Monday, May 20, 2013

Hayaki Kopitiam : Makan-makan places

I'm in the mood of cooking,tapi Mr Roy nak makan nasi kerabu or nasi dagang.Alahai, saja je dia ni taw nak menambah lemak di badan,Esok Monday, Shequeen tolonglah anda berpuasa ya.Nanti baju terus tak muat.
Dekat Shah Alam, we are not so familiar where to find kedai Kelate yang sedap and provide Nasi Kerabu or maybe Nasi Ulam ke. Thanks to Ambrynaa's Blog yang provide information ada kedai Nasi Kerabu dekat Shah Alam. Section 13 jer pulak tu opposite dengan Tupai-Tupai dekat dengan Acapella Apartment. Selalu lalu tapi tak pernah nak singgah.
Nama kedai Hayaki macam bunyi Jepun, siap tanya dengan kawan yang kerja translator apa meaning Hayaki, katanya bukan makna in Japan.Tapi dia beritahu itu nama gabungan tiga beradik, tokeynya Chinese.Dia tau sebab Hayaki Kopitiam ni bukan setakat ada dekat sini, dekat Kelantan pun ada banyak.Owh...baru tau.
The kopitiam ni rupanya bukak 24 hours hokey.So, kalau ada laki yang bini mengidam nasi kerabu pukul 3 pagi bolehlah pergi dekat sini ya.
Selesa sebab ada ruang yang ada aircond, nak lepak dekat luar pun boleh kalau malam-malam ar.Kalau tengahri buta makan kat luar tanpa payung nanti korang akan mengalami proses penyejatan pulak.Itu aku tak berani jamin hokey.
So aku cuba Nasi Kerabu Ikan Goreng and Mr Roy ambik Nasi Kerabu ayam percik.Harganya for me untuk standard Kopitiam not bad, sebab Nasi Kerabu Ikan tu dalam RM 8.90 and Mr Roy punya RM 10.90 siap dengan air Teh O Ais.Zafran pulak memang Nasi dengan Telur jelah with Milo Ice.
Also ada Pulut Mangga, Rojak, sebagai side dish ka or desssert ke.Tapi sebab dah kenyang tak larat nak makan Pulut Mangga pulak. Bukan nak cakap apa, for me ianya agak sedap jugak, sampaikan bila makan tengok-tengok dah sepinggan habis da...Hihihi
Roti bakar, french toast ar, telur separuh masak sebab dah namanya kopitiam kan.Kiranya kalau sesiapa yang tak nak makan nasi bolehlah makan roti jer.
Food:////
Ambience:////
Price:////
Will come again?: yes
 

Sunday, May 19, 2013

Mak Tim Briyani Sajian Johor

Sessi makan-makan memang sokmo je.Semalam dah makan nasi lemak .Hari ni ada yang nak makan Nasi Briyani pulak.Bukan dekat-dekat.Keramat tu.Bukan keramat cerita TV tu ni Keramat dekat Ulu Klang.Nama kedai ni Mak Tim.Location dia bersetentang dengan Glaxo Smith punya office.Masa Mr Roy kerja dekat Sapura which is also setentang dekat kedai Mak Tim tu selalu lah kot dia makan dekat sini.
Dia tak lah dalam deretan kedai,di buat di rumah bahagian corner lot, and the restaurant also tak lah cantik sangat berdeco sana sini.Memang biasa ajelah.But quite comfortable sebab ada kipas angin besar yang ada ayor tu kan.Sejukkk ar skit:)
Dari segi makanan, memang more to makanan Johor asli.Kalau rasa nak makan Nasi Ambeng pun ada.Soto , mee rebus pun ada, Nasi Briyani Gam memang main attraction  dekat sini. Memang dah selalu makan dekat sini and the price for Nasi Briyani Gamnya is RM 10.00 sepinggan.Siap dengan telur pindang dan dalca yang memang sedap. Memang kalau makan sengkak gila. Masa mula-mula makan dulu tanya balik, dik mana dagingnya? Rupanya dagingnya tersembunyi dekat bawah timbunan nasi da...
Rasanya? Korang kena cubalah sendiri.Lain-lain pendapatkan? By the way would like to share tentang satu satu lagi perkara iaitu Ais Jagung dia yang sedap weh. Campuran gula merah dengan susu cair,ais hancur purgh memang sedap weh.Cuba try test.
Juga kalau boleh anda try jugak Murtabak Singapura dia.memang sedap dan lain dari yang lain sebab on top of murtabak tu ada taburan daging jugak.Memang gojezs, cumanya kuahnya jer rasa macamtak berapa nak best.Maybe tak biasa makan murtabak dengan kuah macam tu kot.
Apapun, kalau lalu kawasan Keramat bolehlah cuba.
Food:///
Ambience:///
Price:///

Saturday, May 18, 2013

Warisan Sambal Opah : Makan-makan Places

Nasi lemak merupakan makanan yang famous dekat Malaysia ni.Kalau ada sesiapa yang tak tau or tak pernah jumpa nasi lemak-tolong lempang diri sendiri hokey.
Normally kitaorang kalau teringin nak makan nasi lemak,sanggup merantau jauh ke Kampung Baru tu semata-mata nak makan nasi lemak yang sodap.Tapi kali ni kami dah tukar port,almaklumlah jauh tu nak ke Kampung Baru isk isk.Now tukar port baik punya more close to Shah Alam. Our new port now at USJ 9 dekat dengan Masjid Al Falah. Kat situ ada restoran yang serve nasi lemak yang sedap and namanya ialah Warisan Sambal Opah. Kalau menurut apa yang aku baca memang dah lama dah beroperasi. Memang kalau tengok penuh orang sampai tambah-tambah meja dekat luar kedai.Lepas Maghrib je memang akan melebarkan jajahan derang taw.Sebab dalam kedai je tak cukup nak menampung customer capacity.
The restaurant quite bersih jugak, cuma kalau duduk di kawasan dalam memang agak sempit dan panas.Betterlah kalau ambik port dekat luar,merasa sikit debu-debu and angin KL ni.
Cara nak order memang kena self service,punyalah banyak deretan lauk-pauk,walaupun tak sebanyak dekat Kg Baru, yang ni pun dah ok dah. Ok semalam makan,Zafran tak join,meaning dia tido dekat meja.Keletihan sangat-sangat dekat sekolah kot.Kami dah lapar terpaksa jugak usung dia,we are not type yang akan biar anak tidur dalam kereta waktu makan melainkan parking depan mata and we just seat next to the car.Bahaya tau.Jadi Mr Roy dukung dia and Zafran sambung tido dekat meja.
Mr Roy pilih lauk sambal kerang and aku ambik sambal telur puyuh.Kalau uolls nak tau dua biji telur puyuh =RM 1.00 okey and sebab ambil 5 biji telur puyuh =RM2.50. Mr Roy punya sambal kerang is RM 5.00.Gulp. Sebungkus nasi lemak cost about RM 1.00 and to tell you the truth memang tak cukup ambil sebungkus sebab kecik jer weh.So ambil 7 bungkus sebab tapaw untuk Zafran sekali RM 7.00.
So total cost RM 7.00+RM 2.50+RM 5.00+RM 5.50(air)=RM 20.00
Mujur jugak tak ambik banyak-banyak jenis lauk,kalau tak entah berapa harganya. Harga sebungkus nasi lemak tu kalau ikutkan wajarnya around Rm0.50 dah cukup ok tapi kalau charge RM 1.00 pun people willing to buy kan. Tambah pulak location dekat USJ,memang takde hal lah kan.
In overall my own review
Food:////
Ambience: ////
Price:///
Will repeate again? yes sebab memang sedap.
 
Why not you guys try it on.
 


Friday, May 10, 2013

Gurlish mode on

Gurlish sangat-sangat.Hum..entah dari mana datang tetiba ada plak fenomena baru dari korea gwiyomi namanya.Mula-mula tak ambik port sangat, tapi bila ramai manusia yang dok share gwiyomi dalam FB, aku pun layanlah jugak..Wah wah chomey weh.Yalah sebab yang upload dalam you tube tu semuanya comel-comel.Cubo kalau den yang buek? adoi haru biru.Terfikir nak carik ringtone dia tapi hold dulu.Nak di jadikan cerita satu hari tu dengar ringtone Gwiyomi ni dekat office.Mata melilau nak carik siapa empunya phone.Sekali....guess what? Jantan weh!!!! hadoi tak boleh jadik ni...Balik rumah terus google..dah siap download.Tapi bila tengok phone hum macam tak cukup.Terus acik tukar phone cover colour pink.Memang masa beli phone hari tu dapat dua cover.Ok.tak cukup kawai lagik? Dok layan apps dalam phone ni jumpa lak apps yang boleh tukar icon or senang cerita icon changer.Terus aku tukar.Wah pink here and there.Suka....Haha layan

Monday, May 06, 2013

Adrian now 8 month

Today 06.05, selepas semalam hangat dengan isu pilihanraya.Tahun ni first time mengundi provided with special ink dekat tangan.Mula plan Mummy nak g mengundi dekat Batu Caves dulu,lepas tu baru balik Sik.Tapi Atuk cakap tak payahlah balik Batu Caves, terus jer balik Kedah sebab katanya takut nanti lewat jem and so on.So terus direct balik kampung Sik.Bila tengok dalam FB semua orang dok tayang jari berdakwat, rasa jeles pulak sebab jari jemari kita yang gebusz ni tak de plak berdakwat bagai.Cheh rasa macam warganegara asinglah pulak.Huhu
 
 So sementara derang sibuk ribut ngan pilihanraya,Mummy pun doklah layan perasaan recap Adrian's progress.
  • Adrian masih belum merangkak dengan jayanya. Menyusur dan percubaan angkat badan dan goyang-goyang punggung memang dah ada, tapi masih belum maju ke depan lagik.
  • He love to put things in mouth.Totally different from Zafran dulu.Yang ni puaslah beli teether bagai, tapi remote control TV jugak yang menawan kalbu dia agaknya.Remove TV, handphone,kertas, antara favourite dia untuk jadik bahan dalam mulut dia.Adoyai
  • So manja.Asyik nak mengempeng je.Kalau tempat Mummy di panggil mengopek.Kerjanya nak berkepit,bergayut.Dulu sampai Mummy tidur duduk and Adrian tidur di riba.Sampai satu tahap dah tahan larat sakit tengkuk ,Mummy cuba position mengiring.So far OK,dia boleh tidur dengan lena bergayut sambil di kepit bawah ketiak Mummy.Huhu.
  • Dia memang pantang letak or di tinggalkan main sorang-sorang. Mesti dia akan menjerit.Kalau kita baca artikel dalam magazine sure ada statement "biarkan anak anda belajar bermain sendiri...etc.." tapi uolls, larat ke korang kalau dengar dia menjerit sekuat-kuatnya..nyaring dan pitching tinggi tu,Awie pun kalah taw.Silap haribulan, jiran dengar and ingat aku dera budak pulak kan?
  • Kalau dia tengah baring dan korang bangun melintas depan dia, confirm dia akan mengepak-ngepak tangan dan suruh di angkat.Huhu memang tak boleh duduk diam dia ni.Asyik nak berdukung jelah kerjanya.
  • Apapun, dia tetap chomels tau.