Friday, January 27, 2012

my sweetheart


Semalam mummy daddy and zafran ke Pusat Perubatan Damansara Damai untuk berjumpa dengan Dr. Kamal Bahrain yang merupakan  doktor yang menyambut kelahiran Zafran dulu.Entah kenapa memang rasa confident dengan Dr. kamal maybe because dia doktor yang sangat tenang kot..yalah kalau dia gelabah
surela patient pun panic kan..mummy check bilakah due date untuk deliver..kalau ikut kiraan doktor maybe 10 September 2012..

Result scan: baby baru 7 weeks
Condition   : dekat keliling kantong baby tu ada lekang..apa maksudnya? dr cakap boleh
                       pendarahan dan berisiko untuk keguguran...
Perasaan    : sangat cuak dan berdebar-debar
Suspect       : mummy have a long journey turun naik flight dan sebagainya sepanjang
                       January lepas.(melaka-neg sembilan-sandakan-kota kinabalu-k.t'ganu) non
                     stop dan sambung plak balik kg masa raya cina..oh tak lupa juga kejadian food
                      poisoning di KK?
Action plan: kena makan ubat untuk kuatkan rahim dan kene follow up dengan doctor balik
                      another 2 weeks.dahlah masa tu daddy pergi Holland.so i have to go on my own..
huhu..kene g sendiri lagi ngeri.
and now mummy terpaksa bertahan dengan tak buat sebarang aktiviti lasak...and today i have to take leave to ensure my body has enough rest..
semoga my sweetheart yang bakal menambahkan seri keluarga ni akan sihat dan dapat bertahan..Ya Allah,aku bersyukur atas rezeki yang di kurniakan ini dan bantulah kami sekeluarga menghadapinya...

Friday, January 20, 2012

PMD Survey

January 2012 bermula sangat pantas..masa menulis entry ni (06.01) sedang berada dekat homestay di felda serting hilir..mesti pelik macammana pulak boleh berada dekat sini.?Kali ni bersama rakan sepejabat sedang buat kajiselidik sikit ar and focus on rural area..penjelajahan bermula dr 6 jan yg lepas bertolak ke melaka bandar raya bersejarah..kami menginap di Grand Continental sebab kami perlu lokasi yg dekat dengan bayview hotel...penuh plak bayview so terpaksa carik yg berdekatan...lagipun ratenya tersangatlah mahal dekat bayview tu...ok tak nak cakap pasal bayview..GC or grand continental tu hotel yg dah oudated designnya..mmg dah sampai masa kene refurbish balik tu...sgt menakutkan dengan dinding yg dah nak berkulat...bilik tak rasa aircond...huhu mujurlah encik suami dtg ngan zafran..lega sket..daddy n zafran ronda melaka berdua dan mummy plak tgh kerja..puas hati zafran dapat naik beca buat kali keduanya...
next journey to Melaka, we stay at Felda Serting..ala-ala homestay...kami dapat host yang best dan sangat sedap masakannya...hum...than singgah balik ke umah basuh dan top up baju untuk next journey plak ke sandakan-kk dan dungun terengganu..
di Sandakan kami stay di Swiss Inn Sandakan ..nice hotel bertentangan dengan laut...kemudian di Promenade Kota Kinabalu...hari terakhir sebelum terbang semula ke KT telah di timpa malapetaka...cirit dan muntah dek keracunan makanan...huhu...letih sungguh....

tak larat nak cerita panjang-panjang akhirnya..coz tersangat letih keadaannya..the best part the next day 20.01 saya di sini..di office terpaksa jugak menggagahkan diri ke office dalam keadaan jiwa raga yang sangat letih sekali....

perasan tak untuk artikel sependek ini je bermula dr 06.01 dan end by 20.01????

Thursday, January 05, 2012

Misi tahun baru

Hum..setelah muhasabah diri di jalankan dalam entry yg lepas...kali ni aku nak memperkatakan tentang future pulak..tak tahu sampai bila hidup ni.tapi masa yang ada mmg tak boleh disia-siakan macam tu sahaja..i always wanted to do some kind of memory booklah..or sekarang more canggih like blogspotlah and so on.dah lama bukak account but too busy to start and update..how i miss our precious moment yg dah lepas dan x boleh nak di capture...yg tinggal dalam ingatan je..to daddy dan anak2 mummy...(walaupun belum ada ramai..coz setakat entry ni di tulis hanya zafran lah intan payung mummy) I'm trying all my best to ensure that kita ada sebuah medium yg akan sentiasa mendekatkan kita dan menguatkan ingatan kita antara satu sama lain..this blog is dedicated for you..



So untuk tahun 2012 yang mendatang ni..aku nak pastikan awan kelabu atas kepala aku ni akan berarak pergi...wah awan kelabu plak..bolehlah aku jadi novelis ni..bukan ombak rindu tapi 'ombak sendu'..ngeh ngeh..


Misi yang pertama...sessi untuk make over umah..masuk tahun ni ialah tahun pertama kami berpindah dari bandar sri damansara ke taman alam budiman shah alam...umah ni masih banyak yang kosong..kalau bercakap kuat sikit pun ala2 gaung gitu..happy at last ada rumah sendiri dpt plak dua tingkat...suka i tau..gilo..siapa yang tak suka beb masuk umah baru?
Inilah hasilnya before and after...tada!!! (kalau nak tengok kene datang umahlah) Mummy guna duit bonus ihsan perodua..siap sekali beli bantai beli dua set sofa!


Ganazzz betul ni..tiga hari cuti sempena new year kami habiskan mencari sofa..dpt sofa carik karpet plak..ke nilai ke jakel..to find a suitable one is not easy at all...especially with very limited budget..


sudahnya untuk tahun baru ni..kita dapat dua set sofa...dua set karpet..one coffee table merah yang encik suami tergila-gila..kalau ada rezeki kita carik langsir ya pulak..mcm tak kene plak sofa baru ngan langsir kita yang dah dibelasah pakai lima tahun lepas...(alasan)...

Misi yang kedua make over saiz badan ku ini...


pertambahan berat badan secara gila-gila telah menyebabkan aku ala2 sawan bila semua baju tak muat...the problem is naik terlampau mendadak yang teramat sangat..bagai di pam-pam gitu...serius i need to consider this seriously. macam mana nak buat ni ya? xper..tengok dulu mcm mana, if tahun 2012 ni takde tanda-tanda nak pregnant mmg kene struggle gila-gila ni....


Misi yang ketiga.. family trip ke luar negara...chewah mcm jauh pun nak g singapore je..hihi..nak bawak family ke USS...syiok syiok..since mummy pun dah tak blacklist dari imigresen so memang plannya ke luar negara jelah lepas ni...tempat yang sangat teringin nak pergi ialah Korea...walaupun aku ni bukanlah k-pop lover tapi entah kenapa terpanggil nak ke sana:)


Misi yang ke empat..kene cari kerja lain ni..berdasarkan list muhasabah diri hari tu..nampaknya memang masa depan dekat Perodua ni tak berapa nak cerah.


Misi yang lain-lain,berharap agar sentiasa dapat memperbaiki diri dan lebih mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. semoga tahun 2012 ni akan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Tuesday, January 03, 2012

Tahun baru 2012

Hum..cakap pasal tahun baru..tiada apa yang seronok bercerita tentang tahun baru...azam? masih belum difikirkan lagi. Ok baik aku pikir balik apa yang terjadi sepanjang 2011 and from there kene check balik mana2 yang kureng..cheh mcm PDCA cycle plak...
wokeh, untuk tahun 2011 dr segi kerjaya...hum mmg merudum performance aku untuk tahun lepas...rasa mcm x contribute apa2 pun..since aku masuk department baru maybe boss pun mcm x confident ka..or tak tau nak delegate ka apa ka..don't know lah..so aku mmg rasa mcm xde apa2 sumbangan..tapi aku x kisah janji duit gaji n bonus masuk..cuma less satisfaction jelah:(


Ok itu pasal kerjaya..kalau pasal diri sendiri...hum aku mengalami pertambahan berat badan yang melampau2 semenjak bertukar ke department baru ni...suasana office yg senyap sunyi tmbh plak aku rasa mcm mental semacam je kat sini...so aku mengunyah2 dan akhirnya tada.....aku yg bertambah gemuk....memakan diri sendiri...jadik bertambah stress nak menjawab soalan2 reporter especially time g wedding old friend...eh lama tak jumpa bukanlah soalan pertama yang derang cakap...
wah makin besar ya...eh halo...boleh tak tanya kabor aku dulu? sihat ke idok? ni belum bg salam itu 1st word yng keluar dari mulut korang...serius aku hangin dan bertambah stress....


ok itu pasal masalah kegemukan aku....huwahuwahwa...sekarang pasal masalah kesihatan wanita....aku pun tak tau lah apesal mengalami simptom bila period je..kurang2 dua hari je aku period..pastu stop...wawa...apasal plak ni..x kan aku nak monopause kot? agak2 ar..aku br 30 tahun ma....30 tahun? eh stress..ok jap aku cerita psal umur 30 tahun nie...skrg cerita pasal ketidakseimbangan hormon aku ni...


"Hormon utama atau “master hormon” adalah HGH atau Human Growth Hormone. Pada asasnya ia menjurus kepada pembentukan otot dan juga melihat kepada soal “kebeliaan” atau “youthfulness” bagi setiap orang dan berperanan saling mengawal 8 hormon yang lain seperti:



• Melatonin – mengawal tidur


• Thyroid – fungsi badan, suhu badan dan “mood”


• DHEA – berat badan


• Insulin – mengawal gula


• Estrogen – mengawal badan dalam konteks pembentukan tulang, jantung dll


• Progesterone – kulit dan penghamilan


• Testosteron – kelelakian


• Androgen – kelelakian


Ha..sambung lagik
"Bagi wanita pula, hormon paling penting adalah estrogen kerana ia menyelaras banyak perkara dalam hidup seorang wanita. Estrogen bergerak melalui salur darah wanita dan menyatu dan bersatu dalam sel yang memerlukan. Ianya cukup penting khusus dalam urusan metabolisma, fungsi tisu, kitaran haid, pembiakan, bagaimana tubuh wanita menggunakan makanan, tindakbalas terhadap kecemasan dan pemakanan itu sendiri."


so mcm mana...aku ni kiranya mengalami ketidakseimbangan hormon ke ni? entahlah...patutlah aku stress je memanjang...aci ke aku kuar statement mcm tu?


towards the end of the year aku 'di gemparkan' dgn tindakan boss jepun aku yang maybe tersampuk hantu jepun..tetibe suruh aku g Tokyo Motor Show 2011...aik...apesal plak nie...serius aku mls nk pergi sebab pertama: kene buat report..kalau g jalan2 je takpelah jugak..yang keduanya..nama aku ni kene blacklist ngan PTPTU..oh man...kene bayorlah dulu nak bagi release nama aku dari blacklist...ranap impian nak buat make over umah mcm nie..so dengan tebal muka pinjam duit ayah and pay to PTPTU to release my name from blacklist...hampehs...
G jepun plak was a nice memory eventhough i feel that it is not interesting to go for Motor show...but the best part aku dapat jugak jejak kaki ke Tokyo Disneyland...ok bab Tokyo Disneyland aku akan kupas dekat entry lain...hihi



so towards the end of the year aku masih rasa awan kelabu kat atas kepala..dan aku senantiasa berdoa agar awan kelabu tu akan berarak pergi dan sinar mentari akan menyimbahi perjalanananku sepanjang 2012..Amin...yang penting bukan setakat untuk diriku sahaja..tetapi juga untuk suamiku Mohd Hazrul Zarizi Halim...doakan yang terbaik.InsyaAllah