Sebenarnya entry ni dah lama tersimpan dekat folder draft. Masalah problemnya ialah kehilangan kabel kamera.Kenalah masukkan gambarkan walaupun gambar yang di ambil idokle secantik mana kan? Eh macam kene beli kamera baru yang kalau gantung kat leher boleh membongkok 45 darjah ke depanlah..
Sebenarnya (lagi) entah kenapa tetibe keteringinan nak makan Tiramisu membuak-buak, tapi nak yang homemade punya.Terus sahaja menggunakan khidmat Pakcik Google untuk dapatkan resepi yang baek punya. Godek punya godek resepi yang di rasakan sesuai dah mudah untuk di buat.Jadi Sabtu hari tu (7.4.12) decide untuk mencuba.
Sebenarnya (lagi) entah kenapa tetibe keteringinan nak makan Tiramisu membuak-buak, tapi nak yang homemade punya.Terus sahaja menggunakan khidmat Pakcik Google untuk dapatkan resepi yang baek punya. Godek punya godek resepi yang di rasakan sesuai dah mudah untuk di buat.Jadi Sabtu hari tu (7.4.12) decide untuk mencuba.
Mula-mula kena campurkan 250gm Marcarpone Cheese, 250ml whipping cream dan 1/2 cup gula. Pukul sehingga kembang. Mascarpone Chese di jual dengan harga RM21.90 dan whippng cream dalam anggaran RM7.00 sekotak kecil.
Inilah rupanya mascarpone dan juga whipping cream tu.
Dalam resepi asal perlu masukkan telur dalam 4 biji, tapi memandangkan resepi ni takde kaedah memasak, jadi rasa khuatir pulak ada bau hanyir telur. So I decided tak masukkan telur. Ini kiranya derhaka pada resepi ni.
Pukul sehingga kembang.Dalam resepi asal perlu masukkan telur dalam 4 biji, tapi memandangkan resepi ni takde kaedah memasak, jadi rasa khuatir pulak ada bau hanyir telur. So I decided tak masukkan telur. Ini kiranya derhaka pada resepi ni.
Sementara Cik Mixer menjalankan tugasnya, rendamkan Biskut Lady Finger ini di dalam bancuhan Kopi/Nescafe pekat. Biskut Lady Finger ni harganya di LMC RM9.90 tapi di Bagus harganya RM 9.30.Rendamkan sekali lalu sahaja.Kemudian susunkan secara berjemaah di dalam mangkuk pilihan hati.
Ini pula lady finger yang memang di gunakan untuk buat tiramisu ni.
Selesai blender adunan cheese tadi hendaklah di sapu di atas lapisan Lady Finger tadi. Selesai layer pertama dan dah susun secara berjemaah, maka sapukanlah layer cheese tu dekat saf yang pertama.
Sapu jangan tak sapu. Ulangi susun lagi lady finger di layer yang kedua dan tutup lady finger tu dengan campuran cheese yang telah di putar tadi.
Akhirinya dengan serbuk koko yang telah di ayak.Sejukkan selama lebih kurang 4 jam sebelum boleh di nikmati bersama.Inilah kali pertama buat Tiramisu.Seronoknya buat Tiramisu ni sebab masa membuatnya sangat cepat dan Zafran suka; daddy pun puji. Dua kali buat (Sabtu untuk bagi pada adik sempena birthdaynya dan Ahad: bawak ke office). Yang tak tahannya officemate cakap macam kek dekat Secret Recipe..Jangan jeles..Terbaek...
Ops seperti yang di jangka, finishing memang tak ambil gambar sebab dah gelojoh sangat masing-masing.
Ops seperti yang di jangka, finishing memang tak ambil gambar sebab dah gelojoh sangat masing-masing.
No comments:
Post a Comment