Friday, August 31, 2012

Masanya hampir tiba - Petua mudahkan bersalin?

Sorry sebab entry lately ni tak habis-habis cerita baby-pantang-bersalin..bla bla bla..Rilekslah kan. Now dah 38 weeks.Countdown. Ngeri Cuak semua ada.
Macam-macam petua yang di beri oleh sumber-sumber untuk mudahkan bersalin. Ada few inisiatif-inisiatif yang aku akan cuba.Selebihnya tawakal pada Allah, semoga di permudahkan.
1. Minum air selusuh.

Air selusuh or minyak selusuh memang ada pakai masa nak bersalin Zafran dulu. MIL yang bawakkan.Sapu pada perut dan minum time dah nak dekat rasa sakit. Kali ni aku beli dari kelompok Tanamera Postnatal Set, apply dekat bahagian bawah dan nanti minum masa dah dekat bersalin.beli dari kawan ku Ummi Khalsum yang tak guna minyak ni sebab dia c-zer.Mula-mula ingatkan botolnya kecik je, jadi masa husband Ummang hantar ku hulurkan RM 35, purgh sekali besar pulak, tak padan plak dengan duit yang ku bagi.Jadi gantinya dengan buah tangan ya, mang.Mintak halal terlebih terkurang.

2. Minum air Bunga Fatimah
Sama juga khasiatnya, rendam bunga ni dan minum bila dah nak sakit.Wah banyaknya nak kena minum.Takper, janji usaha.Bunga ni tak mudah nak dapat,aku pesan pada kawan yang maknya pergi menunaikan umrah baru-baru ni.

3. Amalkan baca Surah Maryam

Yang ni kebanyakkan orang pun tahu kan? Start saja masuk minggu ke-30, aku dah mula amalkan surah ini.Moga-moga di permudahkan.

4. Amalan doa-doa mustajab
Aku siap beli buku ni.Kecil dan mudah di bawa dalam beg bila nak ke hospital nanti. Sambil-sambil tahan sakit bolehlah baca-baca sikit.

5. Makan sayur bendi

Ini petua orang zaman dulu-dulu.Tak tau apa kaitannya dengan kelahiran.Mungkin banyak lendir-lendir kot.Tapi aku memang suka sayur ni,so aku memang aktif membedal sayur ni especially bila dah dekat-dekat ni.

Banyak lagi sebenarnya petua-petua, tapi yang kat atas ni antara yang di amalkan untuk memudahkan kelahiran.Doa-doa semuanya berjalan lancar.Really hope dapat bersalin secara normal.InsyaAllah.


Thursday, August 30, 2012

Salam Aidilfitri 2012

Salam raya semua.Bersiaran semula selepas bercuti panjang sempena Hari Raya. Raya yang paling kritikal for both of us (Zafran terkecuali sebab dia belum faham apa-apa). Mummy and daddy beraya di KL je tahun nie. Hari-hari terakhir puasa, saat semua orang berkejaran pulang ke kampung halaman kami berbuka di Serphino Pizza, Subang Jaya.Punca kami ke sana sebab carik sofa cleaner dekat MIVA, Subang.Sebelum tu, mummy and daddy ke Pantai Dalam cari kedai yang boleh potong kaki seluar jeans Zafran.Semua ni kerja-kerja last minute.
Lepas berbuka kami balik, dan bertungkus lumus pulak siapkan Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah.Nasib baik rendang dah siap-siap ambil dari umah nenek.Jadinya kami tidur agak lewat malam tu, esoknya masing-masing terlajak bangun.
Day 1
Bangun bersiap dan daddy menuju ke Masjid di Kampung Budiman, tapi terlewat rupanya.Hum..Kami pekena dulu Nasi Tomato dan rendang sebab dah kelaparan.
Lepas tu tunggu Zafran bangun, punyalah lambat nak bersiap lagi, dah dekat tengahari baru ke rumah atuk dan nenek dekat Batu Caves.Jadi beraya di sana sampai petang pastu pergi rumah member dekat Greenwood. Pastu terus balik AB semula.Sambung lagi tengok TV.Huhu
Day 2
Hari kedua plan nak ke rumah member di TTDI, sekali wife dia bersalin plak malam raya tu.Plan nak melawat dekat PPUM,dia pulak dah discharge dari hospital, plus badan mummy pun macam tak berapa nak 'tough', tapi dah petang dah ok sikit. Gagahkan diri kami merayap dekat Mid Valley pulak. Zafran beli Ultraman Max, dengan hasil duit raya dia.Saat orang lain makan rendang, kuah kacang bagai, kami pulak western style di Chillis.Terbaek...

Day 3
Kami lepak di rumah saja, sebab mak saudara yang duduk dekat Klang tu nak datang dan nak masak lauk Ayam Masak Maman, satu kemestian dan kewajipan bagi orang-orang Gemencheh.Aiseh, sebab dah kebulur sangat lupa plak mummy nak snap gambar macam mana rupanya Rondang Maman tue.
Day 4
Plan asalnya nak jalan-jalan sekitar KLCC, mummy plan nak bawak Zafran pergi Aquaria.Tapi bila tengok kaki bengkak, terus cancel.(mummy lupalah kita buat apa masa ni)

Day 5
Mummy and daddy plan, memang hari Khamis ni kami nak buat upacara menyiapkan Istana Hinggap aka bilik berpantang dekat bawah tue. Jadi daddy pun dengan gagah perkasanya korek store selongkar baby cot, car seat,bawak turun katil dari guest room atas turun bawah.Siap cuci car seat dan jemur tilam bagai.memang satu hari buat 5s. Dah petang sikit kami usya kedai perabot untuk carik tilam (nak bagi tebal sikit untuk "queen" nak beradu masa pantang) dan jugak almari baby. Cadangan beli chest drawer di tolak.Hum.
Khamis malam sepatutnya ada appoinment dengan Doc Kamal. Tapi before that, singgah dulu The Curve, makan dekat Marche.Daddy dah sebut makan Marche.Wink.Dah lama kot tak singgah makan dekat situ.If I'm not mistaken last kami makan dekat situ ialah before Zafran lahir.Wah lama tue. Bukan apa, actually makanannya tidaklah sedap gila-gila.Cuma suasana jer macam seronok nak lepak-lepak dalam tue. Macam biasa, standard 3 orang makan pun dah almost RM100++.

Day 6
Hari Jumaat, hari berehat-rehat. Pergi melawat kawan daddy yang baru dapat baby.Merayap ke Tesco pun Chicken Rice Shop dah takde dah set nasi ayamnya.Layan perut dekat Kopitiam jer

Day 7
Hari Sabtu which is dah 7 Syawal, kami mulakan hari dengan pergi ke DDMC jumpa Doc Kamal.Puncanya sebab Khamis lepas makan dekat The Curve, Zafran ajak pusing-pusing dan jalan sekitar situ.So postpone jumpa doc kamal.Masa check up, so far Doc Kamal kata baby OK.Alhamdulillah.
Lepas tu kembali semula ke The Curve, kali ini singgah makan dekat The Apartment pulak.Asal-asalnya mummy nak  try Red Velvetnya yang di khabarkan sangat sedap.Tapi sebab dah lapar dan tak lunch lagi, mummy order Baked Fish.Berdasarkan pengamatan mummy, serupa macam dekat Secret Recipe je.Hum.
Daddy pulak order ayam yang di serve dengan gravy yang sungguh nyummy. Zafran macam biasa Spagethi ar, kids menu.Tapi tak cukup satu.Kena order dua.
Sepinggan kecil spagethi dengan harga RM 11.90, memanglah sangat tidak berbaloi.Sekali hadap untuk 3 pax, dekat The Apartment tu around RM 120++.Pusing-pusing lagi dekat The Curve, than kami balik sebab kaki dah lenguh da.

Day 8
Hari Ahad, hari memang untuk golek-golek di rumah, sebab Monday dah nak start kerja.Huhu.

Actually mummy dah start cuti on Friday, so kira total cuti around 10 days jugak tu.Ambil kesempatan berehat-rehat. Otak memang dah malas nak pikior pasal kerja.Asyik pikir nak cuti je.Uhuks.
Memang sadis sebenarnya perasaan beraya dekat KL ni, masa 1st day and 2nd day raya especially, perasaan kami macam nak jer shoot balik kampung.Tapi kampung yang terdekat pun Negeri Sembilanlah kan.Jadilah kan, dari tak balik langsung.Tapi memikirkan tak berani nak ambil risiko, maka simpan jelah.Lagipun it's not the end of the world pun, if beraya dekat KL.
Apapun, insyaAllah jika di takdirkan Tuhan kita berkesempatan bertemu Ramadhan dan Syawal pada tahun depan, kita celebrate a bit extra ya. Shopping habis from head to toe.
Mata bersinar-sinar:)

Wednesday, August 29, 2012

I am VIP

Okey, ini parking special yang di terima sekiranya anda mengandung, For pregnant woman only ya. Sticker dan reserved parking ini sangat membantu ibu-ibu sebab parking di P2 ini jenis double park.So just imagine kalau kereta kita di block dan dalam keadaan membuyong kita kena tolak kereta yang block kereta kita.. Kalau setakat Kancil gagah lagi kot.Buatnya kereta jenis Sedan ka, MPV ka, mau terberanak dekat situ. Alhamdulillah baru implement tahun ni, dan aku enjoy dapat parking ni, sebab bolehlah keluar rumah lambat sikit.Parking VIP lah katakan.Sepatutnya parking ni hanya apabila ibu-ibu mengandung dah mencecah 6 bulan sahaja, tapi Alhmdulillah masa isi borang, terus je security guard bagi je reserve parking tu.Alhamdulillah.
Normally kalau parking yang dekat dengan building ni dah penuh, siapa yang lambat kena parking dekat padang, jauh sikitlah kena catwalk kan?
Apapun, thank P2 for providing the reserved parking for pregnant woman.I'll miss it selepas deliver nanti. Dan aku mengharapkan agar company-company lain turut menghargai wanita mengandung dengan menyediakan kemudahan khusus untuk mereka.
Ni pulak reserve parking untuk orang kurang upaya.Parking ni sebenarnya untuk sorang kakak ni yang kena osteoporosis.

Monday, August 27, 2012

Review of Komura Japanese Buffet at Corus Hotel

Our 6th anniversary untuk tahun ni di sambut serba sederhana jer. Mummy and daddy tak bertukar-tukar hadiah pun. Masing-masing faham commitment kewangan sementara nak tunggu 2nd baby ni:)
Tapi kami celebrate dengan makan-makan dekat one of Japanese restaurant - Komura Japanese Buffet at Corus Hotel. Dengan tema Eat all you can-orderlah banyak mana nak makan.
Original plan nak ambil tatami room tapi sebab kami berdua je makan, and Zafran tak makan (mahal woo budak punya price-banyak manalah sangat dia makan kan), jadi kami dapat duduk dalam bilik. Zafran cakap, mummy kita masuk penjara.Just imagine budak sekecil tu imagine the room like prison?
Konsep makan dekat Komura ni ialah kita akan di beri satu kertas, dan orderlah apa yang anda nak makan.Tick dan tick dan tick ikut selera, dan tukang masak akan sediakan mengikut apa yang kita order. 
Jadi kami pun orderlah itu dan ini. Sebab di bulan Ramadhan, so they also serve with Bandung Cincau.Rasanya if pergi di lain musim, air memang tak provide dalam buffet,meaning air kena order lain.Tak syoklah macam tu, patutnya air/juice should be includedlah kan.Nama pun buffet.
Dari segi makanan bolehlah. Antara our selection during that day:
Cold Soba, I repeated this twice!!Actually rasanya biasa jer macam makan dekat tempat lain..Tapi sebab boleh order banyak kali, jadi sedap jer.
Mix Tempura dan Ebi Tempura pun sedap.Cicah dengan sosnya:) 


Kappa Maki untuk Zafran, yang lain-lain tu untuk perut Mummy and Daddy.:)
Chawan Mushi untuk daddy
Unagi Kabayaki ni one time order only ya
Overall we can say that the food is nice (untuk tekak kamilah kan), cuma yang tak bestnya ialah services yang sangat lambat. Untuk second round order dari pukul 8.00pm sampai pukul 8.30pm barulah waitressnya datang dan ambil pesanan kami.Downtime 1/2jam dekat situ.Mereka maklumkan sebab masa tu weekend so ramai customer, but that's not our problem kan? Dah tau memang buat promotion and Ramadhan month, they should prepare earlier kan?
Tapi Alhamdulilah our 2nd round order sampai jugak akhirnya, tapi feeling dah kureng sebab menunggu lama.
Harga untuk buffet ni RM 69++ atau dalam erti kata lain almost RM 80/person.
Nak datang lagi? Hum, rasanya mungkin tidak.Sebab cukuplah dah pernah makan dekat sini tambah pulak servicenya lambat.We are going to explore some other places pulak.
Overall rating (full mark is 5)
Service://
Food    :///
Ambience: ///
Will we revisit: Maybe no
Cheh budget aku ni macam food traveller plaks.Uhuks

Tuesday, August 14, 2012

At 36 weeks

Minggu ni dah masuk 36 weeks, sekejap jer rasanya.Ngeri bila fikirkan dah nak dekat due..Huhu.Masa anak yang sulong memang tak tau apa-apa, ni bila dah tau ni mulalah ngeri semacam je kan?
Condition diri sendiri- jalan memang dah makin slow, baby makin berat, last week timbang dah 2.8kg, doctor estimate another 2 weeks maybe 3.2 kg.Huhu.
Kalau ikutkan dah kena sediakan barang-barang dalam bag untuk terus angkut ke hospital bila masanya dah tiba, tapi kami rilex lagi dengan baju-baju baby masih dalam kotak.Cayalah.
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, baju baby dah basuh minggu lepas selepas kena paksa daddy membasuhnya dengan kasih sayang.
Check semula check list items, almost complete:)
So far setakat ini, persiapan baby ala kadar sahaja, kami mula membeli belah masa Baby expo di PWTC hari tue.Stroller, breast pump dan barang sikit-sikit pun dah cecah 1K+ (belum ambik stroller cap Mc Laren ke hapa ke kan? Beli memang untuk keperluan sahaja, mana-mana yang belum cukup sahaja,siryes tak ikut nafsu serakah pun tau.
Stroller baru baby,warna pilihan Abang Zafran.Kami pilih yang macam kembang payung punya stail,sedikit nipis kena beli alas stroller untuk baby comfort.



Baju pulak memang sikit jer beli, yang ni romper Carter beli di PWTC.Masa beli konpius gurgul or boboy tapi nekad je ambik yang boboy..sekali betul da...Senang pakai romper coz nak tukar pampers nanti senang.Selak-selak jer.
Yang kaler putih-putih tu semuanya jenis yang baju berlengan pakai masa dekat hospital nanti.
Barut semuanya pakai Abang Zafran punya.Sebabnya masih tersimpan rapi dan eloks lagik.Lagipun nak pakai pun sekejap jer.

Dalam wish list hari tue ada plan nak beli Bedding set.Alhamdulillah dah beli jugak.Beli baru set ni sebab Zafran punya pun dah lama.Kira ni tambahan jelah.Baby cot dah ada so modal tak perlu keluar banyak sangat kali ni.Cuma gantikan tilam kepada yang baru sebab takut tilam lama ada pepijat ka apa ka.Almaklumlah, dah lama dah kot tak guna.Semua  sumbat dalam kotak dan akhirnya Sabtu lepas dah longgokkan dan mintak daddy basuh.
Tak lupa juga blanket yang sangat comel dekat LittleWhiz. Bila aku buat comparison, harga untuk set blanket nie 3 helai adalah 39.90 ketika offer, maknanya sehelai jatuh harganya RM13.30, di bandingkan dengan blanket brand Anakku or Pureen yang sehelai dalam RM 20++, hum memang aku rasa worth it lagi blanket Bumble bee ni.Boleh buat bedung sekali.


Dalam masa yang sama, sekarang tengah nak mencuba pakaikan baby CD.Bermula dari kisah bertanya pada kawan lama masa kat UM si Fifi yang pakaikan anaknya Cloth Diaper. Gila gagah minah nie sambil bekerja, sambung belajar lagi,siap fully breastfeed dan pakaikan anaknya CD.Salute beb.So tanya dia ngan dia brand apa yang ok sebab tengok dekat Lunatots tu macam agak mahal jugaklah kan.Dia pun suh aku usya website itu website ini, dan akhirnya aku telah tersambuk kegilaan menggoogle barang baby through online.Selain dari jual CD, macam-macam ada. Comel-comel sih! Lepas tu harganya boleh di katakan agak murah jugaklah kan.Nasib baiklah yang dalam perut ni boy, kalau gugurl mau rasanya tiap-tiap hari posmen datang nak hantar parcel ke rumah kan kan.Almaklumlah yang gugurl ni siap ada headbandlah and busha yang tomei tomei gitew.
Jadi aku sudah mula membeli CD yang di beli secara online dekat Smiley Bear,
mula-mula nak ambil set ni Green Army Bubbles,chomey plak kaler hijau nie.Tapi sebab lambat bayar deposit ia terlepas ke tangan orang lain. Tapi sempat bodek Kak Hanis ownernya untuk dapatkan yang Retro (bulat-bulat gitew). Yes akhirnya berjaya. Jadi tak dapat yang semua hijau sebab owner buat mix color, dapatlah biru dan hijau.Buat permulaan ambil dulu CD ni sebab dia tengah offer,mix brand kata tokeynya. Set akan datang mungkin akan ambil brand lain macam Bamboolite or Lunatots ka.
Ini collection yang pertama.Dapat gaji nanti aku tambah lagi.Sebab aku bukan nak pakaikan baby CD masa pantang pun.Slow-slowlah kan.Dan koleksi CD ni sekarang masih dalam kotak lagi, sebab masa pantang aku takdelah masa nak dok membelek baby dengan CD.
Barang-barang dalam checklist tue, cuma barang mandian jer tak beli lagi.Itu semuanya tunggu nak dekat-dekat (eh bukan dah dekat ke?) nanti baru belilah.Tak lupa masih setia dengan minyak telon Amway, aku order online dekat Kak Engku.Antara banyak-banyak Minyak Telon, yang inilah yang paling mahal rupanya,tapi sebab suka baunya, aku beli jugak.
  Ha, ini jer barang yang aku beli untuk si baby ni.Takdelah meriah dengan baju itu dan ini.Kali ini kata daddy, kita banyak berhabis untuk gadget macam breastpumplah,bottle and food warmerlah and etc.Sedikit untung sebab boboy jugak, jadik turunkan baju Zafran jer.Save!!


 

Sunday, August 12, 2012

Our 6th anniversary

today is our 6th anniversary...tahun ni di meriahkan dengan baby yang masih dalam perutlah...hihi..apapun it just a simple celebration dengan makan-makan jer.this year x de hadiah pun sebab dok budgetkan untyk preparation baby jer.apapun,we enjoy our dinner aka buka puasa dekat Komura Japanese Buffet di Corus Hotel, KL.review about it later on ya...zafran ajak tido hotel,tapi kalau setakat hotel dekat tengah-tengah KL...hum x syioklah kan..next time ya::

Wednesday, August 08, 2012

Iftar at Ichiban Boshi, Setia City Mall

Last Monday during Nuzul Quran public holiday, we went to Setia City Mall, a new shopping complex in Shah Alam. This is the first time, saja daddy nak berbuka dekat sana.Ok find as mummy ikut jer, nanti dah pantang tak boleh plak nak jalan-jalan. At the first place we decided to go to Sushi King, but on the way heading to Sushi King, terjumpa pulak satu Japanese Restaurant ni. Ichiban Boshi.
This restaurant look nice, spacious than Sushi King, so we change our plan.Kami berbuka di sini. Memang rindu betul nak makan Japanese Food ish ish..

Tatami room, tak sesuai duduk di sini dengan perut yang membuyung.Lagipun jauh pulak dengan conveyor sushi

Zafran makan dulu, mummy suap sambil dia layan tab Ultraman movielah.Untuk Zafran ialah Ten Shin Han - macam nasi yang di salut dengan telur dan crab fillet.Harganya RM 15.90.

Daddy pulak pilih Business Gozen. Set yang ni siap ada raw fish and for me hidangannya nampak meriah.Ada juga tempura dalam set ni, tak lupa juga miso soup.Harganya lebih kurang 30++ (gr..tak ingat)
Ni set pilihan mummy, Ten Don (RM 17.90) jer, nasi yang di serve dengan tempura dan miso soup.Tak lupa juga appetizer California Handroll dengan harga RM 4.00.

For drinks, daddy pilih Aloe Lime harganya RM 5.90, sedap air ni dengan hirisan aloe vera, and mummy pulak pilih Peach Cocktail harganya masih sama RM 5.90.Sedap juga terasa sikit-sikit gas dalam air nie.
Zafran enjoy layan tab sementara kami berbuka.

Overall, kami puas hati dengan makanan dan service dekat sini.Masa makan waitressnya datang dan tanya if ada food yang kami order masih belum sampai.
Dari segi harga, I think still standard dengan tempatnya.
Actually this place is like our testing area before we go for Japanese buffet for our Anniversary next week. Wah ada pre-test pulak ya. Bukan apa, since perut makin membesar kapasiti untuk sumbat makanan tu dan kurang.Jadi sebelum membazir pilih buffet baik kami test dulu. Dan resultnya still NG for me sebab Ten Don tu tak habis pun.Huhu..
Ok apapun  untuk yang nak mencuba bolehlah berkunjung ke

Thursday, August 02, 2012

Pembaziran kecil-kecilan (^ ___ ~)

Hum.benda ni benda kecil jer.Tak penting pun. Tapi macam seronok untuk menghabiskan duit dibeli.Ya konsep belian secara online ni tambah memudahkan pengaliran wang tunai aku.Grgrgr. Ya aku belikan baby Lamaze leg Rattle Bug and Hand Rattle sekali. Kononnya dengan adanya item ni baby akan lebih tenang dengan bunyi-bunyiannya dan boleh main-main dengan benda tu.Apakah?
Tapi sebab teruja tengok gambo baby comel ni maka aku terus beli. RM 8/pcs dari Bong Bong Idea Trading.



Lepas tu tengok orang beli sock 3D (wah socks pun ada 3D eik) maka aku pun membazirkan diri jugak beli 3D Socks ambik dua pasang terus.Apa cer?

Dah alang-alang nak kena consider upah abang posmen, maka aku tambah lagi dengan romper ni. Saja beli sebab ayat dekat situ If you think I'm cute yoy should see my mum. Haha.Setuju sangat.Terus mummy beli taw.
First time order online dari BongBongIdea ni, banyak barang-barangnya murah-murah, yalah for sure import dari China.Wah class kau Maria 'import' taw.Yalah, yang made in Malaysia ni selalunya mahal-mahal.Tak faham betul.
Next plan ialah aku nak beli Toys Lamaze Ulat Gonggok tu untuk baby. Ini pun aku rasa takdelah penting sangat tapi saja nak beli menghabiskan duit. Huhu..Boleh?

                                              

Selamat berbelanja Shequeen....