Tuesday, March 31, 2015

Kegilaan bersama Ultraman di Astro Ceria

Ok well, Zafran memang jenis yang suka layan Ultraman masa kecik-kecik dulu..dah besar ni kuranglah sikit kan…dan nampaknya entah macam mana si Adrian pun terjebak sama..mungkin sebab mainan abangnya banyak so dia pun terpengaruh sama. Yang untungnya tak payah nak bazirkan duit beli new toys, you can just use the previous one kan.
I think lately ni ada banyak event organizer yang organize event yang menampilkan Ultraman as a main attraction for the crowd…yang mana Berjaya di selamatkan memanglah aku selamatkan, meaning aku akan rahsiakan dari bebudak ni..tapi baru-baru ni Astro Ceria adalah buat event dekat Plaza Alam Sentral and nampak gayanya dia dah tau lah pulak…ngeh ngeh ngeh….
So terpaksalah heret jugak bawak budak berdua ni dekat sana. Actually dah agak dah memang akan lambat punyalah start benda-benda tu, tapi memandangkan fikirkan nanti payah nak parking kereta, maka gagah jugak datang awal.

Tak puas hati #1
Jadualnya dari pukul 11-3 petang, tapi by the time pukul 11 tu apa pun takde lagi, kecuali kaunter pendaftaran untuk peserta pakaian beragam je…lagu Ultraman pun takde, pengacara pun takde Nampak batang hidung..tapi anak-anak kecil peminat tegar ultraman dah bersusun dah depan pentas yang sangat-sangat kecil.
Di hadapan pentas tu boleh pulak ada peniaga-peniaga tudung dan baju-baju yang menyebabkan kawasan tu jadi bertambah sempit. Sepatutnya pihak pengurusan kena kosongkan kawasan tu biarlah lapang, so bolehlah fully occupied untuk orang-orang yang datang.Tak payah letak kerusi, duduk kat lantai pun aku rasa derang ni sanggup je.
Bila kawasan sempit maka visitor yang datang mula menyusunkan diri dekat tepi-tepi palang di setiap level and boleh aku katakan sangat bahaya….kalau ada budak yang over excited duduk tepi-tepi palang tu kalau jatuh dari tingkat atas macam mana? Kenapalah Astro ceria boleh pilih tempat macam tu? Lack of safety, sempit, tak praktikal langsung untuk anak-anak kecil?


Pentas kecik, space limited.Ini gambar dari tingkat tas...Bahaya weh


Tak puas hati #2
Dah dekat pukul 12 barulah acara mula dan memang sangat boring, eh orang datang nak tengok ultraman, bukan nak dengar pengacara membebel-bebel…dahlah membebel entah apa-apa..cubalah tepati waktu. Yang datang ni budak-budak..macam-macam ragam..ada yang dah menangis rimas kot duduk bersesak dekat kawasan macam tu…and seperti yang di jangka ultraman yang dua ekor tu datang by around 2 pm macam tu!!! Berdiri kat pentas kot lah nak buat action fire mengfire ke,…takde langsung hokay..haram berdiri je sebelah budak-budak yang menang apa entah…di sebabkan kawasan tu sempit maka yang duduk depan stage tu siap panjat kerusi nak tengok Ultraman.tak lama pun atas stage tu pastu dia pun blah….ish ish bebudak lama tunggu ko buat macam tu je? Kureng asam betul…

Tak puas hati #3
Pastu kitaoorg di maklumkan nanti ada photoshoot dekat level 4..pergilah naik atas intai-intai kot-kotlah ada Ultramannya…ops lupa nak bagitau, kononnya photoshoot pukul 3 ya…pastu bila naik atas, Astro crew tu membebel bagitau kena kosongkan kawasan tu sebab masa photoshoot tu tak boleh bising and dia pun halaulah bebudak yang tunggu dekat area tu.Eh eh come on lah beb..kalau ko nak buat sessi photography yang senyap sunyi takde gangguan sila lah tempah studio ya..Plaza Alam Sentral tu tempat public hokay…Grrr…
Maka, bermulalah penantian kami dekat Level 4 tu, rupanya Ultraman muncul balik dekat stage untuk short session bersama pemenang…dapatlah kami anak beranak tengok dari celah-celah palang besi tu…ish memang cuak gila kotlah palang tu jatuh ke…hadoyai..Astro ni dah terlebih bijak kot pilih tempat macam ni…tunggu lagi entah berapa jam…astro crew tu bagitau dalam pukul 4 ultaman datang untuk photoshoot..memang tak Nampak batang hidung pun…aku dah cakap dekat zafran, ok the limit is until 5.30 kalau takde kita balik…nasib baik dalam pukul 5.15 tu ultraman Zero tu pun datanglah terkedek-kedek…dapatlah snap sekeping…lepas tu derang pun buatlah photoshoot kat tempat yang di tutup dengan bunting siap sound lagi bila bebudak ni bising..erk…siryes memang lenguh kaki seharian dekat Plaza Alam Sentral…anak punya pasal..huhuhu..Gilo ko dari pagi sampai ke petang…mujur kuat semangat..kalau tak memang dah ambik MC Monday tu tau..
Ni je Ultraman close-up..tunggu punyalah lama

In overall I’m not satisfied with the arrangement by the crew especially in term of location dan pengurusan masa…memang tak memenuhi customer service langsung..hadoyai….please lah in the future cuba pakai akal sikit bila buat event ya.Thanks.

Zafran and 'Ultraman'

Thursday, January 01, 2015

Tahun baru tahun lama

Tahun baru tahun lama.
Nak kata sibuk gila idokler sibuk mengalahkan Pak Menteri tapinya itulah aku ni  x de laptop kat umah..kalau ada pun kat rumah, mana ada masa nak layan menaip gitew..hoho..kat opis plak derang pasang detector yang boleh detect website apa ko g and so on so on..so nanti end of the month derang akan bagilah dekat ko list website mana yang korang pergi and kalau lebih dari certain hours tu dapatlah surat cinta..hahaha…..I know what you did last summer…
Tahun baru dah menjelma..I don’t have any clear resolution..just go with the flow or whatever it is..wishing a good health, wealth..hehe and anak-anak yang sihat cemerlang dan gemilang. In term of career, terus teranglah di katakan, nothing much to expect.So just kerja for the sake of money saja bukan sebab kepuasan diri pun..sob sob sob…takpe Allah knows better.

2015..new year begin
A good start of the year Alhamdulillah..we have our own wiken getaway nun di Cyberjaya..haha..Daddy yang suggest Cyberview Resort. Cuti sekolah December hari tu kami tak kemana-mana sebab cuaca kan asyik hujan je..Kalau pergi bercuti pun but end up tak boleh keluar dan melepak dalam bilik hotel je pun bosan jugakkan so sampai sudah memang tak kemana-mana.
Melalui Booking.com Daddy pun tempah bilik ..memang banyak discountnya. We got the room with the price around 300+ per night. So memang kalau nak dapat penjimatan wang kena lah rajin-rajin join page yang offer benda-benda ni.

Actually this is first time kami stay dekat sini memang tak rasa macam duduk dekat Cyberjaya weh…macam rasa out of the town jer..hihi.. tak banyak aktiviti melainkan aktiviti berendam dan  budget macam berenang tapi tak pung..hihi..

Tapi best weh bilik dia…besar, ada balcony pastu siap sabun and syampoo dia macam bau-bau spa gitew…nak g spa duit pun dah tak dak…so mandi tu berangan jelah macam pergi spa.


Malam tu kami makan dekat Padi House Retaurant, nice food jugak and all that we can say, eh macam dah banyak development kat Cyberjaya ni..tettttt hampeh betul statement…