Kisah ini berlaku semalam.Buat pertama kali dalam hidup nak buat check up ibu mengandung dekat klinik kerajaan.Masa pregnant Zafran dan jugak masa ambil imunisasi untuk Zafran pun memang aku tak ke klinik kerajaan ni. Tapi kali ni entah kenapa, tergerak pulak hati nak buat check up dekat sini.Saja nak carik pasal kot.
Dulu pernah datang dengan hubby and Zafran, lepas tu nurse dekat kaunter tu cakap, tak payah buat sebab zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Zaman dulu memang kene buat buku merah tue, tapi zaman sekarang ni dah takde masalah nak check up dekat mana-mana asalkan ibu buat check up.Hum susah nak percaya jugakkan? katakanlah if anything happen, boleh gunapakai ke ayat nurse ni.Entahlah.So atas nasihat kawan, katanya bukaklah buku jugak, mana tau apa-apa, so aku gagahkan diri jugak.
Aku ambil cuti sehari sebab nak tengok 'tact time'/cycle time (wah ayat orang production) jika aku buat check up dekat goc clinic nie.Bila dah cuti, nawaitu nak bangun awal dan pergi klinik awal pada mulanya memang akan terbantut.Justeru itu, pukul 8.00 baru terpisat-pisat bangun dari tilam dan terus meluru ke bilik air sebab tau macam dah lambat. Alamklumlah, klinik kesihatan ni di buka untuk pendaftaran 7.30pg-10.30 (ni info yang aku dapat masa buat call ke klinik kesihatan dululah).
Rushing-rushing drive akhirnya tiba di perkarangan Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam jam 9.35pagi. Terus pergi kaunter pendaftaran dan bagitau 1st time nak buka buku. Nurse dekat kaunter tanya confirm mengandung ke? Aku jawab dah 28weeks, dia pun jeling perut aku. So isikan alamat dan no telefon dan bagi IC pada dia.Ambil nombor time ni dah pukul 9.45pagi. Tunggu sekejap dalam pukul 10 lebih nombor dipanggil ke kaunter 25-dekat sini ambil berat dan tinggi. Kemudian duduk lagi, tak lama lepas tu nombor naik lagi kali ini ke kaunter 26 pulak, dekat sini jumpa satu nurse untuk ambil blood pressure.Nurse ni sungguh mesra, dia explain katanya lepas ni satu nurse akan responsible to that patient mengikut area.So memandangkan aku duduk area Section U10 jadi adalah nurse yang responsible dekat area tu. Aku angguk saja.
Lepas ambil BP, duduk lagi tunggu nurse yang bakal 'monitor' aku tu panggil.So lepas nombor naik terus pergi ke bilik dia. Bila tengok aku dah 28 weeks baru nak buat check up dia tanya,
N: selama ni check up dekat mana.?
A: Check clinic biasa je.
N: Habis tu kenapa nak check up dekat sini pulak?
A: Saya dengar, if tak pernah ada record or history dekat gov clinic, katakanlah anything happen time deliver or to the baby, goverment hospital tak mau responsible.
N: Siapa cakap macam tue?
A: It happen to my friend, banyak dah kes-kes yang hospital kerajaan tak nak ambik patient yang tak buat pemeriksaan awal dekat klinik gov (ni aku dengar cakap orang jer; tapi saja aku nak tekankan sebab selalu sangat dengar patient kene 'sekolah' dengan nurse-nurse nie)
N: Kalau nak check up dekat sini kene make sure ikut schedule yang kita tetapkan.Tak nak nanti buat buku je buat cukup syarat lepas tu malas nak ikut schedule yang kita tetapkan. Banyak dah orang buat macam nie.Sayang nanti membazir buku merah ni (sambil tangan tunjuk buku rekod merah tu), orang yang datang bulan lepas semua dapat yang photostat jer). lagipun nanti if tak datang, kita kene follow up buat lawatan ke rumah.Ada yang janji ada kat rumah, bila kita datang dia takde pulak.Kita pun weekend kadang-kadang ada kerja lain or event lain yang kene buat..
A: Dalam hati (Malas nak layan, so angguk jelah)
N: oklah (tetiba dapat phone call, so dia layan call dulu, sambil aku tulis info dekat front page buku merah)
N: Ok saya nak check perut and breast dulu.Baring kejap ya.
So dia pun checklah breast dan bunyi degupan jantung baby.
N: Kulit tebal ni, bunyi degup jantung anak bagus, cuma sayup-sayup je.
A: Angguk je dalam hati (memang gebu mak ni nyah, kulit perut tebal dengan lemak-lemak)
N:Ok, sebab awak ni berat berlebihan jadi banyak test nak kene buat.Sebab blood grouping semua dah buat (sebab dah buat kat DDMC), sekejap lagi pergi bilik hujung untuk ambil HIV test dan pergi makmal untuk urin test.
So, aku keluar dari bilik dia, masukkan buku dalam bakul dekat luar bilik tempat ambil darah tu, tunggu lagi sampai nama di panggil (rasa mcm ambil cikgu panggil plak dalam bilik darjah..hahaha)
Sekali lagi, kegebuanku ini menyebabkan nurse tu susah nak ambil darah, so sudahnya ambil dekat belakang tapak tangan.Kat situ kurang gebu so nurse senang nampak urat. Sambil ambik darah dia sembang, duduk dekat U10 dekat tak dengan Kampung Melayu Subang? Aku cakap dalam 15minit jer, kenapa tak pergi dekat Klinik Kesihatan dekat sana? Aku cakap tak tau.Yalah manalah aku tau kan? Tanya plak lagi kerja dekat mana? Aku cakap kerja dekat Rawang.Nurse tu cakap, ish jauh tu. Kalau setakat check up sikit-sikit boleh je buat dekat klinik yang dekat dengan office. (Dalam hati, macam faham-faham yang aku ni malas nak ambil cuti).Aku angguk dan cakap, nanti saya try tanya dulu kak.
Lepas dah ambil darah pergi pulak dekat makmal, letak buku tunggu nama di panggil untuk urin test plak.Sebelum tu dia ambik darah dekat hujung jari (tak tau untuk apa, tapi agaknya untuk check kencing manis kot). Pergi toilet and letak urin dekat kaunter. Dah selesai, bagi balik buku dekat nurse 'penjaga' aku tadi.Dia kata nanti dia panggil.
Selepas seketika Nurse tadi panggil balik,so far takde masalah cuma urin tue ada $#@ entah apa dia sebut. Actually bukan masalah sangat, tapi sebab awak ni overweight jadi kita khuatir ada kencing manis. Aku dalam hati, kalau dah sah-sah blood test kata takde kencing manis,so kira takdelah kan.Tapi ah lantak jelah.Doctor kata nak jumpa sekejap, tunggu dekat luar kejap ya.So, aku tunggu lagi dekat luar lepas tu masuk bilik doktor. Hum beza sungguh dengan bilik Doktor Kamal dekat DDMC.Satu bilik share dua doctor rupanya. Okey aku layankan jer apa yang doctor explain. Angguk-angguk faham dan dia scan pulak tengok baby.So far baby ok uri pun pada kedudukan yang ok.So kira oklah.Dalam banyak-banyak nurse aku jumpa hari tu, nurse yang bagi injection ni agak kurang mesra alam sikit.Takde mood kot.Lantaklahkan..
Nanti kita jumpa lagi date sekian-sekian.Aku angguk dan keluar dari bilik dia terus ke kaunter ke satu lagi bilik untuk ambik suntikan kancing gigi.
Selepas selesai cucuk kat lengan kiri, terus ke kaunter Farmasi.Kat sini tempat untuk aku ambil ubat, yang aku sure aku tak makan punya sebab ubat dah berlambak-lambak dekat rumah.Aku ni susah nak makan ubat-ubatan ni, tapi kalau ubat kurus mungkin semangat sikit kot:) Hahahaha
Itulah pengalaman separuh hari dekat sana, segala urusan selesai dalam pukul 12.15 tengahari.
Beberapa kesimpulan boleh dibuat (ini opinion sendiri, takde kene mengena dengan mana-mana individu lain)
1. Jangan bawak anak or en suami yang tidak begitu boleh bersabar kerana terpaksa menunggu.
2. Bawak tab/iphone/ipad atau gajet untuk menghiburkan hati di kala menunggu. Sempat godek-godek website radiusite dan keterujaan tengok tudung cantik; mengisi masa menunggu aku di situ.
3. Kalau sekiranya benar-benar hospital kerajaan akan tetap menerima mana-mana patient baik yang mendapat pemeriksaan awal di klinik kerajaan atau swasta atau dalam erti kata lain tak pilih bulu, dan sekiranya anda tidak kisah membayar untuk sesuatu yang di namakan 'comfort', makanya baiklah anda ke klinik/hospital swasta sahaja.Jimat masa dan tenaga.
4. Ini mungkin first and last aku check up dekat gomen, haha.So far nurse-nursenya okey, takdelah segarang nurse-nurse zaman dolu-dolu, tapi rasanya lebih baiklah aku just check up dekat private yang sangat cepat prosesnya dan aku boleh check up lepas balik dari office jer.
Lepas selesai aku melangkahkan kaki,(ya ke? Bukan aku bawak kereta ke?) ambik lunch dekat Subway sambil meneruskan edisi 'mengintai dari tirai kamar' dekat Jakel.Hahaha.Itu namanya misi survey 'Home Deco Project' di Jakel.
7 comments:
Thanks for sharing, was thinking to let my fren know b4 go kk Rawang, not too bad haha!=)
Thanks for sharing too! :)
Thanks for sharing too! :)
Sy pn ade cek up tp hrap2 time sy ntt mesra alam la.dgr attitude diorg mcmtu mcmni,buatkn aku x brsemngat nk pgi tp trpksa.klu aku kya tntu aku x riso mcmni.
Saya pernah baca yang ada seseorang ni check up kandungan sampaila melahirkan,semua kat private..bila lahir anak ada komplikasi..private tolak suruh gi gov hosp..gov hosp pulak as we know memang ramaiiiii..semua orang tau sebab tak ramai yang mampu ke private..bila terlalu ramai,gov hosp kena utamakan patient dia dari patient private.itu normal.kite pun akan utamakan anak sendiri daripada anak orang lain betul tak?bukan soal pilih bulu ke apa..tapi disebabkan desakan parents yang bawak anak dia dari private ni,gov hosp terima jugak kes dia walaupun terpaksa potong queue baby lain yang memang dari awal dah check up gov n dari dalam perut mak dia dah menunggu berjam2 untuk check up sampaila lahir..jadi macam tak fair la kan..so saya tak berapa setuju pasal pilih bulu tu..kalau kita mampu n malas menunggu,bole pergi private n if anything happens after the baby is born,thats the risk that u have to face..kesian kat baby lain yang ada komplikasi jugak dan memang petient gov dan terpaksa queue dengan beratus2 baby dalam gov hosp,tetiba ada yang menyelit queue..
Dah check up dkt klinik kesihatan..bersalin dkt hospital kerajaan ke?or hospital swasta?
Tak setuju perlu tanggung risiko sebdiri... syukur la gov tak pilih bulu.. the priority come first
Post a Comment