Ok well,
Zafran memang jenis yang suka layan Ultraman masa kecik-kecik dulu..dah besar
ni kuranglah sikit kan…dan nampaknya entah macam mana si Adrian pun terjebak
sama..mungkin sebab mainan abangnya banyak so dia pun terpengaruh sama. Yang
untungnya tak payah nak bazirkan duit beli new toys, you can just use the
previous one kan.
I think
lately ni ada banyak event organizer yang organize event yang menampilkan
Ultraman as a main attraction for the crowd…yang mana Berjaya di selamatkan memanglah
aku selamatkan, meaning aku akan rahsiakan dari bebudak ni..tapi baru-baru ni
Astro Ceria adalah buat event dekat Plaza Alam Sentral and nampak gayanya dia
dah tau lah pulak…ngeh ngeh ngeh….
So
terpaksalah heret jugak bawak budak berdua ni dekat sana. Actually dah agak dah
memang akan lambat punyalah start benda-benda tu, tapi memandangkan fikirkan
nanti payah nak parking kereta, maka gagah jugak datang awal.
Tak puas
hati #1
Jadualnya
dari pukul 11-3 petang, tapi by the time pukul 11 tu apa pun takde lagi,
kecuali kaunter pendaftaran untuk peserta pakaian beragam je…lagu Ultraman pun
takde, pengacara pun takde Nampak batang hidung..tapi anak-anak kecil peminat
tegar ultraman dah bersusun dah depan pentas yang sangat-sangat kecil.
Di
hadapan pentas tu boleh pulak ada peniaga-peniaga tudung dan baju-baju yang
menyebabkan kawasan tu jadi bertambah sempit. Sepatutnya pihak pengurusan kena
kosongkan kawasan tu biarlah lapang, so bolehlah fully occupied untuk
orang-orang yang datang.Tak payah letak kerusi, duduk kat lantai pun aku rasa
derang ni sanggup je.
Bila
kawasan sempit maka visitor yang datang mula menyusunkan diri dekat tepi-tepi
palang di setiap level and boleh aku katakan sangat bahaya….kalau ada budak
yang over excited duduk tepi-tepi palang tu kalau jatuh dari tingkat atas macam
mana? Kenapalah Astro ceria boleh pilih tempat macam tu? Lack of safety,
sempit, tak praktikal langsung untuk anak-anak kecil?
Pentas kecik, space limited.Ini gambar dari tingkat tas...Bahaya weh |
Tak puas
hati #2
Dah dekat
pukul 12 barulah acara mula dan memang sangat boring, eh orang datang nak
tengok ultraman, bukan nak dengar pengacara membebel-bebel…dahlah membebel
entah apa-apa..cubalah tepati waktu. Yang datang ni budak-budak..macam-macam
ragam..ada yang dah menangis rimas kot duduk bersesak dekat kawasan macam
tu…and seperti yang di jangka ultraman yang dua ekor tu datang by around 2 pm
macam tu!!! Berdiri kat pentas kot lah nak buat action fire mengfire ke,…takde
langsung hokay..haram berdiri je sebelah budak-budak yang menang apa entah…di
sebabkan kawasan tu sempit maka yang duduk depan stage tu siap panjat kerusi
nak tengok Ultraman.tak lama pun atas stage tu pastu dia pun blah….ish ish
bebudak lama tunggu ko buat macam tu je? Kureng asam betul…
Tak puas
hati #3
Pastu
kitaoorg di maklumkan nanti ada photoshoot dekat level 4..pergilah naik atas
intai-intai kot-kotlah ada Ultramannya…ops lupa nak bagitau, kononnya
photoshoot pukul 3 ya…pastu bila naik atas, Astro crew tu membebel bagitau kena
kosongkan kawasan tu sebab masa photoshoot tu tak boleh bising and dia pun
halaulah bebudak yang tunggu dekat area tu.Eh eh come on lah beb..kalau ko nak
buat sessi photography yang senyap sunyi takde gangguan sila lah tempah studio
ya..Plaza Alam Sentral tu tempat public hokay…Grrr…
Maka,
bermulalah penantian kami dekat Level 4 tu, rupanya Ultraman muncul balik dekat
stage untuk short session bersama pemenang…dapatlah kami anak beranak tengok
dari celah-celah palang besi tu…ish memang cuak gila kotlah palang tu jatuh
ke…hadoyai..Astro ni dah terlebih bijak kot pilih tempat macam ni…tunggu lagi
entah berapa jam…astro crew tu bagitau dalam pukul 4 ultaman datang untuk
photoshoot..memang tak Nampak batang hidung pun…aku dah cakap dekat zafran, ok
the limit is until 5.30 kalau takde kita balik…nasib baik dalam pukul 5.15 tu
ultraman Zero tu pun datanglah terkedek-kedek…dapatlah snap sekeping…lepas tu
derang pun buatlah photoshoot kat tempat yang di tutup dengan bunting siap
sound lagi bila bebudak ni bising..erk…siryes memang lenguh kaki seharian dekat
Plaza Alam Sentral…anak punya pasal..huhuhu..Gilo ko dari pagi sampai ke
petang…mujur kuat semangat..kalau tak memang dah ambik MC Monday tu tau..
In
overall I’m not satisfied with the arrangement by the crew especially in term
of location dan pengurusan masa…memang tak memenuhi customer service
langsung..hadoyai….please lah in the future cuba pakai akal sikit bila buat
event ya.Thanks.