Monday, June 08, 2015

Detik kelahiran Zara

Moment#3 Detik-detik kelahiran Zara
 
27th April
Mummy kena pi check-up dengan Doc Jumeah. Dia cakap ada bukaan 2cm...baru 2 cm kan..Dia tanya nak induce ke by 30th April since dia akan bercuti on the 1st May until 6th tu..For me I don't want to be induced yet..I just want it to be as normal as it can be. So we decided tak nak induce on 30th tu dan Doc bagi date baru kalau tak bersalin by 5th May tu kena datang lah hospital menyerah diri..Hukhuk...Tapi bukan Doc Jumeah yang akan sambut sebab dia bercuti, so tugasan tu akan di beri pada Doc Mazita.Hari tu jugak Doc dia kata dia usik bahagian selaput tu , for me maybe because dia nak percepatkan proses kelahiran tu.Maybe dia nak Mummy bersalin before dia bercuti kot.
 
28th April
Doc bagi MC tiga hari so hari ni Mummy masuk office sekejap ambil laptop balik.Gagah jugak drive masa tu pergi Glenmarie ambik laptop and handover apa yang patut.Kesian kawan yang terpaksa take over kerja sebab bagi last minute dekat dia, tapi nak buat mcm mana dah boss decide lambat sangat.

29th April
Lepak lepak dekat rumah je.Masih belum rasa apa-apa.Cuma badan memang dah rasa letih and macam yak larat sangat nak drive.Rasanya baby dah memenuhi ruang-ruang dekat bawah tu.So sebab kat rumah, Mummy ambil kesempatan cuci peti ais, kemas dapur bagai...almaklumlah nak penuhkan aktiviti.

30th April
Hari ni pun tak kemana-mana.Ada tanda macam brownish tu dah kelihatan.Mummy rasa macam owh okey baru ada tanda.Just call Daddy bagitau yang ada tanda but we don't have to worry.Purgh cool gile.Kalau masa second baby tu kitaorg dah nebes biawak dah nak gi spital.Kali ni Mummy tak nak.Sebab tak nak kena induce.Lagipun tak sakit pun lagi.Jangan menyerah diri lagi.

1st May
Hari ni EDD. Masih belum ada tanda.Kami lepak saja dekat rumah and makan dekat luar.Sejak makin sarat ni, kuali periuk semua pun berehat sama nampaknya.Huhu.I miss cooking :(

2nd May-It's the day
Pagi lagi Mummy dah bangun.Selalunya kalau cuti ni liat je nak bangun.Huhu Pagi tu bangun lepak kat katil main Candy Crush tengok jam baru pukul 7 lebih.Humm...tetiba dengan bunyi 'pop'..ingatkan owh bunyi kentut kot.Tetiba eh basah...aku terkencing ke? berlari pergi toilet and air mengalir dengan banyak.Air ketuban pecah? Erk...first time pecah sendiri.Kejutkan Daddy and cepat-cepat mandi bersiap. Walaupun pakai pad tapi airnya masihh mengalir lagi. Kejutkan anak-anak yang lain bersiap mandi and bawak barang masuk kereta.By pukul 8 lebih tu tetibe rasa sakit. Siap tanya Daddy "lama lagi ke nak bersiap, dah sakit ni". Maka Daddy pun sepantas kilat settle everything and kami terus gerak ke DEMC.
Dalam kereta dah start sakit-sakit, masa on the way to Adrian duduk atas pangku and peluk Mummy rapat-rapat.Don't know what he think.
Dah siap call in law and derang mintak SIL tolong jaga budak-budak ni masa Mummy dekat labour room nanti.Kesian dia, she suppose nak ke Melaka masa tu, tapi sebab takde sesiapa lagi yang boleh tengokkan derang ni terpaksa mintak dia assist. Kesian dia..
Masuk terus labour room around 9.30 a.m..masa ni masuk mulalah buat CTG bagai..sebab air ketuban dah pecah so memang terus lepak dekat dalam tu.Request nak breakfast sikit sebab tak sempat makan, Daddy pulak sibuk uruskan bilik so the kiddo boleh lepak dalam bilik daripada derang berkeliaran dekat luar tu. Dapatlah minum milo and makan roti untuk alas perut.
memang dah start sakit but honestly tak boleh nak kira kekerapannya..Tak larat nak tengok jam pastu nak tahan sakit lagi.
Makin lama makin kerap and makin sakit. Nurse tanya nak epidural ke pain killer ke, masa ni fikir takpe gagah lagi ni. Tapi dah nak sampai pukul 12 lebih tu dok tengok jam kalau lama lagi ni mau hilang tenaga ni..So end up mintak jugak pain killer.
Bukannya sakit tu boleh hilang, cumanya kita dapat lelap mata lah barang beberapa minit.Sambil tahan sakit cakap dekat Daddy, ini yang last ya,...Tak mo dah...sambil mengalir air mata gitew.
Dah dekat pukul 2 tu yeszza makin terasa macam nak buang air besar and bermulalah perjuangan...Berbanding anak first dulu kali ni dah bijak sikit, dah tau bila waktu yang sesuai nak simpan tenaga and nak teran...Tak ingat berapa kali teran tapi banyak kali jugaklah...Boleh perasan Doc gunting tapi sakit gunting tu tak terasa sangat berbanding sakit nak bersalin tu.
Orang kata jangan menjerit nanti tenaga hilang, Mummy belasah jugak jerit especially masa last teran tu..
Zass keluar...purgh...pastu Doc Mazita godek-godek lah kuarkan uri, kuarkan darah beku,dia siap cakap lagi..Ok saya nak bius ya nak jahit.Mummy sempat tanya Doc banyak tak...pastu Doc cakap 'bolehlah'...tp dlm pada sedar tak sedar Doc ada sebut yang dia terpaksa gunting jahitan lama dan dia cakap jahitan lama tu macam panjang..erk...so boleh imaginelah kan panjang tak panjang nya...erk ngeri...

This is an amazing experience sebab masa anak yang first Mummy tertidur kot masa dalam labour room coz dah letih sesangat...Tu yang Doc Vacum...pastu yang no 2 pulak merasa ar kena induce pastu terpaksa operate.Tetiba je baby dah kuar.Memang le tak rasa the process.Tapi yang ni every single process including air ketuban yang pecah sendiri di rasai satu per satu. Bayangkan dah anak tiga kot...baru rasa the real experience. Alhamdulillah berjaya mengawal diri untuk tak guna epidural...(kena tambah 1k lagi kot),,Hihi
Alhamdulillah and semoga Zara sihat dan sentiasa di lindungi oleh Allah SWT selalu.