Showing posts with label Zafriel Adrian. Show all posts
Showing posts with label Zafriel Adrian. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Adrian and Magazine

Korang pernah tak  masuk magazine? Muahaha aku pernah masuk magazine sekolah ar.Haha..
Sebenarnya baru belek-belek dalam Picture folder and found that satu pic yang menarik perhatian aku. Dulu kan pernah ambik gambar Adrian masa newborn hari tu, so photographer tu masuk magazine and one of the picture yang dia captured was published in the magazine. Masalahnya itu magazine untuk Photography lovers which og coz lah kami tak beli kan? Humm ruginya..
Takpelah Adrian, janji you masuk magazine..Hehe
Owh by the way if you need photographer untuk Newborn Baby please contact her: Sari at 012-6030 6330
Rugilah coz I'm kinda mother yang tak berapa nak rajin hantar gambar anak dalam magazine Papa ke Mama ke...Humm kena improve sikit ni...Grrr
 

Sunday, October 27, 2013

Adrian yang manis

Adrian yang manis dah beranjak ke 1 year 2 month.Alhamdulillah sihat dan ceria.Masa berlalu dengan cepat,sangat sibuk sampai tak terupdate perkembangan dia.Sorry dear.Tapi Mummy cuba re-cap jugak supaya Mummy tak terlupa nanti.Sebab Mummy ada "penyakit" short term memory.Uhuks.
  • 11 month sudah tumbuh gigi pertama.Manis jer sebelah bawah.Tapi gigitannya aduh sakit tu.Sakitnya dia menggigit Miss B sampaikan luka dan bernanah. Carik petua supaya dia tak menggigit tapi tak jalan.Lepas dia gigit dan tarik...tersengih and gelak-gelak.Hadoi.2 weeks jugak kena ambik tempoh nak pulihkan nanah pada Miss B tu and sejak dari tu dah stop mengepam susu.
  • Seminggu sebelum harijadinya yang pertama Adrian dah mula boleh berjalan dengan laju.Tak perlu walker or any alat bantu lain coz dia ni agak berani sikit nak di bandingkan dengan Zafran.That's why by one years old jer dia dah boleh berjalan sedanglan Zafran dulu 1 tahun 2 bulan baru boleh berjalan.
  • Di umur 1 tahun ni sangat pandai ekspressi diri. Kalau merajuk boleh meniarap dekat lantai.Proteslah tu.Kalau nak makan pandai sebut NAK.....memang bab makan super hero betul.Setiap apa yang kita makan dia pun nak bedal sama jugak.Dia pun faham instruction actually and Zafran memang suka buli adik dia. "Adik take that....adik take this.." hamboi-hamboi yang adiknya pun patuh je arahan terkedek-kedek ambilkan barang yang abang suruh ambik.
  • Adrian pun sangat lasak..suka panjat sana sini..kalau dalam kereta tak boleh duduk diam langsung.So solutionnya terpaksa pulak download apps nursery rhyme hokey semata-mata nak bagi dia diam kereta.Walwehhhhha.
  • Di umur setahun sebulan jugak Adrian dah beranikan diri naik tangga sendiri.Selama ni merangkak naik tangga,now dia nak naik sendiri berdiri macam kononnya dah besar sangat:) Memang sangat berani anak mak yang sorang ni.
Banyak nak cerita tapi tak punya masa yang banyak.Nak janji pada diri sendiri mesti kena curi masa jugak untuk tulis.Sebab hard disc memory kepala Mummy memang slow and kureng.Banyak yang lupa jer...*short term memory*..Erk.

Sunday, September 22, 2013

Happy 1st Birthday

Assalamualaikum semua
Lama dah tak bersiaran.Banyak nak story tapi tersangat bz.Hukhuk.Sadisnya.
Lama dah nak tempek story birthday Adrian baru-baru ni. 1st birthday hokey.Alahai dah bosar anak omak ni rupo eik. It's like a tradition to us yang birthday anak sure nak sambut.Especially first birthday, rasa tak reti pulak nak celebrate berdua or bertiga je sebab rasa macam tak meriah pulak.Sebab birthday anak kan..Kalau birthday mak bapak takperlah kot.Tapi tulah dalam pada kekangan budget tu kami teruskan jugak nawaitu sebab niat sekali nak buat merangkap open house Raya.

Mummy tempah garland and food tent dari Gifted dan cake pulak dari preetysmallbakery. At the first place tak niat pun nak ada theme ke apa, tapi member tu suruh think something senang nak design katanya.And she suggest plane theme and terus agree. 
Cake pulak memang nak order cake no 1 dan ada figurine on top of it.Alhamdulillah boleh jugak tokey cake ni buat;)

Thank you pada all families and frenzs yang hadir memeriahkan majlis.
Doa Mummy and Daddy semoga Adrian akan menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
Semoga anak syurga ini sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Tuesday, July 23, 2013

Percutian 3hari 2 malam? Eh mana cukup..

Punyalah panjang tajuk karangan kan. Ngeh ngeh.Bersiaran dari KPJ Damansara lagi..Hah LAGI???
Adrian dah dekat sebulan batuk and selsema, dah 3 times tukar ubat masih tak efisien weh. So panel doc bagi refer letter to paed. Kononnya nak jumpa doc Saturday 20th July, sekali tu hari Khamis tu dia start demam.Plus dengan dia muntah sekali.Daddy dah risau,so terus ke KPJ Damansara.Masa tu dah nak pukul 12mlm dah.Terus ke emergency ward.Elok jer sampai, Adrian muntah selambak lagi.Terbaek!! Dengan dahi tempek Kool Fever terus Doc panggil masuk bilik.Potong Q terus.Uhuks.
Doc cakap ok terus admit,sebab baby dah muntah-muntah.Huhu dah agak dah. Tragisnya, baru je bulan March hari tu admit.Kali ni admit lagik? Rasa nak nangis da.Pukul 1.30pagi kami admit.Masa nak decide bilik Mummy ingat nak try Pediatric Ward Level 5 yang cantik tu.Hari tu kan dah usya. Siryes ward tu macam Alice in the Wonderland.Wah memang ceria dan cantik.
Wad kanak-kanak memang sepatutnya ceria tau.Takdelah monyok je budak-budak ni.Boleh cepat baik :)Masa kami stay kat sana, maskot Kidzania datang melawat and bagi gift. Mak excited tau, tapi Zafran penakut pulak.Rela dia menyorok dalam tandas dari ambik gambar dengan Maskot tu.Apa da..Yang Adrian pulak baru bangun tido, tengok maskot kepala besar terus nangis da....Tapi lepas tu sibuk nak usya-usya maskot tu pulak taw.
Actually Doc jangkakan boleh balik by Sunday,unfortunately white cell count Adrian tak turun.So kena tukar antibiotik lain.And add on few more days percutian kami dekat sini. Haru di buatnya.
Cantikkan? Lorong, bilik, the wall, also the nurse station.

Bila dah more than 3 days Adrian dekat hospital, masa nak masukkan antibiotik dekat tangan dia, nampaknya dia dah mula rasa sakit, so we have to change to tangan yang sebelah lagi.Nampak gayanya terpaksa sekali lagi panggil Dr. Razak.Bukan nak cakap apa, comparing nurse ambil darah and Dr. Razak ambik memang different.Kalau nurse ambik, have to press jari jemari Adrian baru darah keluar itupun setitik-setitik.Tapi bila Dr. Razak ambik, memancut-mancut darah keluar.Hambik kaw..
Ok,we have been at Level 4, Premier Ward and now at Level 5.Dekat Level 4 tu more to exclusive,dah nama pun premier kan.Suasana pun suram, cosy jer.
Dekat Level 5 ni, memang ceria.Warna terang-terang and lampu pun tak malap.Pun ada disediakan play room untuk kanak-kanak.Faham-faham jelah, budak-budak bukan boleh duduk diam lama-lama.Nanti dah boring bolehlah bawak ke Play Room ni. Ceria hokeh.
 And waktu menulis ni, masih tak pasti bila boleh keluar.Huhu.Setakat ni dah 5 malam kami berkampung dekat "hotel" ni. Nasib baik single room, and suasana pun tak membosankan sangat.Takdelah mak stress taw.Dekat bawah ni pun ada bazaar Ramadhan, ada orang jual tudung..baju...hihi i loike :)
Eh dah terbalik pulak, abang tido dalam baby cot? Haha Mummy yang suruh..Nasib baik muat taw. Tido tak hingat masing-masing.Ingat tido kat hotel ke?

                                        Layan pics weolls :)

Thursday, June 27, 2013

Adrian 9 month

Adrian dah 9 month..Sekejap betul masa berlalu.Cepatnya dia membesar.Dah bosar anak omak ni.Penuh kemanjaan.Just to update few things so that bila-bila masa nak recall balik senang.Almaklumlah Mummy ni short  term memory sikit.Huhu..
  • He now dah boleh duduk dengan agak sempurna.Meaning dia dah boleh hold posture badan without ada kebarangkalian dia akan terjatuh ke belakang semula.He also now dah boleh duduk dekat baby chair waktu kita nak makan kan dengan syarat ada benda untuk dia ketuk ketuk atas meja or end up actually benda tu akan jatuh ke lantai jua.Masa Adrian 8month hari tu pun dia dah start memanjat tangga...yeayyyyyy dah le tangga tu tinggi sayang oi...rajinlah pulak dia ni.Harapnya dengan perkembangan baru ni bolehlah ada harapan Mummy nak kurus.(kononnya).
  • Adrian pun sekarang dah start rajin dan pandai dari position duduk ke position berdiri.He kind of interested nak bangun and suka try meniti dekat tepi sofa.but still need to be hold at the back coz dia still tak tegap lagi dalam position berdiri.
  • He also can understand kalau kita mula memanggil nama dia.He start to know and can give reaction easily.And most of people comment yang dia ni peramah,banyak mulut,jenis yang cepat mesra.Adakah berkat aku yang rajin pokpek ni turun ke anak?Kihkih.
  • He also dah pandai bagi ekpresi muka and suara bila dia marah.So when he get angry dia akan sound eh eh dengan suara yang kuat.Woho garang jugak si kecik ni.And he also just like Zafran masa kecik...dia tak nak orang lain.Nak Mummy dia jugak.Kalau orang lain nak pegang , kalau dia suka dia akan pergi, if not he will turn around.Memang memilih weh.Kalau Mummy lalu jer area berdekatan memang langsung dia tak nak dekat orang lain.Nak Mummy jugak...Its good jugak actually tapi Mummy ni tak jadik kerja lainlah.Kena layan dia jer.
  • Owh and at this moment giginya masih belum tumbuh lagi.So dari segi pemakanan still lagi bubur tapi tekstur dah a bit kasar.Tapi tahap pemakan dia memang melampau.Pantang orang makan, dia pun sibuk jugak nak join and rasa apa yang orang tu tengah makan.Haru.

Suka telan-telan

Adrian dah 9 bulan, masih belum tumbuh gigi lagi tapi sifat memasukkan benda dalam mulutnya memang menjadi-jadi.Suka gigit kertas, plastic, handphone, remote TV.
Mengikut apa yang aku baca memang at this stage budak-budak memang suka masukkan benda dalam mulut.

Bayi anda sedang mengikut naluri semulajadi beliau untuk meneroka, dan ini bermakna menggunakan mulut serta matanya, telinga dan tangan. Penerokaan mulut adalah peringkat utama pembangunan. Bayi ingin tahu tentang rasa dan tekstur objek yang berbeza. “Mouthing bermula sebaik sahaja bayi mendapat beberapa kawalan tangan dan merupakan sebahagian daripada perkembangan normal:, kata seorang pakar kanak-kanak di Columbus Ohio. “Malah, sebelum mereka mendapatkan gigi, bayi berasa puas dengan menghisap, dan meneroka dunia dengan mulut mereka membantu mereka mengalami persekitaran mereka.

Keinginan untuk meletakkan benda-benda dalam mulut bayi boleh menjadi tanda bahawa bayi akan tumbuh gigi. Secara umum kebanykan bayi mendapatkan gigi pertama mereka kadang-kadang sekitar 7 bulan. Bagi sesetengah, ia berlaku lebih awal dan ada juga yang tidak tumbuh gigi walaupun hamper mencecah umur 1 tahun.

Jadi mungkin disebabkan itu Adrian suka masukkan barang dalam mulut.Walaupun dah beli teether, tapi tak di layannya.Remote TV jugak yang menarik hati.Hum

Friday, June 07, 2013

Adrian and Eczema Part 2

Sebenarnya penat nak cerita pasal eczema ni...sebab Adrian ni putih gebus so memang nampak sangat kalau ada tompok-tompok kat muka gitew.
Pastu lagi sakit hati bila orang dok cakap 'bilalah nak baik ni'...
Erk hello...aku manalah tau bila nak baik.Itu semua kuasa Allah. Kalau nak bagi baik cepat, maka cepatlah ia.Kalau lambat baiknya maka lambatlah ia...
Sebenarnya dulu memang teruk eczema dia, sampai kan masa tidur aku kena bedung dia ngan kain dua lapis supaya tak terbukak kain bedung and taklah dia kuar tangan menggaru-garu.
After few month battling with eczema hari tu at last Alhamdulillah dah almost baik.
Kami jumpa Paed Dermatology Specialist dekat KPJ Damansara, Doc Marziah.Mula-mula dia bagi ubat yang agak 'mild' tapi tak jalan...waduh kena steroid kuat lagi ke ni? Hummmm...masa tu fikir nak bagi dia baik je pun...so pasrah.
Lepas Doc Marziah tukar ubat yang agak kuat sikit so far dah nampak perubahannya. Ubat yang kami ambil kali ni
1.Physiogel Cleanser and Moisturizer: untuk mandian dan pelembap.Yang mana eczema ni tak boleh kulit kering sangat kan, so Doc bagi moisturizer yang takde pewangi-pewangi sangat.

2. Eumovate: krim ni ada steroid sikit.Actually tak berapa bagus sangat ada steroid ni. Tapi pakai masa tengah kuat tu, lepas tu bila dah tak sakit lagi stop..Kalau naik balik eczemanya pakai balik.
3.Elomet : untuk pakai dekat kepala je.Satu hari sekali je pakai..Tapi bila tengok kepalanya dah ok kami tak pakaikan dah.
So far dah baik.Alhamdulillah.Owh result allergic test dah dapat.
Buat melalui blood test untuk tahu mana-man sumber yang perlu di elakkan.
Food that should be avoid ialah susu lembu dan telur.Nasib baik tak kena pantang seafood taw....



Tapi secara jujurnya eczema nya masih agak slow nak baik, we have tried Gamat Healin.Makin bertambah keluar eczemanya.Mungkin cara treatmentnya ialah keluarkan semua penyakit yang ada than baru sembuh.Tapi sangat kasihan tengok dia dan tak larat jugak bila orang asyik bertanya sebab apa...and so on so on...
Suddenly makcik bagitau ada one klinik quite famous jugak bila bab-bab sakit kulit ni.And try search Klinik Kulit Mohd Noh dalam google dapat address and contact number.Kalau nak booking kena ambik no ikut giliran.Tak boleh nak set appointment awal.
Jadi kami gerak awal pagi ambik nombor giliran yang ke-2 (bangga sat) pastu sementara nak tunggu Doc sampai kami pergi breakfast dulu.by 9.30 baru Doc masuk.Kliniknya simple saja takde decoration malah aircondnya pun tak terasa sangat sejuknya. Satu lagi bilik menunggu tu ada kipas jer.Hum...
Tapi bila dah sampai turn kami, siryes berbaloi jumpa dia sebab Dr Mohd Noh ni akan explain punca or symptom penyakit tu. Panjang lebar gak penerangan dia.Takpe kita bayarkan consultation fees...:)
Tukar ubat kepada cream lain.Ok cream dia bukan jenis tube yang ada nama ubat kat situ ya.Jenis cream dalam bekas putih.So tandanya kalau dah habis sila datang jumpa dia lagi ya.Hihi.Tapi ada jugak ubat tube yang dia provide. Mandian pun dah tukar kepada Cetaphyl.Secara jujurnya Cetaphyl ni lebih mild if nak bandingkan dengan Physiogel.Memang moisturizernya pun lembut je bila di pakai.
Alhamdulillah, sekali treatment je terus baik eczema Adrian melainkan dekat betis yang mana tu lambat sikit sebab dah luka so infection sikit ar.Jadi slowlah nak baik.Tapi yang dekat muka memang ok.Alhamdulillah.
Adrian masih lagik pantang telur and continue susu kambing+BF.Doctor kata after 2 or 3 years nanti boleh cuba jugak try telur and susu lembu tu untuk tengok allergicnya.
Selain guna product cetaphyl boleh jugak guna QV, sama jugak kadar kelembutannya..Ngeh ngeh.
Untuk orang eczema ni yang penting kulit kena sentiasa moist gitew. So memang kena keep moist dengan lotion.Kalau sabun jangan guna yang berwangi-wangi ni.
Sekarang sebab dah kurang dah eczemanya maka dah takde dah sapu ubat just maintain ngan lotion and cleanser yang sesuai je.Memang rasa bersalah masa mula-mula guna jugak ubat yang ada steroid dekat Adrian, tapi kami cuma nak dia baik je..at least pulih sikit and lepas tu stop and we just keep maintain aje.
Sob sob...and now Alhamdulillah memang maintenance je yang perlu and jaga makan dia.:)

Apapun, ikhtiar adalah penting.


**pic lain : credit to Google

Monday, May 06, 2013

Adrian now 8 month

Today 06.05, selepas semalam hangat dengan isu pilihanraya.Tahun ni first time mengundi provided with special ink dekat tangan.Mula plan Mummy nak g mengundi dekat Batu Caves dulu,lepas tu baru balik Sik.Tapi Atuk cakap tak payahlah balik Batu Caves, terus jer balik Kedah sebab katanya takut nanti lewat jem and so on.So terus direct balik kampung Sik.Bila tengok dalam FB semua orang dok tayang jari berdakwat, rasa jeles pulak sebab jari jemari kita yang gebusz ni tak de plak berdakwat bagai.Cheh rasa macam warganegara asinglah pulak.Huhu
 
 So sementara derang sibuk ribut ngan pilihanraya,Mummy pun doklah layan perasaan recap Adrian's progress.
  • Adrian masih belum merangkak dengan jayanya. Menyusur dan percubaan angkat badan dan goyang-goyang punggung memang dah ada, tapi masih belum maju ke depan lagik.
  • He love to put things in mouth.Totally different from Zafran dulu.Yang ni puaslah beli teether bagai, tapi remote control TV jugak yang menawan kalbu dia agaknya.Remove TV, handphone,kertas, antara favourite dia untuk jadik bahan dalam mulut dia.Adoyai
  • So manja.Asyik nak mengempeng je.Kalau tempat Mummy di panggil mengopek.Kerjanya nak berkepit,bergayut.Dulu sampai Mummy tidur duduk and Adrian tidur di riba.Sampai satu tahap dah tahan larat sakit tengkuk ,Mummy cuba position mengiring.So far OK,dia boleh tidur dengan lena bergayut sambil di kepit bawah ketiak Mummy.Huhu.
  • Dia memang pantang letak or di tinggalkan main sorang-sorang. Mesti dia akan menjerit.Kalau kita baca artikel dalam magazine sure ada statement "biarkan anak anda belajar bermain sendiri...etc.." tapi uolls, larat ke korang kalau dengar dia menjerit sekuat-kuatnya..nyaring dan pitching tinggi tu,Awie pun kalah taw.Silap haribulan, jiran dengar and ingat aku dera budak pulak kan?
  • Kalau dia tengah baring dan korang bangun melintas depan dia, confirm dia akan mengepak-ngepak tangan dan suruh di angkat.Huhu memang tak boleh duduk diam dia ni.Asyik nak berdukung jelah kerjanya.
  • Apapun, dia tetap chomels tau.

Friday, April 12, 2013

Adrian 7 month

Today Adrian is 7 month.Wah cepatnya masa berlalu.Si kecik ni dah besar.Wah
Weight: 7.245kg
Height  : 67cm
  • Adrian masih belum merangkak lagi.Tapi dah mula mengesot melebarkan jajahannya.Dah start merayap ke lantai.
  • In term of food memang dia pemakan orangnya.Food testing so far no problem kecuali pumpkin.Naik pulak rashesnya.
  • Sikap cemburunya mula terserlah.Kalau ada favourite orang yang dia suka memang terserlah cemburu dia tu.
    So far Alhamdulillah kesihatannya baik-baik sahaja dan Adrian dah ambik 1st dose of pneumococcal.
    Doa Mummy and Daddy anak-anak Mummy sihat selalu dan cergas akal fikirannya.

Monday, March 25, 2013

Adrian turns 6 and first solid food

Adrian is 6 !!.Macam biasa, bila anak dah masuk 6 month, maknanya dah boleh makan.Yeay..sukalah Mummy bereksperimen itu ini.Ahaks!!! Mummy dah beli bekas makanan yang canteks dan hygienic tau (coz spoon boleh tutup gitew).
So , last few days before tu Mummy sibuk mengoogle about baby food.Almaklumlah dah lama takde baby kan.Wink.Than I find out one thing, which is kalau baby mula-mula makan ni jangan terus bagi bubur, start dengan puree dulu.and try the same food tu 4 days.Reason is easy to find out kalau makanan tu akan menimbulkan allergies to the baby and also takut kalau dia susah nak poopoo nanti.Aish, masa Zafran dulu rasanya Mummy tak buat macam ni pun.Huhuhu.

Wokeh, thinking about Puree, hum what will be Adrian first food? Puas fikir-fikir.betik? epal? Pear? Hum.Than it cross my mind Kurma.Hum Makanan sunnah Nabi kan.Why not? So I decided for Kurma with Kismis.Tapinya aduhai susah betul nak mencari kurma masa musim bukan bulan Ramadhan ni. Mummy at last beli epal and thinking of to start with Apple Puree. Sebab bila di fikirkan balik, masa upacara tahnik hari tu dah bagi kurma kan.So kira oklah
Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).

• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.

• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 - 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.

Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).

2. Lenyekkan atau blender buah.

3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Kalau buat dalam kuantiti yang banyak simpan dalam bekas kecil-kecil dan frozenkan.Tahan untuk seminggu.


Saturday, March 23, 2013

5D and 4N short vacation at KPJ Damansara #2

Today is Day 4 at KPJ Damansara
Hihi a short vacation here.Not feeling like in the Hospital at all staying here..Bukan nak berlagak but this is the feeling. Staying at Level 4 premier ward is our choice since Zafran dulu.Ward ni tak semestinya untuk orang dewasa je.Kanak-kanak pun boleh jugak.Ikutlah kan kita nak ke tak nak.We choose here because it's difficult for to get single room at Paed Ward.Memang kena masuk dalam waiting list tu.Why need single room? because It's easier for us kalau nak solat ke nak golek-golek ke.
My company only cover RM200 jer perday but this room cost much more than budgeted.Tapi we plan to cover with insurance sikit.Kiranya tak untunglah sangat tapi since we want comfy places kan, nak buat macam mana kan?
Today we have an opportunity to check it out at Level 5.Ada one of friend in FB yang bagitau tentang Ward Paediatric yang ada kat Level 5 tu cantik sangat katanya.Cuba check it out gambar-gambar ni.Wah boleh baik kot tengok ward ceria macam ni kan?
 

Percutian ? hari ? malam di KPJ Damansara Specialist

It's start last Saturday, 16th March Hum..as said previously we went to DSH  last Saturday to get the allergic test result.Luckily the result not bad at all, as food yang Adrian should avoid cuma susu lembu dan telur....grgr meaning it's not only Adrian, but also me as i'm still BF him.Phew nasib baik bukan seafood.Nangis kot...the reason why we insist to have the allergic test bukan apa..ramai sangat doc yang tak bertauliah suh pantang ituini with no prove reason kan...so better come back to science kan? wah CSI plak kan...ok enough of it.dah alang alang jumpa doc we decided untuk ambik injection 3 serangkai tu sekali dengan rotavirus.untuk pneumococcal plak masa next follow up.Memang lari schedule immunization Adrian since we struggling dengan eczema dia baru-baru ni.Then malam tu dah start demam. Tapi takdelah teruk sangat. 
Sunday,17th March
 Macam panas sikit tapi takdela panas yang teramat sangat.Sob sob  
Monday 18th March
 Sampai Isnin still demam...macam biasa ibu-ibu nilah yang kena ambik cuti kan? huhu
Tuesday, 19th March
 Masih demam jugak..hum..Mummy cuti lagi.He still active even tengah demam-demam macam tu 
Wednesday,20th
 Mr Roy ajak bawak g DSH..KPJ Shah Alam, ada jer.tapi since biasa pergi DSH,kami pergi jugakkan...Masuk emergency ward ambik blood test, ambik temperature. Masa tu temperature is 38.8 terus masuk ubat dekat punggung.Tunggu about an hour untuk dapatkan result blood test, dapat result....white cell tinggi..dan bukan denggi.Senang cerita sebab viruslah.Yalah lama sangat batuk tak baik-baik manalah tak jadik port baikkk untuk virus-viruskan?So doc kata "check in"...muahaha...hati dah rasa bimbang.Mana taknya kenduri Aqiqah dia Sabtu ni...Huhuhuhuhu...orang dah di jemput, kambing dah order nasib baik tak sembelih lagik.Biasalah, kalau masuk hospital swasta ni memang tak tau bila keluarnya.Terus call caterer dan semua individu yang terlibat Sabtu ni cancel...Tunda minggu depan...Purgh gigil mak taw...Nasib baik ok..itulah kan manusia ni boleh plan Allah jugak yang menentukan. Sabar banyak banyak 
Thursday,21st March 
So masih lagi "vacation" dekat sini.Tak tau lagi bila nak balik.Doc decide cucuk antibiotik dekat kaki sebab Doc Razak xde untuk cucuk dekat tangan. Kesian..Mr Roy kerja.Takpelah... 
Friday,22nd March
 Still here..Mr.Roy kerja lagi hari ni.Hum.....Aku lah jaga lagik. hum (no wonder orang perempuan ni susah nak dapat kerja, asyik cuti jer kan.isk isk).Hari ni Doc Razak dah ada so dia ambik darah untuk tengok balik lepas dah bagi daily dosage of antibiotik tu ada changes tak dekat white cell count tu. Phurgh sebak dada tengok anak kene masuk jarum kot.Tapi sebab Doc Razak ni memang terer sekejap je dah jumpa uratnya. Tapi today is the most traumatic day for Adrian. Ni kira first timelah Adrian masuk spital.So maybe memang a bit trauma.Lepas dah ambik darah kena kejutkan pulak untuk nebulizer.Dia trauma sampaikan nak lelap atas dada.Takmo dalam baby cot.Nasib baik kami berdua ni tilam Vono tau. .Get well soon Adrian

Saturday, March 16, 2013

Adrian is six


Adrian is 6

Weight: 7.1kg

Height: 64cm

He turn six month now
  • Adrian now can turn sendiri, rasanya dah lama dia berusaha nak tergolek-golek sendiri, tapi bila tak dapat jer, mulalah nak marah kan.Now dia dah boleh dah golek sendiri tapi cukup malas nak meniarap.Huhu
  • He already start solid food last Saturday(09.03.2013),Mummy start with apple puree, but then we stop a while as we look into his skin yang dah naik semula ruamnnya.Mr. Roy kata, better wait for the allergic test result.Hum..
  • Not yet given the 3 dos injection at this point of time, also tak bagi lagi pneumococcal injection sebab dia still batuk-batuk.Worried of it coz dah lama sangat batuk.
  • Sleep pattern, is totally different from Zafran, he almost like every single hour akan bangun. It seems that he’s kinda memang type yang susah nak tidur.Already figure this out masa pantang hari tu, and hoping that it will turn better bila dia dah grown up a bit.Tapi until now, tak nampak tanda-tanda he is a good sleeper.But the good thing is now, dia tido dah tak bedung dah.Dulu terpaksa berbedung lilit bagai, sebab Adrian selalu dok garu-garu kepala.Kan hari tu he suffer with the eczema, so maybe dia rasa gatal sangat that’s why tangan tak boleh duduk diam asyik nak garu je.Bukan kata kanak-kanak, orang dewasa pun kalau gatal pun tangan dok menggaru-garu.Now, Alhamdulillah getting better and now dia dah tido freestyle.Hikhik
  • Dah pandai merajuk.kalau tak di angkat memang cepat sound bunyi ..uwakkkk..mintak supaya di angkat dan di dukung:)
  • Dia dah pandai nak gigit kaki da.Orang tua-tua kata kalau budak nak gigit kaki tanda nak dapat adik.Erk!! No lah. Adrian ni kami panggil Adik  :)
Apapun kami bersyukur that we have you my dear:)

Wednesday, March 06, 2013

Adrian dan Eczema

Sedih sedih bila lama kelamaan kulit anak Mummy yang gebus itu terkena satu penyakit kulit yang biasa di alami oleh kanak-kanak or bayi. Mummy and Daddy dah bawa Adrian ke KPJ Damansara untuk berjumpa dengan Specialist Dermatology Paed, Dr Marziah, tapi dah hampir sebulan takde apa-apa perubahan, malah bertambah teruk.Masa 1st appoinment Dr Mardziah bagi kami Physiogel untuk mandian dan pelembap.Termasuk Cream Cerradan dan juga Hydrocortison.Tapi memang non of it yang effective pada Adrian.

Pada asalnya eczema tu menyerang area kaki sahaja now dah nampak effect dekat muka pulak especially dekat pipi dan belakang telinga.
Apa itu penyakit Eczema?
Penyakit eczema adalah merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami oleh kalangan bayi terutama pada kalangan bayi berumur antara 2 – 6 bulan. Salah satu daripada jenis penyakit eczema ialah “Atopic Dermatitis.”

“Atopic” adalah merupakan masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal serta kemudiannya mencetuskan simptom “oversensitivity.”
Walaupun keadaan biasanya akan bertambah baik bila bayi mencapai umur 6 tahun, terdapat kemungkinan masalah penyakit kulit eczema berkekalan sehinggalah dewasa akan berlaku.
Meskipun penyakit ekzema bukanlah penyakit yang berjangkit, penyakit kulit ekzema masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan masalah keresahan dan ketidakselesaan kepada pesakit.

Apa faktor-faktor yang menyebabkan eczema ini boleh berlaku?
Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)

• Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis. Yes, Daddy memang ada sejarah kulit sensitive.

• Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress-Yang ni rasanya bukan punca untuk Adrian.

• Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.- Faktor yang ini tak pasti sebab now Adrian Cuma minum susu jer... tapi tak taulah sebab Mummy dia main belasah je makan itu ini kan

Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)

• Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.

• Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
So Friday 1st March, again Daddy and Mummy ambil cuti half day untuk hantar Adrian follow up dengan Dr Marziah di KPJ Damansara.Bagitau pada doc, yang dia memang tak sembuh pun, susah nak tidur malam, which is until at this time kami kena bedungkan dia waktu tidor sebab dia asyik mencakar sana sini.Habis berdarah-darah kepala.
Kali ni Dr Marziah ni bagi cream yang ada steroid, which is kuat sikit dari ubat yang sebelumnya ni. Dan jugak kami buat blood test untuk identified any food yang akan mendatangkan allergik pada Adrian.
Dr. Marziah macam cuak nak ambik darah Adrian, sebab katanya tangan Adrian ni gebusss, so nampak gayanya again kena dapatkan khidmat Dr Bius, Dr Razak untuk ambil darah Adrian.
Melalak-lalak Adrian masa kena ambik darah, tapi rasanya bukan melalak sebab sakit sangat tapi more to geram sebab kami bedungkan dia.Mummy tak candid gambar masa ni sebab tengah dok sibuk pegang tangan and kaki dia.Huhuhu.
Lagi 2 weeks akan dapat result blood test, we'll see ada tak apa-apa yang Adrian allegik with dan yang pastinya Mummylah tu yang kena pantang sebab Adrian still BF.Uwak...

Friday, November 23, 2012

Adrian two month (^-^) and sending him to nursery..

Adrian dah 2 bulan  (6th Nov 2012), tak sempat nak update entri hari tu sebab kami bergegas balik ke kampung. Tok Papa masuk hospital sebab demam berpanjangan dan tak lalu makan.Jadi kami baliklah ke kampung sekejap. So far Adrian dah dua bulan ni, perkembangannya ialah sebagaimana yang semua orang pun tau, baby 0-2 months ni dah pandai tersenyum. Adrian pun suka bersembang, kuat pulak suaranya tu.Peramah kot anak teruna ni.

Berat masa 44 hari tu 4.95kg, wah cepat je besar, and then bila dah 2 month ni berat Adrian sekarang 5.78kg.Sikit lagi je nak 6kg. Muka pun dah membolat maybe penangan susu cap gantung kot.Alhamdulillah. Setakat ni mummy follow schedule untuk imunisasi dan Adrian pun dah ambil 1st dose Rotavirus. Maybe next month plan nak ambil Pneumococcal injection pulak.

Mummy dah terpaksa hantar Adrian ke taska last Tuesday 20th Nov,huhuhu...so far taska ni Mummy and Daddy puas hati sebab ownernya nampak seorang yang hygienic orangnya.
Kalau anak minum 6 bottle /day parent kena provide 6 bottle tu..huhu..dia kata nanti takut cikgu tak sempat nak sterilize kan bottles tu.
Yuran pulak RM 350 and OT is about RM5/hour. Sedih betul pulak bila fikirkan nak kena hantar Adrian pergi taska and let outside people to take care of him.Tapi dah lumrah eik, kena bekerja jugak sebab ibu-ibu zaman sekarang ni kan superwoman, kena bekerja sebab pendapatan sebelah pihak je tak mencukupi untuk satu family. Apapun, Mummy doakan semoga Adrian sentiasa selamat walau di mana berada.:)

Sunday, November 11, 2012

1st journey and 1st hair cut for Adrian

It’S always first for everything. Sambutan hari Raya Aidiladha baru-baru ni merupakan yang pertama sekali di sambut oleh Adrian. Kami balik kampong Mummy di Gemencheh,Negeri Sembilan. Ini adalah perjalanan pertama yang agak panjang untuk Adrian, walaupun actually it just take around 2h 30 min je nak sampai ke kampung. Adrian boleh jugak landing dalam car seat, Cuma yang parahnya bila kena stop dekat traffic light tu, mulalah dia marah.Amboi. Lepas tu dia bukan jenis yang boleh lena sepanjang jalan macam Abang Zafran dulu. Tido sekejap dah bangun pulak.
Pada mulanya risau jugak Adrian tak boleh tido dekat kampung, tapi Alhamdulillah maybe sebab dia kepenatan, makanya dia tido nyenyak je.Purgh lega..Bunyi mesin rumput, blender or mesin kukur kelapa pun dia buat derk je.Cuba kalau dekat rumah, Abang zafran terbersin pun dia dah terjaga.Haru!!!


On Sunday, kami dapat call bagitau nenek saudara daddy meninggal, jadi kami decide untuk balik terus ke Sik Kedah.Imagine jelah dari Negeri Sembilan terus ke Kedah. Balik singgah rumah untuk mandi dan solat dan sambung terus.Purgh penat giler weh. Memang terus perjalanan yang sangat panjang.


Dekat kampung kami ambik kesempatan untuk buat 1st hair cut pada Adrian. Sayang betul nak potong rambutnya yang terpacak dan halus tu, tapi sebab kepalanya dah mula ada kerak kepala, jadi kami decide untuk cukur supaya senang nak buang kerak rambut tu. Tapi daddy pun tak mau cukur licin,so still ada lagik rambut-rambut halus tu:)


Before.Huhu sedeynya mummy masa nak bawak g kedai gunting rambut
Potongan pertama

Tak menangis pun.Cayalah
Finally..Almost finish


Thursday, September 27, 2012

Newborn Portraiture with Tales To Tell Photography

Minggu ni Adrian dah 3 minggu, eh cepatnya. Last week Saturday, mummy and daddy dah bawak Adrian pergi Jusco One Utama sebab Abang Zafran dah tak sabar sangat nak beli Ultraman.Lagipun Sabtu lepas jugak sekali lagi pergi DDMC untuk ambil darah nak confirmkan Adrian still kuning or not.Alhamdulillah Ok.
By the way, I'm not going to say about jaundice dear. Nak story tentang NewBorn Portraiture. Mummy sejak best friend dengan Pakcik Google ni sibuk blogwalking sana sini.Entah macam mana tetibe interested pulak nak ambil gambar newborn ni. So pencarian pertama bermula dengan satu website ni Azmir Khalid . Memang sangat canteks gambar yang di ambil.Check check profilenya sekali ternampak gambar Bella anak angkasawan negara tu, alamak dah boleh imagine harganya,Tapi takper, mana tau actually tak mahal, so dah tanya price, mummy KIV dulu.
Carik lagi dan akhirnya jumpa pulak satu lagi blog Lensa Mama ni. Price not bad, boleh tahan tapi mummy still KIV lagik.
And than it come masa raya hari tu ada lah flyers dekat postbox ni. Ada promotion RM 150.Wah terus bling bling biji mata, terus call and confirm.Suka :) Lagipun rupanya ownernya jiran satu lorong jer.Hum lagi senang.Tambah pulak bila mummy c-zer and over the budget so kira just nicelah.Haha.
So mummy and daddy agree nak ambil gambar Adrian with Tales To Tell dengan ownernya yang mummy panggil Sari.We discuss how it would be and our future intention nak buat album.Tapi kita ambil gambar newborn dulu.Sari kata the best if kita dapat capture gambar baby tu  less than 10 days sebab baby still tak banyak gerak. Tapi gambar Adrian hanya dapat di ambil masa dia 14 days sebab masa date yang di janjikan Adrian kena masuk ward semula sebab jaundice.
Sampai masa yang di janjikan, Alhamdulillah Adrian tak banyak ragam.
Here are some of the pictures yang raw aka segar dari ladang.Belum lagi mengalami proses editing.Tapi sebab anak mummy ni dah cukup handsome so kira cantekslah tu.

Ops tak boleh letak lebih-lebih, nanti ada plak yang call nak booking buat menantu.(Pengsan).
Sari tanya is there any sentimental value items yang mummy nak capture together with Adrian.Hum, mummy memang takdelah barang-barang sentimental ni.Cuma mummy memang teringin nak ambil gambar Adrian dekat almari, but since dia pun dah banyak gerak, ada jugak yang tergolek dari almari mummy nanti.
Nak ambil gambar Adrian dalam bakul yang macam orang selalu buat tu pun tak dapat jugak, sebab mummy pun takde bakul yang sesuai and fit with Adrian.Sari pun belum banyak collection lagi untuk newborn props ni.
By the way, gambar ni adalah gambar raw, masih belum edit, mummy pun pening nak pilih yang mana satu,banyak sangat weh.

Untuk yang berminat nak dapatkan services from Tales To Tell boleh contact Sari through FB Tales To Tell or hp:012-6036 330.

Thursday, September 20, 2012

Welcome to the world my dear

Perjalanan kelahiran anak ke dua memang agak mendebarkan. Bukan setakat masa nak bersalin, masa mengandung pun sama.Awal-awal pregnant pun dah suspend. Mummy terkena food poisoning ketika outstation di Sabah.Now kisah kelahiran baby yang kedua ni pun trigger by food poisoning.

Kisah Food Poisoning
Hari Sabtu 1 hb malam tu mummy dah start cirit birit, continue sampai hari Ahad. Cirit birit dan sakit kepala, sampai tak boleh nak bangun. Klimaksnya mummy muntah-muntah dan terus straight to clinic.Mummy bagitau doctor untuk check baby condition sebab rasa macam baby kurang gerak.Or sebenarnya mummy yang tak larat nak count masa tu. Doc terus buat CTG, degupan jantung baby laju sebab mummy dehydrated.Terus makan ubat tahan muntah, ambik air garam 2 cawan and doc suruh refer to hospital sebab takutkan condition baby.
Malam tu kami ke DEMC, tapi doc kat sana kata because condition mummy dah 39 weeks, kalau warded dekat DEMC, besar kemungkinan mummy akan bersalin dekat DEMC sedangkan mummy tak pernah check up dekat sana. So we turn back  to DDMC (Damansara Damai Medical Centre).Dekat sana doc takde, tapi monitor by nurse yang ada. Yang surprisenya ialah nurse nampak ada tanda contraction waktu buat CTG tu.Aik, mummy tak rasa apa-apa pun.So sebab baby dah ok, kami balik semula ke rumah.

Monday 3rd Sept 2012
We come back to DDMC untuk check up with Doc Kamal as per schedule.Doc kata baby condition so far ok,walaupun mummy kena food poisoning the day before. Tapi bila check CTG sekali lagi doctor dah nampak contraction every 10 minutes yang mummy tak rasa apa pun!! Doc Kamal seluk bahagian bawah untuk tengok bukaan, dah buka 2 cm.Tapi kami boleh balik sebab baru buka 2cm.

Tuesday 4th Sept 2012
Mummy dapat MC seminggu dari Doc Kamal.Bestnya duduk rumah tapi yang tak bestnya tak terdaya nak buat apa-apa.Sedang duduk-duduk tengok tv, terperasan kain batik yang di pakai macam basah.Eh air ketuban ke? Dok sms semua kawan-kawan tanya macam mana insiden if air ketuban pecah sendiri. So, ada kawan yang pernah experience air ketuban yang pecah sendiri bagitau, ia akan mengalir macam kita buang air kecil, tapi tak boleh nak di tahan-tahan.Malam tu, kebetulan Zafran pulak se;sema batuk so time ambil ubat tu mummy tanya dengan doctor.
Doc pun scan tengok content air ketuban.Still ok katanya.So what ever happened to me just now is not a sign.OK, dah puas hati dengan doc explanation, kami balik ke rumah.

Wednesday 5th Sept 2012
MC lagi, jadi berehat-rehat di rumah.Suddenly perasan ada macam lendir yang jernih bercampur dengan colour macam coklat-coklat sikit. Daddy terus cakap we need to refer to the doc.Kami pun siap-siap pack pakaian (just imagine baru nak siap bag? Mujurlah barang mummy and baby dah siap). Siap bawak toto sebab we have feeling macam kena admit je ni. So datang DDMC tapi sebab shift Doc kamal dah habis kami jumpa Doc Dayang.Doc cakap itu maknanya show or tanda.So dia seluk lagik, baru 2 cm.Contraction pun ada, tapi mummy honestly tak rasa apa-apa pun.Doc advice to stay one night dulu tengok macam mana.Almaklumlah ini anak kedua, so di khuatiri tercepat pulak keluar, dahlah jauh Shah Alam tu kan.So kami admit 3 beranak dekat situ.

Thursday 6th Sept 2012
The whole night kami stay dekat hospital, nothing happened. Tapi bila buat CTG, memang contractionnya kerap, sekali lagi Doc Kamal check memang bukaan masih 2cm dan kepala baby masih jauh dari laluannya, tapi contractionnya kerap sangat. Doc tanya our opinion macam mana. Nak tunggu or nak usaha induce ke? Sebab we don't know what happen inside.Scan cuma boleh tunjukkan yang kepala baby macam mendongak,that's why dia tak masuk laluan.
Mummy dah penat sebenarnya, to wait until due 10hb tu masih jauh, dan takut to take  a risk nak tunggu sebab contractionnya dah kerap. So we decided to induce untuk cepatkan bukaan.
1.50 petang doc masukkan ubat induce,so mummy dah start terbaring je atas katil. Time ni dah start call atuk dan nenek bagitau dah masuk ward.Berserah aje nie.Tuhan je yang tau macam mana perasaannya.Mummy memang nangislah sebab rasa macam susah je perjalanan kali ni, walhal mummy dah ikhtiar macam-macam.Uhuks.
By 6pm, nurse datang dan buat CTG sekali lagik, memang kekerapan tu dah tinggi and actually kalau ikutkan memang dah boleh keluar dah baby ni. Bila time dah dekat Maghrib, Doc Kamal datang check balik, and seluk lagi.Kali ni memang seluk dalam-dalam.Purgh sakit giler. Doc cakap kepala budak masih jauh, bukaan pun baru 2-3cm jer, tapi mummy cakap dengan doc, mummy dah sakit giler.
Doc Kamal tanya macam mana? Mummy  terus nangis and tanya dengan daddy.What to do? Sebab dah sakit sangat and there is no other way, akhirnya mummy pasrah dengan last option that we have, untuk c-zer.
Mummy cakap dengan doc boleh cucuk tak ubat tahan sakit sementara nak tunggu doc pakar bius yang dalam perjalanan.So doc bagi sikit injection.
Mummy memang nangis sebab takut nak kena belah and sebab kesakitan yang amat sangat.
Seumur hidup,Alhamdulillah tak pernah masuk hospital apatah lagi berjahit sana sini.Jadi ini adalah 1st time mummy masuk hospital untuk operate hidup-hidup (macamlah tak bius).

Pengalaman Operate
Masuk dalam Operation Theathre (OT) mummy di pakaikan tutup kepala tu (yang selalu tengok dalam drama tue). Doc bius dah sampai waktu mummy masuk OT dalam pukul 8.30 tu. Belum start apa-apa lagi,cuma doc and nurse sibuk prepare sana sini.Tak berani nak tengok sekeliling sebab psiko.Uhuks.
Doc bius suruh duduk sebab nak inject dekat tulang belakang.And bila dah baring dia suruh gerak kaki, siryes tak rasa apa pun.Maksudnya ubat tu dah startlah masuk dalam badan.Bius ni separuh sahaja, maksudnya kita akan still sedar.Tapi sebab tadi sementara tunggu doc bius datang, mummy dah ambik injection tahan sakit, jadi mummy sedikit lalok (Alhamdulillah). Terlelap sebenarnya sepanjang operation dan I'm avoiding myself to open my eyes sebab takut nampak itu ini. Walaupun covered, but actually kita boleh nampak dari pantulan dekat lampu besar tue.

Bila baby dah keluar, cuma dengar suara, doctor kejutkan untuk suruh tengok baby, jantinanya.Mummy angguk, masa tu sebab dah terjaga jadi mata dah melilau dan terus ternampak bukaan perut dekat pantulan lampu tu.Auw ngeri.Apesal lah boleh ternampak pulak nie, terus tutup mata balik. Bila dah selesai, nurse kejutkan bagitau dah siap, tapi hairan coz tangan still shacking.Rupanya itu kesan ubat bius tadi.Itu yang dok menggigil jer.

Keluar dari OT memang rasa tak bermaya sungguh.Tak sempat tengok baby sebab baby di asingkan dekat bilik lain.Daddy snap gambar dan tunjuk pada mummy.Hum copy and paste muka abang Zafran cuma warna rambut je lain, sebab Abang Zafran rambutnya perang tapi yang ni hitam pekat. Macam anak cina, anak jepun pun ada jugak mummy tengok.

Masa ni tak sakit lagi sebab ubat bius ada lagi, tapi bila ubat biusnya dah hilang, dah start rasa sakit, nurse bagi injection lagi untuk reduce the pain. Masa tu lebih kurang pukul 3.30 pagi nurse datang inject.Pagi tu nurse datang lapkan badan dan tukarkan pad, nurse buat semua sebab masih lagik di pasang bag untuk air kencing tu.Dengan tangan ada drip dan bag kencing, Zafran pun macam memahami and simpati.Siap usap-usap kepala mummy lagi.
He now big enough to understand, nasib baiklah dia boleh faham.
Experience bersalin secara c-zer ni belum berakhir lagi.Kena buat post lain pulak sebab panjang sangat ceritanya:)
Apapun, kesusahan dan kesakitan yang di alami oleh mana-mana ibu di seluruh dunia adalah satu pengalaman yang tak boleh lupa.Tapi sakit tu hilang bila tengok wajah anak yang chomey itu. Welcome to the world my dear:)

Saturday, September 15, 2012

Buah Hati Baru

Assalamualaikum..
Saya adalah insan kecil yang baru menjengah dunia ini dan merupakan buah hati baru mummy, daddy dan abang Zafran.Saya dilahirkan oleh ibu saya di Damansara Damai Medical Centre pada 06 September 2012 tepat jam 9.24 malam. Saya di lahirkan secara emergency operation dan di sambut oleh Dr. Kamal Bahrin.
Kenapa saya di lahirkan secara emergency operation? Nanti mummy saya ceritakan.
Lahir dengan seberat 3.3 kg dan panjang 55cm, saya agak berat sekilo dari abang saya:).
Semalam mummy and daddy dah register nama saya di Pejabat Pendaftaran Negara Kota Damansara.
I'm offcially Zarith Zafriel Adrian Bin Mohd Hazrul Zarizi.
Semoga saya akan menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti dan beramal soleh dunia dan akhirat.
Amin.