Saturday, March 31, 2012

Apa yang tertinggal??

Mati itu pasti..Kenapa cerita topic yang tak best ni? Memang kalau ikutkan siapa suka fikirkan yang bukan-bukan. Tapi tenyata itu memang telah di tentukan oleh-Nya. Selain tentang amal-amal kita sewaktu hidup sebagai bekalan kita di sana kelak, adalah perlu untuk kita berfikir juga mengenai harta yang akan di tinggalkan kepada waris-waris. Chewah macam perunding wasiat plak. Tapi tak mengapa kerana berkongsi ilmu itu kan di tuntut.

Ilmu bab-bab faraid dan juga hibah ni memang agak kurang jelas bagi diriku ini. Maka dengan pertolongan Pakcik Google terjumpalah satu laman sesawang yang di rasakan sangat mudah untuk di fahami. Ada kaedah pengiraan faraid yang mana kita perlu masukkan contohnya bilangan suami/isteri, berapa anak perempuan /lelaki dan sebagainya dan sistem tersebut akan memulakan pengiraan.

Di cadangkan ke http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html untuk maklumat yang lebih lanjut.Senang dan simple.Senang saja untuk di fahami dan memahami.

Tentang hibah pula masih mencari website yang mudah untuk di fahami.Apa beza pulak antara faraid dengan hibah ni…banyak persoalan dalam kepala. Takpe, mencari ilmu itu dituntut. Satu persatu ya.

Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya yang mempunyai harta agar dapat melakukan wasiat semasa hidupnya.

“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah pentingnya wasiat ini dalam kehidupan kita. Walaupun ada yang beranggapan harta kita tak seberapa, ianya tidak mengapa.Ia masih tetap harta dan ada yang layak menerimanya. Tambahan pula, kita ada hutang piutang juga yang perlu diselesaikan kan? kan?
maka perlunya seseorang untuk memastikan segala hutang-hutang kita diselesaikan bila kita dah tiada nanti.
Makanya things to do for 2012 ni dah bertambah satu item lagi.LAGI!!!!

Tuesday, March 27, 2012

Tawar akan manis akhirnya

Selepas habis belajar aku dapat offer untuk kerja di TM dekat Bangsar. Nama jawatan cikai je Customer Service Executive..xper, aku bedal juga asalkan ada kerja and tak mahu memilih. Gaji pun kecil saja less than RM2K ok..takpe, ku gagahkan jua. Rupa-rupanya batch aku yang sama-sama masuk ni di tugaskan untuk jaga branch TMPoint..untuk yang tak tahu TMPoint ni mcm branch TM tempat org byr bil dan apply line telefon /streamyx /compalint dan sebagainya.
So first branch yang aku jaga is di Kedai Telekom Ipoh, Perak (time nie belum rebranding lagi). Yang kelakarnya nama jawatan Branch Manager okey..tapi in term of grading and gaji memang gaji executive.
Bila dah start rebranding aku berpindah ke TMPoint Sitiawan di perak juga. Just imagine masa tu umur 24 tahun ada bilik sendiri, kaca okey (yalah aku kan Manager) haha  dan staff ko pun kene panggil ko Cik Syikin ...even ada staff yang aku tengok sama umur ngan mak aku..takkan nak panggil makcik..so aku hormatkan dengan upgrade tittle dia jadik kak je..
Dekat Sitiawan aku menyewa di Manjung, memang rilex je kehidupan kerja dekat luar bandar ni. Mana ada jem beb, masuk kerja 8.30pg pukul 8.15 aku baru nak keluar rumah..hihi itupun sebab aku kan boss kene tunjuk contoh teladanlah katakan.
memang happening sebab boleh nak sarapan ikut suka hati kau lah..tapi bila di fikirkan balik kerja ni memang syok sebab ko kan Branch Manager..hihi glemer nyah, tapi gaji  kecik, kontrak plak tu,time tu plak tgh ura-ura nak merge Celcom ngan TM..sure staff baru ni Last In First Out..so aku pun berkira-kira untuk apply job lain. Main tekan je Jobstreet, tak sangka sangkut plak dekat Perodua.
masa tu di offer Production Planning and Control Executive..oklah kot planning je ni.sekali tak sangka plak kene masuk kilang.huhu hilang segala vogue mak masa pakai ala-ala korporat kat TM dulu nyah..

Masuk P2 (ni singkatan perodua ..panjang sangatlah pulak) kene masuk kilang yang mana aku responsible untuk manage area Casting, Machining dan Engine Shop (CMK).Dekat Casting ni tau-taulah baunya..kat Machining bau coolant memerikan aroma yang segar..haha
Di CMK ni warga kerja wanita ni memang boleh di bilang dengan jari kaki..haha semuanya jantan je dan budaya kerja memang lain..statement yang kuar dari mulut semua ganaz2 belaka...acik ni macam terkene culture shock sekejap sebab dok TM dulu banyak control and kepit suara (nak nampak keparat..haha)Lama-lama terus mak jadi otai nyah..mak pun jadik ganas jugak.
Alhamdulillah bonus P2 sepanjang masuk ni mantap2 belaka..asal nak berenti je bertahan sebab memang perlukan sangat2 duit bonus untuk setel hutang piutang, simpan untuk beli dan pindah umah baru. Tambahan plak bertahan dekat P2 sebab company en hasben dulu takde kemudahan medical untuk family.Tahan dan tahan lama-lama jadi tukun dekat sini.

Setelah sekian lama di PPC tetiba ada internal vacancy keluar.Time tu plak krisis ngan boss baru (malas nak story)..membuatkan aku apply jugak internal vacancy tu. Masa interview (eh internal p2 pun kene interview ok), aku je calon tunggul yang ada..Eh xde orang nak masuk department ni ke? jeng jeng jeng..Haha at last acik dapat jugak berpindah dari PPC ke Product Marketing Department ..kira jadik orang corporate ar sebab dah tak payah duduk plant lagi.
Product Marketing (PMD) ni kalau kat sesetengah tempat di panggil Product Planning or Product Development.Detail kerja entry lain ya..

Kira oklah dekat department baru.rasa macam pindah company jugak sebab dulu aku Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd tapi now Perodua Manufacturing Sdn Bhd..hahah poys jer..ingatkan nak bertahan lagi dekat sini, tapi lately ni penjajah-penjajah kat sini dah makin melampau..Banyak sangat NO sana No sini..yang boss melayu pun semua Hait Hait jer..bukan nak membela nasib pun.
Ok ke arah budaya kerja cemerlang ya...kene masuk by 8.00am sharp..Kalau lambat even seminit nama ko akan di 'broadcast' dekat ED..Lagipun memang ada 'pengawas-pengawas' bertugas yang akan jaga entrance nak masuk building okey...
No breakfast ya during office hour..pandai-pandailah korang carik port nak melantak ya...Boss Jepun aku memang tak kasi makan time opis tapi kitaorg senyap2 jugak makan..
Rehat plak 1.00pm (baru boleh angkat bontot ke kantin ya)..hahaha ada 'pengawas' plak tunggu dekat pintu kantin tau..serius aku rasa dah macam dekat sekolah...1.45pm kene ada balik dekat kandang masing-masing ya...punch in and out lunch hour pun ada 'pengawas' yang nak tengok...hum...dengar cerita plak sekarang nak di kuatkuasakan NO lunch at outside...tak boleh makan dekat luar???
Eh helo..if makanan kat kantin tu sedap+pelbagai..sedap gak tekak mak ni nyah..ni hari-hari turun dah boleh tau dah lauk apa...agak-agaklah..
Balik pulak 5.45pm..ko ingat boleh balik awal ops on time? Untunglah kalau boss tak jeling-jeling manja bila ko angkat bontot on time..
Jumlah keseluruhan masa bekerja lebih kurang [540min (ni dah tolak rehat 45min) / 60 minit= 9 jam] ..Mana ada istilah kerja 8 hours ma...
kesemua perkara-perkara bodoh yang berlaku ni menyebabkan aku dah rasa tawar hati, takda hati nak meneruskan kehidupan dekat sini. Yes dulu memang aku mengejar nama company plus bonus tapi lately ni aku rasa, itu semua tak penting lagi...Aku dah tawar hati

best kot kalau dapat kerja kat sini eik????

Saturday, March 17, 2012

Wanita dan....

Wanita dan .... wah intro seram seram sejuk gitu..

Di sebabkan on dalam bulan March ni ada Hari Wanita sedunia, ada beberapa perkara yang aku nak ngomel komen tentang kewanitaan.Di sebabkan umur dah agak banyak, makanya story pun berdasarkan peringkat umur ya.

Masa student masih tak terasa lagi, bekerja dan still single still ok lagi..When you get married and no child yet, still OK lagi...when it come to have kids that's another story..It doesn't mean that when you have  a kids it will burden you..No no no..Anak-anak adalah rahmat Tuhan yang tak ternilai. Cuma kerbertanggungjawaban tu dah bertambah di sana sini..mereka ni bagaikan memenuhi ruang-ruang kecil di sekeliling kita.
Kisah diri sendiri..
Pagi-pagi by 6.30 pg meredah kegelapan pagi..mula-mula merangkak2 dulu than barulah memecut di Guthrie Highway...sampai saja di Rawang halangan pertama di kawasan Garing (apesallah ada 4-5 school yang dekat-dekat?)..terus lagi memecut sampai ke sg choh..dekat sini boleh tahan jugak..selit-selit lalu di kg tradisi pulak..dah mulalah merangkak2 lagi sampai ke entrance perodua..just imagine berapa ribu umat yang nak masuk dlm perodua nak berkejar before 8.00am?
gedebak gedebuk bergaduh cari parking..lari lagi ke kantin sebat je apa sisa makanan yang ada berkejar touch in before 8.00..lebih kurang 7.57 baru dapat letak punggung kat kerusi...pukul 8.00 start kerja...purgh...tarik nafas

kerja ...kerja..kerja...macam-macam arahan dapat..at last 5.45 petang baru boleh jeling-jeling boss..eh aku nak balik awal..ops bukan awal ya On time...Ya, pada masa ini boss fikir, "cheh balik cepat, tak cukup kerja minah nie?"..yang aku plak menjawab dalam hati "eh aku nak g ambik anak pulak ya..ko lainlah semua harap dekat bini je"
dan aku terus cabut muka selamba..
Maaf saya tak mungkin boleh jadi macam boss dan macam yang lain yang boleh stayback until 10.00pm or 11.00pm.No no no..wanita ini pulang ke rumah dengan jiwa kental..bye bye boss...tanggungjawab ni sambung esok ya...kerja opis sampai mati pun tak habis.


Sesungguhnya ini salah satu pengorbanan wanita... dalam kondisi ini, anda akan di lihat oleh majikan anda yang anda kurang potensi untuk pergi lebih jauh dan kurang peluang dapat memegang jawatan yang besar2...

Kejar lagi.. kali ni redah tempat yang sama..the worst part dah sekian lama dah jalan ni construction tak selesai pun..Jalan yang di maksudkan jalan nak amsuk ke Tol Rawang tu...merangkak lagi..zas zas berjaya masuk plus dan masuk guthrie pulak...boleh layan lagu sambil tekan pedal 110km/j..nak tekan lagi nanti Viva melayang dengan aku sekali melayang...kereta kecik..so layan saja..

Sampai kawasan perumahan berkejar ambil anak, masa ni dah reach 7.00pm lebih kurang kalau tak jem melampau..kalau jem melampau di jalanan makanya 7.30pm baru sampai ya.
nanti anak plak "mummy jom g taman...lambat lagi Maghrib"...kesian punya pasal, heret juga kaki...sampai umah letak kaki jap..."mummy nak air, haus"...sekejap lagi "mummy, nak 'yak pulak"..layan lagi..tup tup dah kul 8.00 ..kejar nak Maghrib pulak..

Ini belum kategori kena masak...kesian anak sebab jarang dapat rasa air tangan ibu, tapi nak buat mcm mana..penat wo...kalau aku ni kerja half day gagah lagi..ok so dah excuse bab masak..ops tapi jangan lupa if ada baby kene prepare bubur nasi untuk dia ya..bubur baby tak di jual di Vichuda or sayang Salmah ya...

Siap membedal makan, kena tengok homework anak pulak..so far Zafran belum ada homework hari-hari melainkan bila cuti panjang..tapi kene juga tengok perkembangannya.So ibu/wanita ini jugalah yang akan tengok2kan kerja or progressnya..

tetiba saja dah malam..eh cepat tido semua...sementara nak tido, eh air masak takde pulak..jerang sekejap..jeling2 bakul baju waduh kok sudah tinggi isinya...takpelah..jeling habuk2 yang melambai2 "eh cik bedah, bila nak sapu sampah2 sarap nie"...huhu..

gedebak gedebuk dah kul 12.00mlm..baru dapat lurus kaki dan pinggang..kalau kene menjawab 'tanggungjawab' lain plak tak ke haru? bila plak nak selesai semua ni?
Owh belum cerita lagi sekiranya anak anda dah bersekolah dan anda kene prepare sarapan untuk dia ya..(owh jangan fikir lagi ya..kosongkan minda)

Bukan menidakkan Jobscope sang suami/functionnya..tapi sebenarnya menjadi wanita yang berkerjaya itu menuntut sesuatu yang bukan sedikit..Bersyukur jika anda ada en hasben yang paksa rela  membantu ...sekurang2nya ringan sikit kan? Tapi bukan semua jobscope dia boleh ambik alih..tapi kira oklah..: senyum sikit
Woman responsibilities now equal with man. Kerja pun kene kerja jugak sebab pendapatan kita boleh membantu untuk menampung perbelanjaan sesisi rumah..rumah pun kene kasi setel jugak untuk mencapai tagline 'rumahku syurgaku' tu...
sebab itulah ku katakan wanita dan........ kalaulah ada pil ajaib aku nak pil yang boleh jadikan aku Superwoman..hahaha

Terfikir juga nak ringankan beban dengan ambil pembantu rumah, tapi rasa macam rimas plak ada orang lain dekat dalam rumah.Purgh tambah plak pagi ni dengar di radio untuk dapatkan maid Indon sekarang bayaran minimum adalah RM 700 hanya untuk satu kerja sahaja? maknanya mengasuh anak sahaja RM 700, tak boleh buat kerja lain ya..memang tak pakai bibiklah aku.buat masa ini aku akan meneruskan perlumbaan di jalanraya..cuba untuk memastikan anak dapat di ambil tepat pada waktu supaya tak payah bayar kurang bayar OT pada nursery-mendapat gaji bulanan dr majikan atas sumbangan 8.00pg-5.45ptg..dan stuck dua atau 3 tahun lagi di gred sekarang...dan tidak lagi bercita-cita tinggi..


So apa conclusion entry merapu aku ni?

Cukup2lah dengan apa yang ada.:)
Entry aku ni memang tak ada unsur2 positive...

ops positive sikit di bawah..
"Ya Allah aku memohon kesempurnaan nikmat  pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya,sehingga Engkau redha dan sesudah redha itu lalu aku memohon kepada=Mu supaya memilih apa yang boleh dipilih dan dengan segala kemudahannya, bukan yang sukar lagi susah di lakukan."
Aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan keluargaku.Jadikanlah aku orang yang bersyukur..





Tuesday, March 06, 2012

Standard 1 Registration for 2014..

Bulan March sudah menjelma...terlupa seketika mujur ada kawan yang remind dalam FB...registration untuk Standard One for intake 2014 dah mula di buka..
Malam tadi kelamkabut daddy ke CC sebab dekat rumah takde printer..register online dan print surat. Mummy di rumah kelam kelibut mencari document surat nikah, surat beranak..nasib document ni je, kalau mintak macam-macam mau kejung.
Kami sepakat register Zafran di SK Bukit Jelutong.Ini saja sekolah yang terdekat dengan Alam Budiman.
Ha  ni future sekolah Zafran.

Ha ni close up sikit.

Pagi ni daddy ke sekolah ...ala daddy work dekat (bunyi jeles) untuk register Zafran.Senang je lari ..ngular sekejap. So Alhamdulillah antara yang terawal (untung Zafran ada mummy yang prihatin....kelam kelibut) ..hihi
Zafran murid yang ke-25 register untuk sessi persekolahan 2014..yeah..
InsyaAllah ada harapan dapat kata en register.
So tengoklah application ni approved atau tak..harap-harapnya approve ya...

Nota mummy: Anak mummy nak sekolah dah ke? huhuhu

Saturday, March 03, 2012

Study Room Zafran-Intro

Perlukah environment yang menarik untuk attract budak belajar? Kalau tanya dengan pakar kanak-kanak memang itulah jawapannya..tapi seingat mummy zaman dolu2 orang belajar pakai lampu pelita je (ups ni zmn mak2 kita dulu)..zaman mummy dah ada lampu..belajar pun sempoi takde meja study pun..ok jer..tapi pandai je i..

Hum actually last week (25.02.12) mummy pergi ke tadika zafran untuk attend kelas phonic untuk ibu-bapa..so mama ros as the principal tu bagitau yang nak attract budak belajar ni kene ada environment yang menarik...

Than, mummy pun teruja nak google...nak menaiktarafkan study room  bilik mainan zafran yang penuh Ultraman tu...so ni kira latest Deco Project Mummy lah ni...besar cabaran nie especially RM$$$$$$$..Dalam pada google tu, korek-korek idea...wah berangan lagik..
Hoho...memang cantik bangat...berapa anggaran kosnya ni?

Hoho..ni memang belajar dengan semangatnya nie..

So, i think with my condition now, i have to do it phase by phase sehinggalah berjaya..jadik untuk phase yang pertama ni mummy kene beli dulu set chair and table..ops tak lupa juga writing board...kira-kira balik hum..banyak modalnya nie...kuwang kuwang kuwang.
Nanti kita saksikan berapa lama project ni boleh siap ya...adios..so daddy, cepat-cepat kita ke Ikea ya..I like!!!

Thursday, March 01, 2012

celebrate birthday ala Olimpik

Hoho..entry terakhir di bulan February.lagi 4 tahun baru nak jumpa tarikh ni ya..bagi sesiapa yang celebrate birthday hari ni..memang sambutlah sepuas2nya..macam tunggu kejohanan sukan Olimpik punya event da...apa pun pengakhiran untuk bulan February ni tahun 2012.
Hari ni juga hari sibuk sedunia untuk warga departmentku sebab ada meeting besar yang menentukan hala tuju Perodua...hohoho...adios...