Monday, May 18, 2015

Pengalaman bersalin di DEMC

Moment #2.. Memilih tempat untuk melahirkan baby....

Menyambut kelahiran anak ketiga, purgh tak sangka boleh jugak aku lajak ke anak tiga..dulu Cuma fikir dua sudah cukup, tapi mungkin no ganjil lebih menarik atau sebab nak jugak rasa company benefit menyebabkan terus proceed ke anak ketiga. Dan selepas itu cukuplah bagi kami…ini anak-anak yang di amanatkan untuk kami dan syukurlah seadanya…besar tanggungjawab ni…
Ok bila dah tau preggy for third time ni I think I am more rilex and mentally prepared. Nawaitu untuk VBAC or nama lainnya Vaginal Birth after Caesarean dalam erti kata lain aku berharap kali ni dapat bersalin normal.Macam aku pernah cerita dulu, bersalin normal ni memang sakit sewaktu nak melahirkan tu tapi lepas dah keluar tu sakitnya terus pergi macam di bawa angin lalu gitew…erk…over sangat eik?
Tapi kalau czer..purgh the moment jejak kaki ke lantai, purgh terus nangis hokay…siryes…so I don’t want to repeat it again…no no… doa banyak-banyak semoga Allah beri rezeki untuk aku boleh deliver secara normal kali ni.
Macam biasa baca dekat blog-blog pun dah banyak petua-petua untuk mudah melahirkan dan sewaktu dengannya…so bolehlah amalkan yang mana sesuai dengan tubuh badan kita…
Kali ni kami memilih untuk bersalin di DEMC..purgh memang tak pernah terfikir nak bersalin dekat situ.Masa bersalin dekat DDMC (Damansara Damai Medical centre ) pun dah telan air liur nak fikirkan kosnya, inikan pulak DEMC. Tapi rezeki mungkin untuk 3rd baby ni company baru ni cover quite tinggi jugak and also ada certain hospital appointed as panel. Lagipun dapat GL kan so lega jugak sikit kan..Cuma kena standby jugak duit extra just in case terlebih dari quota company.Opkozlah kan…mana ada yang murah la ni…Location jugak menyebabkan aku pilih DEMC sebab dekat dengan rumah sekarang. Masa Adrian dulu pun kami dah duduk di Shah Alam, tapi pergi jugak DDMC sebab company lama tak cover banyak plus memang dah biasa dengan Doc Kamal.
Kali ni sebab anak dah dua, tambah pulak si Adrian ni manja sikit kalau nak berulang dari DD ke SA memang letihlah jugak, so DEMC lah yang paling dekat. So start check-up dekat sini pun after dah 30 weeks. Company cover untuk outpatient dalam 1.5K je, Nampak banyak kan? Tapi sekali appointment ngan doctor pun dah telan kos around 200++ ..lepas tu kalau appointment dah start 2 minggu sekali..hummm memang lah tak cukup.
Untuk yang first time nak pilih doctor kat sini Cuma ada 3 doc saja, Doc Mazita, Doc Jumeah and sorang lagi doc lelaki (tak ingat dah nama dia). So aku pilih je Doc Jumeah, kat office pun ramai yang dapat Doc ni.
So far ok Alhamdulillah, I’ve told her my intention and she explained the risk and so on. She's a soft spoken person tapi a bit tegas...hihi kat sini ada ketegangan sikit yang di rasai oleh M.Roy..hihi
Untuk kos rawatan, korang boleh refer pic dekat bawah ni.Siryesly kalau company tak cover banyak memang aku tak jejaklah kaki dekat sini.Mahal weh kosnya..Gulp gulp…Tapi terpulang individual punya preference lah. Macam bill aku pulak 2D 1N and normal delivery takde ambik epidural pun cost us around RM4,985..... Maaf gambar bilik tak sempat nak snap pun..Orang tengah sakitlah katakan....Huhuhu
 
In overall I'm Ok with the services cuma billnya agak mahal.Tapi itulah harga yang di bayar untuk dapatkan services yang bagus ya?
 
Dekat hospital ni gerai or kedai-kedai ...ada teh Tarik Place, Mynews, ada Daily Fresh and banyak lagi tempat untuk menjamu selera kalau korang di tempatkan di sini or datang melawat..hehehe
Senang  cerita insyaAllah kemudahannnya berbaloi.
 

4 comments:

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsiannya saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya

Jojo said...

So far mcm mana ya pengalaman dengan dr jumeah and also all your officemate? Dia pro natural birth or more to czer?

Jojo said...

So far mcm mana ya pengalaman dengan dr jumeah and also all your officemate? Dia pro natural birth or more to czer?