Tuesday, July 08, 2014

Ayam Salai, Itik Salai dari Gemencheh...terbaik dari ladang



Haha tajuk tak hengat. Okay nak story sikit tentang Ayam Salai. Kalau sesiapa yang selalu pergi area Negeri Sembilan macam Kuala Pilah , Jelebu ke mesti ada jumpa orang jual Ayam salai , itik salai, ikan keli salai, daging salai…hihi.  Yang specialnya daging-daging ayam or itik ni kalau di salai memang membangkitkan aroma kalau di masak dengan Masak Lemak Cili Api memanglah mengancam jiwa dan raga tau.
Lagi sedap daripada yang biasa kita masak tu tau.Bagi yang tinggal berdekatan Gemencheh, Gemas, Sungai Dua ke Felda Jelai ke bolehlah mendapatkan Ayam or Itik Salai especially untuk musim perayaan ni.Boleh cuba rasa keenakkannya melalui Pak Din Salai. Bukan setakat salai menyalai je, ayam kampong and itik segar pun ada. Kiranya ini perusahaan keluarga lah ni.

Tapi susah jugak nak jumpa ayam or itik salai dekat area Klang Valley ni kan, boleh jugak tanyakan dia kalau weekend maybe boleh di usahakan especially kalau dalam quantity yang banyak.Kiranya boleh bawak dari Gomoncheh ke KL gitewww.
Cuba jangan tak cuba..

Friday, June 27, 2014

Celebrating Zafran's 7th Birthday



26.06.  ialah birthday Zafran yang ke-7..uish dah bujang anak omak..sob sob…feeling dah legend ler tu.
Kami celebrate simple-simple aja, sebab dah pesan pada Zafran kita nak kumpul fund for our next vacation. Omak dan ayah kau ni bukannya jutawan kan…so kenalah menabung. Jadi kami sambut sesame kami saja dekat TGI Friday Setia Alam. Kek pun kali ni Mummy tak tempah sebab teringin nak beli Ice-Cream Cake Baskin Robbins tu.
Tapi alahai rupanya untuk Cake tu memang walk-in saja dan pilihlah apa flavour yang available saja. So katakanlah ko nak flavour mint tapi kalau takde kenalah pilih apa je yang ada. Zafran suka World Class Chocolate tapi masa kami pergi cari tu takde flavour tu so ambik jelah yang Choc Oreo tu.
Untuk sesapa yang tak tahu kalau nak order Ice-Cream cake yang customize tu kena pergi dekat cawangan Taipan sahaja.  (if you are in Subang/ Shah Alam area). Sebab mereka je ada cake maker.Sebab tu lah kami tak order Ice-Cream cake yang customize tu, sebabnya satu hal pulak nak ke Taipan semata-mata nak ambik cake.
 Why TGI Friday’s? Sebabnya kalau korang celebrate birthday dekat situ derang akan bagi lah jugak complimentary cake or any dessert ke. And kalau korang malu-malu meow nak menyanyikan lagu Happy Birthday tu, no problem. 

 Derang akan nyanyi in a group lagu Happy Birthday untuk orang yang nak di celebrate tu.
 Untuk Zafran, Mummy and Daddy doakan semoga Zafran panjang umur, di kurniakan kesihatan yang baik, jadi anak yang soleh, dan segala yang baik-baik sahaja untuk Zafran. Semoga Berjaya di dunia juga di akhirat. 


Wednesday, June 04, 2014

Malacca Trip



Cerita dah basi....dah nak masuk Cuti Sekolah lain da...
Hari tu cuti sekolah (bulan March hokay), so kami plan (very short plan) untuk bawak anak-anak bercuti. Daddy ajak pergi PD, yang Mummy pulak PD lagi?..humm kita gi Melaka nak? Dekat dan ada jugak aktiviti untuk anak-anak. So Daddy kata OK jugak.Terus booking hotel dekat Bayou Resort Park,Bukit Katil.

Dalam hotel ni ada jugak Mini Park ar ala-ala Sunway Lagoon tu..haha so bolehlah mandi sampai kecut-kecut. Ambil studio sebab kami pun small family ajer.

Review: Biliknya bersih dan kemas, cumanya sofa tu dah Nampak bertompok-tompok. Mungkin ada guest yang tertumpah apa-apa ke, I would suggest untuk hotel ni silalah pakai sofa yang leather ya…senang nak bersihkan kotoran degil.

Untuk facilities yang ada okeylah becoz it’s not a normal swimming pool tu. Bukan nak cakap yang hotel ni tak normal, tapinya dia ada small theme park yang sesuai sangat untuk mak budak and bapak budak hokay. Iolls pun join sama menggedik dekat situ main slide pusing-pusing.Haha..
So far memang syok ar sampai sunburn di buatnya..Kali ni memang lah full aktiviti. Mummy plan nak bawak Zafran and Adrian more activities kali ni.

Jadi first day tu kami just rileks2 aja mandi manda. On the second day pagi-pagi kami dah layan Taman Buaya. Hahaha harganya macam biasa ar bila Cuti Sekolah terus naik harga hokay.

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Pergi Taman Buaya ni memang boring sebab buaya tu tak bergerak-gerak pun…rileks je dalam air or atas daratan.Tapi kalau nak bagi peluang anak-anak tengok buaya dengan lebih dekat memang oklah kan.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang

Kemudian kami bergerak terus ke  Taman Mini MALAYSIA, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.

Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.
Dekat sini masa kami singgah di rumah Perak, Zafran and Daddy berpeluang mencuba main gasing…First time for Zafran and kami beli juga satu sebagai kenangan. Di Rumah Selangor tu ada pulak makan-makan hahah bukan percuma ya…anda bolehlah menikmati minum petang roti jala yang di serve dengan kopi.Minum petang bersila dan memang feeling-feeling kampong gitew. Kebetulan pulak masa tu hujan, memang terbaik ar lepak dekat situ.

Dekat Taman Mini ni kami berpeluang jugak naik kereta lembu.Excited Zafran sampai naik dua kali. Bayarannya RM 5.00 untuk orang dewasa.Yang kanak-kanak 7thn ke bawah ni percuma je..
Sebenarnya kami nak pergi ke Zoo Melaka petang tu, tapi sebab hujan dan kami agak lama terperangkap dekat Taman Mini Malaysia.Jadi tak sempat sangat nak pergi petang tu.So we decided pergi Zoo Melaka Night Safari..Yeeha first time ni.. pergi night safari.

Balik hotel lepas mandi and solat kami keluar semula. Masa mula-mula sampai, eh macam takde orang jer, tapi rupa-rupanya ramai jugak.So kalau Night Safari ni kena naik tram ar…and akan ada guide ar dari staff dekat situ. Huhu untuk yang rabun macam aku ni yang degil tak mo pakai spec memang tak  nampaklah kan..Haha..

Sampai dekat kawasan harimau and singa kena berjalan kaki sikit dan akan di beri penerangan oleh staff yang bertugas…Actually macam ni lagik bagus, ada staff yang akan explain everything,takdelah jalan bodo je kan.And to be honest harimau ni lagik semangat and cergas berjalan-jalan di waktu malam. Haha..
The next day, mandi puas-puas and lepas tu check out. Sebelum balik singgah town untuk lunch kononnya nak layan Asam Pedas Daging Tetel...muahaha kuciwa kat kedai yang kami pergi tu takde lah pulak hari tu.
Tapi tak per, next time pulak kot kan. InsyaAllah :)

**Banyak gambo dalam phone daddy**

Wednesday, April 30, 2014

Throwback Brainy Bunch Graduation Day- Part 2



Throwback Part 2

Sepanjang the kids on the stage aku memang rasa sedih+ marah yang amat sukar di gambarkan. Allah sahaja yang tahu hancur luluhnya perasaan waktu itu.
After the event, I raised this issue to the Brainy Bunch Alam Budiman Manager, and she informed to me that they only received it on Friday, 22nd November 2013. However, they found out there are some mistakes with the photo and did inform it to HQ. The HQ gives a feedback that it's too late to change because not enough time. Concovation tu hari Ahad 24th November 2013, masih ada masa untuk baiki keadaan before the actual event.
To me, it showed how silly of the management in doing this. Perhaps the Brainy Bunch Management should more understand the concept of Plan, Do, CHECK and Action. You plan to put their picture as cover magazine. You hired a Photographer to execute the activity. You DIDN’T CHECK at all, the content before delivered. You must have some buffer allocation time to prepare for any circumstances and you can fix the things right.
Brainy Bunch HQ also should think a counter measure for this issue. When your side find out that there are problems on it, they just leave it. They should come out with TEMPORARY counter measure.
Maybe the HQ can print out the photo in normal A4 just for temporary use on the stage or HQ should pull out the wrong picture and just let it in the certificate booklet without the photo.
Rasanya lebih baik dalam certificate folder tu cuma ada sijil dan tak payah lah letak gambar yang salah.
Dalam gambar nanti korang imaginelah SEMUA gambar yang ambik on that day gambarnya salah....Lagi sakit hati wehhhhh.....
And one more thing… during the event.,we were told that the fees that we are paying tu including meal for the parents and student. However, we didn’t received anything at all during the event, not even a bottle of mineral water!!! How was that possible? We are paying around RM 150 excluding the robe hokey for the event!!!
OMG OMG OMG ni aku nak marah ni… Aku ambil initiative, writing a letter of complaint to the Management and give them time to answer my letter. Aku emailkan complaint tu pada CEO nya, so aku buat karangan and email to them bagi masa untuk derang repy, tapi hampeh until the day, nobody give a call at all..So aku yang kena call mereka and asking the situation. Melampau sungguh rasanya. Dalam situation ni kitaorg ni kiranya ‘mangsa’ kan, tapi ‘mangsa’ lak yang kena call.
After that, one lady called me and I took the opportunity to extend my complaint.Dia ni Division Managerlah, kiranya Alam Budiman ni bawah pengurusan dia lah .
Okey dekat sini aku memang sangat-sangat bersabarr...which aku pun tak tau dari mana Allah berikan kekuatan untuk aku bersabar.
Untuk pengetahuan korang, memang sangat susah aku nak dapat bercakap dengan Mrs L*** (nama di rahsiakan nanti kang aku kena saman pulak..kott).
Buktinya aku ada...dekat phone kan ada phone history, kita boleh tau bila kita call dia, and berapa lama conversation semuanya. memang sangat mendukacitakan...aku cuma dapat bercakap dengan dia few times dan dia layan phone call aku dengan janji palsu.


Janji nak bagi peluang  Zafran ambil gambar dekat studio lengkap dengan jubah- PALSU
Aku mintak kerjasama dia possible tak if somebody from their side do some editing part, untuk clearkan gambar-gambar Forbes yang salah tu, Mrs L*** kata just send an email and attached with the pictures-PALSU
Memang sangat susah nak dapatkan kerjasama dia ni, kalau aku call tak pernah nak angkat or nak return call balik.
Sampai sudahnya aku jadi sangat penat and sangat lelah mengejar harapan PALSU dari BBIM.Aku sangat penat mengejar dia macam aku yang bersalah.
Sedangkan aku menuntut hak anak aku.
Last time aku dapat call dia so dia pick up the phone (dia tengah drive so maybe TERangkat call aku, dia cakap "apa kata you bawak anak you ambik gambar kat studio BBIM masa cuti sekolah ni (masa tu cuti sekolah)? I tengah drive ni, nanti I call you balik untuk set the date."
Dan, seperti biasa  janji tinggal janji, tiada return call from her. 
Aku rasa sangat pelik macam mana they run the business ni, Customer service tak boleh nak jaga langsung. Sudahnya aku go to the next stage...
AKu PM directly dengan CEO nya.
Dan sungguh aku tak sangka, inilah jawapan yang aku perolehi.
"Will get back to you on Monday." tapi akhirnya tiada panggilan atau anything about this matter.Aku follow up dua kali melalui PM: facebook personal dia, pun tiada jawapan...Sedih...
Manalah aku tak marah, dari November sekarang nak masuk May habuk takde progress.
Apa lagi yang harus aku buat? Berhenti jelah berharap? Terus fight?
AKu rasa macam nak berhenti mengejar diaorang, aku mungkin terpaksa beralah je dengan keadaan, mungkin sebab kami ni takde title so apa pun complaint ada derang kisah?
Walaupun korang bayar RM580/month untuk yuran anak korang belajar dekat BBIM tapi kalau customer service derang out, apa yang ko boleh buat, sebab ko takde 'title'.
We received this picture on March 2014..4 months later
To Zafran, I'm so sorry sayang, I've tried email complaint, tapi takde jawapan, dah call many times tak angkat phone and bila ada misscall takde pulak derang nak call semula, kalau dapat bercakap memang janji palsu je nak..
Mummy akan try tanya kawan-kawan Mummy sesiapa yang boleh buat editing, and edit semua gambar-gambar 'rosak' kita masa convo dulu..InsyaAllah walaupun Mummy nampaknya terpaksa keluarkan duit sendiri. Takpe, kita usahakan..
They promised, tapi tak delivered Zafran, hanya Allah yang tau dan biarlah mereka simpan rasa tak bersalah derang seumur hidup. Kita kena move on...
Tapi Mummy nak Zafran tau, yang Mummy dah berusaha, cuma mungkin nasib tak menyebelahi kita..
I'm so sorry