Wednesday, April 25, 2012

Stress tidak bertempat

Aku tertekan ..tekanan mental dan fizikal.Nak tau sebab apa? sebab rasa macam tak puas hati dengan template baru yang ku gunakan ini. Rasa macam ada yang 'kurang'.Macam tak sesuai dengan identiti diri. Hum, sebenarnya template blog kita secara tidak langsung merupakan cerminan diri kita.Juga ia mestilah sesuwai or sedondon dengan penceritaan atau content kita.
Secara psikologinya blog yang cantik akan membuai perasaan reader kalau tak orang luar boleh jugak membuai perasaan sendiri \0/ mode:perasan. Jeles tengok blog orang lain yang swet dan cantik gitu tau.
Tapi konflik dalam diri ni menyerabutkan minda or diri sendiri yang buat-buat serabut? Dalam hati suka yang pinky pinky ala-ala girlish gitew tapi kata nak buat blog untuk family? Ape celop? Okeh carik pulak template untuk family tapi ada muka family omat salleh tu pulak.Tak seswai gitu. Kalau buat satu kaler je okey kot kan? Ada je yang aku tengok kaler hitam je or kaler merah ke. Tapi aku suka warna warni.tapi nanti nampak serabut.
Purgh memang serabut otak beb. Aku rasa macam dah jumpa satu template yang agak okey (tak taulah berapa lama boleh bertahan dengan template blog tu). Sah-sah aku memang usya yang free template sahaja.Nantikan new look nya :)
Thank you for reading.

Monday, April 23, 2012

Kembara Holland

Last week daddy beritahu 'Maybe kena pergi lagi Holland bulan June ni. Hum pergi lagi? Dalam hati..Jeles memang jeles!!! Ini tidak adil tidal adil bagiku...(sound system bunyi macam Yuna).Teringat juga gambar daddy tidak lagi di uploadkan dalam blog ini. Maka bergegas mengupdate dalam blog ni. Detail tempat tak boleh cerita sebab bukan administrator yang pergi kan.Hanya gambar yang boleh berbicara sendiri.
Cantikkan pemandangannya? Subhanallah.
Merasa kot berjalan atas sungai yang sedang membeku

Pegang salji dengan harapan boleh buat Ais Batu Campur ka?
Berlatarbelakangkan bangunan yang cantik dan sungai yang membeku
Haruskah gambar ayam ini turut serta? Harus jawapannya sebab inilah saksi kelangsungan isi perut dan keupayaan menempuh hidup sepanjang seminggu dekat sana. Ada juga restoran yang menawarkan makanan halal di sana.

Macam biasa, makanan laut adalah yang paling mudah dekat perantauan macam ni.
Holland selain terkenal dengan drug and sex, ia turut terkenal dengan bangunan yang unik dan cantik.Tidak tahu ayat yang paling sesuai untuk describe memandangkan mummy bukanlah student jurusan architecture or seni bina ka.
Sangat seronok tengok salji ya. June ini kalau tiada aral melintang kali ini daddy akan menjelajah Holland lagi and of course bukan musim saljilah kan...

Jangan lupa ole-ole ya :)