Monday, June 11, 2012

Open letter to my son- Part 2

Mummy nak sambung pulak part 2 ya, Zafran.
The joy come over and over.Sedar tak sedar Zafran dah 1 year ++.Zafran ingat lagi tak,tiba-tiba on July 2008, Zafran demam maka we send Zafran to Damansara Specialist dan Zafran pun admit di sana.Start admit 29th July and discharge on 1st Aug. Lebih kurang 4 hari 3 malam kami di sana.Standardlah kan, if pergi specialist,mana maunya dah elok terus keluar.Check sana sini nak bagi kita duduk ward lama-lama kan???
Zafran masa admit di DSH
                                                 Zafran feel better now. He's co cute.
Mummy suka below picture ni sebab rasanya memang Zafran memang cute ar..Geram betul
Anyway actually Zafran started walking around 1 year 2 month, ketika itu memang dah dekat nak hari raya.Kira memang lambatlah jugak, tapi ada sesetengah orang cakap kalau bercakap cepat makanya jalan lambat sikit/ Tapi tak apalah kan, janji boleh jalan.Alhamdulillah.If counted very well itu merupakan Hari Raya kedua yang di sambut oleh Zafran.
Cheh tak ingat tema kaler baju raya kita tahun tu Zafran. Masa ni mummy beli je baju raya kita sekeluarga, tak pulak teringat nak tempah.Tapi kira still color tone matching to each other kan? kan?

13 Dec 2008, mummy and daddy rasa it's about time untuk kami buat kenduri akikah Zafran.Kewangan dah ok sikit tambahan pulak masa tu cuti sekolah.Tema majlis kuning di raja okey ^-^.If ikutkan Zafran dah almost 1 year half dah time tu, jadi memang takdelah berendoi-endoi ni dan mummy pun rasa macam tak perlu kot nak endoi-endoi ni. Adat je kan.

Zafran ingat tak, Jan 2009, we spend our good time together as tourist tau.Jalan-jalan sekitar KL (siap naik Hop On Hop Of lagik) and also visited Zoo Negara.Just imagine dalam bus tu mostly tourist tapi kita bertiga sempoi je Malaysian lepak-lepak atas bumbung bus.Main reason kenapa kita pun sibuk nak naik bas dua tingkat tue sebab Zafran pun tak pernah naik bus kan? and mummy pun rasanya lama sungguh tak naik bus sejak dah ada kereta ni.Purgh habis rindulah konon kan. Dalam masa yang sama jugak, kita ambik peluang naik LRT.Naik satu stesyen and lepak turun dekat stesyen paling hujung.Experience untuk Zafranlah dapat naik bus and LRT kan.
Zafran keletihan siap terlena dalam bas. First time naik bas lah katakan:)
Setelah sekian lama tak pergi Zoo Negara, maka atas sebab musabab ada anak, maka kami heret juga Zafran ke Zoo Negara.macam biasalah teruja kan budak-budak.Cuma, masa ni Zafran belum berapa nak pandai anything tentang animals, so kami cuci-cuci mata ajelah.

March 2009 sekali lagi Zafran (and of course kami sekeluarga) terpaksa bermalam di Damansara Specialist Hospital (10 Mar to 14 Mar). Kali ini, since bilik pun dah penuh,kami mintak admit dekat VIP ward.Dah rasa macam bercuti dekat hotel pun ada.Apapun memang very the very satisfied habih dengan services dekat sini. Almaklumlah VIP lah katakan.Cian Zafran, kene suntik sana sini coz nak ambik darah.Nak tengoklah virus ka apa ka.Bertitik tolak daripada situ we decided untuk ambil apa saja injection/ anti virus/vaccine yang perlu untuk protect Zafran. So untuk Zafran, mummy and daddy dah request doctor untuk ambil pneumococcal dan juga untuk demam campak prevention.Untuk demam campak tu, bukanlah maknanya tak kene langsung kan, but at least not within 5 years dr tempoh masa injection tu di ambil. Kami tak larat tengok Zafran sakit masa kecik-kecik ni tau..Cian cian
Cian, tangannya berbalut-balut lagi

Kurus Zafran lepas keluar dari hospital even kami tak berada lama pun dekat sana.Below pic show how struggle Zafran nak pakai seluar sendiri..HUhu comei comei.
Menyuap makanan sendiri
Banyak juga kenangan-kenangan manis ketika ini Zafran sedang mencuba banyak perkara-perkara baru.He's learning and progress very well.

Zafran ingat tak around May 2009 kita ke Pulau Pangkor untuk annual vacation kita?.Tahun sebelum tu kita pergi Cameron Highlands and Zafran pun belum boleh berjalan lagi time tue. Teruja tengok Zafran berenang-renang dekat kolam. Zafran memang takutkan pantai, so kami bawa Zafran main dekat kolam sahaja.Stay dekat Pangkor Island Beach Resort memang seronok rupanya sebab rasa privacy jer.

First time naik feri

Our memories at Pangkor Island ^-^

26 June 2009- Zafran dah masuk 2 tahun!! Kali ini, mummy arrange kan small celebration dekat taska Zafran pulak.Sekejap jer rasanya Zafran dah besar ya..
Kek Ultraman memang tak tinggal :)

Goodies untuk rakan-rakan.Tak berapa nak ikut tema lah pulak. Tak jumpa bekas yang ada gambar Ultraman. Jadilah kan?
Zafran pada umur 2 tahun :)

Mummy and daddy cayang Zafran...

Wednesday, June 06, 2012

Moms and Baby Expo 2012 at PWTC -hum???


Weekend lepas meluangkan masa dan menggagahkan diri ke PWTC, kononnya nak tengok Moms and Baby Expo yang kononnya lebih kurang 600 exhibitors. memang rasa awal sangat nak beli barang baby, tapi since nanti en hasben nak ke Holland dan lepas tu aku pulak ada survey and lepas tu raya,so di kesempatan inilah kami usya kot-kot adalah offer.Letaknya dekat Hall 1, di sebabkan jarang-jarang ke PWTC, makanya tak boleh nak ingat plak kat mana locationnya. Tapi takpe, mula-mula cari parking dulu, dan naik ke lobby. Naik escalator rupa-rupanya baru tau yang Hall 1 and 2 kene seberang sungai.Apa? Ape kehe jauh bebeno yob? Expo ni kata untuk mom and baby, so cubalah imagine siapa yang akan datang? Surelah ibu-ibu termasuk mak buyong dan jugak yang dah beranak pinak kan? Jauh beb nak kene cross tu, apesal tak buat dekat venue yang terdekat jer?
Dahlah sebelum nak masuk ke Moms and Baby Expo tu, terpaksa dulu lalu hall yang tengah buat Renovation Expo a.k.a as tempat beli barang-barang keperluan rumah macam sofa ka, katil ka, almari ka...Saja je eik?
Lalu lah dan lalu lagi barulah sampai ke Hall 1 tu, hampa sebab taklah sebanyak yang diuar-uarkan dan takde pulak outlet yang glamor macam Lunatots ka, Moms Little One ka. Serius tekanan. Tapi takpe, sebab dah alang-alang sampai, makanya rembat jugalah romper ngan stroller baru. Sebab Zafran punya yang lama tu too bulky, maka kali ni ambik yang kembang kuncup macam payung tu.Terus pakai je stroller tu sebab nak isi barang and malas nak usung kotak.
Menapak balik dari PWTC, dan lepas bayar tiket parking barulah nampak satu lorong yang mana membolehkan visitor yang nak ke Hall 1 boleh masuk terus ke situ.WEh, ada ke patut.Bukan semua orang tau lorong yang cinonet macam tu.Tak prihatin betul organizer nie.
Nyampah punya pasal, sambung pulak perjalanan ke One Utama.Eceh, sambung shopping lagi dekat Jusco, lagi senang cerita. Beli tilam untuk baby cot since Zafran punya tu dah lama kan. mana tau ada pijat plak kang.Tak pasal-pasal jer.Rembat tilam, botol susu Avent,towel, blanket ngan napkin. Baju-baju tak beli lagi sebab tak muat tangan deh.Takper tu lain kali. Ops tak lupa juga Zafran berjaya rembat satu Ultraman Hikari pulak.
Mengakhiri hari dengan makan Japanese food dekat bawah Jusco tue. Rambang mata rembat Tako,Sushi,Bento ngan Pizza jepun tu apa ke namanya Okinimiyaki kot..Suka hati aku jer..Burp dan kami pun balik.Hah hambik kaw, sekali keluar jer entah berapa ratus duit mengalir keluar..Adios