Wednesday, March 06, 2013

Adrian dan Eczema

Sedih sedih bila lama kelamaan kulit anak Mummy yang gebus itu terkena satu penyakit kulit yang biasa di alami oleh kanak-kanak or bayi. Mummy and Daddy dah bawa Adrian ke KPJ Damansara untuk berjumpa dengan Specialist Dermatology Paed, Dr Marziah, tapi dah hampir sebulan takde apa-apa perubahan, malah bertambah teruk.Masa 1st appoinment Dr Mardziah bagi kami Physiogel untuk mandian dan pelembap.Termasuk Cream Cerradan dan juga Hydrocortison.Tapi memang non of it yang effective pada Adrian.

Pada asalnya eczema tu menyerang area kaki sahaja now dah nampak effect dekat muka pulak especially dekat pipi dan belakang telinga.
Apa itu penyakit Eczema?
Penyakit eczema adalah merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami oleh kalangan bayi terutama pada kalangan bayi berumur antara 2 – 6 bulan. Salah satu daripada jenis penyakit eczema ialah “Atopic Dermatitis.”

“Atopic” adalah merupakan masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal serta kemudiannya mencetuskan simptom “oversensitivity.”
Walaupun keadaan biasanya akan bertambah baik bila bayi mencapai umur 6 tahun, terdapat kemungkinan masalah penyakit kulit eczema berkekalan sehinggalah dewasa akan berlaku.
Meskipun penyakit ekzema bukanlah penyakit yang berjangkit, penyakit kulit ekzema masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan masalah keresahan dan ketidakselesaan kepada pesakit.

Apa faktor-faktor yang menyebabkan eczema ini boleh berlaku?
Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)

• Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis. Yes, Daddy memang ada sejarah kulit sensitive.

• Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stress-Yang ni rasanya bukan punca untuk Adrian.

• Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.- Faktor yang ini tak pasti sebab now Adrian Cuma minum susu jer... tapi tak taulah sebab Mummy dia main belasah je makan itu ini kan

Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)

• Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.

• Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
So Friday 1st March, again Daddy and Mummy ambil cuti half day untuk hantar Adrian follow up dengan Dr Marziah di KPJ Damansara.Bagitau pada doc, yang dia memang tak sembuh pun, susah nak tidur malam, which is until at this time kami kena bedungkan dia waktu tidor sebab dia asyik mencakar sana sini.Habis berdarah-darah kepala.
Kali ni Dr Marziah ni bagi cream yang ada steroid, which is kuat sikit dari ubat yang sebelumnya ni. Dan jugak kami buat blood test untuk identified any food yang akan mendatangkan allergik pada Adrian.
Dr. Marziah macam cuak nak ambik darah Adrian, sebab katanya tangan Adrian ni gebusss, so nampak gayanya again kena dapatkan khidmat Dr Bius, Dr Razak untuk ambil darah Adrian.
Melalak-lalak Adrian masa kena ambik darah, tapi rasanya bukan melalak sebab sakit sangat tapi more to geram sebab kami bedungkan dia.Mummy tak candid gambar masa ni sebab tengah dok sibuk pegang tangan and kaki dia.Huhuhu.
Lagi 2 weeks akan dapat result blood test, we'll see ada tak apa-apa yang Adrian allegik with dan yang pastinya Mummylah tu yang kena pantang sebab Adrian still BF.Uwak...

Friday, March 01, 2013

BF Journey Part 2: Spectra Dew Vs Medela Swing

5 bulan bersama Spectra Dew :). Alhamdulillah ia sangat membantu. Masa mula-mula nak beli telan air liur sebab rasa harganya mahal, dan takut tak berbaloi. Almaklumlah, masa awal-awal tu Mummy takut tak boleh BF macam masa Zafran dulu.Spectra Dew ni Daddy yang sponsor.
Masa tu beli sebab consider dia electric jer, tak terfikir pulak on mobility ka or practicality ka.Tapi so far ALhamdulillah, banyak jasa Spectra Dew ni tau.
Wokeh, now kita cerita tentang gadget baru yang Mummy beli baru-baru ni. Bukan saja-saja nak beli, tapi kerja Mummy ni memang mobile.Kalau bawak Spectra, kena fikir dekat mana yang ada plug.Kalau kebetulan surau tu ada plug memang ALhamdulillah, kalau takde? Haru je menahan bengkak.
Baru-baru ni Mummy dapat tugasan untuk buat Ethnographer Survey, which I have to follow the respondent one whole day.Alamak, nayo kawe. Mana pulaklah nak carik plug kan? Jadi fikir punya fikir, dengan tahap kewangan yang sendu-sendu jer, Mummy buat keputusan ambil Medela Swing walaupun ia bukan sesuatu yang Mummy suka since its only single pumping.Tapi memikirkan ia senang di bawa, so I bought a new Medela Swing dengan harga promotion RM 599.00.Gulp. Baru je pakai beberapa hari, tapi dah gediks nak buat review eik?

1. Saiz
Spectra Dew ni saiznya agak besar dengan anggaran 2 kg.Terpaksa usung setiap hari because this is the only pump that I have pada masa itu. Mujurlah dekat office angkat dan tinggal je tapi bila mengingatkan yang kadangkala kena outstation,aduh jenuh jugak nak usung tu

Swing pulak sangat mudah nak di bawa sebab ringan.Masuk dalam handbag pun boleh.Of courselah tak berat kalau nak di bandingkan dengan Sectra yang almost 2 kilo tu.Kalau carry hari-hari memang boleh kurus (lah sangatkan?)
Winner: Medela Swing

2. Praktikal
In term of practicality, memang tak di nafikan, Swing is much more easier because boleh guna electric and battery.So masa Mummy tengah tunggu respondent tu Mummy boleh buat aktiviti mengepam dalam kereta.Kalau guna Spectra ni, memang kena guna electric source sahaja wokeh.
Winner : Medela Swing

3. Assemble
Swing dan Spectra memang mudah, cucuk sana sini sikit jer dah boleh function.Takdelah serabut sangat cara pemasangan dia.Suka ^~^.
Winner: Seri

4. Noise and vibration
Swing memang bunyinya kuat sikit kalau nak di bandingkan dengan Spectra. Takdelah kuat sangat actually, tapi if compare dengan Spectra, memang Swing ni kalah ar.
Winner: Spectra

5. Handling
Muahaha, tak tau nak story macam mana, tapi kalau pump guna Swing ni, kena berhati-hati sikit,tengah syok mengepam, tetiba ada pulak titisan air dekat tubing tu, which is kalau tak berjaga-jaga akan menyebabkan air tu masuk ke motor.Boleh rosak wo… Kalau Spectra dia ada filter so adalah ‘perisai’ sikit di situ okey.Tak pernah terjadi ada pulak titisan air dalam tubing tu dengan spectra.Tak taulah kalau sebab den baru lagi dengan Swing, so tak pandai nak handle.
Winner: Spectra Dew

6. Durability
Wah cerita tentang durability ni, sebab kita pun sedia maklum.Kalau orang yang berbadan besar ni, kalau di hentam ni memang agak payah sikit kot, atau dalam erti kata lain, ketahanan yang tinggi.Macam tu jugak dengan Spectra, kalau hempuk kat kepala orang memang boleh ting tong.
Kalau Swing ni, kecik, alahai nampak lemah gemalai jer.Cannot be use secara kasar ya?
Winner : Spectra Dew

Hum, so far kalau orang tanya kepuasan surelah Spectra ni lebih bagus sebab dual pumping and jimat masa. Swing ni single pumping, tapi dengarnya Swing ni boleh di modified jadi dual pumping.Itu den tak study lagik.
In overall ada pros and cons kedua-dua gadget yang Mummy ada sekarang.Kalau nak lebih superb and puas hati, rembatlah Freestyle kan? Kihkih..Kena tunggu duit jatuh dari langit ni.

p/s: Komen-komen dekat atas ini lebih kepada penilaian individu sahaja wokeh