Saturday, March 31, 2012

Apa yang tertinggal??

Mati itu pasti..Kenapa cerita topic yang tak best ni? Memang kalau ikutkan siapa suka fikirkan yang bukan-bukan. Tapi tenyata itu memang telah di tentukan oleh-Nya. Selain tentang amal-amal kita sewaktu hidup sebagai bekalan kita di sana kelak, adalah perlu untuk kita berfikir juga mengenai harta yang akan di tinggalkan kepada waris-waris. Chewah macam perunding wasiat plak. Tapi tak mengapa kerana berkongsi ilmu itu kan di tuntut.

Ilmu bab-bab faraid dan juga hibah ni memang agak kurang jelas bagi diriku ini. Maka dengan pertolongan Pakcik Google terjumpalah satu laman sesawang yang di rasakan sangat mudah untuk di fahami. Ada kaedah pengiraan faraid yang mana kita perlu masukkan contohnya bilangan suami/isteri, berapa anak perempuan /lelaki dan sebagainya dan sistem tersebut akan memulakan pengiraan.

Di cadangkan ke http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html untuk maklumat yang lebih lanjut.Senang dan simple.Senang saja untuk di fahami dan memahami.

Tentang hibah pula masih mencari website yang mudah untuk di fahami.Apa beza pulak antara faraid dengan hibah ni…banyak persoalan dalam kepala. Takpe, mencari ilmu itu dituntut. Satu persatu ya.

Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya yang mempunyai harta agar dapat melakukan wasiat semasa hidupnya.

“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah pentingnya wasiat ini dalam kehidupan kita. Walaupun ada yang beranggapan harta kita tak seberapa, ianya tidak mengapa.Ia masih tetap harta dan ada yang layak menerimanya. Tambahan pula, kita ada hutang piutang juga yang perlu diselesaikan kan? kan?
maka perlunya seseorang untuk memastikan segala hutang-hutang kita diselesaikan bila kita dah tiada nanti.
Makanya things to do for 2012 ni dah bertambah satu item lagi.LAGI!!!!

No comments: