Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Thursday, January 01, 2015

Tahun baru tahun lama

Tahun baru tahun lama.
Nak kata sibuk gila idokler sibuk mengalahkan Pak Menteri tapinya itulah aku ni  x de laptop kat umah..kalau ada pun kat rumah, mana ada masa nak layan menaip gitew..hoho..kat opis plak derang pasang detector yang boleh detect website apa ko g and so on so on..so nanti end of the month derang akan bagilah dekat ko list website mana yang korang pergi and kalau lebih dari certain hours tu dapatlah surat cinta..hahaha…..I know what you did last summer…
Tahun baru dah menjelma..I don’t have any clear resolution..just go with the flow or whatever it is..wishing a good health, wealth..hehe and anak-anak yang sihat cemerlang dan gemilang. In term of career, terus teranglah di katakan, nothing much to expect.So just kerja for the sake of money saja bukan sebab kepuasan diri pun..sob sob sob…takpe Allah knows better.

2015..new year begin
A good start of the year Alhamdulillah..we have our own wiken getaway nun di Cyberjaya..haha..Daddy yang suggest Cyberview Resort. Cuti sekolah December hari tu kami tak kemana-mana sebab cuaca kan asyik hujan je..Kalau pergi bercuti pun but end up tak boleh keluar dan melepak dalam bilik hotel je pun bosan jugakkan so sampai sudah memang tak kemana-mana.
Melalui Booking.com Daddy pun tempah bilik ..memang banyak discountnya. We got the room with the price around 300+ per night. So memang kalau nak dapat penjimatan wang kena lah rajin-rajin join page yang offer benda-benda ni.

Actually this is first time kami stay dekat sini memang tak rasa macam duduk dekat Cyberjaya weh…macam rasa out of the town jer..hihi.. tak banyak aktiviti melainkan aktiviti berendam dan  budget macam berenang tapi tak pung..hihi..

Tapi best weh bilik dia…besar, ada balcony pastu siap sabun and syampoo dia macam bau-bau spa gitew…nak g spa duit pun dah tak dak…so mandi tu berangan jelah macam pergi spa.


Malam tu kami makan dekat Padi House Retaurant, nice food jugak and all that we can say, eh macam dah banyak development kat Cyberjaya ni..tettttt hampeh betul statement…

Wednesday, June 04, 2014

Malacca Trip



Cerita dah basi....dah nak masuk Cuti Sekolah lain da...
Hari tu cuti sekolah (bulan March hokay), so kami plan (very short plan) untuk bawak anak-anak bercuti. Daddy ajak pergi PD, yang Mummy pulak PD lagi?..humm kita gi Melaka nak? Dekat dan ada jugak aktiviti untuk anak-anak. So Daddy kata OK jugak.Terus booking hotel dekat Bayou Resort Park,Bukit Katil.

Dalam hotel ni ada jugak Mini Park ar ala-ala Sunway Lagoon tu..haha so bolehlah mandi sampai kecut-kecut. Ambil studio sebab kami pun small family ajer.

Review: Biliknya bersih dan kemas, cumanya sofa tu dah Nampak bertompok-tompok. Mungkin ada guest yang tertumpah apa-apa ke, I would suggest untuk hotel ni silalah pakai sofa yang leather ya…senang nak bersihkan kotoran degil.

Untuk facilities yang ada okeylah becoz it’s not a normal swimming pool tu. Bukan nak cakap yang hotel ni tak normal, tapinya dia ada small theme park yang sesuai sangat untuk mak budak and bapak budak hokay. Iolls pun join sama menggedik dekat situ main slide pusing-pusing.Haha..
So far memang syok ar sampai sunburn di buatnya..Kali ni memang lah full aktiviti. Mummy plan nak bawak Zafran and Adrian more activities kali ni.

Jadi first day tu kami just rileks2 aja mandi manda. On the second day pagi-pagi kami dah layan Taman Buaya. Hahaha harganya macam biasa ar bila Cuti Sekolah terus naik harga hokay.

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Pergi Taman Buaya ni memang boring sebab buaya tu tak bergerak-gerak pun…rileks je dalam air or atas daratan.Tapi kalau nak bagi peluang anak-anak tengok buaya dengan lebih dekat memang oklah kan.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang

Kemudian kami bergerak terus ke  Taman Mini MALAYSIA, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.

Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.
Dekat sini masa kami singgah di rumah Perak, Zafran and Daddy berpeluang mencuba main gasing…First time for Zafran and kami beli juga satu sebagai kenangan. Di Rumah Selangor tu ada pulak makan-makan hahah bukan percuma ya…anda bolehlah menikmati minum petang roti jala yang di serve dengan kopi.Minum petang bersila dan memang feeling-feeling kampong gitew. Kebetulan pulak masa tu hujan, memang terbaik ar lepak dekat situ.

Dekat Taman Mini ni kami berpeluang jugak naik kereta lembu.Excited Zafran sampai naik dua kali. Bayarannya RM 5.00 untuk orang dewasa.Yang kanak-kanak 7thn ke bawah ni percuma je..
Sebenarnya kami nak pergi ke Zoo Melaka petang tu, tapi sebab hujan dan kami agak lama terperangkap dekat Taman Mini Malaysia.Jadi tak sempat sangat nak pergi petang tu.So we decided pergi Zoo Melaka Night Safari..Yeeha first time ni.. pergi night safari.

Balik hotel lepas mandi and solat kami keluar semula. Masa mula-mula sampai, eh macam takde orang jer, tapi rupa-rupanya ramai jugak.So kalau Night Safari ni kena naik tram ar…and akan ada guide ar dari staff dekat situ. Huhu untuk yang rabun macam aku ni yang degil tak mo pakai spec memang tak  nampaklah kan..Haha..

Sampai dekat kawasan harimau and singa kena berjalan kaki sikit dan akan di beri penerangan oleh staff yang bertugas…Actually macam ni lagik bagus, ada staff yang akan explain everything,takdelah jalan bodo je kan.And to be honest harimau ni lagik semangat and cergas berjalan-jalan di waktu malam. Haha..
The next day, mandi puas-puas and lepas tu check out. Sebelum balik singgah town untuk lunch kononnya nak layan Asam Pedas Daging Tetel...muahaha kuciwa kat kedai yang kami pergi tu takde lah pulak hari tu.
Tapi tak per, next time pulak kot kan. InsyaAllah :)

**Banyak gambo dalam phone daddy**

Tuesday, November 19, 2013

Kami dan LRT

Public transportation memang dah lama tak di gunakan.Public transportation di Malaysia ni memang boleh di katakan jauh ketinggalan kalau nak di bandingkan dengan negara-negara lain.Tak payah jauh-jauh nak compare dengan Jepun, tengok je negara jiran.Kalau public transport ni bagus tak payahlah semua orang nak memenuhkan jalan raya dengan kereta.
By the way one of public transport yang close to us ialah LRT.Reason? Ya related dengan Mr. Roy lah tu.Kami dapat free ticket tau ..jangan jeles.So hari tu kami pun pakat naik LRT ke KLCC.sebab SIL dapat intern dekat Petronas, jadi nak budget timing lah dari Kelana Jaya ke KLCC.
Ni first time untuk Adrian tapi yang kedua untuk Zafran.
Jadik of course lah sangat jakun bila ada peluang nak naik LRT ni.Tak tau lah bila lagi kami akan naik LRT ni..

Monday, May 07, 2012

Retreat At Avillion Admiral Cove, Port Dickson

As usual, setiap tahun mummy and daddy akan plan untuk our annual vacation. Itu memang acara wajib yang mana cuti-cuti ini only for us (us means daddy and mummy and kid/kids)Sangat sedih tinggalkan anak sedangkan kami bersuka-suki jalan-jalan.And of course kalau boleh memang aktivitinya santai sahaja.Tak nak agenda itu dan ini. A really full retreat. Tapi sometimes mesti nak kelainan kan? Original plan to have 3D2N stay dekat Zone Regency Johor Bharu and follow with a visit to Universal Studio Singapore,but since mummy now pregnant makanya terpaksa postponelah ke satu masa lain.Eh mana aci if mummy tak berpeluang nak enjoy games dekat USS tu.
Than it happen to be daddy kata "kita pergi PD lah"..Port Dickson? Apa ada? Pantai jelah kan.Tapi takpe ..Lagipun kali terakhir pergi pun on 2007, masa tu Zafran sangat kecil lagi baru 6 month dan kami stay di Legend Water Chalet.Not a plan trip tapi mummy pergi sebab office function. 
Dengan khidmat pakcik Google, mummy cuba search hotel-hotel di Port Dickson. Nampak macam Tiara Beach Resort tu menarik je coz ada themepark kan.Tapi daddy macam tak setuju.So, keluar lagi few list like Thistle and Avillion.So daddy kata why not kita try dekat Avillion Admiral Cove. Agreed and kami booking untuk 2D1N dulu.
Once dah sampai memang syok tengok viewnya.It's not a beach view tapi ala-ala macam dekat harbour gitew.
Syiok syiok and terus kami decide to extend another 1 night stay.Basically we check in by 29th April and check out by 1st May. Mummy memang cuti PlantShutdown and daddy guna cuti yang daddy umum yang daddy tak ambil sebab pergi Holland hari tu. It's like a prefect time we believe.

  Zafran tak sabar-sabar dengan pelampung dan bola Ultramannya.

We manage to get a room yang view ala-ala garden and 1 king size bed with breakfast of course. Basically in term of hotel review memang ok lah bilik dia sebab banyak lampu.Haha..bukan apa, ada sesetengah hotel tu lampu suram-suram je.Malap sangat.Tapi dekat AAC ni memang lampunya banyak.Siap dengan small pantry and 1 more daybed located near to the window.



  
Swimming poolnya not bad, besar dan redup dengan pepohon yang rendang.Kiranya kalau tengahari nak berendam pun tak jadi masalah.


   Owh owh Zafran teruja berenang dengan penuh keyakinan

Cuma satu yang tak berapa nak syioknya, kami rasa breakfast macam agak tak berapa menarik. I mean the choice of food memang tak banyak dan tak meriah.Sangat gembira bila tengok breakfast tu ada yogurt and aneka buah-buah kering..aneka salads dan sebagainya. That's why bila di AAC takde semua tu kami rasa macam kurang sikit.
Makan-makan di PD? PD ni memang tak berapa terkenal dengan any signature dish rasanya. Tapi basically berdasarkan tinjauan kami memang banyak kedai-kedai ala2 tomyam dekat sini. Tapi malam pertama kami bermalam di PD kami menuju ke satu kawasan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson. Kawasannya memang cantik (nampak bersih dan baru) tapi malangnya kedai yang ada sangat sedikit dan tak mampu menampung visitor yang datang. Kami sendiri kene berdiri untuk tunggu mana-mana meja yang kosong.Setelah tertenggek di tepi satu meja ni and selesai je mereka makan kami cepat-cepat duduk.Daddy order ikan jenahak bakar basah dan sotong goreng tepung.Sup sayur and telur untuk Zafran.Order sikit saja sebab nak makan berdua. Order macam tu saja dah almost RM65.00. Mahal jugak sebab ikannya cuma 500gram jer. Takpelah asalkan kenyang dan senang hati.
Esoknya kami memang habiskan masa di hotel swimming dan lepak-lepak dekat hotel je. Zafran keletihan sakit tangan dan kaki sebab kononnya berenang habis!!!
Jadi lunchnya daddy tapau saja dekat satu kedai yang nampak macam bestnya dengan asap-asap..Haha..Makan bungkus Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy sahaja lunch tu sebab hero dah tumbang.
Untuk dinner memang kami dah buntu nak makan di mana.Mummy dah boring nak makan nasi-nasi goreng dan yang sewaktu dengannya ,tapi daddy plak tak terasa nak makan western.Maka singgah di satu kedai yang dari jauh dah nampak signboard Air Buah Gelas Besar betul-betul dekat dengan traffic light. Malangnya rasanya tak berapa nak indah.Air tembikai susu tapi di buat Tembikai + Susu = Tembikai Susu. Hadoi!!! bukan tembikai susu tu ialah Honey Dew ka? masa order kan dah bagitau nak Honey Dew? Hum, memang out.Takpelah kami pun memang dah buntu. Zafran enak saja membedal Nugget KFC.Senang cerita:)
Apapun, we enjoy the short trip. pampered ourself,owh mujurlah tak banyak spa-spa dekat sini dan badan pun tengah membuyung.Kalau tak mau saja mintak service spa ni.
AAC is OK for us, nice view and nice hotel tapi daddy bercita-cita lain kali datang kita stay dekat Avillion ya..Purgh..ya betul Avillion boleh tapi 1 night stay sajalah ya..Kami suka...
Zafran doakan kita sekeluarga akan terus di limpahkan rezeki ya:)


Owh some additional story.On the way back from PD, kami singgah di Morib/Bagan Lalang just about two hours pusing and spend time di sana sementara tunggu Adik Anim landing dekat LCCT.Zafran and daddy sempat spend time untuk try go-kart. 5minutes untuk tiket yang berharga RM25.00.

Monday, April 23, 2012

Kembara Holland

Last week daddy beritahu 'Maybe kena pergi lagi Holland bulan June ni. Hum pergi lagi? Dalam hati..Jeles memang jeles!!! Ini tidak adil tidal adil bagiku...(sound system bunyi macam Yuna).Teringat juga gambar daddy tidak lagi di uploadkan dalam blog ini. Maka bergegas mengupdate dalam blog ni. Detail tempat tak boleh cerita sebab bukan administrator yang pergi kan.Hanya gambar yang boleh berbicara sendiri.
Cantikkan pemandangannya? Subhanallah.
Merasa kot berjalan atas sungai yang sedang membeku

Pegang salji dengan harapan boleh buat Ais Batu Campur ka?
Berlatarbelakangkan bangunan yang cantik dan sungai yang membeku
Haruskah gambar ayam ini turut serta? Harus jawapannya sebab inilah saksi kelangsungan isi perut dan keupayaan menempuh hidup sepanjang seminggu dekat sana. Ada juga restoran yang menawarkan makanan halal di sana.

Macam biasa, makanan laut adalah yang paling mudah dekat perantauan macam ni.
Holland selain terkenal dengan drug and sex, ia turut terkenal dengan bangunan yang unik dan cantik.Tidak tahu ayat yang paling sesuai untuk describe memandangkan mummy bukanlah student jurusan architecture or seni bina ka.
Sangat seronok tengok salji ya. June ini kalau tiada aral melintang kali ini daddy akan menjelajah Holland lagi and of course bukan musim saljilah kan...

Jangan lupa ole-ole ya :)

Tuesday, February 21, 2012

Kembara di Tokyo Jepun



Hihi..keadaan kekalutan berkadar songsang dengan kehendak untuk menulis...apakan daya..by the way ini hanya sekadar part of memories mengembara ke negara orang..chewah..
Flight dengan MAS on 28th night dan sampai dekat negara matahari terbit ni keesokannya dengan perjalanan lebih 6jam..sampai2 kami ke letak barang dekat hotel yang terletak di Shinjuku dan terus gerak ke Asakusa..tempat ni ada jual banyak barang untuk di jadikan omiyagi atau cenderahati...murah tak murah sangatlah coz masa mummy pergi currency nya RM 4 untuk 100yen..
Sebelum tu kami sempat mengisi perut dengan makan jepun dan kedai yang ala2 jepun duduk simpuh2 tu..hahah..mummy pekene semangkuk tempura udon..hum sedap.

kat bawah ni plak suasana dekat Asakusa tu

Setelah letih menghabiskan duit ops...  membeli belah untuk orang-orang tersayang kami makan pun pulang...
Esoknya kami memulakan kerja kami dekat Tokyo Big Sight..kene berjalannnnn jauh dan kene naik tren untuk ke sana..sampai jalan lagik...waduh letih bangat sih...kat bawah ni mummy kongsikan sebahagian gambar-gambar kereta sepanjang Tokyo Motor Show berlangsung...





Jepun dan Doraemon memang tak boleh di pisahkan....

Okey sudahlah2 gambar masa TOkyo Motor Show..terlalu banyak gambar, sebab mummy kene ambil gambar every single kereta yang yang ada dekat situ..nak muntah rasanya tengok kereta..
so gambar ni sekitar perjalanan kami, mencari makanan di tanah Jepun



Sushi yang berjalan-jalan


Wah ..yang ini memang sedap..udon ada..tempura ada....dalam 680 yen rasanya

Sedap tak? hihi..kalau orang yang tak lalu memang boleh terkeluar balik anak tekak dan isi perut...tapi sebab mummy dah di 'train' oleh daddy dulu, lama-lama senang je nak telan makanan Jepun ni rupanya...okey enough about food ya..mummy nak cerita betapa syioknya mummy ke satu tempat ni..memang tak sah kot if pergi Tokyo tak menjejakkan kaki ke...Tokyo Disneyland!!!!
Here I come.




Hahaha...tak boleh lebey lebey ya..nanti ada orang jeles...Tiket masuk ke sini sahaja lebih kurang 6200yen atau lebih kurang RM 248.00...so kami gunakan setiap saat yang ada dengan enjoy every area yang ada dekat theme park...kawan2 Perodua yang join kali ni semuanya lelaki tapi derang sporting terpaksa kot melayan mokcik ni...ahaks...apapun kami enjoy and dah malam barulah kami balik...boleh katakan puas hati sebab semua area kami dah masuk...memang seronok!!!
Sedangkan yang dah tua ni pun teruja sakan inikan pulak anak-anak...masa ni mummy imagine I wish that i can bring my kids here...one day InsyaAllah...
Malam tu kami kelaparan dan on the way balik ke hotel kami singgah makan di sebuah kedai Pakistan..mummy pekena nasi briyani udang...sebab dah lapar sangat2..dah makan baru teringat nak take picture..


yang ni pula Roti Naan Pakistan di Jepun..ni kawan punya..tumpang gambar

malam tu mummy tido lena sangat-sangat..maklumlah penat sangat...tapi tak sabar nak balik jumpa Zafran.
Esok pagi-pagi kami bangun siap-siap dan heret bag naik tren pastu naik bas pulak.naik bas pun dekat 3000 yen okey...3000yen dalam lebih kurang RM120 jugak tu..perjalan cuma makan masa dalam 45min jer..tapi mahalnya...dekat Narita Airport sempat lagi snap sekeping dua gambar...


Akhirnya tanggal 3.12 selamatlah sampai ke Malaysia..dah tak larat nak snap gambar lagi sebab keletihan sangat-sangat...apapun I enjoy every moment cuma kalau boleh memang malas nak kesana lagi sebab:
1. sangat letih naik train...dahlah jauh nak ke station lepas tu bermacam-macam pintu masuk keluar...penat jugaklah time kami sesat tue
2. kalau pergi pasal kerja balik kene buat report..hoho
tapi kalau g Disneyland, I like!!!


Thursday, February 09, 2012

Kembara daddy di bumi Netherland

Bulan February ni keluar kecil ini meneruskan kembaranya ke negara asing..chewah...kalau Dec 2011 mummy ke Tokyo, Jepun.. kali ni daddy pulak ke Holland a.k.a netherland...daddy pergi on 04th Feb and will be arrive KL by 12th Feb 2012. This time around cuacanya sejuk kata daddy and of course perbezaan waktu menyukarkan untuk enjoy sleeping time.

Wah mummy dengar daddy boleh main snow, mulalah jeles and tangan pun gatal2 google ke http://www.holland.com/global/Tourism.htm..
wah wah cantik bangat sih.....boleh tau tentang dutch culture, and nampak ada bunga tulip dalam website ni...tapi since daddy pergi tgh musim sejuk memang tak nampak bayang tulip ar..ops nanti mummy uploadkan gambar-gambar daddy di Holland ya...

zafran stay dengan mummy, kami ke rumah makcik di Klang coz Zafran nak main dengan Cu Pia..sampai menangis-nangis tak nak balik...dekat Klang dapatlah Zafran pow sebijik lagik Ultraman...apa da...and mummy pun terpaksa ambil cuti 2 hari (terpaksa ke memang rela coz malas nak masuk office?)

now today mummy have to work terpaksalah nenek and atuk jaga zafran, coz dalam keadaan mummy sekarang, tak mengizinkan untuk angkat berat (dukung zafran is consider angkat berat)..so terpaksa minta bantuan dari nenek and atuk to take care of Zafran...sure zafran happy cuti more than 4 days!!!!..mummy jeles