Monday, May 18, 2015

Pengalaman bersalin di DEMC

Moment #2.. Memilih tempat untuk melahirkan baby....

Menyambut kelahiran anak ketiga, purgh tak sangka boleh jugak aku lajak ke anak tiga..dulu Cuma fikir dua sudah cukup, tapi mungkin no ganjil lebih menarik atau sebab nak jugak rasa company benefit menyebabkan terus proceed ke anak ketiga. Dan selepas itu cukuplah bagi kami…ini anak-anak yang di amanatkan untuk kami dan syukurlah seadanya…besar tanggungjawab ni…
Ok bila dah tau preggy for third time ni I think I am more rilex and mentally prepared. Nawaitu untuk VBAC or nama lainnya Vaginal Birth after Caesarean dalam erti kata lain aku berharap kali ni dapat bersalin normal.Macam aku pernah cerita dulu, bersalin normal ni memang sakit sewaktu nak melahirkan tu tapi lepas dah keluar tu sakitnya terus pergi macam di bawa angin lalu gitew…erk…over sangat eik?
Tapi kalau czer..purgh the moment jejak kaki ke lantai, purgh terus nangis hokay…siryes…so I don’t want to repeat it again…no no… doa banyak-banyak semoga Allah beri rezeki untuk aku boleh deliver secara normal kali ni.
Macam biasa baca dekat blog-blog pun dah banyak petua-petua untuk mudah melahirkan dan sewaktu dengannya…so bolehlah amalkan yang mana sesuai dengan tubuh badan kita…
Kali ni kami memilih untuk bersalin di DEMC..purgh memang tak pernah terfikir nak bersalin dekat situ.Masa bersalin dekat DDMC (Damansara Damai Medical centre ) pun dah telan air liur nak fikirkan kosnya, inikan pulak DEMC. Tapi rezeki mungkin untuk 3rd baby ni company baru ni cover quite tinggi jugak and also ada certain hospital appointed as panel. Lagipun dapat GL kan so lega jugak sikit kan..Cuma kena standby jugak duit extra just in case terlebih dari quota company.Opkozlah kan…mana ada yang murah la ni…Location jugak menyebabkan aku pilih DEMC sebab dekat dengan rumah sekarang. Masa Adrian dulu pun kami dah duduk di Shah Alam, tapi pergi jugak DDMC sebab company lama tak cover banyak plus memang dah biasa dengan Doc Kamal.
Kali ni sebab anak dah dua, tambah pulak si Adrian ni manja sikit kalau nak berulang dari DD ke SA memang letihlah jugak, so DEMC lah yang paling dekat. So start check-up dekat sini pun after dah 30 weeks. Company cover untuk outpatient dalam 1.5K je, Nampak banyak kan? Tapi sekali appointment ngan doctor pun dah telan kos around 200++ ..lepas tu kalau appointment dah start 2 minggu sekali..hummm memang lah tak cukup.
Untuk yang first time nak pilih doctor kat sini Cuma ada 3 doc saja, Doc Mazita, Doc Jumeah and sorang lagi doc lelaki (tak ingat dah nama dia). So aku pilih je Doc Jumeah, kat office pun ramai yang dapat Doc ni.
So far ok Alhamdulillah, I’ve told her my intention and she explained the risk and so on. She's a soft spoken person tapi a bit tegas...hihi kat sini ada ketegangan sikit yang di rasai oleh M.Roy..hihi
Untuk kos rawatan, korang boleh refer pic dekat bawah ni.Siryesly kalau company tak cover banyak memang aku tak jejaklah kaki dekat sini.Mahal weh kosnya..Gulp gulp…Tapi terpulang individual punya preference lah. Macam bill aku pulak 2D 1N and normal delivery takde ambik epidural pun cost us around RM4,985..... Maaf gambar bilik tak sempat nak snap pun..Orang tengah sakitlah katakan....Huhuhu
 
In overall I'm Ok with the services cuma billnya agak mahal.Tapi itulah harga yang di bayar untuk dapatkan services yang bagus ya?
 
Dekat hospital ni gerai or kedai-kedai ...ada teh Tarik Place, Mynews, ada Daily Fresh and banyak lagi tempat untuk menjamu selera kalau korang di tempatkan di sini or datang melawat..hehehe
Senang  cerita insyaAllah kemudahannnya berbaloi.
 

Saturday, May 16, 2015

Baby baru- 2nd May 2015

3rd ZZA in da house
Salam semua….hihihi kabare semua? Muahahahahaha… tetibe je buat announcement.
Introducing our lil sweetie pie in da houz…saja nak buat surprise….tadaaaa.
It's a girl. Alhamdulillah normal delivery with episiotomy..

Moment#1
Mengandung untuk kali ke3 ni different dengan masa No 2..which masa no 2 tu I realize my body ni slow motion gitu…urin kotor, kaki bengkak le..tapi yang no 3 ni cargass sikit…Alhamdulillah…kalau ikutkan memang Allah bagi rezeki aku tak de morning sickness early of the pregnancy untuk ketiga-tiga anak ni…tapi bila dah hujung-hujung tu muatan berat kan.mulalah sakit pinggang bagai..tak boleh nak berdiri lama sangat and jalan jauh sangat..
My routine check-up kali ni tak pergi dah klinik gomen, sebab dah experience hassle masa Adrian hari tu, so I just pergi klinik biasa je check-up. Bila dah dekat-dekat tu barulah pergi check-up dekat O&G, I think that time around 30 weeks baru start pergi…hehehe…memang sempoi.

Barang baby dan preparation berpantang
Barang-barang baby pun actually tak banyak nak kena beli sebab dah inherited dari Adrian, but few items need to consider sebab barang tu dah rosak. Contohnya stroller and baby carrier. I’m thinking that if we buy these things I must sell it out after this sebab tak nak penuhkan stor rumah dengan barang-barang yang sudah tak nak pakai lagi. Yes of course rasanya cukuplah TIGA….We decided to buy those stuff after pantang lah…sebab rasanya takkan guna those things masa pantang..wah dah makin bijak gitew
As for myself persediaan berpantang pun biasa-biasa ajer..ambik pengajaran anak yang sulong tak payah dah nak beli yang one set tu. Beli yang mana perlu je sebab end up tak Berjaya pun nak habiskan semua barang-barang tu. So apa aku beli?
Kali ni aku beli tungku dan sarung tungkunya sekali. Aku rasa it is one of the most important part hokay kalau nak berpantang seorang diri. AKu pernah experience guna tungku sungai yang di bungkus dengan daun-daun mengkudu bagai, tapi kalau jenis ada orang yang boleh siap-siapkan tungku tu dekat ko hari-hari takpelah jugak kan….
Masa anak sulong bolehlah laki tolong buatkan..pagi-pagi dulu sebelum pergi kerja Mr Roy akan siap-siap bakarkan tungku….bila dah start berderet, maka jawapannya…lu pikirlah sendiri…mana nak tengok tungku ngan anak yang ada lagi.

Hihi…Anak no2 lak aku tak bertungku pun…sebabnya Malas and aku pun czer..so konon-konon cuakler nak bertungku bagai…Jangan malas-malas ya adik-adik, badan nak pakai lama…ahkak dah insaf ni.Walau anak dah 3 baru nak beli tungku ni, tapi takpe, nanti aku nak jual le balik sebab lepas ni aku dah tutup kedai.
Pastu sebab rasa masa pantang sure rasa tak berapa nak wangi dengan darah nifas bagai , makanya mandian herba adalah sangat penting. Kalau guna amway pakai satchet je..campak dlm air panas senang cerita….pantang no 2 aku try beli jenis yang daun-daun kering kalau tak silap cap Jamu Mak Dara tu…purgh tak habis pakai sebab leceh lepas mandi yang daun-daun herba tu menyepahkan lantai bilik air. So, my advice betterlah pakai yang sachet je…habis cerita.Lainlah korang ada orang yang boleh tolong kemaskan toilet setiap kali lepas mandi.Tapi kan bau dia tak kuat sangatlah..tak macam Amway..ke sebab air aku sebaldi?HikHik
 
Additional item aku beli jugak Brown Soap Tanamera untuk hilangkan daki-daki di badan. RM 15 sebuku. Yang ni best..menyental daki-daki dengan jayanya

Alhamdulilah rezeki, adik aku nak sponsor set bersalin Anugerah.So kira adalah set yang untuk minuman macam ubat periuk, gamat dan manjakani untuk kegunaan dalaman. Untuk luaran dia ada lotion yang wangi dengan bau apple pastu ada pilis yang dah di modenkan so dia dalam bentuk minyak.

Next I'll share my experience bersalin di DEMC pulak ya....

Friday, May 15, 2015

Mee Tarik Warisan Asli


Mee tarik..mee yang di tarik-tarik..hihi..aku suka makan sebab konon-konon rasa macam segar dari ladang gitew. Pastu sup rasa macam less oil tak macam sup orang melayu.Saya suka...saya suka...Dulu Mr Roy pernah cerita pasal satu kedai ni yang jual Mee tarik tapi jauh nun di Sungai Besi.Sebab jauh malas lak rasa nak hala ke sana...now sebab dah di buka kedai  dekat Alam Avenue close to Padang Jawa, so memang senanglah nak ke sana.

Kedai ni datang pukul berapa pun sentiasa ramai orang.Datang petang pun ramai, datang tengahari pun ramai. Terletak dekat corner lot so rasa berangin sikit.Nak kata bersih sangat, oklah so so...Adrian suka makan...zafran pun sama...
Kalau Zafran memang dia akan ambik yang jenis sup and serve with telur..muahaha dah itu peberet dia kan...
Yang Adrian lak kene ambik yang vege or beef sebab dia allergic telur...
mine also suka yang berkuah and i really hope one day they will include noodle serve with wantan...nyum nyum...
 
so far tak pernah order yang bergoreng-goreng.tapi tengok orang makan memang nampak sedap....
and one more thing, aku memang tak makan lamb...hihi tapi dekat sini Mr Roy berjaya yakinkan aku untuk cuba Toothpick Lamb dia....ya aku makan dengan banyaknya sebab aku tak rasa kekambingannya.....sedap sedap...

and kalau Mr Roy datang mesti everytime datang nak order ni....as well as Bao bao tea...special tea by them....refreshing katanya...
kalau korang tak pernah sampai bolehlah cuba ke tempat ni:
Dekat dengan Puspakom Padang Jawa.
dah banyak kali dah ke kedai ni, tapi baru kali ni berkesempatan nak share my personal point of view.

Ambience: ///
Food:////
Price: ////
Will come again? yes lah...dah banyak kali datang kot....