Saturday, June 30, 2012

Confinement Preparation- Postnatal Set Pilihan Kalbu

Hi there..Bila dah hampir menuju ke penghujung pregnancy ni, kepala mula runsing fikir yang bukan-bukan.Takut nak bersalin satu hal, tambah pulak takut tak boleh nak BF baby ni. Dan segala-segalanyalah. Badan mula penat especially bila kegebuan dan mencecah tahap melampau.Originally sebab before pregnant memang I gain weight.Sebab dah tau nak pregnant malas nak jaga pemakanan.Hambik kaw!!

Banyak betul benda yang tak touch lagi, salah satu benda tak setel is, set ketika berpantang.Yalah zaman dulu-dulu orang berpantang makan akar kayu je, zaman sekarang ni tak boleh plak nak telan air akar kayu.Jangan kata akar kayu, teh herba pun aku tak lalu.
Lalu khidmat pokcik Google sekali lagi di gunakan.Google sana and sini nak tengok apa yang sesuwei especially dengan budget. Banyak yang terdapat dekat market.Harga boleh tahan jugak, majority RM 200 ke atas.Masa pantang Zafran dulu guna produk Amway, siap masukkan dalam bil hospital tu. Memang ok jugak penggunaannya lengkap segala pilis, param, herba itu ini dan jugak untuk penjagaan dalaman.Ada jugak minyak telon yang sedap baunya untuk baby. Harga pun below RM 300.Tapi ada jugak few barang-barangnya tak habis di pakai especially param dan pilis.
But, this time rasa macam nak mencuba brand lain pulak.Almaklumlah, bukannya pantang hari-hari kan? Ewah, ni ayat nak sedapkan hatilah ni. Itu pasal google sana sini.
Tapi dalam banyak-banyak yang di usya terberkenan dengan Set Tanamera tu. Memang dah lama dengar, lepas tue kebetulan pulak kawan masa di UM, si Ummi Khalsum pun rupanya guna jugak set ni masa berpantang anak no -3.Masa mengoogle pun tengok review dari Red Mummy yang femes tu pun pakai Set ni.Hum, hati mulalah berteriak "Nak jugak"..Huhu tapi harganya RM 360. Set ni banyak penjagaan luaran, sebab takde pulak pil-pil jamu dalam setnya.
Di fahamkan jugak ada bau-bau spa dalam produk ni, yalah sebab main businessnya memang spa (dulu hampir juga nak ber spa di sana). Tambah pulak, bila beli set ni, boleh dapat services untuk confinement lady yang boleh datang ke rumah untuk massage dan sewaktu dengannya.Macam tertarik :)

Tapi punca utama yang paling aku tertarik ialah suka dengan Virgin Coconut Oilnya.Baca satu review minah ni dalam Majalah Pa&Ma.Katanya dia apply VCO ni pada bahagian 'bawah' beberapa minggu before due dan minum bila dah start nak sakit bersalin. Anaknya lahir 3.7kg tetapi tak payah pun doctor gunting-gunting.Wah, ini yang mengujakan ni.Takdelah kene menjaga sangat jahitan dekat bawah tu.Ops ngeri..
Barang-barang lain biasa sahaja, sama macam produk lain jugak.Cuma untuk kesihatan dalaman, terpaksalah carik brand lain.Sebab dalam set ni tiada jamu-jamuan ya bu..Nanti kena call tanya, boleh tak nak beli secara loose pack, meaning aku nak beli yang VCO sahaja.Boleh kot kan?
Dalam dilema, sudahnya nanti tak beli apa pun, makan Jamu Mak Dara je,sebotol RM 40 ringgit je rasanya.Gila save..

Friday, June 29, 2012

Ayat sentap seorang budak

Kisah ini berlaku semalam,lepas balik dari kerja ajak daddy and zafran makan di luar, since kami dah kekurangan stock makanan di rumah also memang malas nak masak.Menuju ke Kampung Budiman, location makan-makan kami yang baru.
Sebab: Sedap + Murah +tak berapa jauh sangat.Naik kereta Mummy si Viva itu sebab dekat je kan.
Zafran tanya "Mummy, kenapa mummy tak beli kereta besar? Kereta mummy ni kecikla".
Mummy pun reply " Yalah, ini je yang mummy mampu beli, duit banyak nak pakai beli itu ini"
Zafran balas balik " Asyik-asyik beli baju mummy lah baju daddy lah"
Defend diri balik "Bila masa mummy asyik beli baju je, bukan tiap-tiap bulan beli baju pun.Beli baju Zafran adalah, nak baju Ultramanlah, spender Ultramanlah"
Pastu apa entah Zafran membebel dan tukar pulak topic lain.Ok, itu baru ayat sentap Part 1 ya.
Sampai dekat kedai makan dekat Kampung Budiman tu, makanan sampai sedikit lewat sebab kawasan yang kami tengah makan tu rupanya nak buat shooting.So, krew-krew ni makan dulu sebelum shooting. Daddy tanya "Bang, saya punya order Mee Bandung tadi tak dapat lagilah" and abang tu pun masuk dapur tanya tukang masak kot...Dia datang balik "tengah buatlah bang, sekejap je"..Elok lepas tu Zafran pun melaser : "Tengah buat ke, baru nak buat?"..Purgh ayat sentap lagi. Sentap mak taw!!!
Laser sungguh mulut anak ku itu.Kecik-kecik lagik dah sentap ko.Huhu

Tuesday, June 26, 2012

Today Zafran is 5 !!!!

Anak kesayangan mummy and daddy dah melalui momento-momento yang indah ( ayat tak hengat) sepanjang 4 tahun ini (boleh di consider begitu sebab paling tak indah pun bila Zafran kene rotan je kan kan).
Membesar bagai juara sebab gemarkan makanan western especially Macaroni and Cheese..as well as Carbonara Spagethi. Kalau tak pun Nasi and Telur and Kicap..Haha, senang nak bela..
Sukakan donut!!!!
Juga ice-cream
Juga sangat rajin membantu ^-^
Zafran ada ciri-ciri combination mummy and daddy.Yalah kan, mestilah ikut ibu bapanya kan. Kata genetik!! Zafran seorang yang penakut / penggeli dengan haiwan yang kecil mahupun yang besar: same as mummy. Juga seorang yang particular, can change this word ke? Maybe not so particular tapi teratur or organized (cheh bunyinya sedap sikit kan). Tapi sure daddy nak guna juga word particular tu.Ya, Zafran serupa mummy sikit, cerewet on few items.Contohnya; kalau ada kotor-kotor dekat meja and nampak macam geli je, akan cepat-cepat lap/cuci sebab rasanya tak lalu nak makan dengan meja yang berlenguih.Huhu.Tapi itu sikit je kan...Banyak lagi benda-benda lain.Tapi malas ar nak membuka pekung di dada kan.Hihi
Apa perangai Zafran yang ada ciri-ciri daddy? tak begitu banyak kot, maybe wajah lebih banyak mirip daddy tapi perangai lebih mirip mummy kan? Ops lupa ya satu perkara, entah mana datangnya tabiat suka gigit kuku? Grgrgrgrgr!!!!!


Zafran masih manis seperti selalu, cuma kadang-kadang nakal. Maybe nak attention dan dia memang takde kawan bergurau melainkan mummy and daddy yang menjadi mangsa. Dilanyak-lanyak je mummy and daddy, macam Ultraman melanyak Monster.Kalau tengah mood baik nanti Zafran picit bahu dan picit kaki mummy and daddy.So sweet.
Kalau mood tak baik mula menonjolkan ciri-ciri kenakalannya, kadangkala tinggi je suara nya mengalahkan tuan besar. Mungkin penangan nak dapat adik or memang standard budak-budak ni akan jadi macam ni bila dah cukup waktunya? Walaupun dulu masa nak dapat baby ada berniat tak mau kasar-kasar dengan anak, tak mau rotan/pukul anak, tetapi kadangkala terlajak juga tangan ni pukul Zafran.Huhuhu Sadis..Maafkan mummy and daddy eik?
Bila ingat-ingat balik and usya gambar lama, rasa macam..ala Zafran tak payah besarlah. Zafran besar macam ni boleh mummy peluk-peluk and cium selalu. Nanti Zafran besar sekolah pastu belajar kat U pastu kawin pastu tinggal mummy plak..Hoho sedih wo..(Tragis kan pemikiran mummy ni).Can I say please don't grow up. Tapi kalau tak membesar, terbantut plak perkembangannya..Apalah mummy ni kan? It's about time dan inilah kitaran or putaran hidup yang dah di tentukan oleh Allah kan?
Kasih sayang mummy and daddy memang tiada galang gantinya.
Mummy and daddy doakan semoga Zafran berjaya di dunia dan juga di akhirat kelak. Mummy and daddy will always love you forever and ever.
Today, Zafran is 5 years old. Dah besar dah anak mummy and daddy. ^__^

Happy Birthday my dear.


Monday, June 25, 2012

Open letter to my son - Part 4

Assalamualaikum cayang bucuk-bucuk...Zafran dah besar dah kan? Ni moment Zafran masa first time naik flight. Ingat tau Zafran..first time.Haha.Dah besar baru berpeluang ya.Masa infant walaupun free, mummy malas nak bawak sebab rasa macam payah and leceh jer. Ambil kesempatan, daddy bawak Zafran ke Penang sebab masa tu mummy outstation di sana. First time Zafran naik flight dan berdua jer dengan daddy.. Mummy terlepas moment ni!!! Sob sob

Baru perasan, anak mummy ni pakai selipar jepun je ke naik flight? Huhu
Ternganga tengok stewardess ke sayang? Ni mesti terkesima tengok akak cun-cun dalam flight nie.
Berduet with daddy

Early of 2011, Zafran masa ni dah boleh kategorikan sebagai kanak-kanak 4 tahun kot. Masih meneruskan 'pra-sekolah' di tempat yang sama, cuma kali ini Zafran dah mula dekat Tadika untuk Kanak-kanak 4 -6 tahun. Mummy and daddy teruja hantar Zafran ke sekolah siap baju uniform lagi :) Gambar kat bawah ni adalah gambar yang di ambil on the first day Zafran ke sekolah Tadika tau.

Sempat lagi nyonyot botoi susu sebelum pergi sekolah
Muka macam nak menangis pun ada
Kira dah oklah kan sebab sempat 'peace' dalam kelas
Ni masa Zafran's Sport's Day.Zafran masuk acara macam kerusi beracun tu kan.Yang pusing ikut lagu and rebut kerusi. Nampak sangat Zafran bukan jenis yang suka berebut.Pasrah je dia.Hehehe..
Memang anak bujang ku ini jenis yang tak berapa nak sport sangat. Siap blur-blur lagi atas padang. Mummy pulak bersorak-sorak macam anak masuk Kejohanan Olimpik pulak.

Yeah..Piala kemenangan pertama dalam hidupku!!! First time kot dapat piala:)

April 2011, Zafran has to say good bye to the friend, since we are moving to Alam Budiman. Mummy buat sedikit jamuan potong cake (of course tema Ultraman ya) untuk kawan-kawan di Tadika Sri Comel Manja, Bandar Sri Damansara.
Last moment together

Moving to new school maybe a bit tough, but he manage to adapt well with new friends and teachers.
Sekali lagi di sekolah baru, ops lupa nak story Tadika Mama and Papa yang berasaskan module Agama(Little Calliph) menjadi pilihan kami di kawasan ni. Moga-moga sedikit sebanyak dapat serap ilmu agama ya nak.
Again, Zafran join the school and they also have their own Sports Day.Walaupun tak sebesar mana eventnya tapi bolehlah kan. No wonderlah Teacher Shida before tu sms ngan mummy cakap yang dia suka tgk zafran bersungguh2 practice dikir barat…memang comel.Zafran memang bersungguh-sungguh dikir barat tue. Dengan badannya yang montel, memanglah nampak keterujaannya. Kami juga dapat hadiah untuk cabutan bertuah tau.Sebuah periuk nasi jenama Philux.Erk..x pernah dengar pun brand ni?
Bersemangat betul anak omak ni.

June 2011, mummy and daddy buat sikit kenduri doa selamat sempena perpindahan kita ke Alam Budiman,siap sekali dengan sambutan birthday Zafran.Kira majlis 2 in 1 lah. Plan baik punya plan, ada juga benda yang spoil which is I hate to tell it here.Biarlah, bende yang tak manis malas nak di kenang.Apapun, Alhamdulillah majlis berjalan lancar juga.


Happy 4th Birthday to Zafran, sorry no  Ultraman this time..sebab....huhuhu

Mummy and daddy will try our best untuk pastikan Zafran will get only the best. Macam iklan 'hanya yang terbaik dari ladang'. Cheers!!



Thursday, June 21, 2012

Pengalaman di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak


Kisah ini berlaku semalam.Buat pertama kali dalam hidup nak buat check up ibu mengandung dekat klinik kerajaan.Masa pregnant Zafran dan jugak masa ambil imunisasi untuk Zafran pun memang aku tak ke klinik kerajaan ni. Tapi kali ni entah kenapa, tergerak pulak hati nak buat check up dekat sini.Saja nak carik pasal kot.
Dulu pernah datang dengan hubby and Zafran, lepas tu nurse dekat kaunter tu cakap, tak payah buat sebab zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Zaman dulu memang kene buat buku merah tue, tapi zaman sekarang ni dah takde masalah nak check up dekat mana-mana asalkan ibu buat check up.Hum susah nak percaya jugakkan? katakanlah if anything happen, boleh gunapakai ke ayat nurse ni.Entahlah.So atas nasihat kawan, katanya bukaklah buku jugak, mana tau apa-apa, so aku gagahkan diri jugak.
Aku ambil cuti sehari sebab nak tengok 'tact time'/cycle time (wah ayat orang production)  jika aku buat check up dekat goc clinic nie.Bila dah cuti, nawaitu nak bangun awal dan pergi klinik awal pada mulanya memang akan terbantut.Justeru itu, pukul 8.00 baru terpisat-pisat bangun dari tilam dan terus meluru ke bilik air sebab tau macam dah lambat. Alamklumlah, klinik kesihatan ni di buka untuk pendaftaran 7.30pg-10.30 (ni info yang aku dapat masa buat call ke klinik kesihatan dululah).
Rushing-rushing drive akhirnya tiba di perkarangan Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam jam 9.35pagi. Terus pergi kaunter pendaftaran dan bagitau 1st time nak buka buku. Nurse dekat kaunter tanya confirm mengandung ke? Aku jawab dah 28weeks, dia pun jeling perut aku. So isikan alamat dan no telefon dan bagi IC pada dia.Ambil nombor time ni dah pukul 9.45pagi. Tunggu sekejap dalam pukul 10 lebih nombor dipanggil ke kaunter 25-dekat sini ambil berat dan tinggi. Kemudian duduk lagi, tak lama lepas tu nombor naik lagi kali ini ke kaunter 26 pulak, dekat sini jumpa satu nurse untuk ambil blood pressure.Nurse ni sungguh mesra, dia explain katanya lepas ni satu nurse akan responsible to that patient mengikut area.So memandangkan aku duduk area Section U10 jadi adalah nurse yang responsible dekat area tu. Aku angguk saja.
Lepas ambil BP, duduk lagi tunggu nurse yang bakal 'monitor' aku tu panggil.So lepas nombor naik terus pergi ke bilik dia. Bila tengok aku dah 28 weeks baru nak buat check up dia tanya,
N: selama ni check up dekat mana.?
A: Check clinic biasa je.
N: Habis tu kenapa nak check up dekat sini pulak?
A: Saya dengar, if tak pernah ada record or history dekat gov clinic, katakanlah anything happen time deliver or to the baby, goverment hospital tak mau responsible.
N: Siapa cakap macam tue?
A: It happen to my friend, banyak dah kes-kes yang hospital kerajaan tak nak ambik patient yang tak buat pemeriksaan awal dekat klinik gov (ni aku dengar cakap orang jer; tapi saja aku nak tekankan sebab selalu sangat dengar patient kene 'sekolah' dengan nurse-nurse nie)
N: Kalau nak check up dekat sini kene make sure ikut schedule yang kita tetapkan.Tak nak nanti buat buku je buat cukup syarat lepas tu malas nak ikut schedule yang kita tetapkan. Banyak dah orang buat macam nie.Sayang nanti membazir buku merah ni (sambil tangan tunjuk buku rekod merah tu), orang yang datang bulan lepas semua dapat yang photostat jer). lagipun nanti if tak datang, kita kene follow up buat lawatan ke rumah.Ada yang janji ada kat rumah, bila kita datang dia takde pulak.Kita pun weekend kadang-kadang ada kerja lain  or event lain yang kene buat..
A: Dalam hati (Malas nak layan, so angguk jelah)
N: oklah (tetiba dapat phone call, so dia layan call dulu, sambil aku tulis info dekat front page buku merah)
N: Ok saya nak check perut and breast dulu.Baring kejap ya.
So dia pun checklah breast dan bunyi degupan jantung baby.
N: Kulit tebal ni, bunyi degup jantung anak bagus, cuma sayup-sayup je.
A: Angguk je dalam hati (memang gebu mak ni nyah, kulit perut tebal dengan lemak-lemak)
N:Ok, sebab awak ni berat berlebihan jadi banyak test nak kene buat.Sebab blood grouping semua dah buat (sebab dah buat kat DDMC), sekejap lagi pergi bilik hujung untuk ambil HIV test dan pergi makmal untuk urin test.
So, aku keluar dari bilik dia, masukkan buku dalam bakul dekat luar bilik tempat ambil darah tu, tunggu lagi sampai nama di panggil (rasa mcm ambil cikgu panggil plak dalam bilik darjah..hahaha)
Sekali lagi, kegebuanku ini menyebabkan nurse tu susah nak ambil darah, so sudahnya ambil dekat belakang tapak tangan.Kat situ kurang gebu so nurse senang nampak urat. Sambil ambik darah dia sembang, duduk dekat U10 dekat tak dengan Kampung Melayu Subang? Aku cakap dalam 15minit jer, kenapa tak pergi dekat Klinik Kesihatan dekat sana? Aku cakap tak tau.Yalah manalah aku tau kan? Tanya plak lagi kerja dekat mana? Aku cakap kerja dekat Rawang.Nurse tu cakap, ish jauh tu. Kalau setakat check up sikit-sikit boleh je buat dekat klinik yang dekat dengan office. (Dalam hati, macam faham-faham yang aku ni malas nak ambil cuti).Aku angguk dan cakap, nanti saya try tanya dulu kak.
Lepas dah ambil darah pergi pulak dekat makmal, letak buku tunggu nama di panggil untuk urin test plak.Sebelum tu dia ambik darah dekat hujung jari (tak tau untuk apa, tapi agaknya untuk check kencing manis kot). Pergi toilet and letak urin dekat kaunter. Dah selesai, bagi balik buku dekat nurse 'penjaga' aku tadi.Dia kata nanti dia panggil.
Selepas seketika Nurse tadi panggil balik,so far takde masalah cuma urin tue ada $#@ entah apa dia sebut. Actually bukan masalah sangat, tapi sebab awak ni overweight jadi kita khuatir ada kencing manis. Aku dalam hati, kalau dah sah-sah blood test kata takde kencing manis,so kira takdelah kan.Tapi ah lantak jelah.Doctor kata nak jumpa sekejap, tunggu dekat luar kejap ya.So, aku tunggu lagi dekat luar lepas tu masuk bilik doktor. Hum beza sungguh dengan bilik Doktor Kamal dekat DDMC.Satu bilik share dua doctor rupanya. Okey aku layankan jer apa yang doctor explain. Angguk-angguk faham dan dia scan pulak tengok baby.So far baby ok uri pun pada kedudukan yang ok.So kira oklah.Dalam banyak-banyak nurse aku jumpa hari tu, nurse yang bagi injection ni agak kurang mesra alam sikit.Takde mood kot.Lantaklahkan..
Nanti kita jumpa lagi date sekian-sekian.Aku angguk dan keluar dari bilik dia terus ke kaunter ke satu lagi bilik untuk ambik suntikan kancing gigi.
Selepas selesai cucuk kat lengan kiri, terus ke kaunter Farmasi.Kat sini tempat untuk aku ambil ubat, yang aku sure aku tak makan punya sebab ubat dah berlambak-lambak dekat rumah.Aku ni susah nak makan ubat-ubatan ni, tapi kalau ubat kurus mungkin semangat sikit kot:) Hahahaha
Itulah pengalaman separuh hari dekat sana, segala urusan selesai dalam pukul 12.15 tengahari.
Beberapa kesimpulan boleh dibuat (ini opinion sendiri, takde kene mengena dengan mana-mana individu lain)
1. Jangan bawak anak or en suami yang tidak begitu boleh bersabar kerana terpaksa menunggu.
2. Bawak tab/iphone/ipad atau gajet untuk menghiburkan hati di kala menunggu. Sempat godek-godek website radiusite dan keterujaan tengok tudung cantik; mengisi masa menunggu aku di situ.
3. Kalau sekiranya benar-benar hospital kerajaan akan tetap menerima mana-mana patient baik yang mendapat pemeriksaan awal di klinik kerajaan atau swasta atau dalam erti kata lain tak pilih bulu, dan sekiranya anda tidak kisah membayar untuk sesuatu yang di namakan 'comfort', makanya baiklah anda ke klinik/hospital swasta sahaja.Jimat masa dan tenaga.
4. Ini mungkin first and last aku check up dekat gomen, haha.So far nurse-nursenya okey, takdelah segarang nurse-nurse zaman dolu-dolu, tapi rasanya lebih baiklah aku just check up dekat private yang sangat cepat prosesnya dan aku boleh check up lepas balik dari office jer.

Lepas selesai aku melangkahkan kaki,(ya ke? Bukan aku bawak kereta ke?) ambik lunch dekat Subway sambil meneruskan edisi 'mengintai dari tirai kamar' dekat Jakel.Hahaha.Itu namanya misi survey 'Home Deco Project' di Jakel.

Tuesday, June 19, 2012

SuperMAK pok pek pok pek

hahaha tajuk tak ingat.Supermak lah sangat kan. Daddy dah ke Holland minggu lepas, makanya tinggallah mummy berduet dengan Zafran jer.Tu yang budget jadi supermak tu:) Previously mintak tolong Atuk dan Nenek untuk tengokkan Zafran, and masa tu mummy tengah awal-awal pregnant.Tengah tu plak masih bleeding dalam rahim kan, so terpaksa import asisstance, tapi Zafran memang naughty sangat-sangat time tu. Geram betul.Saja jer buat perangai kan..
So kali ni, mummy decide biarlah kami tinggal berdua jer. Tinggal berdua tak menjadi masalah, sebab Zafran ni senang nak bela especially bab-bab makan nie. Tapi yang menjadi problem besarnya masa nak kejutkan waktu pagi dan nak bersiap pergi sekolah.Tekanan...
Nak kejut satu hal, nak bersiap nak makan lagi. Dahlah mummy ni company Jepun yang very particular bab-bab attendance and punctuality ni. Memang kene membebel berbakul-bakul dulu lah on the way nak ke sekolah.
Hari ni mummy half day, tapi dalam pada half day pun lambat jugak slot in tadi..Hadoi...Nak makan dulu pulak, tadi tak cakap pun.Mummy nak kejar time nak ke office so malas nak hantar sampai dalam school; mulalah sebak2..hadoi..Last-last mummy hantar jugak masuk dalam school, lap-lap muka dia, sebab Zafran terus masuk ke dalam panjat stool nak basuh mulut (tak sempat basuh mulut kat umah)..sambil tahan sebak air mata sebab kene marah kot.Mummy kiss dan terus tinggal jer..Pecut gila-gila lambat juga slot 10min.HUm...Sebab tu lah agak susah nak hantar dia pagi early in the morning sebab mummy mesti kuar rumah by 6.30.Jangan harap dia nak bangun time nie. Problem betul...
Bab-bab lain memang tak jadi masalah if nak mintak tolong jemur baju ke, sapu sampah or mop lantai ke, tapi peel bangun pagi ni yang susah nie. Seronok duduk di rumah and nak golek-golek jer, malas nak pergi sekolah. Mana boleh sayang oi..Macam mana nak pandai macam nie?..Sabar jelah. Takper Supermak ada..don't worry :)

Monday, June 18, 2012

Open letter to my son- Part 3

Zafran, mummy sambung balik celoteh  story mummy ni ya..Ingat tak the day after celebrate besday Zafran yang ke-2 tahunnya, mummy and daddy bawak Zafran ke Putrajaya untuk experience naik cruise. Cheh, punyalah 'jauh'kan naik cruise?Dekat Putrajaya jer..Muahahaha..Kira oklah kan? Experience jugak apa.

2009 to 2010 was a busy time for us, since tahun ni mummy and daddy menguruskan urusan pembelian rumah kita di Alam Budiman. Tapi dalam masa yang sama tak mau ketinggalan jugak untuk make sure that Zafran tak tertinggal beautiful-beautiful moment ni.
Gambar ni around Jul'09, eh kurus betul anak mummy ni masa ni ya:) Owh masa ni, Mummy and daddy bawak main dekat Lake Garden.
 Yes, Zafran just 2++ at this moment. Belum masuk 3 years if counting by month. Tapi kalau ikut tahun 2010 tu kira Zafran dan 3 years old lah kan? Mummy belikan table and chair untuk kemudahan Zafran belajar mewarna, belajar pegang pensel. Tengok tu, bersungguh-sungguh mukanya:)
Bukan setakat semangat nak belajar menulis and melukis,juga sudah mula nak menekan-nekan dan bermain-main dengan laptop..

Ni kenangan kami celebrate birthday Zafran masa umur 3 tahun. Kami celebrate kecil-kecilan di A&W Petaling Jaya.Mulanya ingat nak panggil bear besar A&W tu join sekali, tapi since rasanya macam overpriced plak(ke mummy and daddy nak save?)..Makan tak seberapa, tapi agak mahalkan sebab kononnya nak invite bear besar tu je kan,takper, mummy and daddy pun boleh jadi teddy bear jugak.Hahaha.So kami berkampung dekat meja-meja luar je lah...Kira okeylah kan? Lain kali mummy upah clown datang besday Zafran ya?
Macam biasa, Ultraman tetap menjadi pujaan hati
Happy 3rd Birthday my dear:)

Mummy and daddy cayang Zafran banyak-banyak.Muahs

Friday, June 15, 2012

1 Wanita dan 3 Lelaki?

Ya, dengan teknologi terkini kita boleh menjangka atau mengenalpasti perkara-perkara yang bakal mendatang...ya, sudah scan buat kali yang entah ke berapanya, and at the first place nampak macam gugurl, lepas tu nampak macam boboy...and semalam masa mandi before pergi check up dengan Doctor Kamal, aku cakap pada baby, please show this time.Senang mummy and daddy nak buat preparation. Yes; akhirnya dia listen cakap mummy. And yes, itu adalah Lelaki Ketiga dalam hidupku.Siryes banyak scandal nie.
So yes my dear friend, It's a boy!! Siap2lah kome beli hadiah untuk coming soon Boboboi. Mummy and daddy juga kene siap-siap simpan duit bukan setakat untuk education tapi siap sekali duit hantaran coz I believe in the future hantaran akan cecah almost 30K kot..
Jadi tarik nafas dalam-dalam; simpan ketat-ketat nama Zara yang dah plan untuk gugurl untuk next model plak. Kalau next time pun boboboi jugak, maka nama tu berkubur jelah, because for me 3 kids is enough.If terbabas lain story ya.

Monday, June 11, 2012

Open letter to my son- Part 2

Mummy nak sambung pulak part 2 ya, Zafran.
The joy come over and over.Sedar tak sedar Zafran dah 1 year ++.Zafran ingat lagi tak,tiba-tiba on July 2008, Zafran demam maka we send Zafran to Damansara Specialist dan Zafran pun admit di sana.Start admit 29th July and discharge on 1st Aug. Lebih kurang 4 hari 3 malam kami di sana.Standardlah kan, if pergi specialist,mana maunya dah elok terus keluar.Check sana sini nak bagi kita duduk ward lama-lama kan???
Zafran masa admit di DSH
                                                 Zafran feel better now. He's co cute.
Mummy suka below picture ni sebab rasanya memang Zafran memang cute ar..Geram betul
Anyway actually Zafran started walking around 1 year 2 month, ketika itu memang dah dekat nak hari raya.Kira memang lambatlah jugak, tapi ada sesetengah orang cakap kalau bercakap cepat makanya jalan lambat sikit/ Tapi tak apalah kan, janji boleh jalan.Alhamdulillah.If counted very well itu merupakan Hari Raya kedua yang di sambut oleh Zafran.
Cheh tak ingat tema kaler baju raya kita tahun tu Zafran. Masa ni mummy beli je baju raya kita sekeluarga, tak pulak teringat nak tempah.Tapi kira still color tone matching to each other kan? kan?

13 Dec 2008, mummy and daddy rasa it's about time untuk kami buat kenduri akikah Zafran.Kewangan dah ok sikit tambahan pulak masa tu cuti sekolah.Tema majlis kuning di raja okey ^-^.If ikutkan Zafran dah almost 1 year half dah time tu, jadi memang takdelah berendoi-endoi ni dan mummy pun rasa macam tak perlu kot nak endoi-endoi ni. Adat je kan.

Zafran ingat tak, Jan 2009, we spend our good time together as tourist tau.Jalan-jalan sekitar KL (siap naik Hop On Hop Of lagik) and also visited Zoo Negara.Just imagine dalam bus tu mostly tourist tapi kita bertiga sempoi je Malaysian lepak-lepak atas bumbung bus.Main reason kenapa kita pun sibuk nak naik bas dua tingkat tue sebab Zafran pun tak pernah naik bus kan? and mummy pun rasanya lama sungguh tak naik bus sejak dah ada kereta ni.Purgh habis rindulah konon kan. Dalam masa yang sama jugak, kita ambik peluang naik LRT.Naik satu stesyen and lepak turun dekat stesyen paling hujung.Experience untuk Zafranlah dapat naik bus and LRT kan.
Zafran keletihan siap terlena dalam bas. First time naik bas lah katakan:)
Setelah sekian lama tak pergi Zoo Negara, maka atas sebab musabab ada anak, maka kami heret juga Zafran ke Zoo Negara.macam biasalah teruja kan budak-budak.Cuma, masa ni Zafran belum berapa nak pandai anything tentang animals, so kami cuci-cuci mata ajelah.

March 2009 sekali lagi Zafran (and of course kami sekeluarga) terpaksa bermalam di Damansara Specialist Hospital (10 Mar to 14 Mar). Kali ini, since bilik pun dah penuh,kami mintak admit dekat VIP ward.Dah rasa macam bercuti dekat hotel pun ada.Apapun memang very the very satisfied habih dengan services dekat sini. Almaklumlah VIP lah katakan.Cian Zafran, kene suntik sana sini coz nak ambik darah.Nak tengoklah virus ka apa ka.Bertitik tolak daripada situ we decided untuk ambil apa saja injection/ anti virus/vaccine yang perlu untuk protect Zafran. So untuk Zafran, mummy and daddy dah request doctor untuk ambil pneumococcal dan juga untuk demam campak prevention.Untuk demam campak tu, bukanlah maknanya tak kene langsung kan, but at least not within 5 years dr tempoh masa injection tu di ambil. Kami tak larat tengok Zafran sakit masa kecik-kecik ni tau..Cian cian
Cian, tangannya berbalut-balut lagi

Kurus Zafran lepas keluar dari hospital even kami tak berada lama pun dekat sana.Below pic show how struggle Zafran nak pakai seluar sendiri..HUhu comei comei.
Menyuap makanan sendiri
Banyak juga kenangan-kenangan manis ketika ini Zafran sedang mencuba banyak perkara-perkara baru.He's learning and progress very well.

Zafran ingat tak around May 2009 kita ke Pulau Pangkor untuk annual vacation kita?.Tahun sebelum tu kita pergi Cameron Highlands and Zafran pun belum boleh berjalan lagi time tue. Teruja tengok Zafran berenang-renang dekat kolam. Zafran memang takutkan pantai, so kami bawa Zafran main dekat kolam sahaja.Stay dekat Pangkor Island Beach Resort memang seronok rupanya sebab rasa privacy jer.

First time naik feri

Our memories at Pangkor Island ^-^

26 June 2009- Zafran dah masuk 2 tahun!! Kali ini, mummy arrange kan small celebration dekat taska Zafran pulak.Sekejap jer rasanya Zafran dah besar ya..
Kek Ultraman memang tak tinggal :)

Goodies untuk rakan-rakan.Tak berapa nak ikut tema lah pulak. Tak jumpa bekas yang ada gambar Ultraman. Jadilah kan?
Zafran pada umur 2 tahun :)

Mummy and daddy cayang Zafran...