Thursday, June 27, 2013

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Adrian


**Ops ini adalah entry yang lama tau**
Adrian is 6 month masa kami buat kenduri Aqiqahnya. Kenapa lambat? 1st sebab nak tunggu duit bonus dulu which is end of December hari tu. Kalau di takdirkan dia lahir normal, memang terus proceed masa cuti sekolah December lepas, tapi since dia lahir c-zer and we have used a lot of money, so we plan  to be delay a bit.
Dok plan nak buat on Jan or Feb, aku ni sibuk pulak dengan Survey sana sini.Uish memang penat sungguh, mana lagi nak buat kenduri pulak kan. So decide ar bulan march, cuti sekolah, cantik jugak tu since In law and kaum kerabat Mr. Roy majoritynya cikgu kan.Moleklah tu. Tapi dengarnya end of march maybe ada election.Erk!! kalau ada election, siapa pulak nak datang kenduri ni kan?So pause momentum kejap.Tapi dalam masa yang sama teruskan jugak nawaitu nak order Yassin yang ada tempek muka Adrian.
Tapi rupanya nasib tak menyebelahi Malaysia untuk buat pilihanraya March tu, maybe ada factor-faktor yang menyebabkan ianya delay sedikit kan.Takpelah, so early of March hari tu kami terus tekan butang hijau and ON..
Mujurlah dah order Yassin, settle satu perkara.Personalized Yassin ordered from ex-schoolmate.Boleh usya dekat FB: Gifted. Jugak masa bershopping dekat Ikea hari tu, aku dah  sambar siap-siap hand ke face towel ntah kat situ, sebab colour dia memang matching dengan apa yang aku nak kan so terus aku rembat.
Ni hasilnya aku beli sendiri paper bag ni, wah nawaitu asal nak DIY paper bag kot…tapi tak sompek. Terus beli je and aku add with polka dot riben untuk naikkan seri and sinonim with our theme.
Talking about the theme, I decided our theme to be turquoise+ white+silver. Since last year takde baju raya baru, jadi Mr. Roy and Zafran pakai baju yang sama masa kenduri kahwin in law dulu.Aku?? mana boleh pakai baju sama.Muahahahah..terus mak beli baju baru kaw…
Actually the date of the event should be on 23rd of March, tapi nak di takdirkan cerita few day sebelum Majlis Aqiqah tu berlangsung sang putera pulak masuk hospital. Haru biru di buatnya terus call semua orang bagitau postpone ke new date 30.03.2013.Huhuhu. Nasib baik sempat:)

*** Kambing Golek and Catering***
Mr Roy tolong uruskan hal kambing golek, catering and khemah. Sebab Mr. Roy lebih mengetahui hal hal kambing-kambing ni sebab dia memang makan kambing.Shequeen tak makan kambing meh. Seekor kambik golek ni cost around 1K++.Served with 4 choice of sauce and salad. Mr. Roy tambah garlic bread which cost around RM 70.Tapi malangnya Garlic Breadnya tak sampai di hari kejadian..Lupa plak katanya.Huhu
Kambing Golek ni, Mr. Roy order from kambinggolek.com
Kalau ikutkan orang-orang yang makan kambing bagitau yang kambingnya sedap, mula-mula ingat nak juga cipta sejarah nak makan kambing buat PERTAMA KALI dalam hidup, tapi sedang jer ambik kambing tu tetiba Adrian melalak nak susu.Terus padam sinar cahaya nak makan kambing tu tau.
Untuk catering pulak is the same catering yang kami ambil masa Aqiqah Zafran dulu. Sebab ramai yang puji Kambingnya sedap.Briyani Kambing ler tue.So we repeated the order this time.Boleh place the order pada Pakcik Johdi at 016-2610971.Lupa da nama cateringnya apa.Huhu

Kuih muih sumbangan family.Diri sendiri pun gatal jugak order talam dari House of Talam.Boleh pergi FB nya untuk tengok sendiri hasilnya.Ownernya kawan den tau.memang sedap-sedap talam yang dia offer.Aku order Talam Roti Paun,Talam Cendol and Talam Serimuka Durian.Tamak tau

*** Candy Buffet***
Aha, ini ialah Candy Buffet table.Eh buffet lah sangat pulak kan? Which is aku lah tu yang teringin nak buat.Puncanya entah macam mana masa blogwalking hari tu aku terjenguk blog Red Mummy,   dok story yang masa Aqiqah anak dia memang ada Candy Buffet Table ni..Dia punya sponsor kot..Huhuhu Yang aku ni poket sendiri kan? Hohoho. Aku google jugak nak get info sapa yang boleh provide service ni.memang banyak, yalah dah macam trend kan sekarang.Tapi aku fikirkan, macam nak buat sendiri jer (budget banyak masa lah tu).
Bila Google looking at the price offered I feel like a bit expensive. So terdetik dalam hati baik aku buat sendiri.Huhuhu.
So mulalah aku planning everything, sampailah kepada how to setting the table. Sketch lagi tau.Takut juga tak menjadi kan sebab baru first time nak buat.
Tapi pejam mata dan bulatkan tekad. Tapi of courselah hasilnya tak seberapa kan? Yalah kekangan barangan lagik. So inilah hasilnya my DIY Candy Table (takutnya nak guna word Buffet).Wokeh kan for a beginner?
Kalau ada sesapa yang nak service aku yang tak berapa nak service ni, please let me know yah…Love it beb…Seronok dan puas rupanya bila buat benda-benda ni.
 
*** Buaian Berendoi dan marhaban***
Ini Buaian Berendoi.Hum talking about berendoi ni, memang sesuatu yang asing bagi aku sendiri, sebab dalam family aku kami tak pernah berendoi-endoi ni.Sebab ni more to adat kan.Tapi bagi family Mr. Roy yang sebelah Utara ni, memang standard kot bagi derang, walaupun actually aku tak  pernah pergi any of kenduri Aqiqah derang, tapi berdasarkan cara MIL cakap macam derang ada buat.
Because as far as I can remember, previously masa Zafran dulu, they eager untuk buat kenduri Aqiqah tu se awal-awal yang boleh.Yalah nak berendoi ni memang kena baby yang keciklah, kalau dah setahun macam Zafran macam mana nak berendoi.Tapi time tu duit tak cukup, so we hold the kenduri sampailah Zafran dah umur setahun. Now this time I try to fulfill lah their niat kan..(even it use my own money)…Takperlah, both side happy kan..
So untuk itu aku cuba mengoggle di sana sini mencarik buaian idaman hati walaupun bukan aku yang nak naik pun,Tapi asalkan sedap di mata aku..Aku tak suka sangat bunga-bunga ni if untuk boy.For me it doesn’t suit at all.Google around sana sini.Mak aih Mahallllllllnya. Kalau ikutkan hati memang tak mau ar pasang endoi ni, tapi since dah fikirkan takpelah, why not this time.Telan air liur jer.
Source: Buaian Cradle. This is my choice Aku suka designnya yang simple.Nampak eklsusif gitu.,Takde bunga-bunga sangat sesuai untuk anak lelaki.Berminat dengan Package 2 which is around RM 450 lagi tapi tak masuk lagi kos pengangkutan.So aku downgrade sikit ke package 1.yang ni harganya RM 300 tak termasuk delivery cost.Aku ambik jugak package ni dengan baju melayu sekali.Dah alang-alang kan.
Chomey tak sang Putera pakai baju melayu siap tengkolok gitew.
Package yang paling superb is yang Tinkerbell tu, purgh memang cantik gila.Dekat RM 900 tu harganya.Purgh, ketaq lutut weh.tapi ada jer yang ambik package ni tau.
Source: Baby N Me. Okey yang ni aku dapat information daripada blog wanita yang femes emesh tu Red Mummy.memang cantik, coz buaian dia tak macam buaian..hum how to say eik? It’s kinda bentuk dia lain sikit ar.Ni pun pada aku yang kurang berkemampuan ni rasa gak mahal ar.
Source: SI Manja berendoi.Ok yang ni pun aku ada buat comparison jugak.As for me, dia memang ada offer package yang murah around RM 200+ yang paling murah if tak silap.Tapi..tapi..tapi since aku duduk jauh di Shah Alam and the owner is from Semenyih aku kena ambik paling minimum pun RM 350 tak termasuk delivery cost ya.Tink tonk
So it’s up to you is it important or not.memang ada yang so damn expensive dah macam harga pelamin pulak.
Group marhaban pulak,asalnya nak panggil Ayah punya group, tapi sebab dah last minute, fully bookedlah pulak.Terpaksa guna khidmat pakcik Google lagik, and finally we manage to find satu group dari Puncak Alam (if tak silap). Kalau anda memerlukan perkhidmatan mereka boleh cuba contact Makcik Hasnun ya, 010 430 9625.
Alhamdulillah semuanya selesai, terima kasih pada yang datang memeriahkan majlis.Lega rasanya dah lunaskan tanggungjawab yang satu ini.Banyakkkk lagi tanggungjawab yang menanti.
Tapi secara seriusnya, jika anda buat event-event macam ni, kalau ada duit lebih upahlah professional photographer.Memang ada kawan or saudara mara boleh tolong ambilkan gambar, tapi percayalah a bit susah jugak nak bagi full commitment ni. Dan macam biasa,kalau ada event, memang payah nak ambik gambar kami sekeluarga.Huhuhuhu.


3 comments:

R-zoo said...

I like ur ideas..thanx for sharing...

sheequeenzz said...

thanx :)

Anonymous said...

Suke part baby pakai baju melayu n samping n tengkolok bagai.,.mulalah berangan mahu buat mcm tu kat baby kita..huhu..jahat taw buat kita tringin..