Friday, June 07, 2013

Adrian and Eczema Part 2

Sebenarnya penat nak cerita pasal eczema ni...sebab Adrian ni putih gebus so memang nampak sangat kalau ada tompok-tompok kat muka gitew.
Pastu lagi sakit hati bila orang dok cakap 'bilalah nak baik ni'...
Erk hello...aku manalah tau bila nak baik.Itu semua kuasa Allah. Kalau nak bagi baik cepat, maka cepatlah ia.Kalau lambat baiknya maka lambatlah ia...
Sebenarnya dulu memang teruk eczema dia, sampai kan masa tidur aku kena bedung dia ngan kain dua lapis supaya tak terbukak kain bedung and taklah dia kuar tangan menggaru-garu.
After few month battling with eczema hari tu at last Alhamdulillah dah almost baik.
Kami jumpa Paed Dermatology Specialist dekat KPJ Damansara, Doc Marziah.Mula-mula dia bagi ubat yang agak 'mild' tapi tak jalan...waduh kena steroid kuat lagi ke ni? Hummmm...masa tu fikir nak bagi dia baik je pun...so pasrah.
Lepas Doc Marziah tukar ubat yang agak kuat sikit so far dah nampak perubahannya. Ubat yang kami ambil kali ni
1.Physiogel Cleanser and Moisturizer: untuk mandian dan pelembap.Yang mana eczema ni tak boleh kulit kering sangat kan, so Doc bagi moisturizer yang takde pewangi-pewangi sangat.

2. Eumovate: krim ni ada steroid sikit.Actually tak berapa bagus sangat ada steroid ni. Tapi pakai masa tengah kuat tu, lepas tu bila dah tak sakit lagi stop..Kalau naik balik eczemanya pakai balik.
3.Elomet : untuk pakai dekat kepala je.Satu hari sekali je pakai..Tapi bila tengok kepalanya dah ok kami tak pakaikan dah.
So far dah baik.Alhamdulillah.Owh result allergic test dah dapat.
Buat melalui blood test untuk tahu mana-man sumber yang perlu di elakkan.
Food that should be avoid ialah susu lembu dan telur.Nasib baik tak kena pantang seafood taw....



Tapi secara jujurnya eczema nya masih agak slow nak baik, we have tried Gamat Healin.Makin bertambah keluar eczemanya.Mungkin cara treatmentnya ialah keluarkan semua penyakit yang ada than baru sembuh.Tapi sangat kasihan tengok dia dan tak larat jugak bila orang asyik bertanya sebab apa...and so on so on...
Suddenly makcik bagitau ada one klinik quite famous jugak bila bab-bab sakit kulit ni.And try search Klinik Kulit Mohd Noh dalam google dapat address and contact number.Kalau nak booking kena ambik no ikut giliran.Tak boleh nak set appointment awal.
Jadi kami gerak awal pagi ambik nombor giliran yang ke-2 (bangga sat) pastu sementara nak tunggu Doc sampai kami pergi breakfast dulu.by 9.30 baru Doc masuk.Kliniknya simple saja takde decoration malah aircondnya pun tak terasa sangat sejuknya. Satu lagi bilik menunggu tu ada kipas jer.Hum...
Tapi bila dah sampai turn kami, siryes berbaloi jumpa dia sebab Dr Mohd Noh ni akan explain punca or symptom penyakit tu. Panjang lebar gak penerangan dia.Takpe kita bayarkan consultation fees...:)
Tukar ubat kepada cream lain.Ok cream dia bukan jenis tube yang ada nama ubat kat situ ya.Jenis cream dalam bekas putih.So tandanya kalau dah habis sila datang jumpa dia lagi ya.Hihi.Tapi ada jugak ubat tube yang dia provide. Mandian pun dah tukar kepada Cetaphyl.Secara jujurnya Cetaphyl ni lebih mild if nak bandingkan dengan Physiogel.Memang moisturizernya pun lembut je bila di pakai.
Alhamdulillah, sekali treatment je terus baik eczema Adrian melainkan dekat betis yang mana tu lambat sikit sebab dah luka so infection sikit ar.Jadi slowlah nak baik.Tapi yang dekat muka memang ok.Alhamdulillah.
Adrian masih lagik pantang telur and continue susu kambing+BF.Doctor kata after 2 or 3 years nanti boleh cuba jugak try telur and susu lembu tu untuk tengok allergicnya.
Selain guna product cetaphyl boleh jugak guna QV, sama jugak kadar kelembutannya..Ngeh ngeh.
Untuk orang eczema ni yang penting kulit kena sentiasa moist gitew. So memang kena keep moist dengan lotion.Kalau sabun jangan guna yang berwangi-wangi ni.
Sekarang sebab dah kurang dah eczemanya maka dah takde dah sapu ubat just maintain ngan lotion and cleanser yang sesuai je.Memang rasa bersalah masa mula-mula guna jugak ubat yang ada steroid dekat Adrian, tapi kami cuma nak dia baik je..at least pulih sikit and lepas tu stop and we just keep maintain aje.
Sob sob...and now Alhamdulillah memang maintenance je yang perlu and jaga makan dia.:)

Apapun, ikhtiar adalah penting.


**pic lain : credit to Google

No comments: