Showing posts with label Chef At Home. Show all posts
Showing posts with label Chef At Home. Show all posts

Monday, April 01, 2013

Ke arah pemakanan seimbang

Mummy yang teruja. Seiring dengan ketuaan (baca betul-betul) ni, aku dah mula sedar dari lamunan eceh…Haip cerita betul-betul boleh? Okey macam nie.Lately ni aku punya semangat Kemummyan makin meningkat.Rasa macam nak bagi semua yang terbaik untuk anak-anak..Bila makin banyak membaca, baru realize yang banyak kekurangan selama ni.
Macam aku cerita sebelum ni, aku tak tau pun 4 days rule masa nak introduce solid food to baby.Aku main belasah jer dulu. Dan aku pun tak tau aku boleh jimatkan masa dengan puree preparation. Homemade cooking memang ada aku buat jugak.Bubur bodoh-bodoh jelah.
Bila Zafran dah besar aku bagi je makan.But aku tak pernah bereksperimen towards his food..Aku tak pernah tengok balance tak protein ke sayuran ke buah-buahan ke. Aku tak pernah deco food cantik-cantik dekat Zafran masa tu.Huhuhu..sedihnya bila di ingat-ingat balik..
Blogwalking telah menyedarkan aku bahawa banyakkkkk kekurangan aku selama ni. Yang lepas biarlah lepas, now bukak buku baru. That’s why masa Adrian ni aku memang a bit more memilih and lebih more interested nak give the best as what I can. Maybe still not too late for Zafran kot.
First thing, aku masuk forum dalam FB: Homemade Solid Food For Baby (walaupun kekadang ada yang over but sometime the content is good too). So from there aku belajar how to prepare puree, what food yang boleh di berikan kepada baby according to age.How to stock our puree and so on.
Then I bought a book, yess it’s inspired me to work harder to give the best. Teruja is all I can say.
My next step is to collect bento set yang chomey-chomey and kawaiiiiii gitew. Aku akan CUBA untuk merajinkan diri buat food deco macam ni even aku bukanlah kreatif sangat orangnya. Tapi aku akan belajar.Ya akan belajar.Doakan Mumy Queen ya.


Monday, March 25, 2013

Adrian turns 6 and first solid food

Adrian is 6 !!.Macam biasa, bila anak dah masuk 6 month, maknanya dah boleh makan.Yeay..sukalah Mummy bereksperimen itu ini.Ahaks!!! Mummy dah beli bekas makanan yang canteks dan hygienic tau (coz spoon boleh tutup gitew).
So , last few days before tu Mummy sibuk mengoogle about baby food.Almaklumlah dah lama takde baby kan.Wink.Than I find out one thing, which is kalau baby mula-mula makan ni jangan terus bagi bubur, start dengan puree dulu.and try the same food tu 4 days.Reason is easy to find out kalau makanan tu akan menimbulkan allergies to the baby and also takut kalau dia susah nak poopoo nanti.Aish, masa Zafran dulu rasanya Mummy tak buat macam ni pun.Huhuhu.

Wokeh, thinking about Puree, hum what will be Adrian first food? Puas fikir-fikir.betik? epal? Pear? Hum.Than it cross my mind Kurma.Hum Makanan sunnah Nabi kan.Why not? So I decided for Kurma with Kismis.Tapinya aduhai susah betul nak mencari kurma masa musim bukan bulan Ramadhan ni. Mummy at last beli epal and thinking of to start with Apple Puree. Sebab bila di fikirkan balik, masa upacara tahnik hari tu dah bagi kurma kan.So kira oklah
Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).

• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.

• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 - 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.

Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).

2. Lenyekkan atau blender buah.

3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.

Kalau buat dalam kuantiti yang banyak simpan dalam bekas kecil-kecil dan frozenkan.Tahan untuk seminggu.


Monday, July 30, 2012

Lapis Cheezy Dessert Berbuka.Nyum nyum



Yeay Alhamdulillah, akhirnya menjadi jugak projek Chef At Home semalam.Chef lah sangat sebab buat dessert je pun.Apakan daya kaki tak berapa nak larat kan? Sebelum tu memang ada terpikir-pikir nak rasa Lapis Cheezy, so nekadkan hati lepas dapat gaji beli cream cheese and whipping cream.Akhirnya, tada..tak buat dalam bekas canteks sebab takde bekas yang canteks pun, just bubuh dalam cup, dapat juga balas juadah iftar yang jiran bagi.
Sebenarnya dessert ni sangat mudah disediakan, Meh nak share resepinya yang di ambil dari Blog Masam Manis.

Bahan A



2 bungkus biskut marie perisa coklat (beli sebungkus je pun)
500 ml susu segar,dipanaskan (aku guna sedikit je pun~ around 200ml, sebab susu ni untuk celup biskut Marie jer)





Bahan B


500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)

1/2 cawan gula halus

Bahan C


100 gm Non Dairy Whipping Cream (belasah guna je Dairy Whipping Cream and tambah sikit gula)

Filling- semalam letak buah kiwi dan juga satu version lagi letak blueberry filling
* untuk filing ikut citarasa masing-masing


CARA-CARA:
1.Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream
2.Pukul Non Dairy Whipping hingga kental

3.Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata

4.Masukkan adunan dalam piping bag untuk memudahkan kita melapis
5.Panaskan susu segar, padamkan api.
6.Dalam bekas kaca, letakkan satu lapisan cream cheese

7.Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( 1 saat sahaja ) dan susun dalam bekas lapiskan semula dengan cream cheese

8.Letakkan filing yang disukai dan teruskan melapis berselang seli hingga habis

9.Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras

10.Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati


memang sedap sebab terasa cheesenya..hum sesuai untuk tambahkan berat badan :)

Friday, July 27, 2012

Yang ku mahu

Bulan Ramadhan kali ni mencabar dari kebiasaan sebab kali ni preggy.Mula-mula khuatir jugak takut tak boleh bertahan, tapi Alhamdulillah setakat ni masih bertahan, cuma kena bersahur (selama ni shequeen ngan roy memang malas bersahur). Itupun ada jugak 2 hari daripada 6 hari ni kami terbabas dan tak bersahur, pun masih boleh bertahan.Cuma kepala pening-pening lalat sikitlah kan.
Petang balik dari P2 pukul 5.30 dan dengan gunakan LATAR dan Guthrie dapat sampai rumah around 6.45 macam tu.Sempat jugak sengseng lengan baju memasak sikit-sikit since rasanya masakan kat Pasar Ramadhan a.k.a param idoklah sedap mana.
Bila dah memasak, badan pun sakit-sakitlah kan.Itupun nasib baik daddy tolong.Kalau tau mau kejung urat sebab sekarang tak boleh berdiri lama-lama.
Sangat suka kalau dapat sediakan juadah Iftar especially dessert (owh my peberet). Antara dessert yang tak pernah buat dan teringin nak buat and teringin nak makan especially before berpantang ni ialah:

1. Lapis Cheezy
Selalu sangat selongkar blog masakan membuatkan ku terliur dengan dessert ni. Tak pernah buat, tapi tengok dalam kelasa-kelas masakan pun ada gak course ni tau. Tapi sebab sendiri makan, so try and error jelah kan.Bila nak buat ni? Nyum nyum

Tempek gambar dari blog Masam Manis. Terujanya nak buat

2. Puteri Mandi
Mandi manda bersama tuan puteri.Kuih ni sebenarnya sangat senang nak di buat.Sebab gentel  je adunan tepung pulut tue. Tapi nak membuatnyalah kan. Lepas tu kalau nak sedap kena tambah dengan kelapa muda yang di parut.Tapi pada pendapat aku tak payah letak pun takpe.Tetap sedap di tokak den.
Ni pun dari blog Masam Manis jugak.Terer ar akak ni membuatkan mulutku terasa-rasa nak makan.

3. Manggo Panna Cotta
Taklah berapa teringin sangat, tapi since pernah order Gelatin halal hari tu dan tak berpakai lagi, so rasanya nak mencuba juga buat.So far tak pernah buat pun.Cuma jamu mata jer dekat blog or buku resepi.


4. Badak Berendam
Hum aku pun boleh jadik badak berendam sebab saiz sama kot.Muahahaha.Gelak besar-besar. Yang ni memang tak terniat nak buat, terniat nak beli jer, so daddy please find this kuih for me. It's difficult to find melainkan waktu bulan puasa je,

Ni gambor tempek dari pakcik Google.

Sedapnyalah kan, masa bulan puasa ni makan yang manis-manis dan sejuk.Nyum nyum.Hopefully boleh meet target nak makan / buat dessert-dessert ni kan.(^_^)

Monday, May 07, 2012

Pavlova yang sungguh so sweet..Mini version

Pernah makan? Pavlova ini memang secara umumnya bukanlah kuih traditional Melayu.Nak menyebutnya pun dah ala-ala tergeliat gusi.Ramai yang memperkatakan tentang dessert ini.Malaysia ni memang terbuka bab-bab makanan ni.Menerima menu orang luar seadanya.
Jadi tekak mula menyebut-nyebut.Tangan tak sabar-sabar dan pegang mixer, maka ku cari bahan-bahan untuk membuatnya.Semalam hari Ahad hujung minggu yang indah, operasi di mulakan.

Pastikan ada bahan-bahan seperti di bawah:
4 biji putih telur
160gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla

Untuk topping
200ml whipping cream
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar gula castor
Buah-buahan yang masam (kiwi,strawberry)

Cara nak buat mudah aje:
1. Pastikan putih telur di putar dengan kelajuan yang tinggi. Sambil putar boleh masukkan sedikit demi sedikit castor sugar tu. Masukkan juga esen vanilla
2. Putar sehingga bertanduk (bila terbalikkan mangkuk tu isinya tak terbalik), kemudian tuang di atas baking sheet yang dah disediakan atas dulang pembakar.Design ikut suka sebab tiada rules dalam decoration pavlova ni.Kali ni buat yang kecil kecil a.k.a Mini Pavlova.
3. Bakar dalam oven 120c selama satu jam.Lepas masak tinggalkan dulu selama lebih kurang 30 min.Sementara tunggu pavlova di bakar, pukul bahan-bahan untuk topping sampai kental.
4. Selepas selesai , hiaskan dengan topping dan juga buah-buahan. Disebabkan memang tak creative,inilah hasilnya.Tidak mengapa sebab untuk tokak den dan ahli keluargo jer. ;)
Gambar yang di tempek dekat bawah ni hasil tangan orang lain ya.Purgh..Tapi apapun berbangga dengan hasil tangan sendiri ok.Siapa pun anda sila berikan ucapan tahniah untuk diri sendiri atas daya usaha dan kerajinan.(mode:pujuk diri sendiri)

Friday, April 20, 2012

Baldu Merah ku itu

Hah, entah kenapa memang peel ku ini setiap kali pregnant keinginan ke dapur membuak-buak. Setelah mencuba Tiramisu edisi khas birthday adik, kali ini tekak terasa-rasa nak makan Red Velvet. Pertama kali mencuba, maka resepi dan segala tunjuk ajar yang di terima masa ambik kelas Basic Cupcake tu kononnya nak applylah ni.
Maka pertama sekali bila nak buat kenalah pastikan bahan-bahan nya ada.


So mula-mula pastikan ayak tepung superfine ni bersama-sama dengan serbuk koko.Bahan asas seperti marjerin (113g) dan gula hendaklah di putar bersama-sama. Mengikut kata Puan guru gunalah marjerin yang dalam tin sebab kandungan airnya lebih tinggi.Kemudian bila dah sebati masukkan telur satu persatu.

Sediakan buttermilk (240ml susu campur dengan 1 sudu kecil cuka) kemudian satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.

Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk.
Kemudian masukkan pula 2 sudu besar serbok koko ke dalam mixer tu.Di dalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat (1 s/k) dan juga satu sudu kecil cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. Masukkan pula pewarna yang sudah pastilah merah, nama pun Red Velvet kan. Kali ni guna Bright Red.Esen vanilla jangan dilupakan letak dalam 1 sudu kecil sahaja.


Ha dah warna merah nyah. Tuangkan ke dalam cup yang disediakan, anggaran jelah 2/3 dr bekas tu. Kemudian bakar dalam oven selama lebih kurang 20-25min. Make sure sebelum cupcake tu di masukkan dalam oven, oven tu memang dah di panaskan dulu dalam 20min.
Sementara tunggu cupcake tu masak boleh pulak buat cheese frostingnya.Senang je sebab hanya mix kan cream chese(125gm) dengan butter (1/2 cawan) dan juga icing sugar (1/2 cwn).Blend sampai lembut.Nyum nyum..

Kemudian decolah cupcake and..huhu.Disebabkan dekat kabinet den ni takde lagi sebarang bentuk nozzle pun.Maka begini jelah hasilnya.

Next time nak try deco cantik macam ni pulak.Eh cake stand ni takde dalam koleksi I lah.Cheh masuk dalam item mesti beli lah ni:)







Tiramisu oh Tiramisu

Sebenarnya entry ni dah lama tersimpan dekat folder draft. Masalah problemnya ialah kehilangan kabel kamera.Kenalah masukkan gambarkan walaupun gambar yang di ambil idokle secantik mana kan? Eh macam kene beli kamera baru yang kalau gantung kat leher boleh membongkok 45 darjah ke depanlah..
Sebenarnya (lagi) entah kenapa tetibe keteringinan nak makan Tiramisu membuak-buak, tapi nak yang homemade punya.Terus sahaja menggunakan khidmat Pakcik Google untuk dapatkan resepi yang baek punya. Godek punya godek resepi yang di rasakan sesuai dah mudah untuk di buat.Jadi Sabtu hari tu (7.4.12) decide untuk mencuba.

Mula-mula kena campurkan 250gm Marcarpone Cheese, 250ml whipping cream dan 1/2 cup gula. Pukul sehingga kembang. Mascarpone Chese di jual dengan harga RM21.90 dan whippng cream dalam anggaran RM7.00 sekotak kecil.
Inilah rupanya mascarpone dan juga whipping cream tu.

Dalam resepi asal perlu masukkan telur dalam 4 biji, tapi memandangkan resepi ni takde kaedah memasak, jadi rasa khuatir pulak ada bau hanyir telur. So I decided tak masukkan telur. Ini kiranya derhaka pada resepi ni.
Pukul sehingga kembang.


Sementara Cik Mixer menjalankan tugasnya, rendamkan Biskut Lady Finger ini di dalam bancuhan Kopi/Nescafe pekat. Biskut Lady Finger ni harganya di LMC RM9.90 tapi di Bagus harganya RM 9.30.Rendamkan sekali lalu sahaja.Kemudian susunkan secara berjemaah di dalam mangkuk pilihan hati.

Ini pula lady finger yang memang di gunakan untuk buat tiramisu ni.


Selesai blender adunan cheese tadi hendaklah di sapu di atas lapisan Lady Finger tadi. Selesai layer pertama dan dah susun secara berjemaah, maka sapukanlah layer cheese tu dekat saf yang pertama.

Ini adalah basenya, lapisan pertama.

Sapu jangan tak sapu. Ulangi susun lagi lady finger di layer yang kedua dan tutup lady finger tu dengan campuran cheese yang telah di putar tadi.
Akhirinya dengan serbuk koko yang telah di ayak.Sejukkan selama lebih kurang 4 jam sebelum boleh di nikmati bersama.Inilah kali pertama buat Tiramisu.Seronoknya buat Tiramisu ni sebab masa membuatnya sangat cepat dan Zafran suka; daddy pun puji. Dua kali buat (Sabtu untuk bagi pada adik sempena birthdaynya dan Ahad: bawak ke office). Yang tak tahannya officemate cakap macam kek dekat Secret Recipe..Jangan jeles..Terbaek...
Ops seperti yang di jangka, finishing memang tak ambil gambar sebab dah gelojoh sangat masing-masing.