagi ambik nombor giliran yang ke-2 (bangga sat) pastu sementara nak tunggu Doc sampai kami pergi breakfast dulu.by 9.30 baru Doc masuk.Kliniknya simple saja takde decoration malah aircondnya pun tak terasa sangat sejuknya. Satu lagi bilik menunggu tu ada kipas jer.Hum...
Tapi bila dah sampai turn kami, siryes berbaloi jumpa dia sebab Dr Mohd Noh ni akan explain punca or symptom penyakit tu. Panjang lebar gak penerangan dia.Takpe kita bayarkan consultation fees...:)
Tukar ubat kepada cream lain.Ok cream dia bukan jenis tube yang ada nama ubat kat situ ya.Jenis cream dalam bekas putih.So tandanya kalau dah habis sila datang jumpa dia lagi ya.Hihi.Tapi ada jugak ubat tube yang dia provide. Mandian pun dah tukar kepada Cetaphyl.Secara jujurnya Cetaphyl ni lebih mild if nak bandingkan dengan Physiogel.Memang moisturizernya pun lembut je bila di pakai.
Alhamdulillah, sekali treatment je terus baik eczema Adrian melainkan dekat betis yang mana tu lambat sikit sebab dah luka so infection sikit ar.Jadi slowlah nak baik.Tapi yang dekat muka memang ok.Alhamdulillah.
Adrian masih lagik pantang telur and continue susu kambing+BF.Doctor kata after 2 or 3 years nanti boleh cuba jugak try telur and susu lembu tu untuk tengok allergicnya.
Selain guna product cetaphyl boleh jugak guna QV, sama jugak kadar kelembutannya..Ngeh ngeh.
Untuk orang eczema ni yang penting kulit kena sentiasa moist gitew. So memang kena keep moist dengan lotion.Kalau sabun jangan guna yang berwangi-wangi ni.
Sekarang sebab dah kurang dah eczemanya maka dah takde dah sapu ubat just maintain ngan lotion and cleanser yang sesuai je.Memang rasa bersalah masa mula-mula guna jugak ubat yang ada steroid dekat Adrian, tapi kami cuma nak dia baik je..at least pulih sikit and lepas tu stop and we just keep maintain aje.
Sob sob...and now Alhamdulillah memang maintenance je yang perlu and jaga makan dia.:)

Apapun, ikhtiar adalah penting.


**pic lain : credit to Google

Tuesday, April 09, 2013

Communication with nursery owner

Women nowadays need to work, bukan sahaja untuk fulfill cita-cita sendiri, tapi jugak untuk membantu tambahkan pendapatan seisi rumah. Bekerja seorang memang tak cukup lebih-lebih lagi di KL ni.Semuanya mahal-mahal.So when you have a kids, what will you do? What option that you have?

1. Sending to baby sitter


2. Sending to nursery/taska


3. Ambik maid untuk jaga anak di rumah


4. Berhenti kerja???


As for me, I choose option 2, which is sending my kids to nursery, umur 2 bulan dah hantar taw.Sedih betul.Sob Sob. So just imagine hurry to send your kids to nursery and then drive merempuh jem sana sini.Kadang-kadang kita mungkin terlupa perkara-perkara yang kita nak pesan pada pengasuh tersebut kan? Dan jugak masa balik kalau kita tanya barulah pengasuh akan maklumkan keadaan anak kita kan? Banyak mana sangat yang kita boleh tanya? Makan OK? Buang air besar OK? Berapa kali? Jenuh pengasuh nak jawab kalau 10 parents repeated tanya benda yang sama.

OK well, just to share this thing.Taska tempat Adrian di tempatkan ni mengamalkan communication through book.

First part of the content, will be fill up by parents, contohnya berapa helai baju or tuala yang di hantar hari tu, lepas tu berapa botol susu, food apa yang hantar hari tu.

2nd part pulak, akan fill up by teacher/pengasuh lah, so pengasuh akan maklumkan hari ni anak minum susu berapa kali? Buang air berapa kali?makan macam mana? So balik mak-mak boleh bukak buku nota tu and tengok apa yang anak buat sepanjang hari tu.Sama ada cikgu tu main bedal je report, itu lain cerita. Sendiri mau ingatlah kan?



But I really think this kinda communication book ni memang sangat penting in order to have a good two way communication antara pengasuh anda dan juga anda.If your nursery not practising it, why don't giving a try.Maybe can recommend to the nursery owner kan?
masa ni Adrian belum makan lagi,so column makanan tu kosong
Thank you for reading

Monday, April 01, 2013

Ke arah pemakanan seimbang

Mummy yang teruja. Seiring dengan ketuaan (baca betul-betul) ni, aku dah mula sedar dari lamunan eceh…Haip cerita betul-betul boleh? Okey macam nie.Lately ni aku punya semangat Kemummyan makin meningkat.Rasa macam nak bagi semua yang terbaik untuk anak-anak..Bila makin banyak membaca, baru realize yang banyak kekurangan selama ni.
Macam aku cerita sebelum ni, aku tak tau pun 4 days rule masa nak introduce solid food to baby.Aku main belasah jer dulu. Dan aku pun tak tau aku boleh jimatkan masa dengan puree preparation. Homemade cooking memang ada aku buat jugak.Bubur bodoh-bodoh jelah.
Bila Zafran dah besar aku bagi je makan.But aku tak pernah bereksperimen towards his food..Aku tak pernah tengok balance tak protein ke sayuran ke buah-buahan ke. Aku tak pernah deco food cantik-cantik dekat Zafran masa tu.Huhuhu..sedihnya bila di ingat-ingat balik..
Blogwalking telah menyedarkan aku bahawa banyakkkkk kekurangan aku selama ni. Yang lepas biarlah lepas, now bukak buku baru. That’s why masa Adrian ni aku memang a bit more memilih and lebih more interested nak give the best as what I can. Maybe still not too late for Zafran kot.
First thing, aku masuk forum dalam FB: Homemade Solid Food For Baby (walaupun kekadang ada yang over but sometime the content is good too). So from there aku belajar how to prepare puree, what food yang boleh di berikan kepada baby according to age.How to stock our puree and so on.
Then I bought a book, yess it’s inspired me to work harder to give the best. Teruja is all I can say.
My next step is to collect bento set yang chomey-chomey and kawaiiiiii gitew. Aku akan CUBA untuk merajinkan diri buat food deco macam ni even aku bukanlah kreatif sangat orangnya. Tapi aku akan belajar.Ya akan belajar.Doakan Mumy Queen ya.


Saturday, March 23, 2013

5D and 4N short vacation at KPJ Damansara #2

Today is Day 4 at KPJ Damansara
Hihi a short vacation here.Not feeling like in the Hospital at all staying here..Bukan nak berlagak but this is the feeling. Staying at Level 4 premier ward is our choice since Zafran dulu.Ward ni tak semestinya untuk orang dewasa je.Kanak-kanak pun boleh jugak.Ikutlah kan kita nak ke tak nak.We choose here because it's difficult for to get single room at Paed Ward.Memang kena masuk dalam waiting list tu.Why need single room? because It's easier for us kalau nak solat ke nak golek-golek ke.
My company only cover RM200 jer perday but this room cost much more than budgeted.Tapi we plan to cover with insurance sikit.Kiranya tak untunglah sangat tapi since we want comfy places kan, nak buat macam mana kan?
Today we have an opportunity to check it out at Level 5.Ada one of friend in FB yang bagitau tentang Ward Paediatric yang ada kat Level 5 tu cantik sangat katanya.Cuba check it out gambar-gambar ni.Wah boleh baik kot tengok ward ceria macam ni kan?
 

Friday, March 01, 2013

BF Journey Part 2: Spectra Dew Vs Medela Swing

5 bulan bersama Spectra Dew :). Alhamdulillah ia sangat membantu. Masa mula-mula nak beli telan air liur sebab rasa harganya mahal, dan takut tak berbaloi. Almaklumlah, masa awal-awal tu Mummy takut tak boleh BF macam masa Zafran dulu.Spectra Dew ni Daddy yang sponsor.
Masa tu beli sebab consider dia electric jer, tak terfikir pulak on mobility ka or practicality ka.Tapi so far ALhamdulillah, banyak jasa Spectra Dew ni tau.
Wokeh, now kita cerita tentang gadget baru yang Mummy beli baru-baru ni. Bukan saja-saja nak beli, tapi kerja Mummy ni memang mobile.Kalau bawak Spectra, kena fikir dekat mana yang ada plug.Kalau kebetulan surau tu ada plug memang ALhamdulillah, kalau takde? Haru je menahan bengkak.
Baru-baru ni Mummy dapat tugasan untuk buat Ethnographer Survey, which I have to follow the respondent one whole day.Alamak, nayo kawe. Mana pulaklah nak carik plug kan? Jadi fikir punya fikir, dengan tahap kewangan yang sendu-sendu jer, Mummy buat keputusan ambil Medela Swing walaupun ia bukan sesuatu yang Mummy suka since its only single pumping.Tapi memikirkan ia senang di bawa, so I bought a new Medela Swing dengan harga promotion RM 599.00.Gulp. Baru je pakai beberapa hari, tapi dah gediks nak buat review eik?

1. Saiz
Spectra Dew ni saiznya agak besar dengan anggaran 2 kg.Terpaksa usung setiap hari because this is the only pump that I have pada masa itu. Mujurlah dekat office angkat dan tinggal je tapi bila mengingatkan yang kadangkala kena outstation,aduh jenuh jugak nak usung tu

Swing pulak sangat mudah nak di bawa sebab ringan.Masuk dalam handbag pun boleh.Of courselah tak berat kalau nak di bandingkan dengan Sectra yang almost 2 kilo tu.Kalau carry hari-hari memang boleh kurus (lah sangatkan?)
Winner: Medela Swing

2. Praktikal
In term of practicality, memang tak di nafikan, Swing is much more easier because boleh guna electric and battery.So masa Mummy tengah tunggu respondent tu Mummy boleh buat aktiviti mengepam dalam kereta.Kalau guna Spectra ni, memang kena guna electric source sahaja wokeh.
Winner : Medela Swing

3. Assemble
Swing dan Spectra memang mudah, cucuk sana sini sikit jer dah boleh function.Takdelah serabut sangat cara pemasangan dia.Suka ^~^.
Winner: Seri

4. Noise and vibration
Swing memang bunyinya kuat sikit kalau nak di bandingkan dengan Spectra. Takdelah kuat sangat actually, tapi if compare dengan Spectra, memang Swing ni kalah ar.
Winner: Spectra

5. Handling
Muahaha, tak tau nak story macam mana, tapi kalau pump guna Swing ni, kena berhati-hati sikit,tengah syok mengepam, tetiba ada pulak titisan air dekat tubing tu, which is kalau tak berjaga-jaga akan menyebabkan air tu masuk ke motor.Boleh rosak wo… Kalau Spectra dia ada filter so adalah ‘perisai’ sikit di situ okey.Tak pernah terjadi ada pulak titisan air dalam tubing tu dengan spectra.Tak taulah kalau sebab den baru lagi dengan Swing, so tak pandai nak handle.
Winner: Spectra Dew

6. Durability
Wah cerita tentang durability ni, sebab kita pun sedia maklum.Kalau orang yang berbadan besar ni, kalau di hentam ni memang agak payah sikit kot, atau dalam erti kata lain, ketahanan yang tinggi.Macam tu jugak dengan Spectra, kalau hempuk kat kepala orang memang boleh ting tong.
Kalau Swing ni, kecik, alahai nampak lemah gemalai jer.Cannot be use secara kasar ya?
Winner : Spectra Dew

Hum, so far kalau orang tanya kepuasan surelah Spectra ni lebih bagus sebab dual pumping and jimat masa. Swing ni single pumping, tapi dengarnya Swing ni boleh di modified jadi dual pumping.Itu den tak study lagik.
In overall ada pros and cons kedua-dua gadget yang Mummy ada sekarang.Kalau nak lebih superb and puas hati, rembatlah Freestyle kan? Kihkih..Kena tunggu duit jatuh dari langit ni.

p/s: Komen-komen dekat atas ini lebih kepada penilaian individu sahaja wokeh

Wednesday, February 27, 2013

Breastfeeding Journey Part 1

It’s now 5 month for baby Adrian.Cepat jer masa berlalu.Dalam masa yang sama, hampir 5 month jugak Mummy berjaya BF Adrian.Cumanya awal-awal keluar dari bilik bedah tu, Adrian tak merasa susu ibu sebab lepas kena czer tu badan memang tak bermaya and shacking sebab ubat bius tu.Hari kedua pun susu tak keluar pun, Doc Kamal tanya ada susu tak.Mummy jawab takde.So, Doc bagi pil hormone untuk tingkatkan pengeluaran susu dan akhirnya Alhamdulillah, barulah Nampak hasilnya. Masa dekat hospital try jugak bf baby tapi sebab Miss N masih malu nak keluar, Adrian pun dah melalak kehausan, masih tak berjaya. Hari-hari terakhir nak keluar dari hospital tu, terpaksa pump sebab dah mula terasa bengkaknya.Maka bermulalah perjalanan pumping menggunakan Spectra Dew.
Sebenarnya,sedar tak sedar, dah masuk 5 bulan Mummy dalam arena penyusuan susu ibu ni.Sesuatu yang tidak di sangka I can manage to go through it. Alhamdulillah, berjaya jugak.Tapi bila dah nak masuk bulan kelima ni, makin lama supply makin kurang, sedangkan demand from Adrian makin bertambah.Stock stock yang di kumpulkan dalam freezer memang lebur lebur terus. And now, ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Meaning, apa yang Mummy pump hari ni untuk Adrian esok.Sampai satu tahap Mummy sibuk dengan survey, akhirnya terpaksa juga Adrian campur minum FM.Huhu.nak melalak jer rasa. Takper Mummy tak putus asa, cuba juga.Mummy beli Habbatussauda yang original.Cara makan is ambil secubit dan terus telan.Satu hari ambil 2 x.

Mummy pun ada juga beli Longan Kering dekat kedai Sensei.Rebus segenggam dengan 3 cawan air.Rasanya ok saja, tapi for me baik minum air longan terus.Lagik sedap kot.Hihi
Beli juga Alfalfa keluaran Shaklee. Nak kata membantu sangat, tidak jugak rasanya.Takpe, Mummy sanggup jer..
Orang kata makan jantung pisang boleh membantu, telan,Apa saja petua, Mummy cuba, moga Allah sentiasa tambahkan rezeki untuk anak Mummy ni. Cuma satu yang Mummy susah sikit nak buat.Hum PP aka Power Pumping.Huhu . Nak peruntukkan masa satu jam untuk buat Power Pumping jer agak susah untuk Mummy.Bilamasa nak buat. Balik kerja dah macam lipas kudung nak buat itu ini. Belum masuk Adrian nak bergayut lagi.Takpe, InsyaAllah, Mummy akan cuba jugak buat untuk anak Mummy.Ya Allah, kau murahkan lah rezeki anakku ini.Amin



 

Monday, September 24, 2012

Bersalin secara normal atau pembedahan?

Aku antara insan yang terpilih untuk merasai sendiri pengalaman bersalin secara normal dan jugak bersalin c-zer. ada sesetengah yang prefer bersalin normal sebab itu ini..ada juga yang prefer bersalin c-zer sebab itu ini...sebenarnya ada pros and cons untuk kedua-dua condition di atas pada pendapat akulah.

Bersalin normal waktu anak yang sulong,merasai sendiri pengalaman susahnya dan sakitnya sebelum dan ketika nak melahirkan. Tapi bila anak dah keluar dari perut semua perasaan sakit tu hilang.Penjagaan ketika berpantang pulak, tak begitu susah sebab jahitan episiotomi (eh betul ke eja ni) senang cerita, jahitan dekat bawah tu sikit jer, jadik tak begitu renyah.Cuma yang jadik masalahnya ialah bahagian bawah tu nak kene protection yang lebih sebab bercampur dengan darah nifas.Satu lagi yang jadik masalah ialah kena jalan slow and kemut-kemut macam dalam cerita Oshin tue.

Kali ni merasa pula bersalin secara c-zer.Masa bersalin tak rasa apa pun,yalah dah bius kan,tapi bila saat ubat bius mula nyah dari badan prang kata mula rasa sedikit sakitnya.Tapi secara jujurnya aku tak rasa sangat coz doc bagi ubat tahan sakit. Yang sakitnya ialah bila tiub air kencing dah di tanggalkan dan kita di wajibkan berjalan. Kena berjalan sebab untuk elakkan darah beku.Saat kaki memijak lantai, purgh....bisanya..nak gerak kaki pun rasa tak terdaya, dapat seret jerk.
Sampai ke tandas nurse suruh buang air kecil,masa ni cakap dengan en suami "lepas ni tak mau dah bersalin lagi, cukuplah ni last"..huhu
Siryes itulah saat paling susah sekali.Dekat hospital selama 4 hari 3 malam, membantu pulihkan sedikit badan sebab baby nurse yang jaga.Dapatlah rileks lebih sikit kalau tidak sure kalut dengan diri sendiri, dengan baby lagik.Uhuks. Lebih kurang seminggu juga terpaksa bergantung pada bantuan orang untuk bangun ke tandas, untuk baring dan sebagainya. Nak tuka p*d pun hubby kena buatkan.Uhuks.Thank you so much to hubby yang memang cekal menjaga especially masa awal-awal operate.
Balik ke rumah, dalam dua minggu lepas operate dah agak sihat sedikit, meaning tak perlulah bergantung harap sangat pada orang untuk turun or bangun dari katil.Alhamdulillah.Sebab operate dekat 10 hari jugak tak mandi,cuma lap-lap badan.
Ada jugak yang suruh mandi dan tutup tempat luka dengan plastik, tapi aku tak berani nak ingkar.Mana tau tetiba sebab aku mandi jer ada plak jangkitan ka kuman ka dekat tempat jahitan tu.Aku jugak yang susah nanti.

Honestly mana-mana pun sakit.Secara normal pun sakit , operate pun sakit. Cuma sakitnya ialah sebelum-semasa-atau selepas. Bukan mudah untuk melahirkan seorang anak rupanya:) Tapi kesakitan itu memang hilang bila tengok muka baby yang sejuk mata memandang.

Thursday, August 02, 2012

Pembaziran kecil-kecilan (^ ___ ~)

Hum.benda ni benda kecil jer.Tak penting pun. Tapi macam seronok untuk menghabiskan duit dibeli.Ya konsep belian secara online ni tambah memudahkan pengaliran wang tunai aku.Grgrgr. Ya aku belikan baby Lamaze leg Rattle Bug and Hand Rattle sekali. Kononnya dengan adanya item ni baby akan lebih tenang dengan bunyi-bunyiannya dan boleh main-main dengan benda tu.Apakah?
Tapi sebab teruja tengok gambo baby comel ni maka aku terus beli. RM 8/pcs dari Bong Bong Idea Trading.



Lepas tu tengok orang beli sock 3D (wah socks pun ada 3D eik) maka aku pun membazirkan diri jugak beli 3D Socks ambik dua pasang terus.Apa cer?

Dah alang-alang nak kena consider upah abang posmen, maka aku tambah lagi dengan romper ni. Saja beli sebab ayat dekat situ If you think I'm cute yoy should see my mum. Haha.Setuju sangat.Terus mummy beli taw.
First time order online dari BongBongIdea ni, banyak barang-barangnya murah-murah, yalah for sure import dari China.Wah class kau Maria 'import' taw.Yalah, yang made in Malaysia ni selalunya mahal-mahal.Tak faham betul.
Next plan ialah aku nak beli Toys Lamaze Ulat Gonggok tu untuk baby. Ini pun aku rasa takdelah penting sangat tapi saja nak beli menghabiskan duit. Huhu..Boleh?

                                              

Selamat berbelanja Shequeen....