Tuesday, November 19, 2013

Kami dan LRT

Public transportation memang dah lama tak di gunakan.Public transportation di Malaysia ni memang boleh di katakan jauh ketinggalan kalau nak di bandingkan dengan negara-negara lain.Tak payah jauh-jauh nak compare dengan Jepun, tengok je negara jiran.Kalau public transport ni bagus tak payahlah semua orang nak memenuhkan jalan raya dengan kereta.
By the way one of public transport yang close to us ialah LRT.Reason? Ya related dengan Mr. Roy lah tu.Kami dapat free ticket tau ..jangan jeles.So hari tu kami pun pakat naik LRT ke KLCC.sebab SIL dapat intern dekat Petronas, jadi nak budget timing lah dari Kelana Jaya ke KLCC.
Ni first time untuk Adrian tapi yang kedua untuk Zafran.
Jadik of course lah sangat jakun bila ada peluang nak naik LRT ni.Tak tau lah bila lagi kami akan naik LRT ni..

Monday, November 18, 2013

Gen2 lak kena tolak

Automotive dan kami susah nak di pisahkan kot sekarang.Hihi.I've been in Automotive since 2005, masih merangkak lagik nak memahami selok belok automotive.Taulah pompuan kan, manalah sangat nak faham sangat on kereta-kereta ni.Now bolehlah sikit-sikit faham based on experience yang tak seberapa tu kan. Now, tanpa di sangka-sangka Zafran pun rupanya suka jugak automotive ni. Suka tengok kereta esepcially kereta-kereta sport ni. At the age of six, dia dah boleh kenal few popular brand. Kalau setakat Proton, Perodua ke Nissan ke Honda ke memang dia kenal sangat. Tapi now dah pandai jugak Lexus, Jaguar bagai.Kadang-kadang kalau time tengah takde apa nak buat, ajak g showroom tengok kereta.Hadoi..Jadi kami pun pergilah merayap-rayap kat showroom especially dekat Glenmarie ni kan.
Kalau selalunya susah sangat nak ambik gambar dia, tapi bila suruh posing celah kereta ke, hamboi bukan main lagik.
So aku pun memang teringin sangat nak bawak Zafran pergi tengok Motor Show.Tahun ni ada Kuala Lumpur International Motor Show dekat PWTC. So semalam kami bersiap awal pagi lagi.Reason pergi awal pagi sebab tak nanti parking full dan kena menapak jauh pulak.Dahlah bawak si Adrian.Jenuh nanti kot..So by 11am kami dah sampai dekat sana, it's actually a bit late sebab by 10am actually dah open to public. Malang tidak berbau sedang dok mencari parking tetiba je kereta Gen2 tu dah tak boleh bergerak. Nak kata takde minyak, rasanya tak mungkin sebab baru je isi minyak kan.Hummm...Sudahnya kereta tersadai di tepi jalan dan terpaksa towing balik ke rumah. Nasib baik jugak sedang kereta rosak tu ada kawan yang bagitau "PWTC blackout, visitor cuma boleh masuk by 2pm" Erk???
Event international tapi macam ni ka? Hum...Sudahnya kami pun dah malas nak pergi, tambah pulak kereta rosak and bila dah tow balik, takde kerajinan sangat nak berpatah balik ke PWTC.
Promise pada Zafran, that we will go In Shaa Allah by next Saturday.
what will happen to the Gen2???????

I Love Dessert

I really do love cooking.Macam ada kepuasan yang tak dapat di gambarkan.Cheh poyos sangat tu bunyinya hokey.Tapi dalam banyak-benda aku memang layan Western dan desserts.Tapi kalau bagi ratio 60% will go to passion of desserts....Ok aku ni memang suka sangat layan Asian Food Channel 703 and sometime 707 jugak. Don't have specific chef yang aku admired tapi aku suka tengok how they cook.Anna Olson pastry chef dulu rancangan dia Sugar, now Fresh with Anna Olson. Chef Michael dengan rancangan Chef At Home.Suka tengok dia masak sangat kemas dan bersih.Aku admired dengan store makanan dia.Bertingkek-tingkek spice and ingredients dalam balang kaca.Aku simpan balang kaca konon nak tiru macam dia.Haha hampeh sebab aku takde dapur besar nak buat store untuk makanan jer.Jamie Oliver aku suka tengok dalam 15 minute meal tu.Kalau aku memang 15 minute baru nak siapkan bawanglah, bersihkan ikan lah.Huhu.
Dulu pun mak pernah ada bakery.Dia berniaga lepas bersara dari kerja gomen.Aku tolong-tolong kat kedai especially time musim orang kawin.Memang pengsan nak buat.Tapi seronok!! Malangnya bisnes tak bertahan lama atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.Tapi rasa cinta tu tetap ada.Kadang-kadang aku sanggup laburkan duit pergi kelas baking.Cake in jar...cupcakes...and yang terbaru talam.Kalau tak g kelas aku akan godek resepi dari internet dan cuba.Resepi memang ada, tapi kalau tak kena gaya memang tak menjadi.Bukan sekali buat terus jadi.Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang terpaksa buang jer sebab tak layak untuk masuk dalam tekak.Ia bukan perkara mudah.Jadi aku kena rajin practice...dan melantik tikus-tikus eksperimen untuk berkhidmat dengan aku.Sanggup???hehe
##Mode tak sabor nak membaking setelah sekian lama plug rosak.

Sunday, November 03, 2013

Happy Birthday Mr. Roy

Birthday Daddy 3rd November.Tapi biasalah lambat sikit menghapdatenya. Kali ni giliran Mummy lak kena belanja dia.Kami ni dah lama tak bagi-bagi hadiah ni.Sebab siryes tak tau nak bagi apa.Benda-benda standard macam wallet ke, baju ke, agak susah nak beli sebab taste Mr Roy ni lain sikit.So lebih baik penuhkan perut, bukan setakat dia yang kenyang, dengan den sekali kenyang.Suko den.Hihi
Daddy kali ni pilih nak pergi Swensens, teringat pernah makan dekat Airport katanya.Mummy ok ajer.No problem.
Kami pergi dekat Swensens Subang Parade, tak banyak outlet cuma ada dekat Ampang and Subang Parade jer.
Compare with Friday's or Chilli's, Swensens ni more to family leisure. Ada tempat untuk anak-anak main and the outlet also quite spacious jugak. 
Mummy pilih Fish Baked Cheese, RM 17.90 entah kenapa pilih mungkin sebab nampak cheese macam sedap jer.Memang sedap tengok cheese melimpah ruah, tapai alahai tak boleh nak makan banyak sangat weh.Kenyang.

Lepas tu nafsu -nafsi order pulak Creamy Mushroom harganya RM 12.90. Reason order sebab pernah tengok Qhi makan dalam Jalan-jalan Cari Makan.Hehe.Rasanya memang sedap tak macam Mushroom Soup Pizza Hut ar.Ni macam rasa homemade style tau.Siryes kalau korang pergi sini tolonglah order.
 
Daddy order simple je Swensen's Combo harganya RM 24.90. So it's actually combination banyak jenis ada shrimp, fish fillet jugak. 
Adik Hanim, my SIL ordered Beef Stroganoff Baked Rice RM 17.90 harganya. Sedap jugak ada rasa black pepper sikit-sikit. Tapi still big portion jugak tu.**aish mana gambo da 
Anak bujang yang sorang tu nak Mozarella Cheese Stix macam kat TGI Friday. Hehe orderlah dekat dia in one bowl ni harganya RM15.90. Sedap jugak , cuma rasanya dekat TGI Friday lagik sedap kot.Yang penting time gigit tarik meleleh-leleh cheese ok.
 
To end up the session orderlah ice-cream.Kasi sejuk sikit perut tu.Kalau ikutkan dekat Swensen's ni memang best-best dessertnya.Cuma yang tak tahannya tengok pricenya alah dah boleh sama dengan sepinggan main course dish.Tapi kalau nak cuba apa salahnya. 
 
In overall, the concept is more to family concept, you know what I mean. No liquor, and suasana dalamnya pun cosy and friendly.
Food: ///
Price:////
Ambience: ////
Will come again? Yes :)

Thursday, October 31, 2013

Lunch Date

Office makin dekat, tapi masih berkereta dua.Maksudnya Mummy masih drive sendiri and Daddy pun sama.Tapi takpe now kalau rasa nak dating berdua insyaAllah masa lunch hour, bisa di atur.Rasanya dah few times jugak lunch date tapi kedai biasa-biasa je.Semalam kami try dekat The FOOD Tree Glenmarie.Located dalam building OWG dekat dengan Peugeot and Audi showroom tu. Terkenal dengan Dim Sum Buffet tapi lunch hour tak sesuai lak buffet.
So what we ordered? Mummy ambik Char Kuew Tiow, harganya RM 8.90, Daddy pulak order Nasi Goreng Kampung RM 10.90.In addition order Soup Chicken Dumpling, yang ni recommended by mamat yang ambik order tu. Air kononnya Coconut Shake harganya RM 9.90 ok...budget murah macam kat Klebang ke? Hihi
So far the price is OK lah and makanannya OK jugak.Tapi yang paling teringat ialah Soup Dumpling tu.Bila masuk dalam mulut rasa ginger and soup purgh...terkenang-kenang beb.
Kat sini jugak ada Buffet Dim Sum.Masih belum cuba so not sure lah sedap or not.Tapi maybe tak boleh kalahkan Holiday Villa tu.Nanti kalau dah cuba kita bagi review ya.

Monday, October 28, 2013

Nasi Briyani Abdul Bukit Rahman Putra

Sweet Sunday.Mr. Roy mengidam nasi biryani.Hum dah sah-sah aku ni kalau masak yang grand-grand macam tu tak berapa nak terer sangat kan.Hihi.
Lagipun dia ajak g Mak Tim.Bosanlah pulak jom try tempat lain. So Mr. Roy suggest makan Nasi Briyani dekat Rahman Putra Sungai Buloh. Location dia dekat dengan Putra Medical Centre.
Kedainya actually bukan kedai tapi macam gerai. Kalau nak duruh rate tahap kebersihan, pada aku bukan lah bersih gila-gila.Terganggu nak makan sebab banyak kucing (yang tak berapa nak bersih) berlegar-legar bawah meja.Hum.
Aku and adik ipar pilih Nasi Briyani ayam merah harganya RM 9.00. Pada aku biasa saja sebab kuah nya tak terasa sangat.Pada pendapat aku pun ayam nya macam terlebih pewarna coz merah sangat.
Mr. Roy macam biasalah mesti usya Briyani Kambing. Dia kata sedap.hihi.Harganya RM 13.Ramai yang datang ni regular customer kot.Ada yang order untuk tempahan untuk majlis-majlis.Mungkin kena dengan citarasa derang kot.
Kalau Tanya nak datang lagi ke tak, boleh tak nak jawab tak nak? ^-^

Sunday, October 27, 2013

Adrian yang manis

Adrian yang manis dah beranjak ke 1 year 2 month.Alhamdulillah sihat dan ceria.Masa berlalu dengan cepat,sangat sibuk sampai tak terupdate perkembangan dia.Sorry dear.Tapi Mummy cuba re-cap jugak supaya Mummy tak terlupa nanti.Sebab Mummy ada "penyakit" short term memory.Uhuks.
  • 11 month sudah tumbuh gigi pertama.Manis jer sebelah bawah.Tapi gigitannya aduh sakit tu.Sakitnya dia menggigit Miss B sampaikan luka dan bernanah. Carik petua supaya dia tak menggigit tapi tak jalan.Lepas dia gigit dan tarik...tersengih and gelak-gelak.Hadoi.2 weeks jugak kena ambik tempoh nak pulihkan nanah pada Miss B tu and sejak dari tu dah stop mengepam susu.
  • Seminggu sebelum harijadinya yang pertama Adrian dah mula boleh berjalan dengan laju.Tak perlu walker or any alat bantu lain coz dia ni agak berani sikit nak di bandingkan dengan Zafran.That's why by one years old jer dia dah boleh berjalan sedanglan Zafran dulu 1 tahun 2 bulan baru boleh berjalan.
  • Di umur 1 tahun ni sangat pandai ekspressi diri. Kalau merajuk boleh meniarap dekat lantai.Proteslah tu.Kalau nak makan pandai sebut NAK.....memang bab makan super hero betul.Setiap apa yang kita makan dia pun nak bedal sama jugak.Dia pun faham instruction actually and Zafran memang suka buli adik dia. "Adik take that....adik take this.." hamboi-hamboi yang adiknya pun patuh je arahan terkedek-kedek ambilkan barang yang abang suruh ambik.
  • Adrian pun sangat lasak..suka panjat sana sini..kalau dalam kereta tak boleh duduk diam langsung.So solutionnya terpaksa pulak download apps nursery rhyme hokey semata-mata nak bagi dia diam kereta.Walwehhhhha.
  • Di umur setahun sebulan jugak Adrian dah beranikan diri naik tangga sendiri.Selama ni merangkak naik tangga,now dia nak naik sendiri berdiri macam kononnya dah besar sangat:) Memang sangat berani anak mak yang sorang ni.
Banyak nak cerita tapi tak punya masa yang banyak.Nak janji pada diri sendiri mesti kena curi masa jugak untuk tulis.Sebab hard disc memory kepala Mummy memang slow and kureng.Banyak yang lupa jer...*short term memory*..Erk.

Thursday, October 17, 2013

My Birthday :)

12 Oct ....My birthday;) One year older.Harapnya walau tua tapi masih tetap cantik (eh cantik ke).Ting tong!!! Whatever!! Usia berganjak, harapnya akan lebih bersyukur dengan segala yang di kurniakan Allah sekarang (ini sebab diri sendiri suka mengeluh di sana sini).Ada orang lain yang lebih susah dari aku...ingat tu..
 
Di umur ini Alhamdulillah, ada kenderaan sendiri walau tak mewah mana, ada rumah sendiri walau hanya umah tengah tidak berlaman apatah lagi berkolam, masih punya pekerjaan walau hanya executive macai, punya keluarga yang menjaga satu sama lain, yang pastinya anak-anak yang comel dan menghiburkan walaupun kadangkala ribut jadinya. Alhamdulillah Ya Allah.
Doa untuk diri sendiri semoga Allah panjangkan umur, di tambahkan rezeki dan semoga aku menjadi manusia yang berguna di dunia dan juga akhirat kelak.Amin
 
Sambutan serba sederhana bersama keluarga terchenta:)


Sunday, September 22, 2013

Happy 1st Birthday

Assalamualaikum semua
Lama dah tak bersiaran.Banyak nak story tapi tersangat bz.Hukhuk.Sadisnya.
Lama dah nak tempek story birthday Adrian baru-baru ni. 1st birthday hokey.Alahai dah bosar anak omak ni rupo eik. It's like a tradition to us yang birthday anak sure nak sambut.Especially first birthday, rasa tak reti pulak nak celebrate berdua or bertiga je sebab rasa macam tak meriah pulak.Sebab birthday anak kan..Kalau birthday mak bapak takperlah kot.Tapi tulah dalam pada kekangan budget tu kami teruskan jugak nawaitu sebab niat sekali nak buat merangkap open house Raya.

Mummy tempah garland and food tent dari Gifted dan cake pulak dari preetysmallbakery. At the first place tak niat pun nak ada theme ke apa, tapi member tu suruh think something senang nak design katanya.And she suggest plane theme and terus agree. 
Cake pulak memang nak order cake no 1 dan ada figurine on top of it.Alhamdulillah boleh jugak tokey cake ni buat;)

Thank you pada all families and frenzs yang hadir memeriahkan majlis.
Doa Mummy and Daddy semoga Adrian akan menjadi anak yang soleh, cemerlang di dunia dan juga di akhirat.
Semoga anak syurga ini sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam Aidilfitri buat semua.Kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir dan batin.Alhamdulillah tahun ni kami berpuasa dan berbelanja serba sederhana.Anak-anak lebih di utamakan, mak and bapak budak pakailah apa yang ada..raya pertama jelah sedondon...Tahun ni dengan segala kuasa yang ada Mummy decide tema turqouise blue.Hihi..Ceria sungguh rasanya.Baju Daddy and anak teruna tempah as usual and baju Mummy dekat PKNS jer.
Raya tahun ni over sederhana kedekut cuma beli sejenis je kuih raya.Itupun sebab last year tak jumpa kuih tu. Sadis betul.Sebab every year tak habis dan sayang beli  mahal-mahal asyik di buang di tong sampah jer. Tahun ni giliran di Gemencheh, Negeri Sembilan pastu baru ke  Kedah on 2nd raya.Almaklumlah kali ni cuti pendek je coz Mummy baru je pindah new co kan. Apapun selamat hari raya semua.Mohon maafkan segala salah silap kami.Jemputlah datang ke rumah :)

Tuesday, July 23, 2013

Percutian 3hari 2 malam? Eh mana cukup..

Punyalah panjang tajuk karangan kan. Ngeh ngeh.Bersiaran dari KPJ Damansara lagi..Hah LAGI???
Adrian dah dekat sebulan batuk and selsema, dah 3 times tukar ubat masih tak efisien weh. So panel doc bagi refer letter to paed. Kononnya nak jumpa doc Saturday 20th July, sekali tu hari Khamis tu dia start demam.Plus dengan dia muntah sekali.Daddy dah risau,so terus ke KPJ Damansara.Masa tu dah nak pukul 12mlm dah.Terus ke emergency ward.Elok jer sampai, Adrian muntah selambak lagi.Terbaek!! Dengan dahi tempek Kool Fever terus Doc panggil masuk bilik.Potong Q terus.Uhuks.
Doc cakap ok terus admit,sebab baby dah muntah-muntah.Huhu dah agak dah. Tragisnya, baru je bulan March hari tu admit.Kali ni admit lagik? Rasa nak nangis da.Pukul 1.30pagi kami admit.Masa nak decide bilik Mummy ingat nak try Pediatric Ward Level 5 yang cantik tu.Hari tu kan dah usya. Siryes ward tu macam Alice in the Wonderland.Wah memang ceria dan cantik.
Wad kanak-kanak memang sepatutnya ceria tau.Takdelah monyok je budak-budak ni.Boleh cepat baik :)Masa kami stay kat sana, maskot Kidzania datang melawat and bagi gift. Mak excited tau, tapi Zafran penakut pulak.Rela dia menyorok dalam tandas dari ambik gambar dengan Maskot tu.Apa da..Yang Adrian pulak baru bangun tido, tengok maskot kepala besar terus nangis da....Tapi lepas tu sibuk nak usya-usya maskot tu pulak taw.
Actually Doc jangkakan boleh balik by Sunday,unfortunately white cell count Adrian tak turun.So kena tukar antibiotik lain.And add on few more days percutian kami dekat sini. Haru di buatnya.
Cantikkan? Lorong, bilik, the wall, also the nurse station.

Bila dah more than 3 days Adrian dekat hospital, masa nak masukkan antibiotik dekat tangan dia, nampaknya dia dah mula rasa sakit, so we have to change to tangan yang sebelah lagi.Nampak gayanya terpaksa sekali lagi panggil Dr. Razak.Bukan nak cakap apa, comparing nurse ambil darah and Dr. Razak ambik memang different.Kalau nurse ambik, have to press jari jemari Adrian baru darah keluar itupun setitik-setitik.Tapi bila Dr. Razak ambik, memancut-mancut darah keluar.Hambik kaw..
Ok,we have been at Level 4, Premier Ward and now at Level 5.Dekat Level 4 tu more to exclusive,dah nama pun premier kan.Suasana pun suram, cosy jer.
Dekat Level 5 ni, memang ceria.Warna terang-terang and lampu pun tak malap.Pun ada disediakan play room untuk kanak-kanak.Faham-faham jelah, budak-budak bukan boleh duduk diam lama-lama.Nanti dah boring bolehlah bawak ke Play Room ni. Ceria hokeh.
 And waktu menulis ni, masih tak pasti bila boleh keluar.Huhu.Setakat ni dah 5 malam kami berkampung dekat "hotel" ni. Nasib baik single room, and suasana pun tak membosankan sangat.Takdelah mak stress taw.Dekat bawah ni pun ada bazaar Ramadhan, ada orang jual tudung..baju...hihi i loike :)
Eh dah terbalik pulak, abang tido dalam baby cot? Haha Mummy yang suruh..Nasib baik muat taw. Tido tak hingat masing-masing.Ingat tido kat hotel ke?

                                        Layan pics weolls :)

Sunday, July 21, 2013

Ladies Day Out...ladies lah sangat

Salam semua.korang sihat? Ngeh ngeh.Pose ke tak ni?Well,life dekat tempat baru biasa ajer.Takdelah special mana coz the environment almost the same.Eh lain kalilah cerita.
Kita nak cerita pasal Ladies day out.muahaha ladies lah sangat!!!By the way actually bila dah  bekerjaya ni dan beranak pinak, masa yang ada dapat dedicated untuk family and kerja jer.Nak hang out dengan kengkawan memang susah.Orang laki lain..malam-malam buta keluar mengeteh kat maple anytime je.Tapi orang pompuan ni sebulan awal kena plan hokeh!!Huh We plan untuk outing sempena resignation aku dan plan asalnya sorang lagi member ( boleh lak tak jadi tender).kononnya jugak dapat bonus sekali, so bolehlah masing-masing menyoping.Tapi sekali boleh lak bonus postpone da.. Makanya makan-makan jelah and i took the opportunity shopping baju kerja.
Awalnya kena vote dulu nak makan what type? Western, japenese ka, Chine Muslim ka and so on.Setelah vote di adakan ramai yang vote nak makan western.
Pastu bincang-bincang akhirnya ramai yang nak try Bubba Gump. Ok jugak boring dah kot g Chillis or TGI Friday kan.So since Bubba Gump ni tak banyak outlet yang ada, the nearest one is dekat The Curve lah, so ramai-ramai ke sana.
Last pergi January baru ni, masa tu Mummy belanja Daddy sempena bonus.Time tu Daddy makan Fish Bourbon tu, bila cilok-cilok sikit eh sedap lak.Hihi.So kali ni aku order Fish tu pulak.Same goes to K Zalina.K Azah and K Dut order Skewed Chicken and K Jijah try the salmon.And not to forget Nozie choose Lamb.Air masing-masing nak try Alabama tu,sedap gak smoothies ada rasa peanut-peanut sikit.Tapi acik bedah order air yang boleh refill, sebab aku ni kalau minum macam unta da, mana cukup segelas.Heheheheh.
Makan memang kecoh ar, mak mak budak kalau bersembang memang tak ingat dunia.Surprise from them a gift which i totally don't expect and never expecting anything from them.The friendship that we have is enough for me.Everybody got perangai masing-masing including me lah kan.Tapi itulah manusia.Mana boleh perfect 100%..maaf memaafi is important;)
Thanks girl, u shine my day..korang jangan jeles, macam tau-tau je wallet Guess aku tu dah barai...dah ada penggantinya.Time dapat tu rasa macam budak dapat gula-gula jer.
In my mind I really want them to have something as a tanda ingatanlah kononnya, tapi since agak 'sengkek' sekarang, so insyaAllah in near future.
May our friendship remains forever.

Sunday, June 30, 2013

Good Bye Perodua

It’s hard to believe, the time has come. Finally. never think that I can move out my feet, body, out of this place. Really-really.After few years struggling finding a new place.Flashback balik sikit boleh?

Ok I started here in 2005, no idea what is Perodua is all about.Main masuk jer masa tu.Masa masuk Perodua masih belum tender dari TM. Konon nak tengok dulu.Purgh sengsara memang tak boleh cerita sebab kena masuk Production kan? Tapi bila di fikirkan balik all the benefits dan possibility untuk dapat jadi permanent staff, makanya memang I make a decision to release my “comfort” position dekat TM.

Siryesly is hard to work in production people at the first place. Derang memang jenis ganaszz, cakap pun main lepas and quite kasar. Quite shock sebab selama ni kalau meeting kat TM semua keluar slang-slang corporate wokeh (you know what I mean). Tapi lama-lama I get used to it lah kan.Lama-lama aku pun sama kasar jugak dengan diaorang.Muahaha.
Ni kawan-kawan masa dekat production.Saja sedondon tudung.

Lama jugak dekat Production Planning and Control tu, about 5 years jugak.Masa mula-mula tak biasa jugak dengan boss aku yang garang tu, tapi lama-lama dah biasa dah.Takde masalah dah.Biasalah masa mula-mula tu kan.Tapi langit tak selamanya cerah kan? Tiba-tiba jer ada perubahan dalam management, so bila dah ada rombakan itu-ini, sedikit sebanyak menjejaskan morale aku jugak ni.I hate to tell about this part.Huhu...

Unfortunately, tetiba ada pulak open internal vacancies untuk Product Marketing Department. Job scope pulak dia mention banyak on survey.Mata terus blink-blink.Aku kan suka bab-bab bercakap ni? Peluang ni namanya.So aku try apply. Untuk pengetahuan korang, nak apply untuk Internal Vacancies is not easy.Lagi susah dari nak apply company lain. Sebabnya, nak apply untuk vacancies tu kena dapat permission daripada GM korang ok.So maknanya GM korang akan tau yang korang ada plan nak apply dekat another department. This is tough man.Kalau korang tak kuat semangat memanglah rasa nak give up jer.I’ve tried very hard during this time and Alhamdulillah manage to go through it. So in 2010 I move to Product Marketing Department. Detail kerja lain kalilah aku share ya,Basically no more with productionlah, as in overall department ni initial stage of product development gitew.
Ni masa media test drive new Myvi

Tapi tu lah, kadang-kadang apa yang kita plan tu kita tak tau apa yang akan terjadi pada masa akan datang kan? Looking jugak for other opportunity and actually dah tak nak dalam automotive industry.But once you dah terjerumus dekat sini, makanya agak sukar nak move unless kalau kita kerja bahagian HR ke Account ke, itu lain cerita sebab ianya universal kan?
Allah sebaik-baik perancang kan, tahun ni tak naik gred tapi Allah takdirkan jalan yang lebih baik. Aku dapat offer masuk new co dekat Glenmarie.Wah memang orang mengantuk di sorongkan bantal.Dapatlah jimatkan kos toll dan minyak. Travelling dari Shah Alam ke Sungai Choh tak jem mana sebab condition melawan arus, tambah pulak lalu Guthrie Highway and Latar Highway, memang sekejap jer, tapi toll cost RM 9.60/day memang agak membebankan untuk orang yang bergaji kecik macam aku ni.Minyak RM 60/seminggu adalah pasti.Huhu.Jadi bila dapat ke Shah Alam ni, memang sangat bersyukur.
Mula-mula fikirkan mungkin aku akan sedih sebenarnya nak tinggalkan Perodua ni, dekat 8 tahun weh dekat sini, tapi bila dah makin hujung dari Perodua rasa macam no feeling at all. takde plak aku nak feeling-feeling ambik gambo masa last day.Tak sabar-sabar kot nak blah? Maybe because so many "things' happened in P2 right now,so it makes me feel nothing at all.Tapi maybe pelik sikit,hari-hari dekat sini tetiba berubah arah.Lainlah Mr. Roy yang tiap -tiap tahun resign!!!Huhu, yang paling sayang sekali ialah bonusnya.Muahaha. Takper, rezeki Allah ada di-mana-mana.Yakinlah. Doakan kejayaan di tempat baru InsyaAllah.
Ya Allah jika rezeki masih di langit turunkanlah, Jika di bumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.

Thursday, June 27, 2013

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran Adrian


**Ops ini adalah entry yang lama tau**
Adrian is 6 month masa kami buat kenduri Aqiqahnya. Kenapa lambat? 1st sebab nak tunggu duit bonus dulu which is end of December hari tu. Kalau di takdirkan dia lahir normal, memang terus proceed masa cuti sekolah December lepas, tapi since dia lahir c-zer and we have used a lot of money, so we plan  to be delay a bit.
Dok plan nak buat on Jan or Feb, aku ni sibuk pulak dengan Survey sana sini.Uish memang penat sungguh, mana lagi nak buat kenduri pulak kan. So decide ar bulan march, cuti sekolah, cantik jugak tu since In law and kaum kerabat Mr. Roy majoritynya cikgu kan.Moleklah tu. Tapi dengarnya end of march maybe ada election.Erk!! kalau ada election, siapa pulak nak datang kenduri ni kan?So pause momentum kejap.Tapi dalam masa yang sama teruskan jugak nawaitu nak order Yassin yang ada tempek muka Adrian.
Tapi rupanya nasib tak menyebelahi Malaysia untuk buat pilihanraya March tu, maybe ada factor-faktor yang menyebabkan ianya delay sedikit kan.Takpelah, so early of March hari tu kami terus tekan butang hijau and ON..
Mujurlah dah order Yassin, settle satu perkara.Personalized Yassin ordered from ex-schoolmate.Boleh usya dekat FB: Gifted. Jugak masa bershopping dekat Ikea hari tu, aku dah  sambar siap-siap hand ke face towel ntah kat situ, sebab colour dia memang matching dengan apa yang aku nak kan so terus aku rembat.
Ni hasilnya aku beli sendiri paper bag ni, wah nawaitu asal nak DIY paper bag kot…tapi tak sompek. Terus beli je and aku add with polka dot riben untuk naikkan seri and sinonim with our theme.
Talking about the theme, I decided our theme to be turquoise+ white+silver. Since last year takde baju raya baru, jadi Mr. Roy and Zafran pakai baju yang sama masa kenduri kahwin in law dulu.Aku?? mana boleh pakai baju sama.Muahahahah..terus mak beli baju baru kaw…
Actually the date of the event should be on 23rd of March, tapi nak di takdirkan cerita few day sebelum Majlis Aqiqah tu berlangsung sang putera pulak masuk hospital. Haru biru di buatnya terus call semua orang bagitau postpone ke new date 30.03.2013.Huhuhu. Nasib baik sempat:)

*** Kambing Golek and Catering***
Mr Roy tolong uruskan hal kambing golek, catering and khemah. Sebab Mr. Roy lebih mengetahui hal hal kambing-kambing ni sebab dia memang makan kambing.Shequeen tak makan kambing meh. Seekor kambik golek ni cost around 1K++.Served with 4 choice of sauce and salad. Mr. Roy tambah garlic bread which cost around RM 70.Tapi malangnya Garlic Breadnya tak sampai di hari kejadian..Lupa plak katanya.Huhu
Kambing Golek ni, Mr. Roy order from kambinggolek.com
Kalau ikutkan orang-orang yang makan kambing bagitau yang kambingnya sedap, mula-mula ingat nak juga cipta sejarah nak makan kambing buat PERTAMA KALI dalam hidup, tapi sedang jer ambik kambing tu tetiba Adrian melalak nak susu.Terus padam sinar cahaya nak makan kambing tu tau.
Untuk catering pulak is the same catering yang kami ambil masa Aqiqah Zafran dulu. Sebab ramai yang puji Kambingnya sedap.Briyani Kambing ler tue.So we repeated the order this time.Boleh place the order pada Pakcik Johdi at 016-2610971.Lupa da nama cateringnya apa.Huhu

Kuih muih sumbangan family.Diri sendiri pun gatal jugak order talam dari House of Talam.Boleh pergi FB nya untuk tengok sendiri hasilnya.Ownernya kawan den tau.memang sedap-sedap talam yang dia offer.Aku order Talam Roti Paun,Talam Cendol and Talam Serimuka Durian.Tamak tau

*** Candy Buffet***
Aha, ini ialah Candy Buffet table.Eh buffet lah sangat pulak kan? Which is aku lah tu yang teringin nak buat.Puncanya entah macam mana masa blogwalking hari tu aku terjenguk blog Red Mummy,   dok story yang masa Aqiqah anak dia memang ada Candy Buffet Table ni..Dia punya sponsor kot..Huhuhu Yang aku ni poket sendiri kan? Hohoho. Aku google jugak nak get info sapa yang boleh provide service ni.memang banyak, yalah dah macam trend kan sekarang.Tapi aku fikirkan, macam nak buat sendiri jer (budget banyak masa lah tu).
Bila Google looking at the price offered I feel like a bit expensive. So terdetik dalam hati baik aku buat sendiri.Huhuhu.
So mulalah aku planning everything, sampailah kepada how to setting the table. Sketch lagi tau.Takut juga tak menjadi kan sebab baru first time nak buat.
Tapi pejam mata dan bulatkan tekad. Tapi of courselah hasilnya tak seberapa kan? Yalah kekangan barangan lagik. So inilah hasilnya my DIY Candy Table (takutnya nak guna word Buffet).Wokeh kan for a beginner?
Kalau ada sesapa yang nak service aku yang tak berapa nak service ni, please let me know yah…Love it beb…Seronok dan puas rupanya bila buat benda-benda ni.
 
*** Buaian Berendoi dan marhaban***
Ini Buaian Berendoi.Hum talking about berendoi ni, memang sesuatu yang asing bagi aku sendiri, sebab dalam family aku kami tak pernah berendoi-endoi ni.Sebab ni more to adat kan.Tapi bagi family Mr. Roy yang sebelah Utara ni, memang standard kot bagi derang, walaupun actually aku tak  pernah pergi any of kenduri Aqiqah derang, tapi berdasarkan cara MIL cakap macam derang ada buat.
Because as far as I can remember, previously masa Zafran dulu, they eager untuk buat kenduri Aqiqah tu se awal-awal yang boleh.Yalah nak berendoi ni memang kena baby yang keciklah, kalau dah setahun macam Zafran macam mana nak berendoi.Tapi time tu duit tak cukup, so we hold the kenduri sampailah Zafran dah umur setahun. Now this time I try to fulfill lah their niat kan..(even it use my own money)…Takperlah, both side happy kan..
So untuk itu aku cuba mengoggle di sana sini mencarik buaian idaman hati walaupun bukan aku yang nak naik pun,Tapi asalkan sedap di mata aku..Aku tak suka sangat bunga-bunga ni if untuk boy.For me it doesn’t suit at all.Google around sana sini.Mak aih Mahallllllllnya. Kalau ikutkan hati memang tak mau ar pasang endoi ni, tapi since dah fikirkan takpelah, why not this time.Telan air liur jer.
Source: Buaian Cradle. This is my choice Aku suka designnya yang simple.Nampak eklsusif gitu.,Takde bunga-bunga sangat sesuai untuk anak lelaki.Berminat dengan Package 2 which is around RM 450 lagi tapi tak masuk lagi kos pengangkutan.So aku downgrade sikit ke package 1.yang ni harganya RM 300 tak termasuk delivery cost.Aku ambik jugak package ni dengan baju melayu sekali.Dah alang-alang kan.
Chomey tak sang Putera pakai baju melayu siap tengkolok gitew.
Package yang paling superb is yang Tinkerbell tu, purgh memang cantik gila.Dekat RM 900 tu harganya.Purgh, ketaq lutut weh.tapi ada jer yang ambik package ni tau.
Source: Baby N Me. Okey yang ni aku dapat information daripada blog wanita yang femes emesh tu Red Mummy.memang cantik, coz buaian dia tak macam buaian..hum how to say eik? It’s kinda bentuk dia lain sikit ar.Ni pun pada aku yang kurang berkemampuan ni rasa gak mahal ar.
Source: SI Manja berendoi.Ok yang ni pun aku ada buat comparison jugak.As for me, dia memang ada offer package yang murah around RM 200+ yang paling murah if tak silap.Tapi..tapi..tapi since aku duduk jauh di Shah Alam and the owner is from Semenyih aku kena ambik paling minimum pun RM 350 tak termasuk delivery cost ya.Tink tonk
So it’s up to you is it important or not.memang ada yang so damn expensive dah macam harga pelamin pulak.
Group marhaban pulak,asalnya nak panggil Ayah punya group, tapi sebab dah last minute, fully bookedlah pulak.Terpaksa guna khidmat pakcik Google lagik, and finally we manage to find satu group dari Puncak Alam (if tak silap). Kalau anda memerlukan perkhidmatan mereka boleh cuba contact Makcik Hasnun ya, 010 430 9625.
Alhamdulillah semuanya selesai, terima kasih pada yang datang memeriahkan majlis.Lega rasanya dah lunaskan tanggungjawab yang satu ini.Banyakkkk lagi tanggungjawab yang menanti.
Tapi secara seriusnya, jika anda buat event-event macam ni, kalau ada duit lebih upahlah professional photographer.Memang ada kawan or saudara mara boleh tolong ambilkan gambar, tapi percayalah a bit susah jugak nak bagi full commitment ni. Dan macam biasa,kalau ada event, memang payah nak ambik gambar kami sekeluarga.Huhuhuhu.