Friday, April 03, 2015

Me'nate steak nyum nyum


Hihi...Alhamdulillah finally dapat jugak kami sampai ke sini. Pertama kali tau tentang kedai ni masa baca orang dok forwardkan cerita yang ada kasteme kena around 9k masa makan kat kedai ni. Adalah kengkawan yang dok forwardkan dalam FB.

purgh biar betik...tapi dalam hati memang dah berdetik yang sure kasteme yg kene mahal tu sebab dia bantai makan daging yang paling mahal tu..and lepas tu tokey kedai pun bagi penjelasan panjang lebar. Rupanya dia memang dah master bab-bab daging ni...dah berpuluh-puluh tahun dia berkecimpung dengan pengurusan daging ni...so kira oklah kan?dia pernah kerja dengan Queen Elizabeth kot....
Masa Mr. Roy ajak pergi tu dalam hati humm ok kot? so kami pun pergi...kami pergi outlet yang dekat Ampang.
By the way, sebab location dia dekat dengan kedai- kedai makan so parking memang agak susah sikit.Bila sampai tu bagi nama dulu and kena beratur kat luar dulu...bila ada kosong barulah masuk dalam.My first impression was like lor macam biasa je kedai dia..macam kedai tomyam je..hihi.
tapi Mr.Roy cakap kedai yang dekat Setapak tu lagi cantik.Mungkin kena explorelah kot.
Hihi dalam kedai tu kalau nak order kenalah pilih daging macam mana yang korang nak? ada wagyu, ada black angus, grass fed ler and grain fed animal...ada gak pilihan makanan yang lain jugak kalau tak nak makan steak..tapi rugilah kan datang kedai steak tapi g makan salmon...hihi. So korang kena bangun and pilih sendiri seaneka pilihan yang ada dalam peti sejuk derang....hihi pastu pilihlah nak well done ke...medium rare ke.....
So ini yang aku pilih...



In overall daging dia walaupun well done tapi tak kering ( aku tak boleh makan daging yang ada pink pink ni :(  ). Simple je serve with mashed potato and coeslaw..
MrRoy pulak pilih T-bone...Dia kata sedap so mungkin sedaplah kot kan? lembut dagingnya kata Mr Roy...

 My SIL pilih lamb...pun lembut...

bebudak berdua tu masing-masing layan Carbonara je...pastu add on pulak dengan sausage....ok memang sausage dia rasa beef and homemade punya..not like the one yang kita selalu beli dekat pasaraya...Carbonara dia pun sedap and creamy.

Overall total cost is around RM190+... and the drinks is free flow and its really free....

Overall rating (my opinion)
Ambience:
///
Food :////
Price: ///
Will come again? yes but maybe different outlet.

Tuesday, March 31, 2015

Kegilaan bersama Ultraman di Astro Ceria

Ok well, Zafran memang jenis yang suka layan Ultraman masa kecik-kecik dulu..dah besar ni kuranglah sikit kan…dan nampaknya entah macam mana si Adrian pun terjebak sama..mungkin sebab mainan abangnya banyak so dia pun terpengaruh sama. Yang untungnya tak payah nak bazirkan duit beli new toys, you can just use the previous one kan.
I think lately ni ada banyak event organizer yang organize event yang menampilkan Ultraman as a main attraction for the crowd…yang mana Berjaya di selamatkan memanglah aku selamatkan, meaning aku akan rahsiakan dari bebudak ni..tapi baru-baru ni Astro Ceria adalah buat event dekat Plaza Alam Sentral and nampak gayanya dia dah tau lah pulak…ngeh ngeh ngeh….
So terpaksalah heret jugak bawak budak berdua ni dekat sana. Actually dah agak dah memang akan lambat punyalah start benda-benda tu, tapi memandangkan fikirkan nanti payah nak parking kereta, maka gagah jugak datang awal.

Tak puas hati #1
Jadualnya dari pukul 11-3 petang, tapi by the time pukul 11 tu apa pun takde lagi, kecuali kaunter pendaftaran untuk peserta pakaian beragam je…lagu Ultraman pun takde, pengacara pun takde Nampak batang hidung..tapi anak-anak kecil peminat tegar ultraman dah bersusun dah depan pentas yang sangat-sangat kecil.
Di hadapan pentas tu boleh pulak ada peniaga-peniaga tudung dan baju-baju yang menyebabkan kawasan tu jadi bertambah sempit. Sepatutnya pihak pengurusan kena kosongkan kawasan tu biarlah lapang, so bolehlah fully occupied untuk orang-orang yang datang.Tak payah letak kerusi, duduk kat lantai pun aku rasa derang ni sanggup je.
Bila kawasan sempit maka visitor yang datang mula menyusunkan diri dekat tepi-tepi palang di setiap level and boleh aku katakan sangat bahaya….kalau ada budak yang over excited duduk tepi-tepi palang tu kalau jatuh dari tingkat atas macam mana? Kenapalah Astro ceria boleh pilih tempat macam tu? Lack of safety, sempit, tak praktikal langsung untuk anak-anak kecil?


Pentas kecik, space limited.Ini gambar dari tingkat tas...Bahaya weh


Tak puas hati #2
Dah dekat pukul 12 barulah acara mula dan memang sangat boring, eh orang datang nak tengok ultraman, bukan nak dengar pengacara membebel-bebel…dahlah membebel entah apa-apa..cubalah tepati waktu. Yang datang ni budak-budak..macam-macam ragam..ada yang dah menangis rimas kot duduk bersesak dekat kawasan macam tu…and seperti yang di jangka ultraman yang dua ekor tu datang by around 2 pm macam tu!!! Berdiri kat pentas kot lah nak buat action fire mengfire ke,…takde langsung hokay..haram berdiri je sebelah budak-budak yang menang apa entah…di sebabkan kawasan tu sempit maka yang duduk depan stage tu siap panjat kerusi nak tengok Ultraman.tak lama pun atas stage tu pastu dia pun blah….ish ish bebudak lama tunggu ko buat macam tu je? Kureng asam betul…

Tak puas hati #3
Pastu kitaoorg di maklumkan nanti ada photoshoot dekat level 4..pergilah naik atas intai-intai kot-kotlah ada Ultramannya…ops lupa nak bagitau, kononnya photoshoot pukul 3 ya…pastu bila naik atas, Astro crew tu membebel bagitau kena kosongkan kawasan tu sebab masa photoshoot tu tak boleh bising and dia pun halaulah bebudak yang tunggu dekat area tu.Eh eh come on lah beb..kalau ko nak buat sessi photography yang senyap sunyi takde gangguan sila lah tempah studio ya..Plaza Alam Sentral tu tempat public hokay…Grrr…
Maka, bermulalah penantian kami dekat Level 4 tu, rupanya Ultraman muncul balik dekat stage untuk short session bersama pemenang…dapatlah kami anak beranak tengok dari celah-celah palang besi tu…ish memang cuak gila kotlah palang tu jatuh ke…hadoyai..Astro ni dah terlebih bijak kot pilih tempat macam ni…tunggu lagi entah berapa jam…astro crew tu bagitau dalam pukul 4 ultaman datang untuk photoshoot..memang tak Nampak batang hidung pun…aku dah cakap dekat zafran, ok the limit is until 5.30 kalau takde kita balik…nasib baik dalam pukul 5.15 tu ultraman Zero tu pun datanglah terkedek-kedek…dapatlah snap sekeping…lepas tu derang pun buatlah photoshoot kat tempat yang di tutup dengan bunting siap sound lagi bila bebudak ni bising..erk…siryes memang lenguh kaki seharian dekat Plaza Alam Sentral…anak punya pasal..huhuhu..Gilo ko dari pagi sampai ke petang…mujur kuat semangat..kalau tak memang dah ambik MC Monday tu tau..
Ni je Ultraman close-up..tunggu punyalah lama

In overall I’m not satisfied with the arrangement by the crew especially in term of location dan pengurusan masa…memang tak memenuhi customer service langsung..hadoyai….please lah in the future cuba pakai akal sikit bila buat event ya.Thanks.

Zafran and 'Ultraman'