Cerita dah basi....dah nak masuk Cuti Sekolah lain da...
Hari tu cuti sekolah (bulan March hokay), so kami plan (very short plan) untuk
bawak anak-anak bercuti. Daddy ajak pergi PD, yang Mummy pulak PD lagi?..humm
kita gi Melaka nak? Dekat dan ada jugak aktiviti untuk anak-anak. So Daddy kata
OK jugak.Terus booking hotel dekat Bayou Resort Park,Bukit Katil.
Dalam hotel ni ada jugak Mini Park ar ala-ala Sunway Lagoon
tu..haha so bolehlah mandi sampai kecut-kecut. Ambil studio sebab kami pun
small family ajer.
Review: Biliknya bersih dan kemas, cumanya sofa tu dah
Nampak bertompok-tompok. Mungkin ada guest yang tertumpah apa-apa ke, I would
suggest untuk hotel ni silalah pakai sofa yang leather ya…senang nak bersihkan
kotoran degil.
Untuk facilities yang ada okeylah becoz it’s not a normal
swimming pool tu. Bukan nak cakap yang hotel ni tak normal, tapinya dia ada
small theme park yang sesuai sangat untuk mak budak and bapak budak hokay.
Iolls pun join sama menggedik dekat situ main slide pusing-pusing.Haha..
So far memang syok ar sampai sunburn di buatnya..Kali ni
memang lah full aktiviti. Mummy plan nak bawak Zafran and Adrian more
activities kali ni.
Jadi first day tu kami just rileks2 aja mandi manda. On the
second day pagi-pagi kami dah layan Taman Buaya. Hahaha harganya macam biasa ar
bila Cuti Sekolah terus naik harga hokay.
Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya
dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat
semulajadi mereka.Pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan dan pertunjukan
yang dipersembahkan oleh penjaga buaya ini pada setiap hari Sabtu. Pertunjukan
yang mendebarkan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk.
Pergi Taman Buaya ni memang boring sebab buaya tu tak
bergerak-gerak pun…rileks je dalam air or atas daratan.Tapi kalau nak bagi
peluang anak-anak tengok buaya dengan lebih dekat memang oklah kan.
Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00
Kanak-Kanak: RM6.00
Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang
Kemudian kami bergerak terus ke Taman Mini MALAYSIA, yang boleh dianggap
sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk
menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua
negeri di Malaysia.
Tarikan utama taman ini adalah replika rumah-rumah
tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan
setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia.
Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan
sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan
di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan
ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat mengenali setiap negeri di
Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam
beberapa buah rumah untuk tontonan umum.
Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini nampak
seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu
mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri.Selain rumah-rumah tradisional
ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain
permainan tradisional.
Dekat sini masa kami singgah di rumah Perak, Zafran and
Daddy berpeluang mencuba main gasing…First time for Zafran and kami beli juga
satu sebagai kenangan. Di Rumah Selangor tu ada pulak makan-makan hahah bukan
percuma ya…anda bolehlah menikmati minum petang roti jala yang di serve dengan
kopi.Minum petang bersila dan memang feeling-feeling kampong gitew. Kebetulan
pulak masa tu hujan, memang terbaik ar lepak dekat situ.
Dekat Taman Mini ni kami berpeluang jugak naik kereta
lembu.Excited Zafran sampai naik dua kali. Bayarannya RM 5.00 untuk orang
dewasa.Yang kanak-kanak 7thn ke bawah ni percuma je..
Sebenarnya kami nak pergi ke Zoo Melaka petang tu, tapi
sebab hujan dan kami agak lama terperangkap dekat Taman Mini Malaysia.Jadi tak
sempat sangat nak pergi petang tu.So we decided pergi Zoo Melaka Night
Safari..Yeeha first time ni.. pergi night safari.
Balik hotel lepas mandi and solat kami keluar semula. Masa
mula-mula sampai, eh macam takde orang jer, tapi rupa-rupanya ramai jugak.So
kalau Night Safari ni kena naik tram ar…and akan ada guide ar dari staff dekat
situ. Huhu untuk yang rabun macam aku ni yang degil tak mo pakai spec memang
tak nampaklah kan..Haha..
Sampai dekat kawasan harimau and singa kena berjalan kaki
sikit dan akan di beri penerangan oleh staff yang bertugas…Actually macam ni
lagik bagus, ada staff yang akan explain everything,takdelah jalan bodo je
kan.And to be honest harimau ni lagik semangat and cergas berjalan-jalan di
waktu malam. Haha..
The next day, mandi puas-puas and lepas tu check out. Sebelum balik singgah town untuk lunch kononnya nak layan Asam Pedas Daging Tetel...muahaha kuciwa kat kedai yang kami pergi tu takde lah pulak hari tu.
Tapi tak per, next time pulak kot kan. InsyaAllah :)
**Banyak gambo dalam phone daddy**