Friday, March 01, 2013

BF Journey Part 2: Spectra Dew Vs Medela Swing

5 bulan bersama Spectra Dew :). Alhamdulillah ia sangat membantu. Masa mula-mula nak beli telan air liur sebab rasa harganya mahal, dan takut tak berbaloi. Almaklumlah, masa awal-awal tu Mummy takut tak boleh BF macam masa Zafran dulu.Spectra Dew ni Daddy yang sponsor.
Masa tu beli sebab consider dia electric jer, tak terfikir pulak on mobility ka or practicality ka.Tapi so far ALhamdulillah, banyak jasa Spectra Dew ni tau.
Wokeh, now kita cerita tentang gadget baru yang Mummy beli baru-baru ni. Bukan saja-saja nak beli, tapi kerja Mummy ni memang mobile.Kalau bawak Spectra, kena fikir dekat mana yang ada plug.Kalau kebetulan surau tu ada plug memang ALhamdulillah, kalau takde? Haru je menahan bengkak.
Baru-baru ni Mummy dapat tugasan untuk buat Ethnographer Survey, which I have to follow the respondent one whole day.Alamak, nayo kawe. Mana pulaklah nak carik plug kan? Jadi fikir punya fikir, dengan tahap kewangan yang sendu-sendu jer, Mummy buat keputusan ambil Medela Swing walaupun ia bukan sesuatu yang Mummy suka since its only single pumping.Tapi memikirkan ia senang di bawa, so I bought a new Medela Swing dengan harga promotion RM 599.00.Gulp. Baru je pakai beberapa hari, tapi dah gediks nak buat review eik?

1. Saiz
Spectra Dew ni saiznya agak besar dengan anggaran 2 kg.Terpaksa usung setiap hari because this is the only pump that I have pada masa itu. Mujurlah dekat office angkat dan tinggal je tapi bila mengingatkan yang kadangkala kena outstation,aduh jenuh jugak nak usung tu

Swing pulak sangat mudah nak di bawa sebab ringan.Masuk dalam handbag pun boleh.Of courselah tak berat kalau nak di bandingkan dengan Sectra yang almost 2 kilo tu.Kalau carry hari-hari memang boleh kurus (lah sangatkan?)
Winner: Medela Swing

2. Praktikal
In term of practicality, memang tak di nafikan, Swing is much more easier because boleh guna electric and battery.So masa Mummy tengah tunggu respondent tu Mummy boleh buat aktiviti mengepam dalam kereta.Kalau guna Spectra ni, memang kena guna electric source sahaja wokeh.
Winner : Medela Swing

3. Assemble
Swing dan Spectra memang mudah, cucuk sana sini sikit jer dah boleh function.Takdelah serabut sangat cara pemasangan dia.Suka ^~^.
Winner: Seri

4. Noise and vibration
Swing memang bunyinya kuat sikit kalau nak di bandingkan dengan Spectra. Takdelah kuat sangat actually, tapi if compare dengan Spectra, memang Swing ni kalah ar.
Winner: Spectra

5. Handling
Muahaha, tak tau nak story macam mana, tapi kalau pump guna Swing ni, kena berhati-hati sikit,tengah syok mengepam, tetiba ada pulak titisan air dekat tubing tu, which is kalau tak berjaga-jaga akan menyebabkan air tu masuk ke motor.Boleh rosak wo… Kalau Spectra dia ada filter so adalah ‘perisai’ sikit di situ okey.Tak pernah terjadi ada pulak titisan air dalam tubing tu dengan spectra.Tak taulah kalau sebab den baru lagi dengan Swing, so tak pandai nak handle.
Winner: Spectra Dew

6. Durability
Wah cerita tentang durability ni, sebab kita pun sedia maklum.Kalau orang yang berbadan besar ni, kalau di hentam ni memang agak payah sikit kot, atau dalam erti kata lain, ketahanan yang tinggi.Macam tu jugak dengan Spectra, kalau hempuk kat kepala orang memang boleh ting tong.
Kalau Swing ni, kecik, alahai nampak lemah gemalai jer.Cannot be use secara kasar ya?
Winner : Spectra Dew

Hum, so far kalau orang tanya kepuasan surelah Spectra ni lebih bagus sebab dual pumping and jimat masa. Swing ni single pumping, tapi dengarnya Swing ni boleh di modified jadi dual pumping.Itu den tak study lagik.
In overall ada pros and cons kedua-dua gadget yang Mummy ada sekarang.Kalau nak lebih superb and puas hati, rembatlah Freestyle kan? Kihkih..Kena tunggu duit jatuh dari langit ni.

p/s: Komen-komen dekat atas ini lebih kepada penilaian individu sahaja wokeh

No comments: