Tuesday, November 19, 2013

Kami dan LRT

Public transportation memang dah lama tak di gunakan.Public transportation di Malaysia ni memang boleh di katakan jauh ketinggalan kalau nak di bandingkan dengan negara-negara lain.Tak payah jauh-jauh nak compare dengan Jepun, tengok je negara jiran.Kalau public transport ni bagus tak payahlah semua orang nak memenuhkan jalan raya dengan kereta.
By the way one of public transport yang close to us ialah LRT.Reason? Ya related dengan Mr. Roy lah tu.Kami dapat free ticket tau ..jangan jeles.So hari tu kami pun pakat naik LRT ke KLCC.sebab SIL dapat intern dekat Petronas, jadi nak budget timing lah dari Kelana Jaya ke KLCC.
Ni first time untuk Adrian tapi yang kedua untuk Zafran.
Jadik of course lah sangat jakun bila ada peluang nak naik LRT ni.Tak tau lah bila lagi kami akan naik LRT ni..

Monday, November 18, 2013

Gen2 lak kena tolak

Automotive dan kami susah nak di pisahkan kot sekarang.Hihi.I've been in Automotive since 2005, masih merangkak lagik nak memahami selok belok automotive.Taulah pompuan kan, manalah sangat nak faham sangat on kereta-kereta ni.Now bolehlah sikit-sikit faham based on experience yang tak seberapa tu kan. Now, tanpa di sangka-sangka Zafran pun rupanya suka jugak automotive ni. Suka tengok kereta esepcially kereta-kereta sport ni. At the age of six, dia dah boleh kenal few popular brand. Kalau setakat Proton, Perodua ke Nissan ke Honda ke memang dia kenal sangat. Tapi now dah pandai jugak Lexus, Jaguar bagai.Kadang-kadang kalau time tengah takde apa nak buat, ajak g showroom tengok kereta.Hadoi..Jadi kami pun pergilah merayap-rayap kat showroom especially dekat Glenmarie ni kan.
Kalau selalunya susah sangat nak ambik gambar dia, tapi bila suruh posing celah kereta ke, hamboi bukan main lagik.
So aku pun memang teringin sangat nak bawak Zafran pergi tengok Motor Show.Tahun ni ada Kuala Lumpur International Motor Show dekat PWTC. So semalam kami bersiap awal pagi lagi.Reason pergi awal pagi sebab tak nanti parking full dan kena menapak jauh pulak.Dahlah bawak si Adrian.Jenuh nanti kot..So by 11am kami dah sampai dekat sana, it's actually a bit late sebab by 10am actually dah open to public. Malang tidak berbau sedang dok mencari parking tetiba je kereta Gen2 tu dah tak boleh bergerak. Nak kata takde minyak, rasanya tak mungkin sebab baru je isi minyak kan.Hummm...Sudahnya kereta tersadai di tepi jalan dan terpaksa towing balik ke rumah. Nasib baik jugak sedang kereta rosak tu ada kawan yang bagitau "PWTC blackout, visitor cuma boleh masuk by 2pm" Erk???
Event international tapi macam ni ka? Hum...Sudahnya kami pun dah malas nak pergi, tambah pulak kereta rosak and bila dah tow balik, takde kerajinan sangat nak berpatah balik ke PWTC.
Promise pada Zafran, that we will go In Shaa Allah by next Saturday.
what will happen to the Gen2???????

I Love Dessert

I really do love cooking.Macam ada kepuasan yang tak dapat di gambarkan.Cheh poyos sangat tu bunyinya hokey.Tapi dalam banyak-benda aku memang layan Western dan desserts.Tapi kalau bagi ratio 60% will go to passion of desserts....Ok aku ni memang suka sangat layan Asian Food Channel 703 and sometime 707 jugak. Don't have specific chef yang aku admired tapi aku suka tengok how they cook.Anna Olson pastry chef dulu rancangan dia Sugar, now Fresh with Anna Olson. Chef Michael dengan rancangan Chef At Home.Suka tengok dia masak sangat kemas dan bersih.Aku admired dengan store makanan dia.Bertingkek-tingkek spice and ingredients dalam balang kaca.Aku simpan balang kaca konon nak tiru macam dia.Haha hampeh sebab aku takde dapur besar nak buat store untuk makanan jer.Jamie Oliver aku suka tengok dalam 15 minute meal tu.Kalau aku memang 15 minute baru nak siapkan bawanglah, bersihkan ikan lah.Huhu.
Dulu pun mak pernah ada bakery.Dia berniaga lepas bersara dari kerja gomen.Aku tolong-tolong kat kedai especially time musim orang kawin.Memang pengsan nak buat.Tapi seronok!! Malangnya bisnes tak bertahan lama atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan.Tapi rasa cinta tu tetap ada.Kadang-kadang aku sanggup laburkan duit pergi kelas baking.Cake in jar...cupcakes...and yang terbaru talam.Kalau tak g kelas aku akan godek resepi dari internet dan cuba.Resepi memang ada, tapi kalau tak kena gaya memang tak menjadi.Bukan sekali buat terus jadi.Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang terpaksa buang jer sebab tak layak untuk masuk dalam tekak.Ia bukan perkara mudah.Jadi aku kena rajin practice...dan melantik tikus-tikus eksperimen untuk berkhidmat dengan aku.Sanggup???hehe
##Mode tak sabor nak membaking setelah sekian lama plug rosak.

Sunday, November 03, 2013

Happy Birthday Mr. Roy

Birthday Daddy 3rd November.Tapi biasalah lambat sikit menghapdatenya. Kali ni giliran Mummy lak kena belanja dia.Kami ni dah lama tak bagi-bagi hadiah ni.Sebab siryes tak tau nak bagi apa.Benda-benda standard macam wallet ke, baju ke, agak susah nak beli sebab taste Mr Roy ni lain sikit.So lebih baik penuhkan perut, bukan setakat dia yang kenyang, dengan den sekali kenyang.Suko den.Hihi
Daddy kali ni pilih nak pergi Swensens, teringat pernah makan dekat Airport katanya.Mummy ok ajer.No problem.
Kami pergi dekat Swensens Subang Parade, tak banyak outlet cuma ada dekat Ampang and Subang Parade jer.
Compare with Friday's or Chilli's, Swensens ni more to family leisure. Ada tempat untuk anak-anak main and the outlet also quite spacious jugak. 
Mummy pilih Fish Baked Cheese, RM 17.90 entah kenapa pilih mungkin sebab nampak cheese macam sedap jer.Memang sedap tengok cheese melimpah ruah, tapai alahai tak boleh nak makan banyak sangat weh.Kenyang.

Lepas tu nafsu -nafsi order pulak Creamy Mushroom harganya RM 12.90. Reason order sebab pernah tengok Qhi makan dalam Jalan-jalan Cari Makan.Hehe.Rasanya memang sedap tak macam Mushroom Soup Pizza Hut ar.Ni macam rasa homemade style tau.Siryes kalau korang pergi sini tolonglah order.
 
Daddy order simple je Swensen's Combo harganya RM 24.90. So it's actually combination banyak jenis ada shrimp, fish fillet jugak. 
Adik Hanim, my SIL ordered Beef Stroganoff Baked Rice RM 17.90 harganya. Sedap jugak ada rasa black pepper sikit-sikit. Tapi still big portion jugak tu.**aish mana gambo da 
Anak bujang yang sorang tu nak Mozarella Cheese Stix macam kat TGI Friday. Hehe orderlah dekat dia in one bowl ni harganya RM15.90. Sedap jugak , cuma rasanya dekat TGI Friday lagik sedap kot.Yang penting time gigit tarik meleleh-leleh cheese ok.
 
To end up the session orderlah ice-cream.Kasi sejuk sikit perut tu.Kalau ikutkan dekat Swensen's ni memang best-best dessertnya.Cuma yang tak tahannya tengok pricenya alah dah boleh sama dengan sepinggan main course dish.Tapi kalau nak cuba apa salahnya. 
 
In overall, the concept is more to family concept, you know what I mean. No liquor, and suasana dalamnya pun cosy and friendly.
Food: ///
Price:////
Ambience: ////
Will come again? Yes :)