Showing posts with label Food Adventures. Show all posts
Showing posts with label Food Adventures. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Mee Tarik Warisan Asli


Mee tarik..mee yang di tarik-tarik..hihi..aku suka makan sebab konon-konon rasa macam segar dari ladang gitew. Pastu sup rasa macam less oil tak macam sup orang melayu.Saya suka...saya suka...Dulu Mr Roy pernah cerita pasal satu kedai ni yang jual Mee tarik tapi jauh nun di Sungai Besi.Sebab jauh malas lak rasa nak hala ke sana...now sebab dah di buka kedai  dekat Alam Avenue close to Padang Jawa, so memang senanglah nak ke sana.

Kedai ni datang pukul berapa pun sentiasa ramai orang.Datang petang pun ramai, datang tengahari pun ramai. Terletak dekat corner lot so rasa berangin sikit.Nak kata bersih sangat, oklah so so...Adrian suka makan...zafran pun sama...
Kalau Zafran memang dia akan ambik yang jenis sup and serve with telur..muahaha dah itu peberet dia kan...
Yang Adrian lak kene ambik yang vege or beef sebab dia allergic telur...
mine also suka yang berkuah and i really hope one day they will include noodle serve with wantan...nyum nyum...
 
so far tak pernah order yang bergoreng-goreng.tapi tengok orang makan memang nampak sedap....
and one more thing, aku memang tak makan lamb...hihi tapi dekat sini Mr Roy berjaya yakinkan aku untuk cuba Toothpick Lamb dia....ya aku makan dengan banyaknya sebab aku tak rasa kekambingannya.....sedap sedap...

and kalau Mr Roy datang mesti everytime datang nak order ni....as well as Bao bao tea...special tea by them....refreshing katanya...
kalau korang tak pernah sampai bolehlah cuba ke tempat ni:
Dekat dengan Puspakom Padang Jawa.
dah banyak kali dah ke kedai ni, tapi baru kali ni berkesempatan nak share my personal point of view.

Ambience: ///
Food:////
Price: ////
Will come again? yes lah...dah banyak kali datang kot....

Friday, April 03, 2015

Me'nate steak nyum nyum


Hihi...Alhamdulillah finally dapat jugak kami sampai ke sini. Pertama kali tau tentang kedai ni masa baca orang dok forwardkan cerita yang ada kasteme kena around 9k masa makan kat kedai ni. Adalah kengkawan yang dok forwardkan dalam FB.

purgh biar betik...tapi dalam hati memang dah berdetik yang sure kasteme yg kene mahal tu sebab dia bantai makan daging yang paling mahal tu..and lepas tu tokey kedai pun bagi penjelasan panjang lebar. Rupanya dia memang dah master bab-bab daging ni...dah berpuluh-puluh tahun dia berkecimpung dengan pengurusan daging ni...so kira oklah kan?dia pernah kerja dengan Queen Elizabeth kot....
Masa Mr. Roy ajak pergi tu dalam hati humm ok kot? so kami pun pergi...kami pergi outlet yang dekat Ampang.
By the way, sebab location dia dekat dengan kedai- kedai makan so parking memang agak susah sikit.Bila sampai tu bagi nama dulu and kena beratur kat luar dulu...bila ada kosong barulah masuk dalam.My first impression was like lor macam biasa je kedai dia..macam kedai tomyam je..hihi.
tapi Mr.Roy cakap kedai yang dekat Setapak tu lagi cantik.Mungkin kena explorelah kot.
Hihi dalam kedai tu kalau nak order kenalah pilih daging macam mana yang korang nak? ada wagyu, ada black angus, grass fed ler and grain fed animal...ada gak pilihan makanan yang lain jugak kalau tak nak makan steak..tapi rugilah kan datang kedai steak tapi g makan salmon...hihi. So korang kena bangun and pilih sendiri seaneka pilihan yang ada dalam peti sejuk derang....hihi pastu pilihlah nak well done ke...medium rare ke.....
So ini yang aku pilih...



In overall daging dia walaupun well done tapi tak kering ( aku tak boleh makan daging yang ada pink pink ni :(  ). Simple je serve with mashed potato and coeslaw..
MrRoy pulak pilih T-bone...Dia kata sedap so mungkin sedaplah kot kan? lembut dagingnya kata Mr Roy...

 My SIL pilih lamb...pun lembut...

bebudak berdua tu masing-masing layan Carbonara je...pastu add on pulak dengan sausage....ok memang sausage dia rasa beef and homemade punya..not like the one yang kita selalu beli dekat pasaraya...Carbonara dia pun sedap and creamy.

Overall total cost is around RM190+... and the drinks is free flow and its really free....

Overall rating (my opinion)
Ambience:
///
Food :////
Price: ///
Will come again? yes but maybe different outlet.

Tuesday, February 25, 2014

Chicken the Sumbs, Shah Alam


My previous post, about the café yang pernah tersiar dalam JJCM. Today also I would like to share one of the café that we have tried last week. Café the Sumbs, located next with Golden Hope Hotel, dekat Persiaran Aquatik. The layout inside the café was warm and friendly.Kalau korang masuk pun korang sure tak rasa cuak sebab imagine dalam kepala sure harganya mahal sebab design dalam kedai mahal. Kali ni Daddy belanja sempena salary increment. Thank you daddy.
So dengan penuh tak berapa nak sabar, we choose our menu. Carbonara and Bolognese for both of the kids. Yang si baby ni pun kalau bab makan memang tak mau kalah, so better jelah order awal-awal, kalau tak habis boleh bawak balik. Kalau ikutkan harga pasta tu RM 9.90 oklah sebab banyak dan sedap.

Mr. Roy pulak order Chicken the Sumbs RM 12.90. Yang ni chicken and of top of the chicken di letakkan telur macam ala-ala telur dadar gitu plus tomatoes.  Tapi Mr Roy kata dia rasa tak berapa kena dengan tekak dia maybe because of the tomatoes. Mine, I ordered Chicken Pilmigrana (sorry lupa ejaan actualnya macam mana) RM 14.00, on top of the chicken ada cheese and also serve with French fries. Tipulah kalau aku cakap sedap gila, tapi untuk harga RM 14.00 and seketul ayam besar memang berbaloi. Rasanya boleh tahan.
The things yang aku suka dekat kedai ni sebab airnya murah. Maksud aku , korang selalu tak gi kedai makan yang harga air segelas boleh dapat satu pinggan nasi berlauk or maybe harga air korang tu separuh dari harga makanan. Macam Ice Lemon Tea yang kami order tu RM 1.60 je segelas. Suka mak taw.
Mula-mula memang rasa bernafsu nak order dessert, tapi dah kena ayam seketul memanglah haduhai sengkak…Silap jugak, lain kali order yang lite-lite saja so that ada peluang nak makan dessert pulak.
Kalau tengok harga dessert pun tak mahal sangat. Churros dalam RM 4.90, tiramisu RM 6.00, bubur sum-sum pun ada RM 1.00 sebekas. Kalau nak merasa dessert sentuhan Dr Fazley Yaakob tu pun ada kat café ni tau.Okey itu memang next time aku nak try.
In overall
Price:////
Food: ///
Ambience: ////
Will come again? In sha Allah

Monday, February 17, 2014

Food Review : Foodsbury, Seksyen 9, Shah Alam

Last Friday as usual towards the weekend we normally having our dinner outside.Looking for new place sebab dah biasa pergi kedai yang dah biasa makan.Erk apa punya ayat ni.
So aku usya dalam FB JJCM TV3 derang baru pergi 2 shop dekat Shah Alam. Satu Foodsbury and satu lagi Cafe the Sumbs.Looking to the review nampak Cafe the Sumbs lagi ok tapi kami dapat tau derang tutup pulak.So pergilah Foodsbury.
Location kedai ini agak jauh dari kedai - kedai makan Jalan Tengku Ampuan Zabedah tu.Lebih dekat dengan kawasan rumah.Kawasan dalam kedai pun memang sempoi.Not a typical kedai makan dengan table and chair.Ianya santai dengan kerusi and bantal dan kalau ikutkan kami ni duduk dekat luar duduk atas baldi and meja yang macam wooden pallete tu.Suasana memang cosy.Thumbs up.
Cerita tentang makanan pulak menunya biasa saja.Nothing yang outstanding.Aku ambik Beef Lasagna (RM12.00), Mr Roy ambik Roasted Chicken (RM12.00) and Adik Hanim ambik Carbonara Spaghetti (Rm12.00).Zafran pulak enjoy the Spaghetti Bolognaise.
Kalau ikutkan lidah the lasagna biasa saja without the cheese layer, rasanya biasa saja.Carbonara pulak rasa hangit..kalau aku jadi Adik Hanim memang aku pulangkan semula and suruh dia masak yang baru.
Roasted Chicken Mr Roy pulak, hummm mashed potatonya memang out.Lembik sungguh and tak creamy.
Boleh di katakan tak berbaloi sebab small portion dan tak sedap langsung.Kalau nak lepak santai-santai bolehlah, but the food memang totally out. Tapi tak taulah kalau makanan yang lain tu sedap atau kami tak bernasib baik malam tu.
Foodsbury
Wisma Faiz Azrina, 24 Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Shah Alam
 
In five scale, my rating will be:
Ambience: ///
Foods:/
Price:// (not value to money)
Will come again?: No

 

Tuesday, January 28, 2014

Barbarian Grill

Salam semua,
Dah lama tak menghapdate kan? Rindunya nak menaip..hahaha bukan menulis.
Short sharing on our Food Adventures. Mr. Roy teringin nak cuba Barbarian Grill katanya. Hokay, I do not what's that. So Mr. Roy bawak pergi dekat Subang Jaya SS15, cari punya cari kedai tu tutup sebab rumah owner banjir kata budak yang berniaga next to them. Ok lepas tu pi carik pulak dekat Kelana Jaya, pun tutup pulak.Muahaha memang takde rezeki.
So Mr. Roy kata takpelah tunggu dulu derang launching new branch. So lepas dah siap kedai dekat Laman Seri tu kami pun pergilah cuba try test.
Humm sedap, kedai yang bersih (sebab kedai baru kan), and simple design and I can see that it will be a place for gang-gang vaper lepak dekat situ.
Makanannya pun ok, aku ambik Beef and Mr. Roy ambik lamb. Patty nya di balut dengan tortilla bread and serve dengan black pepper sauce.
The idea is nice, different from normal burger yang di serve dengan roti bun tu.
You should have a try okey.

Details boleh refer:
https://www.facebook.com/BarbarianGrill

Boleh juga terus berkunjung ke G45 GF Block 6, Laman Seri Business Park, 40100 Shah Alam.Kedai ni agak ke belakang sikit, kalau pernah pergi Laman Grill tu sure tau yang kedudukannya dekat belakang.                                                 

Sunday, November 03, 2013

Happy Birthday Mr. Roy

Birthday Daddy 3rd November.Tapi biasalah lambat sikit menghapdatenya. Kali ni giliran Mummy lak kena belanja dia.Kami ni dah lama tak bagi-bagi hadiah ni.Sebab siryes tak tau nak bagi apa.Benda-benda standard macam wallet ke, baju ke, agak susah nak beli sebab taste Mr Roy ni lain sikit.So lebih baik penuhkan perut, bukan setakat dia yang kenyang, dengan den sekali kenyang.Suko den.Hihi
Daddy kali ni pilih nak pergi Swensens, teringat pernah makan dekat Airport katanya.Mummy ok ajer.No problem.
Kami pergi dekat Swensens Subang Parade, tak banyak outlet cuma ada dekat Ampang and Subang Parade jer.
Compare with Friday's or Chilli's, Swensens ni more to family leisure. Ada tempat untuk anak-anak main and the outlet also quite spacious jugak. 
Mummy pilih Fish Baked Cheese, RM 17.90 entah kenapa pilih mungkin sebab nampak cheese macam sedap jer.Memang sedap tengok cheese melimpah ruah, tapai alahai tak boleh nak makan banyak sangat weh.Kenyang.

Lepas tu nafsu -nafsi order pulak Creamy Mushroom harganya RM 12.90. Reason order sebab pernah tengok Qhi makan dalam Jalan-jalan Cari Makan.Hehe.Rasanya memang sedap tak macam Mushroom Soup Pizza Hut ar.Ni macam rasa homemade style tau.Siryes kalau korang pergi sini tolonglah order.
 
Daddy order simple je Swensen's Combo harganya RM 24.90. So it's actually combination banyak jenis ada shrimp, fish fillet jugak. 
Adik Hanim, my SIL ordered Beef Stroganoff Baked Rice RM 17.90 harganya. Sedap jugak ada rasa black pepper sikit-sikit. Tapi still big portion jugak tu.**aish mana gambo da 
Anak bujang yang sorang tu nak Mozarella Cheese Stix macam kat TGI Friday. Hehe orderlah dekat dia in one bowl ni harganya RM15.90. Sedap jugak , cuma rasanya dekat TGI Friday lagik sedap kot.Yang penting time gigit tarik meleleh-leleh cheese ok.
 
To end up the session orderlah ice-cream.Kasi sejuk sikit perut tu.Kalau ikutkan dekat Swensen's ni memang best-best dessertnya.Cuma yang tak tahannya tengok pricenya alah dah boleh sama dengan sepinggan main course dish.Tapi kalau nak cuba apa salahnya. 
 
In overall, the concept is more to family concept, you know what I mean. No liquor, and suasana dalamnya pun cosy and friendly.
Food: ///
Price:////
Ambience: ////
Will come again? Yes :)

Thursday, October 31, 2013

Lunch Date

Office makin dekat, tapi masih berkereta dua.Maksudnya Mummy masih drive sendiri and Daddy pun sama.Tapi takpe now kalau rasa nak dating berdua insyaAllah masa lunch hour, bisa di atur.Rasanya dah few times jugak lunch date tapi kedai biasa-biasa je.Semalam kami try dekat The FOOD Tree Glenmarie.Located dalam building OWG dekat dengan Peugeot and Audi showroom tu. Terkenal dengan Dim Sum Buffet tapi lunch hour tak sesuai lak buffet.
So what we ordered? Mummy ambik Char Kuew Tiow, harganya RM 8.90, Daddy pulak order Nasi Goreng Kampung RM 10.90.In addition order Soup Chicken Dumpling, yang ni recommended by mamat yang ambik order tu. Air kononnya Coconut Shake harganya RM 9.90 ok...budget murah macam kat Klebang ke? Hihi
So far the price is OK lah and makanannya OK jugak.Tapi yang paling teringat ialah Soup Dumpling tu.Bila masuk dalam mulut rasa ginger and soup purgh...terkenang-kenang beb.
Kat sini jugak ada Buffet Dim Sum.Masih belum cuba so not sure lah sedap or not.Tapi maybe tak boleh kalahkan Holiday Villa tu.Nanti kalau dah cuba kita bagi review ya.

Monday, October 28, 2013

Nasi Briyani Abdul Bukit Rahman Putra

Sweet Sunday.Mr. Roy mengidam nasi biryani.Hum dah sah-sah aku ni kalau masak yang grand-grand macam tu tak berapa nak terer sangat kan.Hihi.
Lagipun dia ajak g Mak Tim.Bosanlah pulak jom try tempat lain. So Mr. Roy suggest makan Nasi Briyani dekat Rahman Putra Sungai Buloh. Location dia dekat dengan Putra Medical Centre.
Kedainya actually bukan kedai tapi macam gerai. Kalau nak duruh rate tahap kebersihan, pada aku bukan lah bersih gila-gila.Terganggu nak makan sebab banyak kucing (yang tak berapa nak bersih) berlegar-legar bawah meja.Hum.
Aku and adik ipar pilih Nasi Briyani ayam merah harganya RM 9.00. Pada aku biasa saja sebab kuah nya tak terasa sangat.Pada pendapat aku pun ayam nya macam terlebih pewarna coz merah sangat.
Mr. Roy macam biasalah mesti usya Briyani Kambing. Dia kata sedap.hihi.Harganya RM 13.Ramai yang datang ni regular customer kot.Ada yang order untuk tempahan untuk majlis-majlis.Mungkin kena dengan citarasa derang kot.
Kalau Tanya nak datang lagi ke tak, boleh tak nak jawab tak nak? ^-^

Monday, June 17, 2013

Sarapan syiok hokey

Okey, korang selalu weekend sarapan dekat mana? Ok kali ni aku nak share satu tempat yang agak special jugak bagi kami sekeluarga.Location dekat dengan Alam Budiman, to be specific dekat dengan Jalan Paip dan berhadapan dengan Surau Darul Amin. Nama kedai ni Warung Mee Jawa JJ Manis, klass tak nama dia weh. So dah namanya warung ianya memang warung di tepi jalan.Tapi kalau hari Sabtu Ahad memang penuh je memanjang.
Ok apa yang bestnya dekat sini? Macam namanya juga specialitynya ialah Mee Jawa dia lah, siap ada udang bersusun dalam pinggan.Rasa Mee Jawa dia pun sedap di sebabkan kepekatan kuahnya.Purgh.
Selain dari Mee Jawa, ada jugak Lontong.Lontongnya lain dari yang lain sebab nasi impitnya di bungkus dengan daun Jawa style ya.Kalau nak lagik special korang kena order Lontong Special.Penuh dengan tambahan lauk pauk yang menyelerakan.
Boleh juga pekena and layan Sup Tulang dengan Nasi.Mr. Roy memang selalu makan sup ni, pekat pekat kuahnya. Ok menu kat tadik ni yang famouslah kan.Dekat sini ada jugak Roti Canai, Nasi Lemak dan kuih muih yang beraneka.Air Limau Asam Boi dan Air Teh Bunga boleh refill ok.Wah teruja tak?
Dulu waktu operasi dia sampai tengahari jer, itupun kalau lambat memang telan air liur jelah sebab banyak lauk-pauk dah habis.
Tapi sekarang di sebabkan permintaan ramai dia dah melanjutkan waktu perniagaan
1 session 7am-12pm
2 session 5pm-1am

So bila masa dah bertambah menu pun dah bertambah lah kan, ada kerang bakar, asam pedas dan banyak lagi benda yang kami pun belum cuba. kami selalu datang bekpes je.Untuk makanan yang malam masih belum mencuba.Nanti dah cuba iolls share hokey.
Krew JJCM pun dah sampai sini taw, uolls bila lagik?
Layan Pic yang sempat snap semalam.Aku order Lontong+Begedil and Mr. Roy order Nasi + Sup Tulang.Air surelah air yang boleh refill.

Sunday, June 09, 2013

Ali Cafe 3 Rasa:Makan-makan place


Last few weeks balik kampung Gemencheh.So on the way back tu kami pun usya tempat makan coz memang lapar gila as it about close to 3pm tu.Puas fikir nak makan dekat mana and I was thinking one place yang memang dah lama dah nak pergi tapi still tak sampai-sampai lagi.Macamlah jauh sangat dekat Subang je pun.Tempat ni aku tau pun dari blogger yang pemes emes tu Hanis Zalikha tu.Location dekat jugak dengan area masjid Al- Falah tu.Dekat dengan jalan besar so very easy to find.
So we give a try there.We ordered set yang sesuai untuk 2-3pax.Ala carte pun ada.Western pun ada.Kiranya kedai ni takde macam specific attraction, so menu yang pelbagai ar.Kalau partner tak nak makan tomyam, dia boleh choose untuk order menu lain..western ke...set roti bakar ke.
Kami pilih set Siakap Tomyam,Kailan Oyster Sauce, Ayam Goreng and Telur untuk anak bujang tu.Come together dengan satu jag Ice Lemon Tea.
Adrian terpaksalah makan kentang putar KFC jer and u know what finally dia nak jugak duduk dalam baby chair dengan syarat ada benda yang boleh di ketuk-ketuk.
So dapatlah makan dengan aman damai.Makanannya ni boleh makan untuk 3 adult actually..rasanya boleh tahan.Nak kata sedap gila-gila idokler kan.Bolehlah kalau uolls dah putus idea nak makan dekat mana.
Environment kedai pun selesa,untuk yang bawak baby memang ok sesangat sebab tak panas hokey.
So do give a try datanglah ke kedai ni.

Monday, May 20, 2013

Hayaki Kopitiam : Makan-makan places

I'm in the mood of cooking,tapi Mr Roy nak makan nasi kerabu or nasi dagang.Alahai, saja je dia ni taw nak menambah lemak di badan,Esok Monday, Shequeen tolonglah anda berpuasa ya.Nanti baju terus tak muat.
Dekat Shah Alam, we are not so familiar where to find kedai Kelate yang sedap and provide Nasi Kerabu or maybe Nasi Ulam ke. Thanks to Ambrynaa's Blog yang provide information ada kedai Nasi Kerabu dekat Shah Alam. Section 13 jer pulak tu opposite dengan Tupai-Tupai dekat dengan Acapella Apartment. Selalu lalu tapi tak pernah nak singgah.
Nama kedai Hayaki macam bunyi Jepun, siap tanya dengan kawan yang kerja translator apa meaning Hayaki, katanya bukan makna in Japan.Tapi dia beritahu itu nama gabungan tiga beradik, tokeynya Chinese.Dia tau sebab Hayaki Kopitiam ni bukan setakat ada dekat sini, dekat Kelantan pun ada banyak.Owh...baru tau.
The kopitiam ni rupanya bukak 24 hours hokey.So, kalau ada laki yang bini mengidam nasi kerabu pukul 3 pagi bolehlah pergi dekat sini ya.
Selesa sebab ada ruang yang ada aircond, nak lepak dekat luar pun boleh kalau malam-malam ar.Kalau tengahri buta makan kat luar tanpa payung nanti korang akan mengalami proses penyejatan pulak.Itu aku tak berani jamin hokey.
So aku cuba Nasi Kerabu Ikan Goreng and Mr Roy ambik Nasi Kerabu ayam percik.Harganya for me untuk standard Kopitiam not bad, sebab Nasi Kerabu Ikan tu dalam RM 8.90 and Mr Roy punya RM 10.90 siap dengan air Teh O Ais.Zafran pulak memang Nasi dengan Telur jelah with Milo Ice.
Also ada Pulut Mangga, Rojak, sebagai side dish ka or desssert ke.Tapi sebab dah kenyang tak larat nak makan Pulut Mangga pulak. Bukan nak cakap apa, for me ianya agak sedap jugak, sampaikan bila makan tengok-tengok dah sepinggan habis da...Hihihi
Roti bakar, french toast ar, telur separuh masak sebab dah namanya kopitiam kan.Kiranya kalau sesiapa yang tak nak makan nasi bolehlah makan roti jer.
Food:////
Ambience:////
Price:////
Will come again?: yes
 

Sunday, May 19, 2013

Mak Tim Briyani Sajian Johor

Sessi makan-makan memang sokmo je.Semalam dah makan nasi lemak .Hari ni ada yang nak makan Nasi Briyani pulak.Bukan dekat-dekat.Keramat tu.Bukan keramat cerita TV tu ni Keramat dekat Ulu Klang.Nama kedai ni Mak Tim.Location dia bersetentang dengan Glaxo Smith punya office.Masa Mr Roy kerja dekat Sapura which is also setentang dekat kedai Mak Tim tu selalu lah kot dia makan dekat sini.
Dia tak lah dalam deretan kedai,di buat di rumah bahagian corner lot, and the restaurant also tak lah cantik sangat berdeco sana sini.Memang biasa ajelah.But quite comfortable sebab ada kipas angin besar yang ada ayor tu kan.Sejukkk ar skit:)
Dari segi makanan, memang more to makanan Johor asli.Kalau rasa nak makan Nasi Ambeng pun ada.Soto , mee rebus pun ada, Nasi Briyani Gam memang main attraction  dekat sini. Memang dah selalu makan dekat sini and the price for Nasi Briyani Gamnya is RM 10.00 sepinggan.Siap dengan telur pindang dan dalca yang memang sedap. Memang kalau makan sengkak gila. Masa mula-mula makan dulu tanya balik, dik mana dagingnya? Rupanya dagingnya tersembunyi dekat bawah timbunan nasi da...
Rasanya? Korang kena cubalah sendiri.Lain-lain pendapatkan? By the way would like to share tentang satu satu lagi perkara iaitu Ais Jagung dia yang sedap weh. Campuran gula merah dengan susu cair,ais hancur purgh memang sedap weh.Cuba try test.
Juga kalau boleh anda try jugak Murtabak Singapura dia.memang sedap dan lain dari yang lain sebab on top of murtabak tu ada taburan daging jugak.Memang gojezs, cumanya kuahnya jer rasa macamtak berapa nak best.Maybe tak biasa makan murtabak dengan kuah macam tu kot.
Apapun, kalau lalu kawasan Keramat bolehlah cuba.
Food:///
Ambience:///
Price:///

Saturday, May 18, 2013

Warisan Sambal Opah : Makan-makan Places

Nasi lemak merupakan makanan yang famous dekat Malaysia ni.Kalau ada sesiapa yang tak tau or tak pernah jumpa nasi lemak-tolong lempang diri sendiri hokey.
Normally kitaorang kalau teringin nak makan nasi lemak,sanggup merantau jauh ke Kampung Baru tu semata-mata nak makan nasi lemak yang sodap.Tapi kali ni kami dah tukar port,almaklumlah jauh tu nak ke Kampung Baru isk isk.Now tukar port baik punya more close to Shah Alam. Our new port now at USJ 9 dekat dengan Masjid Al Falah. Kat situ ada restoran yang serve nasi lemak yang sedap and namanya ialah Warisan Sambal Opah. Kalau menurut apa yang aku baca memang dah lama dah beroperasi. Memang kalau tengok penuh orang sampai tambah-tambah meja dekat luar kedai.Lepas Maghrib je memang akan melebarkan jajahan derang taw.Sebab dalam kedai je tak cukup nak menampung customer capacity.
The restaurant quite bersih jugak, cuma kalau duduk di kawasan dalam memang agak sempit dan panas.Betterlah kalau ambik port dekat luar,merasa sikit debu-debu and angin KL ni.
Cara nak order memang kena self service,punyalah banyak deretan lauk-pauk,walaupun tak sebanyak dekat Kg Baru, yang ni pun dah ok dah. Ok semalam makan,Zafran tak join,meaning dia tido dekat meja.Keletihan sangat-sangat dekat sekolah kot.Kami dah lapar terpaksa jugak usung dia,we are not type yang akan biar anak tidur dalam kereta waktu makan melainkan parking depan mata and we just seat next to the car.Bahaya tau.Jadi Mr Roy dukung dia and Zafran sambung tido dekat meja.
Mr Roy pilih lauk sambal kerang and aku ambik sambal telur puyuh.Kalau uolls nak tau dua biji telur puyuh =RM 1.00 okey and sebab ambil 5 biji telur puyuh =RM2.50. Mr Roy punya sambal kerang is RM 5.00.Gulp. Sebungkus nasi lemak cost about RM 1.00 and to tell you the truth memang tak cukup ambil sebungkus sebab kecik jer weh.So ambil 7 bungkus sebab tapaw untuk Zafran sekali RM 7.00.
So total cost RM 7.00+RM 2.50+RM 5.00+RM 5.50(air)=RM 20.00
Mujur jugak tak ambik banyak-banyak jenis lauk,kalau tak entah berapa harganya. Harga sebungkus nasi lemak tu kalau ikutkan wajarnya around Rm0.50 dah cukup ok tapi kalau charge RM 1.00 pun people willing to buy kan. Tambah pulak location dekat USJ,memang takde hal lah kan.
In overall my own review
Food:////
Ambience: ////
Price:///
Will repeate again? yes sebab memang sedap.
 
Why not you guys try it on.
 


Tuesday, April 16, 2013

Briyani Gam Putrajaya

uolls Uoolls  teruja tak tengok gambar kat sini.Captured by my cheap handphone ja.This pic taken after we finished the event dekat Kompleks Sukan UPM last Saturday. Event tu actually is Brainy Bunch Sports Day which all campus gathered together.Itu entry lain.Ni nak share satu tempat makan yang jauh ke dalam.Terletak dekat sebuah bengkel.Kira kalau orang tak tau sure tak berani masuk.Ada signboard besar tulis Kafe Briyani Gam Putrajaya.Located close to Uniten dan dari luar memang ada signage.Ok memang kat sini macam-macam jenis briyani ada. Ada briyani gam ayam,daging,kambing, ayam kampung pun ada.Yang standard pricenya around RM 13 dan kalau yang luarbiasa macam ayam kampung tu dalam RM15.Sedap di makan jika di ganding bersama dengan air bandung soda.Purgh terbaik.Should give a try.