Wednesday, June 04, 2014

Malacca Trip



Cerita dah basi....dah nak masuk Cuti Sekolah lain da...
Hari tu cuti sekolah (bulan March hokay), so kami plan (very short plan) untuk bawak anak-anak bercuti. Daddy ajak pergi PD, yang Mummy pulak PD lagi?..humm kita gi Melaka nak? Dekat dan ada jugak aktiviti untuk anak-anak. So Daddy kata OK jugak.Terus booking hotel dekat Bayou Resort Park,Bukit Katil.

Dalam hotel ni ada jugak Mini Park ar ala-ala Sunway Lagoon tu..haha so bolehlah mandi sampai kecut-kecut. Ambil studio sebab kami pun small family ajer.

Review: Biliknya bersih dan kemas, cumanya sofa tu dah Nampak bertompok-tompok. Mungkin ada guest yang tertumpah apa-apa ke, I would suggest untuk hotel ni silalah pakai sofa yang leather ya…senang nak bersihkan kotoran degil.

Untuk facilities yang ada okeylah becoz it’s not a normal swimming pool tu. Bukan nak cakap yang hotel ni tak normal, tapinya dia ada small theme park yang sesuai sangat untuk mak budak and bapak budak hokay. Iolls pun join sama menggedik dekat situ main slide pusing-pusing.Haha..
So far memang syok ar sampai sunburn di buatnya..Kali ni memang lah full aktiviti. Mummy plan nak bawak Zafran and Adrian more activities kali ni.

Jadi first day tu kami just rileks2 aja mandi manda. On the second day pagi-pagi kami dah layan Taman Buaya. Hahaha harganya macam biasa ar bila Cuti Sekolah terus naik harga hokay.

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Pergi Taman Buaya ni memang boring sebab buaya tu tak bergerak-gerak pun…rileks je dalam air or atas daratan.Tapi kalau nak bagi peluang anak-anak tengok buaya dengan lebih dekat memang oklah kan.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang

Kemudian kami bergerak terus ke  Taman Mini MALAYSIA, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.

Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.
Dekat sini masa kami singgah di rumah Perak, Zafran and Daddy berpeluang mencuba main gasing…First time for Zafran and kami beli juga satu sebagai kenangan. Di Rumah Selangor tu ada pulak makan-makan hahah bukan percuma ya…anda bolehlah menikmati minum petang roti jala yang di serve dengan kopi.Minum petang bersila dan memang feeling-feeling kampong gitew. Kebetulan pulak masa tu hujan, memang terbaik ar lepak dekat situ.

Dekat Taman Mini ni kami berpeluang jugak naik kereta lembu.Excited Zafran sampai naik dua kali. Bayarannya RM 5.00 untuk orang dewasa.Yang kanak-kanak 7thn ke bawah ni percuma je..
Sebenarnya kami nak pergi ke Zoo Melaka petang tu, tapi sebab hujan dan kami agak lama terperangkap dekat Taman Mini Malaysia.Jadi tak sempat sangat nak pergi petang tu.So we decided pergi Zoo Melaka Night Safari..Yeeha first time ni.. pergi night safari.

Balik hotel lepas mandi and solat kami keluar semula. Masa mula-mula sampai, eh macam takde orang jer, tapi rupa-rupanya ramai jugak.So kalau Night Safari ni kena naik tram ar…and akan ada guide ar dari staff dekat situ. Huhu untuk yang rabun macam aku ni yang degil tak mo pakai spec memang tak  nampaklah kan..Haha..

Sampai dekat kawasan harimau and singa kena berjalan kaki sikit dan akan di beri penerangan oleh staff yang bertugas…Actually macam ni lagik bagus, ada staff yang akan explain everything,takdelah jalan bodo je kan.And to be honest harimau ni lagik semangat and cergas berjalan-jalan di waktu malam. Haha..
The next day, mandi puas-puas and lepas tu check out. Sebelum balik singgah town untuk lunch kononnya nak layan Asam Pedas Daging Tetel...muahaha kuciwa kat kedai yang kami pergi tu takde lah pulak hari tu.
Tapi tak per, next time pulak kot kan. InsyaAllah :)

**Banyak gambo dalam phone daddy**

No comments: