Thursday, May 31, 2012

Touching sekejap

Malam tadi macam biasa melayan favorite channelku iaitu CSI, dah booking siap-siap dengan Zafran, Pukul 10 mummy nak tengok cerita mummy". Zafran pun OK je, sebab dia layan monster and Ultraman dia. Dalam pada tu dia jeling-jeling jugak dekat TV tu sambil keluar macam-macam soalan."Mummy kenapa kakak tu kene bunuh?" Siapa bunuh dia ? Itu dan ini. Zafran tak boleh baca subtitle sebab laju sangat ya nak. Tetiba ada satu part tu tunjuk ada sorang pakcik ni terlantar atas katil, kene bunuh dengan gunakan psitol elektrik yang dah di modified supaya sekali kena terus jalan je.

Z: Mummy, kenapa atuk tu?
M: Atuk tu mati
Z: Kenapa dia mati?
M: (mummy tak cakap dia mati kene bunuh sebab nanti panjang plak explanationnya)
     Dia mati sebab dia dah tua
Z: Kalau tua mati ke?
M: Yalah, nanti mummy pun tua jugak, Lepas tu mummy matilah. (apa lah punya jawapan)
Z: Tak nak mummy tua. Nak mummy macam ni je.(suara dah sebek...)
M: Ok ok mummy tak tua lah...Mummy duduk ngan Zafran je ya. (dalam hati dah sebak
     dah..cheh feeling habih pulak, sebab anak yang sekecil ini keluarkan statement
     syahdu macam tu)

Hum, itulah conversation dua beranak malam tadi. Time tu daddy tengah berlayar zzzzzzzzzzz...
Kalaulah boleh, mummy nak selama-lamanya dengan Zafran.Tapi nak, hakikatnya ialah setiap yang hidup ni pasti akan mati, dan tak semestinya bila dah tua baru mati sayang.Sebab walaupun kita masih muda, jika sampai waktunya kita akan pergi juga. Sob sob terus touching...

Tuesday, May 29, 2012

Cuti Sekolah dan anak2

Cuti sekolah telah bermula, bagi yang takde anak sekolah macam aku ini antara cara lain nak tau bila cuti sekolah ialah jalan raya yang sangat tenang dan clear se clear-clearnya. Bila mana boleh sampai agak awal dan boleh ada kelapangan nak usya breakfast yang lain daripada kebiasaan.Dan tak perlu juga menggosok baju tadika Zafran sebab cuti sekolah surelah tak payah pakai baju uniform kan.
Kan ke bagus kalau kome tak payah sekolah? Hihi, budget macam aku jelah yang boleh g sekolah kan kan.
Musim cuti sekolah juga merupakan musim di mana kebanyakan parents akan 'post' anak mereka di kampung halaman. Antara reasonnya ialah kesian sebab tak ramai orang dekat taska/tadika masing-masing. Kalau ikutkan aku pun boleh je post Zafran or anak-anak akan datang dekat rumah in law since derang ni cikgu kan, tapi sob sob..acik memang tak boleh berpisah ngan anak..Huhu.Walaupun perangainya kekadang MasyaAllah, tapi tetap nak anak dekat sebab nak gomol-gomol dia selalu dan nak selalu bau bajunya yang masam itew.
Kalau outstation itu lain, sebab kita tak berada di rumah.Kita berada di negeri or negara yang lain kan? Environment berbeza dan plus aku memang selalu bawak baju bucuk dia untuk mudahkan aku tido.Hahaha.
Tapi bila ada kat umah and tinggal diri sendiri and encik hasben jer.Purgh sure bosan rasanya.Kosong kosong kosng....Mau jugak tetibe aku meroyan plak kan.
Sudahlah jauh beribu batu, lagiklah kan..Kalau umah tok nenek dalam skala yang dekat rasanya boleh gagah lagi. Tapi kalau merentasi gunung ganang dan bukit bukau (dramatic sungguh kan) memang berat rasanya hati.
So, to Zafran and future adiks, please always remember this, there is no chance for you untuk stay dekat kampung masa cuti sekolah without mummy and daddy...

Tuesday, May 22, 2012

24 weeks sudah

Sebenarnya bab-bab mengira berapa bulan bersalin ni memanglah tak berapa nak reti,. Bila orang tanya "berapa bulan dah?" hum mulut cepat je jawab yang paling bundar. Sebab orang luar tak tanya berapa minggu, yang selalu pakai week or minggu ni doctor atau nurse je kan.Tu yang kekadang konpius je.Actually baru je 24 weeks, tak tau nak consider rasa dah lama atau rasa sekejap. Masa berlalu dengan pantas sebenarnya, jenguk kalendar baru perasan yang due lebih kurang 23 Syawal. Huh selamat, sempat membedal puas-puas sebelum berpantang.


Jantina so far masih KIV, cheh ada ka macam tu? Hari tu doc kata maybe gurl, dalam hati dah berbunga-bunga. Ada peluang baby nama Zara ni. Tup tup scan sekali lagi doc kata maybe boy plak.Sentap kejap, kuciwa sikit pun ada sebab berharap gurl, tapi at last, lantaklah boy ka gurl ka, asalkan sihat dan sempurna.
Masa condition ni baby dalam perut memang tengah dok kicking practising martial art kot. kadang-kadang tengah dok tekan keyboard ni dia pun berjoget-joget sama. Ahaks. Pregnant kali ni Alhamdulillah, lebih kurang masa time pregnen Zafran jugak, masih kuat berjalan ke sana sini.Sakit pinggang tanggung sendiri ya.Haha. Memang tak boleh duduk diam, ada saja benda nak buat.Sebab tu anak den ni tak boleh duduk  diam ke..? Zafran!!!

Persiapan so far, memang tak prepare apa-apa lagi. Boleh di katakan mode: bertenang.Hihi. Ikut mana pun kami akan beli baju sikit-sikit tu before Ramadhan.Since rasanya takut tak cukup iman nak bershopping sambil bawak Zafran di bulan puasa dan pregnant!!! Maybe before daddy pergi Holland or after that.Tengoklah nanti macam mana.

Stress tak?
Stress sikit-sikit biasalah kan. Sebab badan mengembang di sana sini , jadi kene fikir nak kuar duit beli baju baru, bukan setakat baju, yang dalaman pun kene tukar jugak.Stress nak kene beli baju yang pakainya tak lama tapi terpaksa beli.Kan kan?

Keduanya stress sebab badan yang mengembang bagai juara ni tak susut-susut pulak nanti.Google sana sini carik produk yang sesuai untuk lepas pantang ni. Dahlah family daddy ada kenduri end of this year, tekanan sih if tak boleh back to previous shape time tu. Memang masa kenduri tu duduk dalam bilik and menyorok belakang langsir jelah gamaknya.Jalan selamat , wear black baju kurung.Auw!!

Kalau nak ikutkan macam-macam fikir, tu yang capacity otak makin menyusut tu :)
Apapun another 16 weeks to go!!!!

Friday, May 18, 2012

Lawatan Sambil Belajar

Semalam Zafran pergi lawatan sambil belajar dekat Petrosains KLCC. Macam biasa nak benarkan anak join tapi parents yang nervous. Last year Zafran ke Pusat Sains Negara -Butterfly Park - Masjid Negara, tak confident punya pasal, kami follow belakang bas.Hahaha..Entahlah, rasa tak confident kot nak lepas anak dekat orang lain ya.

Tahun ni, since the visit is during working days, tak kan kami nak ambil cuti semata-mata nak follow dia dari belakang bas kan? So tahan jelah..Dalam kepala fikir juga, kenapalah agaknya kami ni? ibu-bapa yang over prihatin ke? Agaknya kalau anak nanti kene pergi Perkhemahan Pengakap ke apa ka, memang haruslah kami tak bagi pergi? Ataupun kami kene bermalam dekat tempat yang berdekatan?

Wednesday, May 16, 2012

Memenuhi kehendak perut

Hari Ahad yang lepas, kami sekeluarga dari Shah Alam menuju ke Taman Tun Dr Ismail.Tujuan tak lain dan tak bukan, untuk memenuhi kehendak perut. Sudah lama sebenarnya kami sekeluarga tak pekena KuewTiow Doli ni semenjak duduk dekat Shah Alam. Masa di BSD dulu, memang selalu sangat sebab dekat kan. Tapi kali ini, di redahkan jua sebab lama sangat tak makan.
Kedai di TTDI ni merupakan cawangannya, sebab yang originalnya di Taiping,Perak. Mummy pernah berpeluang makan yang dekat Taiping ni masa zaman kerja TM kat Perak dulu. Actually menu tak banyak, tapi yang femes ialah Kuew Tiow Gorengnya lah, ada yang biasa(RM6) dan Special (RM10). Bezanya ialah kebesaran saiz udangnya.Yang sedapnya makan Kuew Tiow Doli ni ialah dia entahlah, tapi rasanya sentiasa konsisten.Tak terasa sangat cili , lebih kepada soy sauce dan ramuannya serba kena antara satu sama lain.
Gambar ni masa google di Internet, since kami belum ada DSLR lagi dan rasa macam poyo plak nak ambik gambar makanan kat kedai..Huhu.

Ada menu lain seperti Mee Rebus,Nasi Ayam, Nasi Dalca dan harganya tidaklah mencekik sangat.
Bolehlah mencuba
Kuew Tiow Doli,
No:16, Jalan Wan Kadir 4,
Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur.

Monday, May 07, 2012

Pavlova yang sungguh so sweet..Mini version

Pernah makan? Pavlova ini memang secara umumnya bukanlah kuih traditional Melayu.Nak menyebutnya pun dah ala-ala tergeliat gusi.Ramai yang memperkatakan tentang dessert ini.Malaysia ni memang terbuka bab-bab makanan ni.Menerima menu orang luar seadanya.
Jadi tekak mula menyebut-nyebut.Tangan tak sabar-sabar dan pegang mixer, maka ku cari bahan-bahan untuk membuatnya.Semalam hari Ahad hujung minggu yang indah, operasi di mulakan.

Pastikan ada bahan-bahan seperti di bawah:
4 biji putih telur
160gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla

Untuk topping
200ml whipping cream
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar gula castor
Buah-buahan yang masam (kiwi,strawberry)

Cara nak buat mudah aje:
1. Pastikan putih telur di putar dengan kelajuan yang tinggi. Sambil putar boleh masukkan sedikit demi sedikit castor sugar tu. Masukkan juga esen vanilla
2. Putar sehingga bertanduk (bila terbalikkan mangkuk tu isinya tak terbalik), kemudian tuang di atas baking sheet yang dah disediakan atas dulang pembakar.Design ikut suka sebab tiada rules dalam decoration pavlova ni.Kali ni buat yang kecil kecil a.k.a Mini Pavlova.
3. Bakar dalam oven 120c selama satu jam.Lepas masak tinggalkan dulu selama lebih kurang 30 min.Sementara tunggu pavlova di bakar, pukul bahan-bahan untuk topping sampai kental.
4. Selepas selesai , hiaskan dengan topping dan juga buah-buahan. Disebabkan memang tak creative,inilah hasilnya.Tidak mengapa sebab untuk tokak den dan ahli keluargo jer. ;)
Gambar yang di tempek dekat bawah ni hasil tangan orang lain ya.Purgh..Tapi apapun berbangga dengan hasil tangan sendiri ok.Siapa pun anda sila berikan ucapan tahniah untuk diri sendiri atas daya usaha dan kerajinan.(mode:pujuk diri sendiri)

Retreat At Avillion Admiral Cove, Port Dickson

As usual, setiap tahun mummy and daddy akan plan untuk our annual vacation. Itu memang acara wajib yang mana cuti-cuti ini only for us (us means daddy and mummy and kid/kids)Sangat sedih tinggalkan anak sedangkan kami bersuka-suki jalan-jalan.And of course kalau boleh memang aktivitinya santai sahaja.Tak nak agenda itu dan ini. A really full retreat. Tapi sometimes mesti nak kelainan kan? Original plan to have 3D2N stay dekat Zone Regency Johor Bharu and follow with a visit to Universal Studio Singapore,but since mummy now pregnant makanya terpaksa postponelah ke satu masa lain.Eh mana aci if mummy tak berpeluang nak enjoy games dekat USS tu.
Than it happen to be daddy kata "kita pergi PD lah"..Port Dickson? Apa ada? Pantai jelah kan.Tapi takpe ..Lagipun kali terakhir pergi pun on 2007, masa tu Zafran sangat kecil lagi baru 6 month dan kami stay di Legend Water Chalet.Not a plan trip tapi mummy pergi sebab office function. 
Dengan khidmat pakcik Google, mummy cuba search hotel-hotel di Port Dickson. Nampak macam Tiara Beach Resort tu menarik je coz ada themepark kan.Tapi daddy macam tak setuju.So, keluar lagi few list like Thistle and Avillion.So daddy kata why not kita try dekat Avillion Admiral Cove. Agreed and kami booking untuk 2D1N dulu.
Once dah sampai memang syok tengok viewnya.It's not a beach view tapi ala-ala macam dekat harbour gitew.
Syiok syiok and terus kami decide to extend another 1 night stay.Basically we check in by 29th April and check out by 1st May. Mummy memang cuti PlantShutdown and daddy guna cuti yang daddy umum yang daddy tak ambil sebab pergi Holland hari tu. It's like a prefect time we believe.

  Zafran tak sabar-sabar dengan pelampung dan bola Ultramannya.

We manage to get a room yang view ala-ala garden and 1 king size bed with breakfast of course. Basically in term of hotel review memang ok lah bilik dia sebab banyak lampu.Haha..bukan apa, ada sesetengah hotel tu lampu suram-suram je.Malap sangat.Tapi dekat AAC ni memang lampunya banyak.Siap dengan small pantry and 1 more daybed located near to the window.



  
Swimming poolnya not bad, besar dan redup dengan pepohon yang rendang.Kiranya kalau tengahari nak berendam pun tak jadi masalah.


   Owh owh Zafran teruja berenang dengan penuh keyakinan

Cuma satu yang tak berapa nak syioknya, kami rasa breakfast macam agak tak berapa menarik. I mean the choice of food memang tak banyak dan tak meriah.Sangat gembira bila tengok breakfast tu ada yogurt and aneka buah-buah kering..aneka salads dan sebagainya. That's why bila di AAC takde semua tu kami rasa macam kurang sikit.
Makan-makan di PD? PD ni memang tak berapa terkenal dengan any signature dish rasanya. Tapi basically berdasarkan tinjauan kami memang banyak kedai-kedai ala2 tomyam dekat sini. Tapi malam pertama kami bermalam di PD kami menuju ke satu kawasan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson. Kawasannya memang cantik (nampak bersih dan baru) tapi malangnya kedai yang ada sangat sedikit dan tak mampu menampung visitor yang datang. Kami sendiri kene berdiri untuk tunggu mana-mana meja yang kosong.Setelah tertenggek di tepi satu meja ni and selesai je mereka makan kami cepat-cepat duduk.Daddy order ikan jenahak bakar basah dan sotong goreng tepung.Sup sayur and telur untuk Zafran.Order sikit saja sebab nak makan berdua. Order macam tu saja dah almost RM65.00. Mahal jugak sebab ikannya cuma 500gram jer. Takpelah asalkan kenyang dan senang hati.
Esoknya kami memang habiskan masa di hotel swimming dan lepak-lepak dekat hotel je. Zafran keletihan sakit tangan dan kaki sebab kononnya berenang habis!!!
Jadi lunchnya daddy tapau saja dekat satu kedai yang nampak macam bestnya dengan asap-asap..Haha..Makan bungkus Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy sahaja lunch tu sebab hero dah tumbang.
Untuk dinner memang kami dah buntu nak makan di mana.Mummy dah boring nak makan nasi-nasi goreng dan yang sewaktu dengannya ,tapi daddy plak tak terasa nak makan western.Maka singgah di satu kedai yang dari jauh dah nampak signboard Air Buah Gelas Besar betul-betul dekat dengan traffic light. Malangnya rasanya tak berapa nak indah.Air tembikai susu tapi di buat Tembikai + Susu = Tembikai Susu. Hadoi!!! bukan tembikai susu tu ialah Honey Dew ka? masa order kan dah bagitau nak Honey Dew? Hum, memang out.Takpelah kami pun memang dah buntu. Zafran enak saja membedal Nugget KFC.Senang cerita:)
Apapun, we enjoy the short trip. pampered ourself,owh mujurlah tak banyak spa-spa dekat sini dan badan pun tengah membuyung.Kalau tak mau saja mintak service spa ni.
AAC is OK for us, nice view and nice hotel tapi daddy bercita-cita lain kali datang kita stay dekat Avillion ya..Purgh..ya betul Avillion boleh tapi 1 night stay sajalah ya..Kami suka...
Zafran doakan kita sekeluarga akan terus di limpahkan rezeki ya:)


Owh some additional story.On the way back from PD, kami singgah di Morib/Bagan Lalang just about two hours pusing and spend time di sana sementara tunggu Adik Anim landing dekat LCCT.Zafran and daddy sempat spend time untuk try go-kart. 5minutes untuk tiket yang berharga RM25.00.