Wednesday, April 25, 2012

Stress tidak bertempat

Aku tertekan ..tekanan mental dan fizikal.Nak tau sebab apa? sebab rasa macam tak puas hati dengan template baru yang ku gunakan ini. Rasa macam ada yang 'kurang'.Macam tak sesuai dengan identiti diri. Hum, sebenarnya template blog kita secara tidak langsung merupakan cerminan diri kita.Juga ia mestilah sesuwai or sedondon dengan penceritaan atau content kita.
Secara psikologinya blog yang cantik akan membuai perasaan reader kalau tak orang luar boleh jugak membuai perasaan sendiri \0/ mode:perasan. Jeles tengok blog orang lain yang swet dan cantik gitu tau.
Tapi konflik dalam diri ni menyerabutkan minda or diri sendiri yang buat-buat serabut? Dalam hati suka yang pinky pinky ala-ala girlish gitew tapi kata nak buat blog untuk family? Ape celop? Okeh carik pulak template untuk family tapi ada muka family omat salleh tu pulak.Tak seswai gitu. Kalau buat satu kaler je okey kot kan? Ada je yang aku tengok kaler hitam je or kaler merah ke. Tapi aku suka warna warni.tapi nanti nampak serabut.
Purgh memang serabut otak beb. Aku rasa macam dah jumpa satu template yang agak okey (tak taulah berapa lama boleh bertahan dengan template blog tu). Sah-sah aku memang usya yang free template sahaja.Nantikan new look nya :)
Thank you for reading.

Monday, April 23, 2012

Kembara Holland

Last week daddy beritahu 'Maybe kena pergi lagi Holland bulan June ni. Hum pergi lagi? Dalam hati..Jeles memang jeles!!! Ini tidak adil tidal adil bagiku...(sound system bunyi macam Yuna).Teringat juga gambar daddy tidak lagi di uploadkan dalam blog ini. Maka bergegas mengupdate dalam blog ni. Detail tempat tak boleh cerita sebab bukan administrator yang pergi kan.Hanya gambar yang boleh berbicara sendiri.
Cantikkan pemandangannya? Subhanallah.
Merasa kot berjalan atas sungai yang sedang membeku

Pegang salji dengan harapan boleh buat Ais Batu Campur ka?
Berlatarbelakangkan bangunan yang cantik dan sungai yang membeku
Haruskah gambar ayam ini turut serta? Harus jawapannya sebab inilah saksi kelangsungan isi perut dan keupayaan menempuh hidup sepanjang seminggu dekat sana. Ada juga restoran yang menawarkan makanan halal di sana.

Macam biasa, makanan laut adalah yang paling mudah dekat perantauan macam ni.
Holland selain terkenal dengan drug and sex, ia turut terkenal dengan bangunan yang unik dan cantik.Tidak tahu ayat yang paling sesuai untuk describe memandangkan mummy bukanlah student jurusan architecture or seni bina ka.
Sangat seronok tengok salji ya. June ini kalau tiada aral melintang kali ini daddy akan menjelajah Holland lagi and of course bukan musim saljilah kan...

Jangan lupa ole-ole ya :)

Friday, April 20, 2012

Baldu Merah ku itu

Hah, entah kenapa memang peel ku ini setiap kali pregnant keinginan ke dapur membuak-buak. Setelah mencuba Tiramisu edisi khas birthday adik, kali ini tekak terasa-rasa nak makan Red Velvet. Pertama kali mencuba, maka resepi dan segala tunjuk ajar yang di terima masa ambik kelas Basic Cupcake tu kononnya nak applylah ni.
Maka pertama sekali bila nak buat kenalah pastikan bahan-bahan nya ada.


So mula-mula pastikan ayak tepung superfine ni bersama-sama dengan serbuk koko.Bahan asas seperti marjerin (113g) dan gula hendaklah di putar bersama-sama. Mengikut kata Puan guru gunalah marjerin yang dalam tin sebab kandungan airnya lebih tinggi.Kemudian bila dah sebati masukkan telur satu persatu.

Sediakan buttermilk (240ml susu campur dengan 1 sudu kecil cuka) kemudian satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.

Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk.
Kemudian masukkan pula 2 sudu besar serbok koko ke dalam mixer tu.Di dalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat (1 s/k) dan juga satu sudu kecil cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati. Masukkan pula pewarna yang sudah pastilah merah, nama pun Red Velvet kan. Kali ni guna Bright Red.Esen vanilla jangan dilupakan letak dalam 1 sudu kecil sahaja.


Ha dah warna merah nyah. Tuangkan ke dalam cup yang disediakan, anggaran jelah 2/3 dr bekas tu. Kemudian bakar dalam oven selama lebih kurang 20-25min. Make sure sebelum cupcake tu di masukkan dalam oven, oven tu memang dah di panaskan dulu dalam 20min.
Sementara tunggu cupcake tu masak boleh pulak buat cheese frostingnya.Senang je sebab hanya mix kan cream chese(125gm) dengan butter (1/2 cawan) dan juga icing sugar (1/2 cwn).Blend sampai lembut.Nyum nyum..

Kemudian decolah cupcake and..huhu.Disebabkan dekat kabinet den ni takde lagi sebarang bentuk nozzle pun.Maka begini jelah hasilnya.

Next time nak try deco cantik macam ni pulak.Eh cake stand ni takde dalam koleksi I lah.Cheh masuk dalam item mesti beli lah ni:)







Tiramisu oh Tiramisu

Sebenarnya entry ni dah lama tersimpan dekat folder draft. Masalah problemnya ialah kehilangan kabel kamera.Kenalah masukkan gambarkan walaupun gambar yang di ambil idokle secantik mana kan? Eh macam kene beli kamera baru yang kalau gantung kat leher boleh membongkok 45 darjah ke depanlah..
Sebenarnya (lagi) entah kenapa tetibe keteringinan nak makan Tiramisu membuak-buak, tapi nak yang homemade punya.Terus sahaja menggunakan khidmat Pakcik Google untuk dapatkan resepi yang baek punya. Godek punya godek resepi yang di rasakan sesuai dah mudah untuk di buat.Jadi Sabtu hari tu (7.4.12) decide untuk mencuba.

Mula-mula kena campurkan 250gm Marcarpone Cheese, 250ml whipping cream dan 1/2 cup gula. Pukul sehingga kembang. Mascarpone Chese di jual dengan harga RM21.90 dan whippng cream dalam anggaran RM7.00 sekotak kecil.
Inilah rupanya mascarpone dan juga whipping cream tu.

Dalam resepi asal perlu masukkan telur dalam 4 biji, tapi memandangkan resepi ni takde kaedah memasak, jadi rasa khuatir pulak ada bau hanyir telur. So I decided tak masukkan telur. Ini kiranya derhaka pada resepi ni.
Pukul sehingga kembang.


Sementara Cik Mixer menjalankan tugasnya, rendamkan Biskut Lady Finger ini di dalam bancuhan Kopi/Nescafe pekat. Biskut Lady Finger ni harganya di LMC RM9.90 tapi di Bagus harganya RM 9.30.Rendamkan sekali lalu sahaja.Kemudian susunkan secara berjemaah di dalam mangkuk pilihan hati.

Ini pula lady finger yang memang di gunakan untuk buat tiramisu ni.


Selesai blender adunan cheese tadi hendaklah di sapu di atas lapisan Lady Finger tadi. Selesai layer pertama dan dah susun secara berjemaah, maka sapukanlah layer cheese tu dekat saf yang pertama.

Ini adalah basenya, lapisan pertama.

Sapu jangan tak sapu. Ulangi susun lagi lady finger di layer yang kedua dan tutup lady finger tu dengan campuran cheese yang telah di putar tadi.
Akhirinya dengan serbuk koko yang telah di ayak.Sejukkan selama lebih kurang 4 jam sebelum boleh di nikmati bersama.Inilah kali pertama buat Tiramisu.Seronoknya buat Tiramisu ni sebab masa membuatnya sangat cepat dan Zafran suka; daddy pun puji. Dua kali buat (Sabtu untuk bagi pada adik sempena birthdaynya dan Ahad: bawak ke office). Yang tak tahannya officemate cakap macam kek dekat Secret Recipe..Jangan jeles..Terbaek...
Ops seperti yang di jangka, finishing memang tak ambil gambar sebab dah gelojoh sangat masing-masing.

Thursday, April 19, 2012

Kenapa..kenapa..

Kenapa aku nak berblogging?
Aku dah lama bukak account ni, tapi banyak halangan-halangan yang menyebabkan I'm not active in blogging.
1. Masa zaman duduk di PPC, no internet acces dekat P2 ; hanya certain department saja yang boleh dapat access ni.(kedekut taw). Dekat rumah, no more PC/laptop sebab dah sehari suntuk menghadap PC di office.So, memang takde kerja aku nak godek2 PC bila dekat umah.
2. Sign up for Maxis broadband yang amat slow masa di BSD. Nak bukak satu page mandi-pakai baju-solat-makan pun tak lepas2 lagi.
3.Pada zaman itu aku rasa tak perlu nak cerita itu ini.Kunun nak keep privacy.Macam artis-artis exclusive gitu.

Kenapa sekarang baru terhegeh-hegeh?
1. tetiba rasa penyakit Short Term memory aku makin mengujakan. Capacity dalam kepala otak ni makin kurang space kot.RAM dah kurang ka? Aku akhirnya merasakan perlunya aku mencatat beberapa perkara penting dalam hidup ini untuk di jadikan kenangan especially bila anak-anak dah besar nanti. Sekurang-kurangnya bila godek2 balik blog ni bolehlah gelak geli bila baca cerita-cerita lama.

2. Sekarang aku dah pindah dari Production ke Product marketing.Dengan terma Marketing tu, department aku ni ada akses internet.Department lain dekat P2 ni memang tak dapat kemudahan internet taw...Hahaha..so sambil menyelam sambil minum air. Aku akan curi-curi masa godek-godek PC untuk buat kerja amal jariah ni:)

Kenapa sekejap guna kata ganti diri aku..sekejap mummy? Tak konsistenlah...
Pengunaan kata ganti diri aku itu lebih senang bila bercerita tentang kerja, kawan-kawan dan sebagainya.Takkan nak cerita pasal kawan-kawan guna mummy..Tak sesuwei weh.
Dan penggunaan kata mummy tu lebih sesuwai apabila bercerita tentang anak, keluarga. Lagipun aku kan administrator blog ni, ikut suka akulah kan?

Kenapa guna url sheeroyzza?
Mula-mula memang nak guna nama shequeen jer, nama manja yang selalu guna untuk aktiviti-aktiviti gediks ni. Tapi at last aku decide nak guna sheeroyzza tu sebab gabungan nama kami..shee tu akulah tu, roy tu nama manja encik hasben dan zza tu kependekan nama-nama anak kamilah.

Simple je template blog ni?
Simple? Haah aku dah pening nak godek-godek free template untuk blogspot ni. Semua cantik-cantik dan yang penting free.Ada template yang aku suka sesuwai gitu untuk family blog tapi masalahnya ada plak gambo manusia apa plak.Takkan nak buat blog family ni pastu aku letak gambo orang lain pulak kan? Dalam hati suka yang sweet..tapi suka juga yang pinky tuh.Tapi banyak pulak command coding yang nak kene edit.Dah sah-sah aku tak ambik majoring in IT atau yang sewaktu dengannya.
Tapi melalui tutorial tentang blog ni aku belajar sikit-sikit.Nak letak itu ini.Pelan-pelan kayuh.Takkan superb terus blog aku ni.

Apa future plan untuk blog ni?
Hum actually banyak lagi kot.Tapi rasanya yang asas-asas dah cover. Kalau ikutkan nak letak watermark pada picture,tapi nak kene guna plak photoscape/photoshop yang sah-sah tak boleh nak download dekat PC office ni.Dengki taw.Nampak sangat aku guna time opis je nak update blog ni.Hahaha

Apapun harapnya sesiapa jua yang membaca (ada ker?) akan menerima tulisan ini seadanya:)
Adios

Sunday, April 08, 2012

Wish List?

Preggie moment is tiring for some people, but Alhamdulillah I manage to go through the first trimester quite well. Just a bit concern during the first few weeks, when the doctor said some possibility for miscarriage since I’m travelling a lot in January. Pening sikit-sikit is normal lah and Alhamdulillah xde muntah langsung same as last time. Last time at least daddy yang muntah-muntah, now he is also not having those conditions.Cuma the different is this time I can’t make it to eat seafood dan tak boleh bau minyak orang menggoreng.Just imagine; seafood is one of my fav..Now ta ta. Now it comes to my second trimester, Alhamdulillah keadaan masih baik.

Okay talking about baby, I believe I shouldn’t say Wish List.Maybe I should correct it to be things important for our new baby.Sebab benda-benda ni pun bukan di beli sebab keinginan nafsu nafsi tetapi keperluan (ayat baek punya). And for some people also they think of 'item' atau barang bila memperkatakan tentang  Wish List. Tapi for me, it's not only things, it's also other matters that I wish to do. 

For baby:

1. Baby Stroller



Zafran already got one, a gift from close friend.Jadi masa zaman itu kami tak pernah ada experience nak beli baby stroller.Makanya this time we decided to buy one.Logic tak?
2. New Bedding Set


New baby set bumper coat, bolster and etc.Baby coat sudah kami beli masa Zafran baby dulu. Sampai besar juga Zafran sleep dalam baby coat..Good boy. Reason beli baru sebab Zafran punya dah lama sangat. Almaklumlah dah almost 5 years sudah. Materialnya pun sure dah kuning-kuning dek susu tumpah and so on.
3.Cloth Diaper

I am thinking of converting usual use of diapers to CD (cloth diapers) .It in my mind after I go through Lunatots Founder blog. As she said, kenapa memilih yang susah sedangkan yang senang ada di depan mata. Takut juga tak mampu go on, but I think if it can save our money as well as the environment. Tidak salahkan?(owh ini belum bincang dengan daddy lagi)
For mummy
1. Berpantang dengan gumbira


 

Bak kata kawan ku Ummi Khalsum Musa,she want one happy confinement. I also want one happy confinement. Cheh pantang memang tak best, and previously aku memang pantang macam tak pantang sangat. Kali ni berharap dapat bertungku betul-betul (dulu mummy bertungku sambil baring bawah aircond..hihi) dan berurut lebih lama (7 hari kot). Dalam kepala dah fikir few makcik tukang urut yang berkaliber dan RM juga memang mantops…Tengok pakej ada yang cecah RM 1k beb..purgh. Tambahkan ilmu berpantang dengan membaca Ensiklopedia perbidanan Melayu, jangan mare.

2. Breastfeeding
Breastfeeding baby dengan baik. Bab ni tak boleh cerita lebih-lebih.What I can say, I am fail to BF during Zafran time, new mom and lack of knowledge plus poket pun tak berapa nak berisi.. This time I will start with lactation counceling and if everything OK, mummy wants to buy pump yang good one. Tapi memang tak boleh beli lagi takut membazir since I’m not sure my condition yet. I’ll go to what will be recommended by the specialist.
Pastikan I can complete to read all the surah-surah Al-Qurang yang baik di amalkan untuk ibu-ibu mengandung. Kadang-kadang culas juga dan dapat baca pun cuma beberapa kali saja.
Barang-barang lain macam baju and etc tu not a big item.I mean it a must kan.Sebab most of Zafran punya baju memang tak boleh pakai.Too old already.
Rasa macam ada tertinggal la.
Takpe, nanti sambung balik.Adios...

Tuesday, April 03, 2012

Happy Anniversary: Home Sweet Home

Semalam bergaduh-gaduh manja ngan En Hasben kununnya semalam genap setahun pindah di Alam Budiman..You are wrong man!! Hihi walaupun mummy ada penyakit Short Term Memory, tapi yang ni catit dekat calendar tau (yang masih tak dibuang2 lagi).1st April 2011 is on Friday dan 2nd April 2011 is actually on Saturday. We are moving on Saturday rite…
Tone suara: mummy menang
Masuk hari ni sudah genap setahun kami berkelana di Taman Alam Budiman. Syukur , rumah yang aku terbayang siang dan malam lepas pergi showroom akhirnya berjaya jugak kami duduki.Alhamdulillah. 1st loan application nasib tak berapa baik ketika keadaan ekonomi kurang memberangsangkan.Maka rumah yang kami booking di Impiana kami lepaskan uhuks..Mencuba lagi kali kedua di Suria, at last dapat jugak kami...Yeeha :) Syukran syukran..teringat masa mula-mula masuk memang bergaung2, umah pun bau cat jer..hihi..sekarang Ya Allah, macam-macam harta benda ada.Serabut pun ada...

Walhal rasanya banyak barang dah sort out before move in to Alam Budiman.
Haha.jangan tertipu, ini gambar rumah contoh je..
Actually kalau nak di bandingkan duduk di Bandar Sri Damansara a.k.a BSD, convenient lagi dekat BSD, semua ada..bank, petrol pump,kedai makan even pizza hut ka KFC ka memang ada dekat BSD.Gerai-gerai dekat BSD pun banyak dan boleh tahan jugak kalau nak di bandingkan dengan Alam Budiman ni. Balik-balik Sayang Salmah,Vichuda or kedai mamak yang tak berapa nak best tu Rahmaht Bistro..Nak isi minyak pulak nun jauh di Bukit Jelutong.Kalau aku kaya, memang dah aku bukak satu stesyen minyak dekat sini..
Tapi bila pikirkan susah kot nak dapat umah double storey below 300K nowadays, maka pasrah jelah.Tidak mengapa, nanti happeninglah tu.

Apapun Happy Anniversary umahku:)