Happy Birhday abang zafran...lambat tulis lambat publish..birthday Zafran kali ni di bulan Ramadhan and since dia dah besar ni takkan nak celebrate panggil clown bagai kan? Maka sambut secara sederhana.Dia pilih nak makan Fish n Chip and Daddy suggested Fish n co kami pergi dekat Paradigm Kelana Jaya. Kat sini hidangannya mirip Manhattan Fish Market tapi i tell you lagi sedapppppp dari MFM..sapa tak pernah pergi maka silalah pergi try.
Selamat ulangtahun Zafran..semoga Zafran akan berjaya di dunia dan akhirrat..panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki.Aamin
Showing posts with label Event and Celebration. Show all posts
Showing posts with label Event and Celebration. Show all posts
Saturday, July 25, 2015
Zafran turns 8
Sunday, November 03, 2013
Happy Birthday Mr. Roy
Birthday Daddy 3rd November.Tapi biasalah lambat sikit menghapdatenya. Kali ni giliran Mummy lak kena belanja dia.Kami ni dah lama tak bagi-bagi hadiah ni.Sebab siryes tak tau nak bagi apa.Benda-benda standard macam wallet ke, baju ke, agak susah nak beli sebab taste Mr Roy ni lain sikit.So lebih baik penuhkan perut, bukan setakat dia yang kenyang, dengan den sekali kenyang.Suko den.Hihi
Daddy kali ni pilih nak pergi Swensens, teringat pernah makan dekat Airport katanya.Mummy ok ajer.No problem.
Kami pergi dekat Swensens Subang Parade, tak banyak outlet cuma ada dekat Ampang and Subang Parade jer.
Compare with Friday's or Chilli's, Swensens ni more to family leisure. Ada tempat untuk anak-anak main and the outlet also quite spacious jugak.
Mummy pilih Fish Baked Cheese, RM 17.90 entah kenapa pilih mungkin sebab nampak cheese macam sedap jer.Memang sedap tengok cheese melimpah ruah, tapai alahai tak boleh nak makan banyak sangat weh.Kenyang.
Lepas tu nafsu -nafsi order pulak Creamy Mushroom harganya RM 12.90. Reason order sebab pernah tengok Qhi makan dalam Jalan-jalan Cari Makan.Hehe.Rasanya memang sedap tak macam Mushroom Soup Pizza Hut ar.Ni macam rasa homemade style tau.Siryes kalau korang pergi sini tolonglah order.
Daddy order simple je Swensen's Combo harganya RM 24.90. So it's actually combination banyak jenis ada shrimp, fish fillet jugak.
Adik Hanim, my SIL ordered Beef Stroganoff Baked Rice RM 17.90 harganya. Sedap jugak ada rasa black pepper sikit-sikit. Tapi still big portion jugak tu.**aish mana gambo da
Anak bujang yang sorang tu nak Mozarella Cheese Stix macam kat TGI Friday. Hehe orderlah dekat dia in one bowl ni harganya RM15.90. Sedap jugak , cuma rasanya dekat TGI Friday lagik sedap kot.Yang penting time gigit tarik meleleh-leleh cheese ok.
To end up the session orderlah ice-cream.Kasi sejuk sikit perut tu.Kalau ikutkan dekat Swensen's ni memang best-best dessertnya.Cuma yang tak tahannya tengok pricenya alah dah boleh sama dengan sepinggan main course dish.Tapi kalau nak cuba apa salahnya.
In overall, the concept is more to family concept, you know what I mean. No liquor, and suasana dalamnya pun cosy and friendly.
Food: ///
Price:////
Ambience: ////
Will come again? Yes :)
Labels:
Event and Celebration,
Food Adventures
Thursday, October 17, 2013
My Birthday :)
12 Oct ....My birthday;) One year older.Harapnya walau tua tapi masih tetap cantik (eh cantik ke).Ting tong!!! Whatever!! Usia berganjak, harapnya akan lebih bersyukur dengan segala yang di kurniakan Allah sekarang (ini sebab diri sendiri suka mengeluh di sana sini).Ada orang lain yang lebih susah dari aku...ingat tu..
Di umur ini Alhamdulillah, ada kenderaan sendiri walau tak mewah mana, ada rumah sendiri walau hanya umah tengah tidak berlaman apatah lagi berkolam, masih punya pekerjaan walau hanya executive macai, punya keluarga yang menjaga satu sama lain, yang pastinya anak-anak yang comel dan menghiburkan walaupun kadangkala ribut jadinya. Alhamdulillah Ya Allah.
Doa untuk diri sendiri semoga Allah panjangkan umur, di tambahkan rezeki dan semoga aku menjadi manusia yang berguna di dunia dan juga akhirat kelak.Amin
Sambutan serba sederhana bersama keluarga terchenta:)
Labels:
Event and Celebration,
shequeen
Sunday, September 22, 2013
Happy 1st Birthday
Assalamualaikum semua
Lama dah tak bersiaran.Banyak nak story tapi tersangat bz.Hukhuk.Sadisnya.
Lama dah nak tempek story birthday Adrian baru-baru ni. 1st birthday hokey.Alahai dah bosar anak omak ni rupo eik. It's like a tradition to us yang birthday anak sure nak sambut.Especially first birthday, rasa tak reti pulak nak celebrate berdua or bertiga je sebab rasa macam tak meriah pulak.Sebab birthday anak kan..Kalau birthday mak bapak takperlah kot.Tapi tulah dalam pada kekangan budget tu kami teruskan jugak nawaitu sebab niat sekali nak buat merangkap open house Raya.
Mummy tempah garland and food tent dari Gifted dan cake pulak dari preetysmallbakery. At the first place tak niat pun nak ada theme ke apa, tapi member tu suruh think something senang nak design katanya.And she suggest plane theme and terus agree.
Cake pulak memang nak order cake no 1 dan ada figurine on top of it.Alhamdulillah boleh jugak tokey cake ni buat;)
Thank you pada all families and frenzs yang hadir memeriahkan majlis.
Doa Mummy and Daddy semoga Adrian akan menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
Semoga anak syurga ini sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.
Labels:
Event and Celebration,
Zafriel Adrian
Monday, August 12, 2013
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013
Salam Aidilfitri buat semua.Kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir dan batin.Alhamdulillah tahun ni kami berpuasa dan berbelanja serba sederhana.Anak-anak lebih di utamakan, mak and bapak budak pakailah apa yang ada..raya pertama jelah sedondon...Tahun ni dengan segala kuasa yang ada Mummy decide tema turqouise blue.Hihi..Ceria sungguh rasanya.Baju Daddy and anak teruna tempah as usual and baju Mummy dekat PKNS jer.
Raya tahun ni over sederhanakedekut cuma beli sejenis je kuih raya.Itupun sebab last year tak jumpa kuih tu. Sadis betul.Sebab every year tak habis dan sayang beli mahal-mahal asyik di buang di tong sampah jer. Tahun ni giliran di Gemencheh, Negeri Sembilan pastu baru ke Kedah on 2nd raya.Almaklumlah kali ni cuti pendek je coz Mummy baru je pindah new co kan. Apapun selamat hari raya semua.Mohon maafkan segala salah silap kami.Jemputlah datang ke rumah :)
Raya tahun ni over sederhana
Thursday, June 27, 2013
Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Adrian
**Ops ini adalah entry yang lama tau**
Adrian is 6 month masa kami buat kenduri Aqiqahnya. Kenapa lambat? 1st sebab nak tunggu duit bonus dulu which is end of December hari tu. Kalau di takdirkan dia lahir normal, memang terus proceed masa cuti sekolah December lepas, tapi since dia lahir c-zer and we have used a lot of money, so we plan to be delay a bit.
Dok plan nak buat on Jan or Feb, aku ni sibuk pulak dengan Survey sana sini.Uish memang penat sungguh, mana lagi nak buat kenduri pulak kan. So decide ar bulan march, cuti sekolah, cantik jugak tu since In law and kaum kerabat Mr. Roy majoritynya cikgu kan.Moleklah tu. Tapi dengarnya end of march maybe ada election.Erk!! kalau ada election, siapa pulak nak datang kenduri ni kan?So pause momentum kejap.Tapi dalam masa yang sama teruskan jugak nawaitu nak order Yassin yang ada tempek muka Adrian.
Tapi rupanya nasib tak menyebelahi Malaysia untuk buat pilihanraya March tu, maybe ada factor-faktor yang menyebabkan ianya delay sedikit kan.Takpelah, so early of March hari tu kami terus tekan butang hijau and ON..
Mujurlah dah order Yassin, settle satu perkara.Personalized Yassin ordered from ex-schoolmate.Boleh usya dekat FB: Gifted. Jugak masa bershopping dekat Ikea hari tu, aku dah sambar siap-siap hand ke face towel ntah kat situ, sebab colour dia memang matching dengan apa yang aku nak kan so terus aku rembat.
Ni hasilnya aku beli sendiri paper bag ni, wah nawaitu asal nak DIY paper bag kot…tapi tak sompek. Terus beli je and aku add with polka dot riben untuk naikkan seri and sinonim with our theme.
Talking about the theme, I decided our theme to be turquoise+ white+silver. Since last year takde baju raya baru, jadi Mr. Roy and Zafran pakai baju yang sama masa kenduri kahwin in law dulu.Aku?? mana boleh pakai baju sama.Muahahahah..terus mak beli baju baru kaw…
Actually the date of the event should be on 23rd of March, tapi nak di takdirkan cerita few day sebelum Majlis Aqiqah tu berlangsung sang putera pulak masuk hospital. Haru biru di buatnya terus call semua orang bagitau postpone ke new date 30.03.2013.Huhuhu. Nasib baik sempat:)
*** Kambing Golek and Catering***
Mr Roy tolong uruskan hal kambing golek, catering and khemah. Sebab Mr. Roy lebih mengetahui hal hal kambing-kambing ni sebab dia memang makan kambing.Shequeen tak makan kambing meh. Seekor kambik golek ni cost around 1K++.Served with 4 choice of sauce and salad. Mr. Roy tambah garlic bread which cost around RM 70.Tapi malangnya Garlic Breadnya tak sampai di hari kejadian..Lupa plak katanya.Huhu
Kambing Golek ni, Mr. Roy order from kambinggolek.com
Kalau ikutkan orang-orang yang makan kambing bagitau yang kambingnya sedap, mula-mula ingat nak juga cipta sejarah nak makan kambing buat PERTAMA KALI dalam hidup, tapi sedang jer ambik kambing tu tetiba Adrian melalak nak susu.Terus padam sinar cahaya nak makan kambing tu tau.
Untuk catering pulak is the same catering yang kami ambil masa Aqiqah Zafran dulu. Sebab ramai yang puji Kambingnya sedap.Briyani Kambing ler tue.So we repeated the order this time.Boleh place the order pada Pakcik Johdi at 016-2610971.Lupa da nama cateringnya apa.Huhu
Kuih muih sumbangan family.Diri sendiri pun gatal jugak order talam dari House of Talam.Boleh pergi FB nya untuk tengok sendiri hasilnya.Ownernya kawan den tau.memang sedap-sedap talam yang dia offer.Aku order Talam Roti Paun,Talam Cendol and Talam Serimuka Durian.Tamak tau
*** Candy Buffet***
Aha, ini ialah Candy Buffet table.Eh buffet lah sangat pulak kan? Which is aku lah tu yang teringin nak buat.Puncanya entah macam mana masa blogwalking hari tu aku terjenguk blog Red Mummy, dok story yang masa Aqiqah anak dia memang ada Candy Buffet Table ni..Dia punya sponsor kot..Huhuhu Yang aku ni poket sendiri kan? Hohoho. Aku google jugak nak get info sapa yang boleh provide service ni.memang banyak, yalah dah macam trend kan sekarang.Tapi aku fikirkan, macam nak buat sendiri jer (budget banyak masa lah tu).
Bila Google looking at the price offered I feel like a bit expensive. So terdetik dalam hati baik aku buat sendiri.Huhuhu.
So mulalah aku planning everything, sampailah kepada how to setting the table. Sketch lagi tau.Takut juga tak menjadi kan sebab baru first time nak buat.
Tapi pejam mata dan bulatkan tekad. Tapi of courselah hasilnya tak seberapa kan? Yalah kekangan barangan lagik. So inilah hasilnya my DIY Candy Table (takutnya nak guna word Buffet).Wokeh kan for a beginner?
Kalau ada sesapa yang nak service aku yang tak berapa nak service ni, please let me know yah…Love it beb…Seronok dan puas rupanya bila buat benda-benda ni.
*** Buaian Berendoi dan marhaban***
Ini Buaian Berendoi.Hum talking about berendoi ni, memang sesuatu yang asing bagi aku sendiri, sebab dalam family aku kami tak pernah berendoi-endoi ni.Sebab ni more to adat kan.Tapi bagi family Mr. Roy yang sebelah Utara ni, memang standard kot bagi derang, walaupun actually aku tak pernah pergi any of kenduri Aqiqah derang, tapi berdasarkan cara MIL cakap macam derang ada buat.
Because as far as I can remember, previously masa Zafran dulu, they eager untuk buat kenduri Aqiqah tu se awal-awal yang boleh.Yalah nak berendoi ni memang kena baby yang keciklah, kalau dah setahun macam Zafran macam mana nak berendoi.Tapi time tu duit tak cukup, so we hold the kenduri sampailah Zafran dah umur setahun. Now this time I try to fulfill lah their niat kan..(even it use my own money)…Takperlah, both side happy kan..
So untuk itu aku cuba mengoggle di sana sini mencarik buaian idaman hati walaupun bukan aku yang nak naik pun,Tapi asalkan sedap di mata aku..Aku tak suka sangat bunga-bunga ni if untuk boy.For me it doesn’t suit at all.Google around sana sini.Mak aih Mahallllllllnya. Kalau ikutkan hati memang tak mau ar pasang endoi ni, tapi since dah fikirkan takpelah, why not this time.Telan air liur jer.
Source: Buaian Cradle. This is my choice Aku suka designnya yang simple.Nampak eklsusif gitu.,Takde bunga-bunga sangat sesuai untuk anak lelaki.Berminat dengan Package 2 which is around RM 450 lagi tapi tak masuk lagi kos pengangkutan.So aku downgrade sikit ke package 1.yang ni harganya RM 300 tak termasuk delivery cost.Aku ambik jugak package ni dengan baju melayu sekali.Dah alang-alang kan.
Chomey tak sang Putera pakai baju melayu siap tengkolok gitew.
Package yang paling superb is yang Tinkerbell tu, purgh memang cantik gila.Dekat RM 900 tu harganya.Purgh, ketaq lutut weh.tapi ada jer yang ambik package ni tau.
Source: Buaian Cradle. This is my choice Aku suka designnya yang simple.Nampak eklsusif gitu.,Takde bunga-bunga sangat sesuai untuk anak lelaki.Berminat dengan Package 2 which is around RM 450 lagi tapi tak masuk lagi kos pengangkutan.So aku downgrade sikit ke package 1.yang ni harganya RM 300 tak termasuk delivery cost.Aku ambik jugak package ni dengan baju melayu sekali.Dah alang-alang kan.
Chomey tak sang Putera pakai baju melayu siap tengkolok gitew.
Package yang paling superb is yang Tinkerbell tu, purgh memang cantik gila.Dekat RM 900 tu harganya.Purgh, ketaq lutut weh.tapi ada jer yang ambik package ni tau.
Source: Baby N Me. Okey yang ni aku dapat information daripada blog wanita yang femes emesh tu Red Mummy.memang cantik, coz buaian dia tak macam buaian..hum how to say eik? It’s kinda bentuk dia lain sikit ar.Ni pun pada aku yang kurang berkemampuan ni rasa gak mahal ar.
Source: SI Manja berendoi.Ok yang ni pun aku ada buat comparison jugak.As for me, dia memang ada offer package yang murah around RM 200+ yang paling murah if tak silap.Tapi..tapi..tapi since aku duduk jauh di Shah Alam and the owner is from Semenyih aku kena ambik paling minimum pun RM 350 tak termasuk delivery cost ya.Tink tonk
So it’s up to you is it important or not.memang ada yang so damn expensive dah macam harga pelamin pulak.
Group marhaban pulak,asalnya nak panggil Ayah punya group, tapi sebab dah last minute, fully bookedlah pulak.Terpaksa guna khidmat pakcik Google lagik, and finally we manage to find satu group dari Puncak Alam (if tak silap). Kalau anda memerlukan perkhidmatan mereka boleh cuba contact Makcik Hasnun ya, 010 430 9625.
Alhamdulillah semuanya selesai, terima kasih pada yang datang memeriahkan majlis.Lega rasanya dah lunaskan tanggungjawab yang satu ini.Banyakkkk lagi tanggungjawab yang menanti.
Tapi secara seriusnya, jika anda buat event-event macam ni, kalau ada duit lebih upahlah professional photographer.Memang ada kawan or saudara mara boleh tolong ambilkan gambar, tapi percayalah a bit susah jugak nak bagi full commitment ni. Dan macam biasa,kalau ada event, memang payah nak ambik gambar kami sekeluarga.Huhuhuhu.
Tapi secara seriusnya, jika anda buat event-event macam ni, kalau ada duit lebih upahlah professional photographer.Memang ada kawan or saudara mara boleh tolong ambilkan gambar, tapi percayalah a bit susah jugak nak bagi full commitment ni. Dan macam biasa,kalau ada event, memang payah nak ambik gambar kami sekeluarga.Huhuhuhu.
Thursday, August 30, 2012
Salam Aidilfitri 2012
Salam raya semua.Bersiaran semula selepas bercuti panjang sempena Hari Raya. Raya yang paling kritikal for both of us (Zafran terkecuali sebab dia belum faham apa-apa). Mummy and daddy beraya di KL je tahun nie. Hari-hari terakhir puasa, saat semua orang berkejaran pulang ke kampung halaman kami berbuka di Serphino Pizza, Subang Jaya.Punca kami ke sana sebab carik sofa cleaner dekat MIVA, Subang.Sebelum tu, mummy and daddy ke Pantai Dalam cari kedai yang boleh potong kaki seluar jeans Zafran.Semua ni kerja-kerja last minute.
Lepas berbuka kami balik, dan bertungkus lumus pulak siapkan Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah.Nasib baik rendang dah siap-siap ambil dari umah nenek.Jadinya kami tidur agak lewat malam tu, esoknya masing-masing terlajak bangun.
Day 1
Bangun bersiap dan daddy menuju ke Masjid di Kampung Budiman, tapi terlewat rupanya.Hum..Kami pekena dulu Nasi Tomato dan rendang sebab dah kelaparan.
Lepas tu tunggu Zafran bangun, punyalah lambat nak bersiap lagi, dah dekat tengahari baru ke rumah atuk dan nenek dekat Batu Caves.Jadi beraya di sana sampai petang pastu pergi rumah member dekat Greenwood. Pastu terus balik AB semula.Sambung lagi tengok TV.Huhu
Day 2
Hari kedua plan nak ke rumah member di TTDI, sekali wife dia bersalin plak malam raya tu.Plan nak melawat dekat PPUM,dia pulak dah discharge dari hospital, plus badan mummy pun macam tak berapa nak 'tough', tapi dah petang dah ok sikit. Gagahkan diri kami merayap dekat Mid Valley pulak. Zafran beli Ultraman Max, dengan hasil duit raya dia.Saat orang lain makan rendang, kuah kacang bagai, kami pulak western style di Chillis.Terbaek...
Day 3
Kami lepak di rumah saja, sebab mak saudara yang duduk dekat Klang tu nak datang dan nak masak lauk Ayam Masak Maman, satu kemestian dan kewajipan bagi orang-orang Gemencheh.Aiseh, sebab dah kebulur sangat lupa plak mummy nak snap gambar macam mana rupanya Rondang Maman tue.
Day 4
Plan asalnya nak jalan-jalan sekitar KLCC, mummy plan nak bawak Zafran pergi Aquaria.Tapi bila tengok kaki bengkak, terus cancel.(mummy lupalah kita buat apa masa ni)
Day 5
Mummy and daddy plan, memang hari Khamis ni kami nak buat upacara menyiapkan Istana Hinggap aka bilik berpantang dekat bawah tue. Jadi daddy pun dengan gagah perkasanya korek store selongkar baby cot, car seat,bawak turun katil dari guest room atas turun bawah.Siap cuci car seat dan jemur tilam bagai.memang satu hari buat 5s. Dah petang sikit kami usya kedai perabot untuk carik tilam (nak bagi tebal sikit untuk "queen" nak beradu masa pantang) dan jugak almari baby. Cadangan beli chest drawer di tolak.Hum.
Khamis malam sepatutnya ada appoinment dengan Doc Kamal. Tapi before that, singgah dulu The Curve, makan dekat Marche.Daddy dah sebut makan Marche.Wink.Dah lama kot tak singgah makan dekat situ.If I'm not mistaken last kami makan dekat situ ialah before Zafran lahir.Wah lama tue. Bukan apa, actually makanannya tidaklah sedap gila-gila.Cuma suasana jer macam seronok nak lepak-lepak dalam tue. Macam biasa, standard 3 orang makan pun dah almost RM100++.
Day 6
Hari Jumaat, hari berehat-rehat. Pergi melawat kawan daddy yang baru dapat baby.Merayap ke Tesco pun Chicken Rice Shop dah takde dah set nasi ayamnya.Layan perut dekat Kopitiam jer
Day 7
Lepas berbuka kami balik, dan bertungkus lumus pulak siapkan Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah.Nasib baik rendang dah siap-siap ambil dari umah nenek.Jadinya kami tidur agak lewat malam tu, esoknya masing-masing terlajak bangun.
Day 1
Bangun bersiap dan daddy menuju ke Masjid di Kampung Budiman, tapi terlewat rupanya.Hum..Kami pekena dulu Nasi Tomato dan rendang sebab dah kelaparan.
Lepas tu tunggu Zafran bangun, punyalah lambat nak bersiap lagi, dah dekat tengahari baru ke rumah atuk dan nenek dekat Batu Caves.Jadi beraya di sana sampai petang pastu pergi rumah member dekat Greenwood. Pastu terus balik AB semula.Sambung lagi tengok TV.Huhu
Day 2
Hari kedua plan nak ke rumah member di TTDI, sekali wife dia bersalin plak malam raya tu.Plan nak melawat dekat PPUM,dia pulak dah discharge dari hospital, plus badan mummy pun macam tak berapa nak 'tough', tapi dah petang dah ok sikit. Gagahkan diri kami merayap dekat Mid Valley pulak. Zafran beli Ultraman Max, dengan hasil duit raya dia.Saat orang lain makan rendang, kuah kacang bagai, kami pulak western style di Chillis.Terbaek...
Day 3
Kami lepak di rumah saja, sebab mak saudara yang duduk dekat Klang tu nak datang dan nak masak lauk Ayam Masak Maman, satu kemestian dan kewajipan bagi orang-orang Gemencheh.Aiseh, sebab dah kebulur sangat lupa plak mummy nak snap gambar macam mana rupanya Rondang Maman tue.
Day 4
Plan asalnya nak jalan-jalan sekitar KLCC, mummy plan nak bawak Zafran pergi Aquaria.Tapi bila tengok kaki bengkak, terus cancel.(mummy lupalah kita buat apa masa ni)
Day 5
Mummy and daddy plan, memang hari Khamis ni kami nak buat upacara menyiapkan Istana Hinggap aka bilik berpantang dekat bawah tue. Jadi daddy pun dengan gagah perkasanya korek store selongkar baby cot, car seat,bawak turun katil dari guest room atas turun bawah.Siap cuci car seat dan jemur tilam bagai.memang satu hari buat 5s. Dah petang sikit kami usya kedai perabot untuk carik tilam (nak bagi tebal sikit untuk "queen" nak beradu masa pantang) dan jugak almari baby. Cadangan beli chest drawer di tolak.Hum.
Khamis malam sepatutnya ada appoinment dengan Doc Kamal. Tapi before that, singgah dulu The Curve, makan dekat Marche.Daddy dah sebut makan Marche.Wink.Dah lama kot tak singgah makan dekat situ.If I'm not mistaken last kami makan dekat situ ialah before Zafran lahir.Wah lama tue. Bukan apa, actually makanannya tidaklah sedap gila-gila.Cuma suasana jer macam seronok nak lepak-lepak dalam tue. Macam biasa, standard 3 orang makan pun dah almost RM100++.
Day 6
Hari Jumaat, hari berehat-rehat. Pergi melawat kawan daddy yang baru dapat baby.Merayap ke Tesco pun Chicken Rice Shop dah takde dah set nasi ayamnya.Layan perut dekat Kopitiam jer
Day 7
Hari Sabtu which is dah 7 Syawal, kami mulakan hari dengan pergi ke DDMC jumpa Doc Kamal.Puncanya sebab Khamis lepas makan dekat The Curve, Zafran ajak pusing-pusing dan jalan sekitar situ.So postpone jumpa doc kamal.Masa check up, so far Doc Kamal kata baby OK.Alhamdulillah.
Lepas tu kembali semula ke The Curve, kali ini singgah makan dekat The Apartment pulak.Asal-asalnya mummy nak try Red Velvetnya yang di khabarkan sangat sedap.Tapi sebab dah lapar dan tak lunch lagi, mummy order Baked Fish.Berdasarkan pengamatan mummy, serupa macam dekat Secret Recipe je.Hum.
Daddy pulak order ayam yang di serve dengan gravy yang sungguh nyummy. Zafran macam biasa Spagethi ar, kids menu.Tapi tak cukup satu.Kena order dua.
Sepinggan kecil spagethi dengan harga RM 11.90, memanglah sangat tidak berbaloi.Sekali hadap untuk 3 pax, dekat The Apartment tu around RM 120++.Pusing-pusing lagi dekat The Curve, than kami balik sebab kaki dah lenguh da.
Day 8
Hari Ahad, hari memang untuk golek-golek di rumah, sebab Monday dah nak start kerja.Huhu.
Actually mummy dah start cuti on Friday, so kira total cuti around 10 days jugak tu.Ambil kesempatan berehat-rehat. Otak memang dah malas nak pikior pasal kerja.Asyik pikir nak cuti je.Uhuks.
Memang sadis sebenarnya perasaan beraya dekat KL ni, masa 1st day and 2nd day raya especially, perasaan kami macam nak jer shoot balik kampung.Tapi kampung yang terdekat pun Negeri Sembilanlah kan.Jadilah kan, dari tak balik langsung.Tapi memikirkan tak berani nak ambil risiko, maka simpan jelah.Lagipun it's not the end of the world pun, if beraya dekat KL.
Apapun, insyaAllah jika di takdirkan Tuhan kita berkesempatan bertemu Ramadhan dan Syawal pada tahun depan, kita celebrate a bit extra ya. Shopping habis from head to toe.
Mata bersinar-sinar:)
Mata bersinar-sinar:)
Labels:
Event and Celebration,
Food Adventures
Monday, August 27, 2012
Review of Komura Japanese Buffet at Corus Hotel
Our 6th anniversary untuk tahun ni di sambut serba sederhana jer. Mummy and daddy tak bertukar-tukar hadiah pun. Masing-masing faham commitment kewangan sementara nak tunggu 2nd baby ni:)
Tapi kami celebrate dengan makan-makan dekat one of Japanese restaurant - Komura Japanese Buffet at Corus Hotel. Dengan tema Eat all you can-orderlah banyak mana nak makan.
Original plan nak ambil tatami room tapi sebab kami berdua je makan, and Zafran tak makan (mahal woo budak punya price-banyak manalah sangat dia makan kan), jadi kami dapat duduk dalam bilik. Zafran cakap, mummy kita masuk penjara.Just imagine budak sekecil tu imagine the room like prison?
Original plan nak ambil tatami room tapi sebab kami berdua je makan, and Zafran tak makan (mahal woo budak punya price-banyak manalah sangat dia makan kan), jadi kami dapat duduk dalam bilik. Zafran cakap, mummy kita masuk penjara.Just imagine budak sekecil tu imagine the room like prison?
Konsep makan dekat Komura ni ialah kita akan di beri satu kertas, dan orderlah apa yang anda nak makan.Tick dan tick dan tick ikut selera, dan tukang masak akan sediakan mengikut apa yang kita order.
Jadi kami pun orderlah itu dan ini. Sebab di bulan Ramadhan, so they also serve with Bandung Cincau.Rasanya if pergi di lain musim, air memang tak provide dalam buffet,meaning air kena order lain.Tak syoklah macam tu, patutnya air/juice should be includedlah kan.Nama pun buffet.
Dari segi makanan bolehlah. Antara our selection during that day:
Dari segi makanan bolehlah. Antara our selection during that day:
Cold Soba, I repeated this twice!!Actually rasanya biasa jer macam makan dekat tempat lain..Tapi sebab boleh order banyak kali, jadi sedap jer.
Mix Tempura dan Ebi Tempura pun sedap.Cicah dengan sosnya:)
Kappa Maki untuk Zafran, yang lain-lain tu untuk perut Mummy and Daddy.:)
Chawan Mushi untuk daddy
Unagi Kabayaki ni one time order only ya
Overall we can say that the food is nice (untuk tekak kamilah kan), cuma yang tak bestnya ialah services yang sangat lambat. Untuk second round order dari pukul 8.00pm sampai pukul 8.30pm barulah waitressnya datang dan ambil pesanan kami.Downtime 1/2jam dekat situ.Mereka maklumkan sebab masa tu weekend so ramai customer, but that's not our problem kan? Dah tau memang buat promotion and Ramadhan month, they should prepare earlier kan?Tapi Alhamdulilah our 2nd round order sampai jugak akhirnya, tapi feeling dah kureng sebab menunggu lama.
Harga untuk buffet ni RM 69++ atau dalam erti kata lain almost RM 80/person.
Nak datang lagi? Hum, rasanya mungkin tidak.Sebab cukuplah dah pernah makan dekat sini tambah pulak servicenya lambat.We are going to explore some other places pulak.
Overall rating (full mark is 5)
Service://
Food :///
Ambience: ///
Will we revisit: Maybe no
Cheh budget aku ni macam food traveller plaks.Uhuks
Service://
Food :///
Ambience: ///
Will we revisit: Maybe no
Cheh budget aku ni macam food traveller plaks.Uhuks
Labels:
Event and Celebration,
Food Adventures
Sunday, August 12, 2012
Our 6th anniversary
today is our 6th anniversary...tahun ni di meriahkan dengan baby yang masih dalam perutlah...hihi..apapun it just a simple celebration dengan makan-makan jer.this year x de hadiah pun sebab dok budgetkan untyk preparation baby jer.apapun,we enjoy our dinner aka buka puasa dekat Komura Japanese Buffet di Corus Hotel, KL.review about it later on ya...zafran ajak tido hotel,tapi kalau setakat hotel dekat tengah-tengah KL...hum x syioklah kan..next time ya::
Friday, July 27, 2012
Raya 2012 bagaimana?
Penting tak sebuah perancangan? If you ask me, i will say yesz. I am 'developing' myself and go deeper in planning sejak masuk Dept Production Planning..Apa kena mengena? Saja nak bagi sedap cerita.
Memang selalu note down things to do lah, kekadang siap dengan action plan lah, dan yang sewaktu dengannya.Planning untuk baby termasuk dalam ke'planning'an aku ni.Aku selalu plan tak mau pregnant time bulan puasa and raya.Juga tak mau bersalin dan pantang dalam kedua-dua bulan tu. Salah satu sebab yang entah apa-apa ialah tak mau nampak tak cantik dalam gambar raya.Haha.Cantik ke selama ni? Ting tong.
Tak nak juga bersalin or pantang masa bulan pose and raya sebab nanti kene ganti puasa yang banyak (sungguh mencabar ya bila nak ganti puasa ni) dan juga tak boleh nak melantak juadah raya yang berlemak lagi berminyak.Oh no...
Tapi kita manusia hanya mampu merancang,Allah juga yang menentukan. Walaupun dah berusaha untuk sekurang-kurang nak deliver awal tahun tapi ter delay juga. Dan yang paling ngerinya delaynya sungguh kritikal. Kalau ikut due date 40weeks ialah dalam minggu ketiga Syawal, tapi macam biasa start 36 weeks haruslah always get ready kan, and the worst part is 36 week tu lebih kurang minggu raya tu.Anggaran kasarlah.Oh No..
Macam mana nak balik kampung beraya ni? Tahun ni turn balik ke Kedah.Purgh kalau kedah tu dekat takper, dah memang sedia maklum jauh apatah lagi dengan traffic jam nanti.Kalau masa tersekat dalam jem tue sakit macam mana? Oh ngeri.Tapi kesian pulak daddy kena sacrifice turn raya tahun ni.Hum.Jadi bagaimana?
And also tahun ni tiada preparation untuk raya, no shopping for Baju Raya except for Zafran (itupun Zafran tanya: Nak beli baju raya untuk apa?), no kuih raya ordering (eh ye ka?) dan segalanya macam dah tertutuplah. Tahun ini buat pertama kalinya kami tidak bertema warna baju Raya dan recycle baju last year jer.Mana-mana kawan yang beraya kat KL ni bukak-bukalah pintu ya.Den nak datang berayo...
Subscribe to:
Posts (Atom)