Showing posts with label Sweet Momentous. Show all posts
Showing posts with label Sweet Momentous. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Celebrating Zafran's 7th Birthday



26.06.  ialah birthday Zafran yang ke-7..uish dah bujang anak omak..sob sob…feeling dah legend ler tu.
Kami celebrate simple-simple aja, sebab dah pesan pada Zafran kita nak kumpul fund for our next vacation. Omak dan ayah kau ni bukannya jutawan kan…so kenalah menabung. Jadi kami sambut sesame kami saja dekat TGI Friday Setia Alam. Kek pun kali ni Mummy tak tempah sebab teringin nak beli Ice-Cream Cake Baskin Robbins tu.
Tapi alahai rupanya untuk Cake tu memang walk-in saja dan pilihlah apa flavour yang available saja. So katakanlah ko nak flavour mint tapi kalau takde kenalah pilih apa je yang ada. Zafran suka World Class Chocolate tapi masa kami pergi cari tu takde flavour tu so ambik jelah yang Choc Oreo tu.
Untuk sesapa yang tak tahu kalau nak order Ice-Cream cake yang customize tu kena pergi dekat cawangan Taipan sahaja.  (if you are in Subang/ Shah Alam area). Sebab mereka je ada cake maker.Sebab tu lah kami tak order Ice-Cream cake yang customize tu, sebabnya satu hal pulak nak ke Taipan semata-mata nak ambik cake.
 Why TGI Friday’s? Sebabnya kalau korang celebrate birthday dekat situ derang akan bagi lah jugak complimentary cake or any dessert ke. And kalau korang malu-malu meow nak menyanyikan lagu Happy Birthday tu, no problem. 

 Derang akan nyanyi in a group lagu Happy Birthday untuk orang yang nak di celebrate tu.
 Untuk Zafran, Mummy and Daddy doakan semoga Zafran panjang umur, di kurniakan kesihatan yang baik, jadi anak yang soleh, dan segala yang baik-baik sahaja untuk Zafran. Semoga Berjaya di dunia juga di akhirat. 


Wednesday, June 04, 2014

Malacca Trip



Cerita dah basi....dah nak masuk Cuti Sekolah lain da...
Hari tu cuti sekolah (bulan March hokay), so kami plan (very short plan) untuk bawak anak-anak bercuti. Daddy ajak pergi PD, yang Mummy pulak PD lagi?..humm kita gi Melaka nak? Dekat dan ada jugak aktiviti untuk anak-anak. So Daddy kata OK jugak.Terus booking hotel dekat Bayou Resort Park,Bukit Katil.

Dalam hotel ni ada jugak Mini Park ar ala-ala Sunway Lagoon tu..haha so bolehlah mandi sampai kecut-kecut. Ambil studio sebab kami pun small family ajer.

Review: Biliknya bersih dan kemas, cumanya sofa tu dah Nampak bertompok-tompok. Mungkin ada guest yang tertumpah apa-apa ke, I would suggest untuk hotel ni silalah pakai sofa yang leather ya…senang nak bersihkan kotoran degil.

Untuk facilities yang ada okeylah becoz it’s not a normal swimming pool tu. Bukan nak cakap yang hotel ni tak normal, tapinya dia ada small theme park yang sesuai sangat untuk mak budak and bapak budak hokay. Iolls pun join sama menggedik dekat situ main slide pusing-pusing.Haha..
So far memang syok ar sampai sunburn di buatnya..Kali ni memang lah full aktiviti. Mummy plan nak bawak Zafran and Adrian more activities kali ni.

Jadi first day tu kami just rileks2 aja mandi manda. On the second day pagi-pagi kami dah layan Taman Buaya. Hahaha harganya macam biasa ar bila Cuti Sekolah terus naik harga hokay.

Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Pergi Taman Buaya ni memang boring sebab buaya tu tak bergerak-gerak pun…rileks je dalam air or atas daratan.Tapi kalau nak bagi peluang anak-anak tengok buaya dengan lebih dekat memang oklah kan.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang

Kemudian kami bergerak terus ke  Taman Mini MALAYSIA, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.

Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.

Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum.

Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional.
Dekat sini masa kami singgah di rumah Perak, Zafran and Daddy berpeluang mencuba main gasing…First time for Zafran and kami beli juga satu sebagai kenangan. Di Rumah Selangor tu ada pulak makan-makan hahah bukan percuma ya…anda bolehlah menikmati minum petang roti jala yang di serve dengan kopi.Minum petang bersila dan memang feeling-feeling kampong gitew. Kebetulan pulak masa tu hujan, memang terbaik ar lepak dekat situ.

Dekat Taman Mini ni kami berpeluang jugak naik kereta lembu.Excited Zafran sampai naik dua kali. Bayarannya RM 5.00 untuk orang dewasa.Yang kanak-kanak 7thn ke bawah ni percuma je..
Sebenarnya kami nak pergi ke Zoo Melaka petang tu, tapi sebab hujan dan kami agak lama terperangkap dekat Taman Mini Malaysia.Jadi tak sempat sangat nak pergi petang tu.So we decided pergi Zoo Melaka Night Safari..Yeeha first time ni.. pergi night safari.

Balik hotel lepas mandi and solat kami keluar semula. Masa mula-mula sampai, eh macam takde orang jer, tapi rupa-rupanya ramai jugak.So kalau Night Safari ni kena naik tram ar…and akan ada guide ar dari staff dekat situ. Huhu untuk yang rabun macam aku ni yang degil tak mo pakai spec memang tak  nampaklah kan..Haha..

Sampai dekat kawasan harimau and singa kena berjalan kaki sikit dan akan di beri penerangan oleh staff yang bertugas…Actually macam ni lagik bagus, ada staff yang akan explain everything,takdelah jalan bodo je kan.And to be honest harimau ni lagik semangat and cergas berjalan-jalan di waktu malam. Haha..
The next day, mandi puas-puas and lepas tu check out. Sebelum balik singgah town untuk lunch kononnya nak layan Asam Pedas Daging Tetel...muahaha kuciwa kat kedai yang kami pergi tu takde lah pulak hari tu.
Tapi tak per, next time pulak kot kan. InsyaAllah :)

**Banyak gambo dalam phone daddy**

Tuesday, November 19, 2013

Kami dan LRT

Public transportation memang dah lama tak di gunakan.Public transportation di Malaysia ni memang boleh di katakan jauh ketinggalan kalau nak di bandingkan dengan negara-negara lain.Tak payah jauh-jauh nak compare dengan Jepun, tengok je negara jiran.Kalau public transport ni bagus tak payahlah semua orang nak memenuhkan jalan raya dengan kereta.
By the way one of public transport yang close to us ialah LRT.Reason? Ya related dengan Mr. Roy lah tu.Kami dapat free ticket tau ..jangan jeles.So hari tu kami pun pakat naik LRT ke KLCC.sebab SIL dapat intern dekat Petronas, jadi nak budget timing lah dari Kelana Jaya ke KLCC.
Ni first time untuk Adrian tapi yang kedua untuk Zafran.
Jadik of course lah sangat jakun bila ada peluang nak naik LRT ni.Tak tau lah bila lagi kami akan naik LRT ni..

Monday, November 18, 2013

Gen2 lak kena tolak

Automotive dan kami susah nak di pisahkan kot sekarang.Hihi.I've been in Automotive since 2005, masih merangkak lagik nak memahami selok belok automotive.Taulah pompuan kan, manalah sangat nak faham sangat on kereta-kereta ni.Now bolehlah sikit-sikit faham based on experience yang tak seberapa tu kan. Now, tanpa di sangka-sangka Zafran pun rupanya suka jugak automotive ni. Suka tengok kereta esepcially kereta-kereta sport ni. At the age of six, dia dah boleh kenal few popular brand. Kalau setakat Proton, Perodua ke Nissan ke Honda ke memang dia kenal sangat. Tapi now dah pandai jugak Lexus, Jaguar bagai.Kadang-kadang kalau time tengah takde apa nak buat, ajak g showroom tengok kereta.Hadoi..Jadi kami pun pergilah merayap-rayap kat showroom especially dekat Glenmarie ni kan.
Kalau selalunya susah sangat nak ambik gambar dia, tapi bila suruh posing celah kereta ke, hamboi bukan main lagik.
So aku pun memang teringin sangat nak bawak Zafran pergi tengok Motor Show.Tahun ni ada Kuala Lumpur International Motor Show dekat PWTC. So semalam kami bersiap awal pagi lagi.Reason pergi awal pagi sebab tak nanti parking full dan kena menapak jauh pulak.Dahlah bawak si Adrian.Jenuh nanti kot..So by 11am kami dah sampai dekat sana, it's actually a bit late sebab by 10am actually dah open to public. Malang tidak berbau sedang dok mencari parking tetiba je kereta Gen2 tu dah tak boleh bergerak. Nak kata takde minyak, rasanya tak mungkin sebab baru je isi minyak kan.Hummm...Sudahnya kereta tersadai di tepi jalan dan terpaksa towing balik ke rumah. Nasib baik jugak sedang kereta rosak tu ada kawan yang bagitau "PWTC blackout, visitor cuma boleh masuk by 2pm" Erk???
Event international tapi macam ni ka? Hum...Sudahnya kami pun dah malas nak pergi, tambah pulak kereta rosak and bila dah tow balik, takde kerajinan sangat nak berpatah balik ke PWTC.
Promise pada Zafran, that we will go In Shaa Allah by next Saturday.
what will happen to the Gen2???????

Friday, June 29, 2012

Ayat sentap seorang budak

Kisah ini berlaku semalam,lepas balik dari kerja ajak daddy and zafran makan di luar, since kami dah kekurangan stock makanan di rumah also memang malas nak masak.Menuju ke Kampung Budiman, location makan-makan kami yang baru.
Sebab: Sedap + Murah +tak berapa jauh sangat.Naik kereta Mummy si Viva itu sebab dekat je kan.
Zafran tanya "Mummy, kenapa mummy tak beli kereta besar? Kereta mummy ni kecikla".
Mummy pun reply " Yalah, ini je yang mummy mampu beli, duit banyak nak pakai beli itu ini"
Zafran balas balik " Asyik-asyik beli baju mummy lah baju daddy lah"
Defend diri balik "Bila masa mummy asyik beli baju je, bukan tiap-tiap bulan beli baju pun.Beli baju Zafran adalah, nak baju Ultramanlah, spender Ultramanlah"
Pastu apa entah Zafran membebel dan tukar pulak topic lain.Ok, itu baru ayat sentap Part 1 ya.
Sampai dekat kedai makan dekat Kampung Budiman tu, makanan sampai sedikit lewat sebab kawasan yang kami tengah makan tu rupanya nak buat shooting.So, krew-krew ni makan dulu sebelum shooting. Daddy tanya "Bang, saya punya order Mee Bandung tadi tak dapat lagilah" and abang tu pun masuk dapur tanya tukang masak kot...Dia datang balik "tengah buatlah bang, sekejap je"..Elok lepas tu Zafran pun melaser : "Tengah buat ke, baru nak buat?"..Purgh ayat sentap lagi. Sentap mak taw!!!
Laser sungguh mulut anak ku itu.Kecik-kecik lagik dah sentap ko.Huhu